“Diam!!!”
Selepas seminggu..
Mona mencapai telefon bimbitnya, terasa bosan membelenggu diri. Komputer yang ditatap lama memeningkan kepalanya.
Dia membuka sekejap instagramnya untuk melihat gambar-gambar terkini dilaman sosial itu. Tiba-tiba dia terkejut apabila melihat beberapa keping gambar milik Safaa.
“Fiqa cuba kau tengok ni” Mona terus menunjukkan gambar itu kepada rakan sekerjanya itu. Mereka amat terkejut. Gambar itu sudah tersebar di laman sosial itu.
Sudah seminggu Safaa tidak menghadirkan diri ditempat kerja. Paling mengejutkan Safaa telah mengupload gambar terkininya di instagram. Mereka juga telah meletakkan komen mereka. Rata-rata mengatakan Safaa gila dan tidak siuman.
Jiran Safaa juga telah melaporkan kepada pihak polis tentang bau bangkai yang dihidu berhampiran rumah itu. Polis sudah menyerbu dan memberkas Safaa yang seperti tidak waras.
Keadaannya juga tidak terurus sedang sibuk mengupload gambarnya didalam telefon bimbit kesayangannya. Lebih memeranjatkan lagi bangkai mayat Fatin dijumpai didalam almari dibawah sinki.
Safaa dihantar dirumah sakit jiwa untuk rawatan lanjut. Keadaannya semakin kritikal. Dia selalu tersenyum sendirian dihadapan cermin dan apabila tepat pukul dua belas tengah malam kelakuannya pasti berubah.
Dia menjadi lebih ganas. Wajahnya bengis dan akan ketawa seperti mengilai dan sentiasa mahukan darah.
Share this novel