BAB 1

Romance Completed 4317

Selesai mengaminkan doa yang panjang yang penuh pengharapan, Dahlia bangkit mencapai naskhah Al-Quran yang diletakkan di bahagian paling atas rak buku miliknya.

Dia duduk semula di atas sejadah dan menyelak helaian kalam Allah itu. Dimulakan dengan Bismillah yang membawa maksud ‘Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani’ dan terus melagukan surah-surah suci yang lain.

Khusyuk sekali dia melagukannya hingga tidak sedar ada sepasang mata yang asyik memerhati di muka pintu bilik. Hanya selepas dia menamatkan bacaan, barulah dia terpandangkan Rohani yang sedang tersenyum kearahnya.

“Boleh aku masuk?” tanya Rohani.

“Sejak bila pula pandai mintak izin nak masuk bilik aku ni?” jawab Dahlia dengan nada memerli. Rohani tersengih. Dia masuk ke dalam bilik Dahlia lalu duduk di atas katil sementara sahabatnya itu menyimpan kembali Al-Quran di tangan dan menanggalkan telekung.

“Aku suka dengar kau baca Quran tu, Lia. Walaupun ada lagi pelat-pelat Sabah kau tu, tapi sedap sangat bunyinya.” Rohani memuji ikhlas sambil memeluk bantal Dahlia. Betul dia cakap, suara Dahlia memang sedap apabila melagukan surah-surah suci Al-Quran. Sampaikan dia sanggup berdiri tercegat di depan pintu bilik setiap kali gadis itu mula mengaji. Dahlia duduk di sebelah Rohani.

“Alah... kau pun baca sedap apa,” balasnya merendah diri.

“Tak sesedap suara kau,” tukas Rohani. Dahlia menggeleng.

“Tak kiralah sedap ke tak, yang penting kita sama-sama tak tinggal Al-Quran. Kan?” Rohani mengangguk setuju.

“Aku kagum dengan kau, Lia.”

“Kenapa?” Dahlia kerutkan dahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience