Series
                        
4680
                    Malam yang sunyi dan hanya ditemani hujan lebat itu sentiasa membuatkan dia termenung seorang diri . Pandangannya dibuang ke luar jendela . Fikirannya kosong . Tidak lama kemudian satu keluhan berat dilepaskan .
   Kenapa kau tak pernah menyedari bahawa hati ini sudah lama mencintai kau ? Kenapa ? Susah sangat kah untuk kau menyedarinya ? 
“ Kenapa.. ” katanya perlahan .
   Teringat kembali betapa bahagianya dirinya bersama insan yang paling dicintai itu . Waktu itu hanya ada mereka berdua . Kalau saja gadis itu tidak wujud di antara mereka berdua , sudah pasti mereka akan bahagia sekarang . 
   Dia mula tersenyum sinis . Jelas terlukis sebuah dendam yang semakin memuncak dari pandangan matanya . 
“ Nikmati lah masa yang kau ada sekarang sebelum aku bunuh kau Cealyn.. ” katanya perlahan dengan senyuman sinisnya .
   Dia mula ketawa lantang . Bermacam macam idea yang mula bermain di dalam mindanya . Patutkah dia membunuh gadis itu dengan cara yang lama ? 
   Kukunya yang tajam dikeluarkan . Lama dia memandang kuku yang tajam bak pisau itu . Kelemahan seorang Vampire adalah kuku Demon . 
   Kalau Vampire pun boleh mati akibat dicakar Demon , apatah lagi seorang manusia ? Bertambah mudahlah kerjanya nanti . 
“ Lemah . ” katanya perlahan sebelum ketawa lantang . Cealyn yang paling kuat di dunia konon.. Baru kena cakar pun dah mati .
   Perlahan lahan tawanya mati . Dia menoleh ke belakang apabila merasakan kehadiran seseorang disitu . 
   Matanya bertembung dengan sepasang mata merah yang lagi merenungnya tajam . Dia tersenyum sinis .
“ Kenapa kau datang sini ? ”
Sepasang mata merah itu masih merenungnya sebelum dia mula mengorak langkah untuk mendekati .
“ Aku bagi kau amaran . Kalau kau cederakan dia lagi , aku akan bunuh kau ! ” katanya keras .
Dia ketawa lagi . Mana mungkin dia biarkan gadis itu bahagia dengan cinta hatinya ? No way !
  “ Macam mana kau tau aku yang cederakan dia ? ” sengaja soalan itu diajukan . 
  Semakin tegang wajah Henry apabila soalan itu yang ditanya . Soalan bonus betul ! 
“ Siapa lagi yang berani cederakan Cealyn kalau bukan kau ? ” soalnya semula .
Lama suasana menjadi sunyi sebelum dia senyum sinis . Nampaknya ada guna juga Henry untuk melaksanakan tugasnya .
   “ Aku akan berhenti cederakan dia.. dengan satu syarat . Kau kena jauhkan Cealyn dari Cleo . ” katanya serius .
   Kali ini Henry pula yang tersenyum sinis . 
“ Mudah . Aku pegang kata kata kau . Tapi kalau aku dapat tau kau cederakan dia lagi , aku tak teragak agak untuk bunuh kau malam ni juga . ” kata Henry keras .
“ Jangan risau abang , aku janji . ” katanya dengan nada seikhlas hati konon .
  Tidak tunggu lama Henry mula mengorak langkah untuk keluar dan meninggalkan dia yang lagi tersenyum sinis di belakang .
   Ketawanya pecah setelah kelibat Henry sudah tiada . Ada saja kemudahan yang dia dapat untuk memisahkan Cleo dari gadis yang dibencinya itu . 
   Dia menoleh ke hadapan semula . Sekejap itu juga bayangan Cleo terlukis di dalam mindanya . Dia tersenyum lembut .
“ Sekejap lagi kita akan hidup bahagia bersama Cleo.. ”
••••
HACHU !
  Okay serius.. ini sudah keberapa kali dia bersin . Sakit hidungnya akibat bersin tanpa henti .
  Yang aku ni pun satu . Dah tau sejuk , masih juga nak berdiri dekat luar balkoni ni .
   Entahlah , ada saja yang mengganggu fikiran aku . Hannah ke atau Alyaa ? Hannah ? Alyaa ? Lepas tu Henry ? Argh !
   Emelyn memicit dahinya perlahan . Siapa sebenarnya pembunuh yang sebenar ni ? Hannah ke Alyaa ? 
   Kalau Hannah , memang nampak dah yang dia tak suka aku . Kalau Alyaa , macam ada udang di sebalik mee saja gayanya . 
   Jangan jangan Cleo tak yang bunuh Cealyn ? Aik ? Macam pelik saja bunyinya . Kenapa pula Cleo nak bunuh Cealyn ? Hadeh.. 
   Habis siapa ? Henry ? 
   Tapak tangannya diperhatikan seketika . Tangan yang digenggam oleh Henry tadi . Tak.. Henry bukan pembunuh tu .
    Nampak sangat dia sayangkan Cealyn . Jadi tak mungkin dia yang bunuh kan ? 
“ Hachu.. ” dia menggosok perlahan hidungnya yang mula memerah . Kenapa dengan aku ni ? Selalu tak macam ni pun kalau sejuk .
“ Sejuk ke ? ” soal seseorang .
  Sekejap itu juga kepala Emelyn menoleh ke sebelah . Eh ? Sejak bila dia ada dekat sini ?
  Cleo masih setia menanti jawapan daripada gadis yang lagi memandangnya pelik . 
“ Hm.. ” jawabnya perlahan sambil mengangguk .
   Cleo masih memerhati wajah Emelyn . Macam pelik saja . Asal muka dia pucat ?
   Tanpa kebenaran tuan punya badan , tapak tangannya diletakkan di dahi gadis itu . Terkejut Emelyn dibuatnya . 
“ Awak buat apa ? ” soal Emelyn sambil memandang tangan yang lagi elok menyentuh dahinya .
“ Kau demam ni . ” kata Cleo serius seraya menarik tangan Emelyn untuk masuk .
Demam ? Laju saja tangan Emelyn ditekap ke dahinya . Haah lah.. Asal aku tak perasan yang aku demam ? Ni mesti sebab terkena hujan tadi . Patutlah sejuk semacam saja aku rasa dekat balkoni tadi .
“ Awak nak bawa saya pergi mana ni ? ” soal Emelyn apabila melihat Cleo membawanya keluar dari bilik .
“ Kau duduk jap . ” arah Cleo sambil menarik kerusi di meja makan .
   Semakin berkerut dahi Emelyn dengan tingkah laku Cleo . Tapi diturutkan juga kata katanya . Emelyn melabuhkan punggungnya di atas kerusi .
   Tidak berkelip dia memandang wajah Cleo yang masih berdiri di sebelahnya . Habis nak buat apa sekarang ni ? Malam malam pergi dapur . Buang tabiat ke ? 
   “ Kau tak makan lagi kan ? ” soal Cleo sambil melutut di hadapan Emelyn . Eh eh . Rupa macam nak melamar saja hehe . 
   Emelyn menggeleng . Memang dari tadi pun dia tidak makan . Perut ni pun dah memainkan irama sumbang . 
   Cleo mengangguk lalu berdiri semula . Dia mula mengorak langkah menuju ke arah peti sejuk lalu mengeluarkan bahan bahan memasak . Emelyn yang berada di belakang hanya memerhati .
   Semangkuk bubur ayam yang masih panas diletakkan di hadapan Emelyn . Dia mengambil tempat duduk di sebelah gadis itu .
   Kelihatan gadis itu lagi termenung jauh . Laju saja dia menjentik pipi Emelyn . Berkerut terus dahi gadis itu . Dia mengusap perlahan pipinya yang terasa agak pedih . 
   Jelingan maut dihadiahkan kepala Cleo di sebelahnya sebelum bola matanya terpandang bubur ayam yang sudah terletak di hadapan .
   Aroma dia tu uish ! Semakin kuat perutnya menggoroncong . Dia menoleh ke arah Cleo semula .
“ Awak masak ? ” soal Emelyn sambil menunjuk bubur itu . Nampak sedap weii ! Hah tengok.. Vampire lebih pandai masak dari aku HAHA !
  “ Tak lah . Hantu yang masak . ” kata Cleo selamba . Suka sangat tanya soalan bonus . 
  Emelyn mencebik . Haah , kau lah hantu tu kan ? 
Cleo mula mengambil sesudu bubur lalu disuakan ke arah Emelyn . Terkebil kebil Emelyn melihatnya . Asal pelik sangat dia malam ni ?
“ Makan . ” kata Cleo perlahan .
   Emelyn mengangguk kecil . Belum sempat dia mengambil sudu yang berada di pegangan Cleo , Cleo menjauhkan semula tangannya . 
   Aik ? Kau suruh aku makan kan ? Asal kau jauhkan sudu tu dari aku ? 
  “ Biar aku suap . ” kata Cleo sambil mendekatkan sudu yang sudah mempunyai bubur itu ke mulut Emelyn . 
   Semakin berkerut dahi gadis itu .
   “ Demam ke ? " soal Emelyn . Yalah . Tiba tiba saja dia jadi seromantik romeo malam ni . 
   Dengan wajah jengkel Cleo menolak lembut dahi gadis itu . Adakah patut dia tanya macam tu ? Vampire pandai demam ke ? 
   Emelyn mengecilkan matanya . Eii kang ada juga yang aku smackdown ni . 
“ Yang demam tu kau , bukan aku . ” kata Cleo .
“ Saya demam je tau . Bukan lumpuh . ” kata Emelyn tidak mahu mengaku kalah .
   Cleo sudah malas mahu menjawab kata kata gadis itu . Laju saja tangannya yang masih memegang sudu itu dimasukkan ke dalam mulut Emelyn .
   Mahu tidak mahu Emelyn terpaksa makan dari suapan Cleo . Macam baby pun ada hadeh .
“ Lembut sikit boleh tak ? ” marah Emelyn sambil memegang mulutnya . Sakit uii . Dia main sumbat je bubur tu dalam mulut aku .
“ Siapa suruh kau lembab . ” kata Cleo semula . Aik ? Dia salahkan aku pula ?
   Usai makan , Cleo membancuh susu panas lalu diletakkan di hadapan Emelyn .
    Wah ! Banyak pula dia buat untuk aku eh malam ni ? Dia masak , lepas tu dia yang suap aku . Then dia cuci mangkuk tu . Sekarang ni dia buat aku susu panas pula . 
“ Lepas ni kau tidur . ” kata Cleo sambil memandang wajah kelihatan penat itu .
   Emelyn hanya mengangguk . Badan pun dah rasa penat sekarang ni . Susu panas yang berada di hadapannya diteguk perlahan . 
   Cleo pula mengambil kesempatan ini untuk merenung wajah yang dicintai itu . Cun kan ? hehe . 
   Dia merenung wajah itu sebelum bola matanya jatuh memandang tangan gadis itu . Banyak kesan luka . Pembunuh tu.. aku akan cari kau ! 
••••
“ Emelyn.. ” panggil seseorang .
Perlahan lahan dia membuka matanya yang terasa berat untuk dilakukan . Setelah penglihatannya menjadi jelas , wajah Cealyn menghiasi seluruh pandangannya .
“ Kenapa ? ” soal Emelyn .
  Cealyn terdiam . Wajahnya bertukar keruh . Lama dia mendiamkan diri .
  Emelyn yang pelik dengan tingkah laku Cealyn memegang bahunya lembut . 
“ Kenapa ? ” soal Emelyn semula .
Cealyn masih diam . Lama dia menatap wajah pelanduk dua serupanya itu sebelum dia melepaskan keluhan berat .
“ Izinkan aku menguasai tubuh kau buat sementara . Boleh ? ” pinta Cealyn perlahan .
Emelyn terkaku . Erkk.. kenapa tiba tiba ?
“ Hanya untuk sementara . Aku janji aku akan pulangkan tubuh ni dengan kau . ” sambungnya lagi .
  Tiada respon yang diberikan . Emelyn masih terdiam . Aku belum sedia.. 
   Tapi kalau dia sudah berjanji , baiklah.. 
“ Aku izinkan . ” kata Emelyn sambil tersenyum lemah . Cealyn mengangguk . Serentak..
Matanya terbuka luas . Merah habis mata kirinya . Dia tersenyum sinis .
“ Aku dah kembali.. ”
Share this novel