24

Other Series 56144

SETELAH mendengar penerangan daripada Doktor Qhair ,hati Eirfan kembali ceria dan bahagia. Kondisi Tuan Kassim membaik hari demi hari. Walaupun perkembangannya tak banyak yang bisa dibanggakan, tetapi dia tetap bersyukur kerana Allah mengabulkan doanya.

Setidak-tidaknya dia masih punya keluarga. Iya, Tuan Kassimlah satu-satunya keluarga yang dia punya kerana yang lain telah membuangnya. Namun dia sudah redha akan semua itu. Bahkan dia tidak akan sesekali meminta haknya meskipun dia bisa dan dia berhak.

Saat melangkah keluar dari kamar Tuan Kassim, dia berpampasan dengan Datuk Elias dan Ehsan. Wajahnya tunduk saat melewati Datuk Elias. Namun tatkala berhadapan dengan Ehsan, dia memanggung kepala dan menatang wajah lelaki itu dengan berani.

Setelah apa yang menimpa Natrah tempoh hari, dia tidak mampu menahan sabar untuk terus memberikan peluang kepada lelaki itu. Ada kalanya, hatinya menggerutu geram dan benih-benih benci mula tertanam dalam hatinya buat Ehsan. Namun dia cepat-cepat mengucap panjang dan kembali sedar. Dia tidak seharusnya mempunyai perasaan sebegitu walaupun dia berhak. Dia tidak akan membalas kejahatan dengan apa-apa jua kejahatan. Dia tahu, Allah itu Maha Besar.

"Kau apasal?" Suara Ehsan mengendur meski riaknya kelihatan serius. Seriau juga dia dengan tatapan tajam dari Eirfan itu.

Eirfan menggenggam penumbuk dan berlalu pergi, meninggalkan Ehsan dengan persoalan tersebut.

"KALAU ayah dah rasa sihat, dah rasa okey, kita balik rumah. Tak perlulah Yas ulang-alik dari ofis ke hospital"


Tuan Kassim berdehem. Wajah Datuk Elias dan Ehsan dipandang silih berganti.


"Kenapa? Menyusahkan kamu ke aku kat sini? Setahu aku, sepanjang aku admit, tak pernah pulak kamu tiga beranak jenguk aku kat sini. Jangan ingat aku tak tahu" sinis Tuan Kassim menyetir. Meskipun dia dalam keadaan koma ,namun telinganya masih mampu mengenal pasti suara ahli keluarganya. Dan seingat dia, hanya suara milik Eirfan yang sering bergema di gegendang telinganya.

Wajah Datuk Elias berubah keruh. Ni mesti anak tak guna tu yang bagitau!

"Kalau aku balik sekalipun, kamu akan benarkan Eirfan melawat aku?"

Datuk Elias tergumam dengan pertanyaan dari ayahnya. Dia menelan liur kerana risau olahnya akan ketahuan.

Ehsan hanya membatukan diri di sisi dinding. Dia takut untuk menyampuk kerana Tuan Kassim jika sudah berbicara, hujahnya amatlah sukar untuk dipatahkan.

Ditambah pula dengan aura Datuk Elias, hatinya semakin gerun untuk terus menyertai perbualan mereka. Tiba-tiba saja dia rasa menyesal kerana mengikuti Datuk Elias ke situ.

"Aku dah bagitau. Jangan ingat aku tak tahu apa-apa. Aku ada telinga dan mulut yang lain. Setiap yang kamu lakukan ,semua tu aku dapat hidu. Ingat Elias. Dunia ni berputar. Jangan kamu ingat kamu akan sentiasa di atas. Akan ada masanya semua yang kamu gahkan akan tenggelam satu hari nanti"


Tuan Kassim menyindir. Tetapi Ehsan pula yang terasa!


"Ayah cakap apa ni? Yas tanya ayah nak balik ke tak nak? Tapi melalut pulak ke topik lain!" cemuh Datuk Elias. Panas hatinya dengan sindiran demi sindiran dari ayahnya.

"Aku cuma mengingatkan!" tekan Tuan Kassim. Dia pandang sekeliling lantas mengukir senyum sinis.

"Mana isteri kamu? Takkan takde masa langsung nak jenguk aku. Agaknya kalau aku dah mati, barulah isteri kamu tu nak jenguk. Tu pun sebab nak tunjuk baik!" sindir Tuan Kassim lagi.

"Ayah!" Suara Datuk Elias sudah meninggi. Dari tadi Tuan Kassim asyik menyindir. Hatinya terasa sakit disindir sebegitu.

"Korang baliklah! Kalau aku nak balik, tahulah aku nanti. Aku tak nak susahkan kamu orang" Tuan Kassim mengusir mereka berdua. Angin baiknya tiba-tiba menghilang dengan kehadiran mereka di situ.

"Terpulang ayahlah! Nanti jangan pulak cakap yang kami ni tak jenguk ayah. Sejahat-jahat Yas sekalipun, Yas masih tak lupa tanggungjawab Yas pada ayah"


Usai ngomong, Datuk Elias melangkah keluar dari kamar tersebut. Ehsan membontoti dari belakang setelah bersalaman dengan Tuan Kassim.

"MONYOK je ni. Kenapa ni? Something up love?" Tangan kanan Eirfan naik mengusap kepala Natrah. Sedari dalam kereta tadi, gadis itu hanya membatukan diri. Sepatah kata pun tidak terucap dari bibir mungil itu.

"Hubby!!" Natrah sudah merengek seraya menundukkan kepalanya. Bencinya dia dengan apa yang baru berlaku satu hari ini. Dalam masa satu hari saja dia menjadi tumpuan semua orang gara-gara kedekatannya dengan Ehsan padahal itu hanyalah salah faham sahaja. Bencinya dengan Ehsan! Benci dan benci!!

"Hey, what's wrong? Kenapa ni?" Eirfan memberhentikan kereta di bahu jalan lantas menghentikan perlakuan Natrah yang giat menumbuk beg sandingnya yang diletakkan di ribanya.

"Tarik nafas. Lepas. Tarik lagi, dan lepas" Eirfan bertindak menenangkan Natrah. Tangannya sudah hinggap di atas bahu gadis itu. Dapat dia rasakan tubuh badan Natrah yang sedang menggigil ketakutan itu. Entah apa yang berlaku sehingga Natrah berkeadaan seperti itu, dia juga buntu. Namun dia yakin semuanya ada kaitan dengan Ehsan.

"Kenapa ni? Cuba cakap dengan saya. Bagitau saya. Apa dah jadi?"

"Isk..isk..." Natrah sudah tenggelam dengan tangisannya. Dia betul-betul lemah dan tidak berdaya saat ini. Perlahan-lahan wajah basahnya diangkat seraya memandang tepat ke arah Eirfan.

Senyuman yang Eirfan berikan, benar-benar mengundang sejuta kekuatan dalam dirinya. Namun saat bayangan gelap Ehsan menguasai fikirannya, kekuatan tadi kembali roboh dan meletakkan dia ke dasar paling bawah.

Dengan pantas dan spontan, tubuh kekar milik Eirfan didakap erat. Dia membenamkan kepalanya ke dada bidang lelaki itu.


Tersentak dengan perlakuan Natrah, Eirfan kelu seribu bahasa. Dia kaku seketika. Ada rasa dan getaran mula berkecamuk dalam dirinya. Pantas dia berucap panjang bagi meredakan debar dalam hati. Sabar Fan! Belum sah, sabar!!


"Ehsan..."


"Kenapa dengan Ehsan? Dia buat apa dekat love?"


"GILA betullah si Ehsan tu! Jenis tak faham bahasa! Dulu bukan main lagi pandang rendah pada love, sekarang tergila-gilakan love pulak! Nonsense betul!" radang Eirfan dengan rahangnya yang bergerak-gerak. Tak habis fikir dia dengan tingkah Ehsan itu. Luar cakap lain, dalam cakap lain! Mahu saja dia layangkan tumbukan ke wajah itu.

"Tau pun! Ni, saya ni sakit hati betul dengan dia tu. Dahlah tak boleh nak resign sebab terikat dengan R&R apa tah dia buat. Lepas tu, sekarang ni satu ofis bergosip pasal saya dengan dia. Stress tau tak? Kedut-kedut yang tak pernah muncul kat muka ni, tetiba tunjuk diri memasing. Benci betullah!"


Eirfan menahan gelak. Dalam dia stress fikirkan masalah Natrah, sempat pulak gadis tu buat lawak hujung ayat dia. Haishhh...


"Saya buntulah! Tak tahu nak buat apa sekarang. Nak kena hadap muka dia satu hal, nak dengar gosip yang tak betul pasal saya pun satu hal. Huwaaaa..." Natrah sudah lencun dek air matanya. Kali ini, dia benar-benar tidak kuat. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula! Itulah keadaan dia ketika ini.


Tangan Eirfan naik mengusap lembut kepala Natrah. Dia kasihankan nasib gadis itu. Apa ye yang harus dia lakukan untuk memberhentikan sikap gila dan obsesi Ehsan tersebut?


"Sabar ye? Kita fikir sama-sama cara dia"

SEBUAH bekas berbentuk hati berwarna merah dikeluarkan daripada laci. Saat terpandangkan akan bekas tersebut, hatinya dipagut seribu kerinduan buat sang ibu. Air mata yang tanpa dipinta laju saja tunjukkan diri. Eirfan mendengus perlahan. Diusap air mata dengan hujung jari lantas punggung dibawa ke birai katil.

Dia tersenyum seorang mengingatkan amanat dari arwah ibunya sambil tangannya membelek-belek bekas tersebut.

"Nanti kalau Fan dah jumpa seseorang yang buat Fan ceria, yang Fan rasa mampu bahagiakan Fan, bagi ni pada dia"


Bekas berwarna merah itu diletakkan di atas telapak tangan anaknya. Mata tua penuh kasih sayang itu memandang sayu ke arah wajah Eirfan, mengharap pengertian dan perasaan yang serupa.

"Apa ni ibu?" Berkerut dahi Eirfan memerhatikan objek yang barusan ibu beri padanya.


Atilia sekadar tersenyum sambil melipat telekung dan kain sejadahnya.


"Ya Allah ibu! Ni..." Eirfan tak jadi menyambung ayatnya. Cincin emas bertakhtakan berlian menyinar pandangannya. Terlampau cantik dan mahal rupanya.


"Hai...cantik sangat ke cincin tu sampai tak tahu dah nak sebut nama dia?" perli Atilia dalam tawanya.


"Cantik bu! Cantik gilaa! Mesti mahal kan? Mana ibu dapat ni? Dari daddy ke?"


Keterujaan Eirfan mengundang tawa pada bibir Atilia. Mana tidaknya, itulah kali pertama anaknya melihat dan menyentuh barangan mewah dan mahal seperti itu. Seperti dia suatu masa dahulu ketika dirisik oleh Tuan Kassim untuk menjadi menantunya. Perasaan indah yang tak mungkin mampu dia lupa sampai bila-bila. Tetapi perasaan indah itu juga berubah duka dalam sekelip mata saat Datuk Elias lebih memilih untuk mengabaikannya. Dan hanya mencarinya untuk 'tujuan' itu.


"Cantiklah ibu! Ibu simpanlah. Kenapa bagi Eirfan?" Suara teruja Eirfan merobohkan puncak khayalannya sebentar tadi.
"Ibu bukan bagi Eirfan. Ibu nak bagi menantu ibu"

Dahi Eirfan berkerut. Menantu? Menantu apanya, dia baru je 17 tahun. Lambat lagi kot nak kawen!

Seolah mengerti gelojak hati Eirfan, bibir Atilia mengukir senyum.

"Ibu bukannya suruh kamu kawen sekarang. Kawen nanti-nanti. Kalau kamu dah bersedia nanti, kamu serahkan cincin ni pada dia. Anggap je hadiah dari ibu"

INDAHNYA perasaan jika si ibu masih di sisi. Bisa dijadikan tempat untuk bermanja ,meluah perasaan dan berkongsi segalanya. Namun kini semuanya hanya tinggal kenangan dan dalam doa.

Tubir mata yang sudah basah diusap perlahan. Hatinya terlalu merindui si arwah ibu. Setiap kali teringatkan ibu, hatinya jadi rindu. Rindu pada segala-galanya.


Bekas tadi dibuka perlahan. Bibirnya mengulum senyuman panjang. Cincin itu bakal bertemu pemiliknya tidak lama lagi. Dan sekaligus menamatkan segala kesengsaraan Natrah dan menitiknoktahkan obsesi gila si Ehsan.

"Ibu, doakan Eirfan!" ujarnya sambil menggenggam erat bekas tersebut.

"COMPANY nak buat annual dinner minggu depan. Yalah, tak lama lagi nak masuk tahun baru. Dan tema dia kali ni adalah..."

"Mask rider!" Dengan konfidennya, Azizah mencelah sambil tersenyum riang.


"Mask rider kepala bana hang!" tempelak Hasma dalam loghat utara sambil menampar bahu Azizah. Terkekek-kekek Natrah ketawa dibuatnya.


"Laaa bukan ka? Abih tu apa?"


"Masquaradelah!!" jawab Hasma dengan kasar.


"Aikk tak sama ka?"

"Mana ada! Memandai kau je" sahut Hasma.

"Samalah!" Azizah tak mahu mengalah.

"Apa yang samanya? Sekolah mana kau belajar ni, tak tahu beza mask rider dengan masquarade?"


"Samalah! Bagi aku terang kat hang na? Hang dengaq elok-elok. Masquarade tu tema yang dok pakai topeng tu kan? Yang kita dok menyamaq jadi sesiapa yang kita berkenan kan?"


Hasma dan Natrah mengangguk laju.


"Hang pernah tengok dak cerita mask rider? Depa tu pakai topeng kan?"


Sekali lagi, Hasma dan Natrah mengangguk kepala. Dahi mereka mengerut kerana masih tak faham maksud penerangan Azizah itu.

"Dah tu, mana yang samanya?" Hasma tak menyabar nak tahu.

"Tu laa yang sama dia. Depa pakai topeng dua-dua!" jawab Azizah diiringi gelak tawanya.

Hasma dan Natrah mengeluh panjang. Punyalah fokus nak tahu jawapan dia, ek elehh minah utara ni...!

"Kau pernah tengok tak ada satu show kat Jepun ni? Yang dia pakai cawat je untuk bahagian bawah ni? Badan besar-besar pastu dorang berlawan? Siapa tumbang dia kalah? Pernah tengok tak?" soal Hasma pula. Akal jahatnya maiii nak mengena si Azizah tu pulak!

"Errr..." Azizah berfikir sejenak. Show apa? Kalau cerita Jepun, jarang sekali dia nak layan. Kalau Korea, bagi seribu kali pun dia tak jemu nak layan!


"Cerita apa tu?" Azizah mengaku kalah.


"Sumolahhhh!" jawab Hasma dengan lagak seperti hendak menyerang Azizah.


"Eh.. ehh.. Hang jangan nak buat aksi tak senonoh kat sini Has! Hang dengan aku bersaiz XXXXL.. Karang tak pasai-pasai roboh bangunan ni"


"Ahhhh! Aku peduli apa!!" Hasma sudah mengatur langkah untuk mengejar Azizah. Tanpa menunggu serangan daripada Hasma, laju saja kaki Azizah berlari sejauh yang mungkin meninggalkan Natrah yang dari tadi memerhatikan mereka.


Tercuit hati Natrah melihat telatah kedua sahabatnya itu. Saling menghibur dan melengkapi!

"Natrah! You dah tahu ke tema annual dinner kita tahun ni?" Intan yang melimpasi Natrah menyapa dengan senyuman di wajah. Saja dia menegur kerana nak bergosip sekejap. Dah jumpa tuan punya badan, apa salahnya dia bertanya.


"Oh.. err masquarade kan?" Itu yang Natrah sempat dengar dari Hasma dan Azizah tadi.

"Yupp! You pakai topeng apa nanti? Menyamar jadi apa? Jangan cakap yang you nak jadi Cinderella atau Bawang Putih" ujar Intan sambil tergelak. Sebenarnya lebih kepada menyindir. Dan Natrah tahu itu!

"Kenapa? Kalau jadi dua karakter tu pun, apa salahnya?" Wajah Natrah serius. Dia tahu benar agenda dan maksud Intan tersebut. Tak perlu nak berdalih, terus-terang saja sudah cukup.

"Alaaa you ni! Jangan marahlah. I gurau je. By the way, I nak tanya you sikit boleh?"


"Hmmm apa dia?" tanya Natrah acuh tak acuh.

"Betul ke khabar angin yang I dengar kat ofis ni? Pasal you and boss? You and boss?" Intan mendekatkan dua jari telunjuknya bersama dengan wajah penuh sinis menghiasi.

Dah agak dah! Memang itu yang menjadi bualan dan topik hangat di ofis semenjak dua menjak itu. Natrah tak naklah ambik pusing walaupun sememangnya kepala dia dah pusing dengan khabar angin yang tak betul itu! Tetapi satu ofis sinis memandang dia dan ada yang menjauhi, konon-konon dia dapat kerja di situ kerana menggoda Ehsan. Arghhh!! Nak dekat dengan Ehsan pun dia tak hingin!

"Tadi kau cakap apa? Dengar khabar angin kan? So betullah tu! Berita tu cumalah khabar angin sahaja! Aku dan encik Ehsan tak pernah bercinta dan tak akan pernah bersama. Khabar angin yang tak betul ni, kalau kita sebar sana sini tanpa tahu usul periksa, tahu hujung pangkal cerita, dia boleh jadi fitnah tau tak? Fitnah??! So kalau kau tak nak dapat dosa fitnah, ada baiknya kau bagitau satu ofis ni ,kalau boleh satu Malaysia yang aku dan encik Ehsan takde apa-apa! Faham?!"


Intan mengangguk laju mendengar jawapan daripada Natrah. Dia jadi takut tatkala melihat wajah menyeringa Natrah itu. Fuhhh...

Tanpa sedar, kelibat Ehsan sedang berdiri di sebalik pintu sedang memerhatikan apa yang barusan berlaku. Egonya tercabar dengan kata-kata Natrah. Bagaikan ada sesuatu benda tajam yang menghiris dalam hatinya. Saat Natrah melimpasinya, dia jadi kaget dan bertambah malu saat gelang tangan yang diberinya dikembalikan oleh Natrah.

"Saya tak perlukan ni! Dan saya tak perlukan apa-apa dari encik Ehsan!"

Sejurus selepas itu, Natrah berlalu meninggalkannya di situ. Dan ketika itu, barulah Ehsan sedar akan mata-mata yang begitu galak memerhatikannya. Malu? Ya, dia sangat malu dan rasa direndahkan oleh seorang gadis biasa seperti Natrah. Dan, dia tak mampu nak terima semua tamparan tersebut!

DARI tadi Eirfan tampak gelisah semacam saja. Banyak hal yang mengganggu fikirannya saat itu. Hatinya tak tenang dan jiwanya kacau-bilau. Dia perhatikan gelagat Natrah yang dari tadi asyik sibuk melahap mihun supnya. Lapar benar gamaknya gadis itu! Berapa hari erk dia tak makan?

Serba salah! Itu salah satu perasaan yang bersarang dalam dirinya saat itu. Dia rasa nak ungkapkan perkara itu tetapi dia malu. Bagaimana kalau Natrah tiba-tiba menolaknya? Bikin malu saja nanti! Mana dia nak letak mukanya yang memangnya muka tembok itu? Arghhh!!

Tetapi pada masa yang sama, hatinya meronta-ronta untuk memiliki Natrah. Dia harap juga dengan sahnya hubungan mereka nanti, Ehsan mampu berdiri di dalam dunia nyata dan bangkit dari angan-angannya. Sekaligus menjadi pelindung buat Natrah selama-lamanya.

"Awak tak makan ke? Tadi kemain lagi ajak saya keluar. Tu..nasi ayam penyet awak tu, memanggil-manggil awak dari tadi"


Natrah menjuihkan mulutnya sambil matanya jatuh pada jamuan tampak menyelerakan itu. Aduii, lapar lagilah! Inilah natijahnya tiap kali Jepun menyerang, dia akan sentiasa rasa lapar.


Tergelak Eirfan dengan aksi Natrah itu. Dia tahu Natrah masih lapar. Tampak jelas pada wajahnya. Lantas, pinggan berisi nasi ayam penyek bersama sup dan sambalnya diletakkan di hadapan Natrah.

Kening Natrah bertaut. "Untuk saya ke?"

"Taklah! Untuk seorang gadis comel yang sedang kelaparan sebab dari tadi asyik usya saya punya lauk"

Natrah muncungkan bibir. "Jadi bukan untuk sayalah erk?" Nada berlagu kecewa walaupun dia tahu maksud dan usikan Eirfan itu.

"Hmmm..." Eirfan buat gaya sedang berfikir. Lama. Natrah pulak asyik pandang dia, tengah menunggu jawapan lagaknya.


"Ni sebenarnya untuk gadis yang kelaparan tu. Tapi kalau awak muka tak malu, awak makanlah" seloroh Eirfan dengan wajah sinis.


Lama juga Natrah berfikir. Dia memang lapar dan dia tahu gadis comel yang Eirfan sebut-sebut tu adalah dia. Jadi dia memang muka tak tahu malu.


"Ohh takpelah. Saya memang muka tak tahu malu. Saya makan ea?" Tanpa menunggu jawapan balas dari Eirfan, laju saja tangannya menyuap nasi ayam itu ke dalan mulut.


Enak benar rasanya sehingga dia tak sedar dirinya diperhatikan oleh Eirfan dari tadi. Dah macam orang kebuluran lagaknya itu! Tapi itulah, makan banyak pun badan dia tetap melidi macam tu. Macam tak masuk zat dan khasiat saja!


"Natrah, kita kawen jom!"


Serta-merta nasi ayam yang masuk ke dalam mulut tersembur keluar. Tiba-tiba pulak si Eirfan melamar dia masa dia sedang enak menikmati makan malamnya. Terkaku seketika dia dengan lamaran mengejut tersebut.


Tak romantiknya!


"Natrah, kita kawen jom! Saya nak ajak awak kawen..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience