BAB 3

Humor Completed 9296

“Assalaamu`alaikum.” Kedengaran satu suara menegur.

Siapa pulak lah yang mengacau ketenteraman aku ni? Tak boleh tengok orang study dengan aman betul! Final exam tak lama lagi tahu?!

Sambil perlahan-lahan mendongak untuk memandang gerangan yang memberi salam, dia menutup buku yang sedang dibaca sambil salam dijawab di dalam hati. Namun, apabila melihat gerangan yang memberi salam, tercampak buku yang sedang dipegangnya. Dia terkaku.

“Awak, please jangan lari lagi. Penatlah saya nak kejar.”

Nak lari apanya, aku dah penat lari dari hantu ni. Masuk hari ni dah hari keempat hantu ni muncul depan aku. Siang terang-benderang macam ni pun hantu ni ada? Hebat! Anddd surprisingly hantu ni berjaya surprisekan aku lagi sekali. Hari tu cakap English. Hari-hari yang aku lari dari dia pula dia dok melambai-lambai tangan kat aku sambil tersengih-sengih. Hari ni boleh beri salam pula. Esok lusa entah apa lagi. Esok lusa? Kau nak ke jumpa dia hari-hari? Sekarang ni pula dia sedap-sedap je duduk sebelah aku walaupun agak jauh sikit. Sibuk nak lepak dekat port aku ni kenapa? Carilah pokok lain. Hantu punya hantu!

“Okey, saya rasa kita perlu mulakan perkenalan. Hari-hari awak macam nampak hantu beria larikan diri dari saya sampai tak sempat nak perkenalkan diri. Nama saya Aidil. Awak?” Hantu Aidil memperkenalkan diri. Hantu Aidil? Macam peliklah pula. Okey, Aidil.

“Nami.” Sepatah perkataan akhirnya keluar juga.

“Nami? Macam pernahku dengar nama itu, tapi di mana ya? Oh, nama awak Nami sebab awak lahir dekat Nami Island, Korea tu ke?” Aidil menebak.

“Nope. Takde kaitan dengan Korea okey. Nama aku Iman. Iman Soraya. But I just hate that name. Tak sesuai dengan aku. Nami is just the backwards spell of ‘Iman’. Kawan-kawan aku pun panggil aku Nami macam yang aku perkenalkan diri. Mereka pun tanya soalan yang sama macam kau. Tapi aku tak ceritalah sebabnya aku tak suka nama aku sendiri.” Tapi dengan hantu ni boleh pulak aku bercerita. Sambung Iman Soraya di dalam hati.

“Hmmm Iman… Pearl. Nice name. Boleh saya tahu kenapa awak benci nama awak sendiri?” tanya Aidil.

Baru hari tu aku puji hantu ni educated sebab pandai cakap Bahasa Inggeris, hari ni dia dah kurang educated pula. Iman orang translate dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘Faith’, bukannya ‘Pearl’. Iman Soraya mengeluh.

“Kau tengoklah aku ni macam mana. Tak kena langsung dengan nama aku. Nama je Iman tapi rukun Iman ada berapa dan apa pun aku bukannya tahu. Aku ni lahir je dalam Islam tapi aku rasa jiwa aku ni belum sepenuhnya Islam.” Terang Iman Soraya. Aidil tekun mendengar setiap bicaranya.

“Tapi Pearl, awak boleh cuba mendalami Islam. Bukankah Islam itu indah dan mudah?” Aidil memberi cadangan yang sangat dikhuatiri kebernasannya oleh Iman Soraya.

“It’s easier said than done. I came from a broken family. Mummy and daddy aku bercerai masa aku baru tujuh tahun. Aku tinggal dengan mummy aku. Aku baik dengan daddy aku walaupun cuma dapat jumpa daddy on weekends and sometimes on weekdays. Dengan daddy aku dulu memang aku ada belajar pakai tudung, solat, puasa. Paling tidak pun masa keluar dengan daddy memang aku pakai tudung. Aku sayangkan daddy aku tapi dua tahun lepas tu, daddy meninggal dunia. Lepas dari tu aku tak tahu tudung aku melayang terbang entah ke mana. Mummy pula lepas dia kahwin baru dia macam dah tak peduli apa jadi pada aku. Mummy sendiri tak pakai tudung dan laki baru dia tak pernah suruh dia pakai tudung. Kami tinggal serumah tapi macam orang asing yang bawa haluan masing-masing. Walaupun cukup duit yuran makan pakai yang mummy bagi tapi aku rasa kosong. Aku rasa macam ada sesuatu dalam jiwa aku ni yang tak terisi. I… I just… I just don’t know…” Iman Soraya melepaskan keluhan setelah meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya selama ini.

“Pearl, saya faham kalau awak datang dari broken family tapi benda tu bukan salah awak dan awak juga tak boleh nak salahkan sesiapa. Itu adalah takdir ketentuan Allah. Allah tak kan uji kita kalau kita tak mampu untuk hadapi.” Aidil menyuarakan apa yang dia rasa.

Ah sudah hantu ni! Dia panggil aku Pearl? Lantak kau lah nak panggil aku apa. Bukannya aku mati pun kau panggil aku Pearl. Tapi kenapa dengan hantu yang aku baru kenal ni aku boleh nak bercerita pasal ni? Cerita yang aku tak pernah buka pada kawan-kawan yang lain. Adakah sebab muka hantu ni macam manusia biasa, jadi aku tak takut nak bercerita kat dia? After all, kalau aku cerita kat dia, dia nak cerita kat siapa je pun? Kat kawan-kawan hantu yang lain? Hahaha. Tak pasal-pasal aku famous kat dunia hantu. Ekau ado? Aidil… Aidil… Kalaulah kau faham dan rasa apa yang aku rasa.

“Tapi Dil, kau tak rasa apa yang aku rasa. Takde siapa nak bimbing aku. Macam mana aku nak kenal Islam?” Iman Soraya kembali bersuara.

Apa kena dengan aku ni? Bila masa aku kamceng gila dengan hantu ni sampai panggil dia Dil pula? Adeh. Dil. Dil apa? Dil Hai Tumhaara? Yucks! Gila! Dil To Pagal Hai kot baru betul. Huargh!! Jangan aku jadi gila sebab hantu ni sudah.

“Okey, mungkin dulu takde siapa nak bimbing awak tapi sekarang awak dah boleh berdikari kan? Awak boleh perlahan-lahan pergi ceramah yang pihak kolej ataupun universiti anjurkan. Awak boleh perlahan-lahan join usrah. Insya Allah bila awak ada niat nak berubah ke arah kebaikan, Allah akan hantar orang yang baik-baik untuk berkawan dengan awak. Niat tu penting. Apa-apa mulakan dengan niat kerana Allah Taala. Insya Allah urusan kita akan dipermudahkanNya. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Awak fikir-fikirkanlah apa yang saya cakap.” Ujar Aidil panjang lebar sambil mula berdiri apabila menuturkan ayat yang terakhir.

“Kau nak pergi mana?” tanya Iman Soraya.

“Saya nak pergi solat Asar lah. Dah pukul 6.00 petang ni. Pearl, awak jangan lama-lama dekat sini. Dah petang macam ni kalau nak study pun bukan masuk sangat.” Balas Aidil.

Iman Soraya ternganga. “Hantu pun solat ke?”

“Sebab saya masih dan insya Allah akan kekal Islam. Assalaamu`alaikum.”

Iman Soraya hanya menjawab salam di dalam hati. Dia ni tak tahu dia dah mati ke apa? Selamba badak ke jalani kehidupan macam manusia yang bernyawa. Hadoi la! Tapi macam mana dengan diri kau sendiri Iman Soraya? Kau yang dah tentu-tentu masih bernyawa. Tak sentap ke dengan dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience