Chapter 03

Fantasy Completed 2854

"Awak.. Awak.." aku membuka mataku perlahan-lahan. Kabur. Aku meraba lalu aku dapat merasakan seseorang sedang duduk disebelahku. "Awak dah bangun? seharian awak tidak sedarkan diri. Awak lapar dan haus?" aku mengangguk laju. "Saya ada buatkan awak bubur dan air kopi. Ni sahaja yang ada." kata seorang lelaki itu dengan lemah lembut. Dia nampak baik dan pendiam. "Terima kasih awak..." ucap aku. Melahap aku kerjakan bubur tu sehingga licin begitu juga dengan air kopi panas. Memang membuatkan badan dan minda aku menjadi segar. "Nama awak apa?" tanya aku tanpa rasa malu pada lelaki itu. Dia hanya tersenyum. "Nama saya Kai. Kaireson Karls." aku memuji namanya. "Nama saya Eve. Levenglina Levine." beritahu aku. "Cantik nama awak." puji Kai. Aku lihat Kai ini badannya besar dan agak tembam tetapi sangat comel bila dia tersenyum.

"Awak nak makan lagi ke? dekat luar ada jajan dan biskut. Marilah." ajak Kai. Aku mengekori dia. "Ni ke budak baru tu?" tanya seseorang kepada Kai. "Ye ah, kau pergi mana?" tanya Kai semula."Cari makanan ah. Banyak tanya pulak kau. Tahu makan je kerja." Kai hanya diam. "Awak ni kawan saya nama dia Mezz dan yang belakang dia tu, Nike." Kai mngenalkan kawan-kawannya kepada aku. Aku hanya mengangguk. "Nama saya Eve." Mezz dan Nike mengangguk. "Kau kira untung dapat masuk geng aku, aku ni susah nak terima orang baru." lagak Mezz. Aku menjeling. "Jangan berlagak sangat. Kalau seorang pun kita pasti perlukan pertolongan seseorang."

Mezz mendengus. "Ada pesaing baru nampak." sindir Mezz. Aku diam lalu duduk diatas sofa hitam. "Kai, kau jagalah minah ni. Aku tak hingin." Kai pun turut mendiamkan dirinya.Nike mengambil tempat duduk bersebelahan aku lalu menghulurkan dua mini peket biskut serta sekotak air.

Aku termenung jauh. Aku teringatkan Mik yang banyak berkorban untuk aku. Misi dia sendiri mahu ke bangunan ni tetapi aku sahaja yang dapat masuk namun dia mati digigit makhluk itu. Aku baru terfikir untuk bertanyakan tentang makhluk itu. Aku lihat Kai termenung. Nike dan Mezz berdengkur kepenatan. "Awak..." panggil aku. Kai memandang aku.

"Saya nak tanya, apa yang sebenarnya dah terjadi?" Kai mengeluh. "Virus pelik merebak diseluruh New York. Sekarang kita hanya menunggu bantuan daripada negara lain. Virus ni puncanya masih belum tahu tapi i bermula daripada cakaran seekor kucing kepada seorang kanak-kanak perempuan." aku teringat berita malam sebelum kejadian ini.

"Saya sebenarnya tak tahu apa-apa. Secara tiba-tiba je mama dan papa bertukar malam itu." aku menangis. Kai terdiam. Aku perlukan teman untuk menangis. "Mari sandar pada dada saya. Mungkin awak rasa tenang." aku tidak banyak cakap. Aku terus menyandarkan kepalaku pada dadanya. Panas. Selesa. Ditambah pula Kai mengusap lembut rambutku.

Aku rasa mahu terlena. Aku memeluk lengan Kai yang berisi itu. Kai melentukkan kepalanya di atas kepalaku dan kemudian kami dibuai secara tidak sengaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience