DIA 37

Romance Completed 131781

Ding dong!

Ding dong!

Bergegas Hanis menyarung selendangnya kemudian melangkah laju membuka pintu. Selipar dipakai kemudian membuka pagar rumah. Hanis agak terkejut melihat kehadiran bonda dan Jannah.

"Bonda... Kak Jann." Hanis menghulurkan tangannya tetapi diabaikan oleh bonda. Hanis hanya menyalami tangan Jannah.

Dengan selamba bonda melangkah masuk serta meninggalkan Jannah dan Hanis di luar.

"Eh kak Jann. Jomlah masuk." Jannah mengangguk lalu mengikuti Hanis masuk ke dalam.

Sejurus masuk, bonda terus menjerit nama Hazzar dengan kuat. Jannah menggelengkan kepala. Malu pada Hanis dengan perangai bondanya.

Hazzar menuruni tangga dengan laju. Siapa pula yang jerit nama aku pagi-pagi buta macam ni?

Hazzar mengeluh kecil apabila melihat bondanya di bawah. Tangan diletakkan dibelakang kepala. Muka serius terus terpapar.

"Bonda kan Hazz dah cakap ja- "

Mulutnya automatik berhenti apabila bondanya meletakkan telapak tangan di dahi Hazzar. Tangan dialih dan muka jelas sekali risau.

"Hazz... Hazz tak pergi klinik ke? Atau..." Bondanya menoleh ke arah Hanis, haa kau jangan!

"Atau perempuan ni tak nak bawak Hazz klinik. Hey perempuan! Aku dah agak dah kau tak boleh pakai punya. Apa guna jadi bini kalau laki sakit kau abaikan? Hah!?"

Dahi Hanis asyik ditolak kasar. Jannah tidak mampu membuat apa-apa, apatah lagi Hazzar.

"Bonda! Hanis pun demam pun tahu tak? Berjangkit dengan Hazzar."

Bonda dan Jannah serentak menoleh.

"Kan betul bonda cakap dia tak boleh pakai punya isteri. Sampai dia sendiri demam! Menyusahkan." Hazzar memicit dahinya.

Sudahlah kepala pening, nak melayan perangai bondanya lagi.

"Bonda stop it. Bonda balik boleh tak? Hazz nak rehat." Bondanya menoleh.

"Nope. Tapi kalau Hazz nak jugak bonda balik boleh, tapi Hazz kena ikut bonda sekali. Rehat dekat rumah bonda. Boleh? Kalau tak bonda stay. " Ujar bondanya bercampur ugutan.

Hazzar mengetap bibir. Matanya beralih kepada Hanis yang sedang memberi isyarat menyuruhnya mengikuti apa yang bonda pinta.

"Fine! Hazz ikut bonda balik. Tapi ada syarat juga. Bonda tak boleh datang rumah ni lagi. No!" Katanya.

"Okay. Jann jom balik."

Bahu Hanis dilanggar oleh bonda, ai macam nak ajak gaduh je ni.

"Kau nak ikut aku tak?" Soal Hazzar.

"Takpe kut. Lagipun bonda suruh abang je. Bukan Hanis sekali." Balasnya lembut.

"Ada aku kesah? Kau ikut aku."

Hanis meleret senyuman geram dengan Hazzar. Tadi tanya, ni dia kata dia tak kesah pula.

---

Ikram berjalan di pantai yang indah tanpa sesiapa disitu. Tangannya memegang kasut, macam drama. Jalan dekat pantai tak pakai kasut/selipar.

Dahinya berkerut apabila melihat seseorang yang sangat dia kenali di buaian tidak jauh dari tempatnya berdiri.

Langkah diatur mendekatinya, Ernie.

"Cantik pemandangan ni kan?" Tanya Ikram.

Terperanjat Ernie apabila mendengar suara Ikram. Dia terus bangun. Bagaikan tidak percaya, Ikram tiba-tiba berada dihadapannya.

"Ikram... Kau buat apa dekat sini? Tenangkan fikiran?" Tanya Ernie.

"Bukan. Fikir pasal masa depan. Kau? Masih fikirkan Hazzar? Ingatkan- "

"Tak... Aku tak fikir fasal dia. Aku cuma... Harap Hazzar boleh terima Hanis seadanya. Dan fikirkan apa yang akan jadi pada masa hadapan. Kau masih nakkan Hanis?"

"Ohh aku? Tak tahulah. Tapi kalau boleh, aku tak nak hancurkan rumah tangga diorang. Macam apa yang kau buat." Katanya dengan nada kurang menyenangkan.

"Baguslah tu. Tapi apa masalahnya."

"Aku... Tak tahu sama ada aku boleh hadapinya."

"Ooo... Apa susah kau kahwin dengan perempuan lain, nanti kau akan jatuh cinta juga dengan dia. Dan kau akan lupakan Hanis." Cadang Ernie.

"Kau cakap senanglah. Masalahnya dengan siapa aku nak kahwin? Kau?" Soalnya.

"Aku okay je."

Ikram menoleh dengan pandangan terkejut. Aku harap aku tak silap dengar.

"Kau nak... Kahwin dengan aku? Tapi kenapa pulak?" Tanya Ikram dengan riak wajahnya yang masih lagi terkejut.

"Kau terluka, aku terluka. Biar kita sama-sama rawat luka tu." Balas Ernie.

Entah kenapa kata-kata Ernie membuatnya, terharu? Ikram sekadar membalas dengan senyuman nipis. Mungkinkah terjalinnya hubungan antara mereka berdua nanti.

---

Hanis dilayan macam pembantu lebih dari kak Zu. Semua yang sepatutnya kak Zu yang buat, jadi Hanis pula yang kena buat. Hazzar tidak tahu apa-apa kerana bonda mengarahkannya untuk duduk berehat sahaja didalam bilik.

"Hanis... Kalau penat biar kaku Zu buat. Dahlah Hanis tak sihat." Ujar kak Zu risau.

"Eh takpa lah kak Zu. Kalau Hanis tak buat, nanti bonda marah pulak. Kak Zu rehat je okay?" Ujar Hanis perlahan.

Kak Zu mengeluh panjang. Susah nak cakap dengan Hanis ni.

Hazzar melihat kiri kanannya, mana Hanis? Dia bangun dan tiba-tiba pintu bilik terbuka. Bonda rupanya. Hazzar kembali duduk.

"Bonda Hazz nak balik rumah Hazz lah. Bosan duduk sini." Ujar Hazzar.

"Alaa... Duduklah sini dulu. Bukan Hazz ada buat apa-apa pun dekat rumah tu. Daripada menghadap muka si Hanis tu baik Hazzar berehat sini." Balas bonda.

"Bonda, Hanis mana?" Tanya Hazzar.

"Aii... Dah mula sayangkan perempuan tu ke? Sampai tercari-cari ni. Huhh?"

Hazzar menggeleng perlahan.

"Ada bonda suruh dia buat kerja yang sepatutnya kak Zu buat. Kasihan kak Zu a- "

"Bonda cakap apa tadi!?" Soalnya dingin.

"Bonda suruh dia buat kerja kak Zu kenapa?"

"Bonda! Dia pun sakitlah. Bonda nak suruh dia pengsan ke apa? Bonda kata apa, kasihan dengan kak Zu? Dulu takde pulak Hazz dengar bonda cakap kasihan kak Zu. Bila Hanis ada, baru kata kasihan bagai." Marah Hazzar.

"Habis tu, Hazz nak suruh dia duduk rehat tak buat apa-apa. Lagipun Hazz, dia tu pangkat maid je dekat rumah Hazz sana. Apalah salahnya kalau bonda pinjam sekejap." Ujar bondanya dengan langsung tak berasa bersalah.

"Huhh!? Bonda upah jelah pembantu rumah lain. Senang! Buat apa nak suruh Hanis pulak!?"

"Yang Hazz nak marah-marah ni dah kenapa?" Soal bondanya.

"Dah Hazz tak nak dengar cerita bonda lagi, Hazz dengan Hanis nak balik! Sekarang!" Ujar Hazzar.

"No! Ini mesti perempuan tu hasut Hazz suruh balikkan?" Tuduh bonda.

"Taklah! Dari kitaorang datang sini, Hazz tak jumpa dia pun. Bonda cuma suruh Hazz duduk dalam bilik. Rehat, rehat, rehat! Kalau asyik rehat pun boleh stress lah bonda." Ujar Hazzar.

Telefon disebelah di masukkan ke dalam poket kemudian turun mencari Hanis. Biarlah pening ke apa, asalkan bukan dekat rumah bonda!

"Hanis balik!" Ujar kuat.

Hanis menoleh ke arah kak Zu lalu berlari anak mendekati Hazzar.

"Kenapa tiba-tiba? Bonda macam mana?" Soal Hanis hairan.

"Pedulikan bonda tu. Aku nak balik. Stress duduk rumah bonda ni! Masuk!" Ujarnya.

Tanpa membantah, Hanis terus masuk ke dalam kereta. Apahal dengan dia ni?

Share this novel

Rose Awa
2020-06-29 18:04:34 

next episode please


NovelPlus Premium

The best ads free experience