Tiga Puluh Sembilan

Other Completed 44787

Luthfi yang baru lepas mandi membuka tv yang memaparkan berita jam 8.

"Letupan dari pengebom berani mati dijambatan sempadan masih dalam siasatan. 3 orang dari Unit Risikan Gerak Tempur masih belum ditemui. Hampir seminggu pencarian namun masih belum ada tanda dari mereka. Misi mencari dan menyelamat masih lagi dijalankan." Kata pembaca berita itu.

Terbuntang mata Luthfi apabila mendengar 3 orang dari Unit Isterinya hilang dan beum ditemui.

Seminggu dia di Sabah baru malam ni dia ada kesempatan untuk menonton tv. Namun apa yang dilihatnya membuatkan dia tak boleh bernafas.

"Ya Allah kau bantu selamatkan Isteri aku." Kata Luthfi berdoa dalam linangan air mata.

Dia menghubungi Thariq. Beberapa deringan panggilannyq disambut.

"Kau dah lihat berita?" Tanya Luthfi selepas membalas salam Thariq.

"Sudah." Kata Thariq.

"Siapa yang dimaksudkan?" Tanya Luthfi.

"Al, Umairah dan...." Tahriq tak mampu berkata.

"Dan siapa? Cakap Riq." Kata Luthfi.

"Cinta." Kata Thariq akhirnya.

"No. Kau tipu kan?" Soal Luthfi.

"Aku tak tipu. Sekarang team kami masih mencari mereka." Kata Thariq.

"Ya Allah." Hanya itu mampu keluar dari bibir Luthfi saat ini.

Panggilan diputuskan. Lemah kaki Luthfi apabila 3 dari yang hilang adalah isterinya.

"Sayang janji nak balik lepas habis misi. Tapi kenapa sayang mungkiri Janji pada Abang." Kata Luthfi teresak didalam bilik hotel.

Misi pencarian selama 2 hari dihentikan kerana pihak tentera laut menyatakan mangsa ada bersama mereka dan masih dirawat didalam Kapal mereka.

"Macam mana dengan Cinta?" Tanya Al.

"Badan Akak lemah. Sebab akak didapati mengandung." Kata Hilal.

"Apa?" Umairah terkejut.

"Jadi keadaan Janinnya bagaimana?" Tanya Al.

"Alhamdulillah." Balas Hilal.

"Bukannya Jasmin hanya tinggal sebelah ke Rahim dia?" Soal Umairah.

Al mengetuk kepala Umairah perlahan. Umairahengadu kesakitan.

"Semua ditangan Allah. Kun Faya Kun. Sama juga macam kita ni. Mungkin kalau team Hilal tak datang bantu dah Arwah dah kita." Kata Al.

"Muluttttt." Cinta berkata dari belakang mereka.

"Jasmin." Panggil Umairah.

"Akak dah ok ke?" Tanya Hilal.

"Akak ok." Kata Cinta.

"Koyak telinga Hilal kerja Akak ni tau tak. Balik je nanti telinga Akak akan berlubang besar oleh Abang Thariq." Kata Hilal.

Mereka ketawa mendengar kata Hilal yang memarahi Cinta.

"Misi dihentikan." Kata Al.

"Misi apa?" Tanya Cinta.

"Misi mencari Team Saka Biru hilang dalam letupan besar dijambatan." Kata Al.

"Ooo patutlah feliga Hilal koyak." Kata Cinta akhirnya faham.

"Ni misi last untuk Akak. Lepas ni Akak hanya akan kerja dalam ofis dan mungkin Abang Thariq akan gugurkan nama akak dalam semua misi." Kata Thariq.

"Kenapa pulak?" Tanya Cinta.

"Kau tu dah mengandung pun masih nak aktif ek." Kata Al.

"Hah? Mengandung? Mengandung apa ni?" Tanya Cinta tak faham.

"Akak oii. Akak tu sekarang dah mengandung. Ada anak Saudara Hilal kat dalam tu." Kata Hilal.

"Tak mungkin lah." Kata Cinta menepis kata adik dan Al.

"Hilal?" Panggil Laksamana Daud.

"Ye Laksamana?" Tanya Hilal mula berdiri.

"Kejap lagi ada heli akan ambil mereka bertiga." Kata Laksamana Daud.

"Baik Lalsamana." Kata Hilal.

Mereka ditinggalkan lagi.

"Misi dah selesai. Hanya tinggal kita bertiga disini." Kata Al.

"Hah???" Cinta masih Binggung.

"Kau tu baru sedar selepas seminggu lena." Kata Al.

"Kau biar betull." Tanya Cinta.

"Kau ingat kau tidur semalam ke?" Tanya Umairah.

"Haah lah kau ni Jasmin. Seminggu lebih kami dekat sini tunggu kau sedar." Kata Umairah.

"Hilal pergi bilik rawatan sekejap." Kata Hilal berlalu meninggalkan Mereka bertiga.

"Aku tak sangka lama juga aku tidur." Kata Cinta.

"Kau tak rasa le yang kepala kau berbalut tu. Ke kau ni dah sewel." Soal Al.

"Aku tumbuk juga kau ni." Kata Cinta sambil memegang kepalanya yang berbalut rapi.

"Eh ye lah. Kenapa kepala aku ni?" Tanya Cinta.

"Terkena serpihan konkrit jambatan. Tengok Umai dan aku terkena dekat lengan dan bahu." Kata Al.

Cinta baru perasan melihat lengan Umai dan tangan Al berbalut.

"Nah ni korang bawak. Bagi dekat Panglima. Claim tu jangan sikit sangat tau." Kata Hilal.

"Aku nak claim lebih sikit dapat pinang adik si Amar tu." Kata Al.

"Eeee malulah." Kata Umairah.

Cinta baru perasan rupanya mereka adalah pasangan kekasih. Patutlah Eddie satukan mereka dalam team.

"Akak taknak claim ke?" Tanya Hilal.

"Akak nak Claim dekat Abang Luth kau je. Berani beraninya bagi akak Bunting." Kata Cinta bergurau.

Kuat ketawa mereka mendengar kata Cinta.

"Takut nanti lain kau claim, lain kau dapat." Kata Al.

"Mana tau dia nak belikan aku motor Kawasaki yang aku idamkan tu." Kata Cinta.

"Amboi. besar nafsu nak naik motor lagi ek. Nanti Hilal bagitau Abang Luth." Ugut Hilal.

"Korang jangan cakap tau. Ni rahsia kita. Aku nak suprise suami aku." Kata Cinta.

Walaupun dia masih tak percaya namun surat yang diterima dari klinik dalam Kapal tentera laut memang sah menyatakan dia sedang hamil 2 minggu.

Heli datang tepat waktu. Hilal memeluk kakaknya erat.

"Jaga Anak saudara Hilal ni tau. Tunggu Hilal balik baru akak bersalin." Kata Hilal.

"Hahaha. Kau Lal. Kot ye pun jangan nak minta lebih. Tuptup 2 tahun kau kat sini, Takkan Cinta nak tunggu." Kata Al.

"Mesti juga." Kata Hilal.

"Bapak punya Bapak Saudara." Kata Al lagi.

"Akak doakan Hilal selamat balik ye." Kata Cinta.

Hilal mengucup kedua pipi kakaknya dan Cinta berlalu menaiki Heli untuk pulang ke Pangkalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience