Bab 20

Fantasy Completed 13890

"selamat pagi kak jane!" tegur dani yang sudah tercongok di depan pintu bilik sambil tersenyum manis menegur jane yang baru keluar dari biliknya.

"selamat pagi.. Eh awal kau bangun" balas jane mengusik.

"tula..kalau akak bagi saya tido bilik akak malam tadi mesti saya bangun lambat, kan?" usik lelaki itu pula sambil tergelak. Muka jane merah padam.

Gadis itu membesarkan matanya. "banyaklah kau" Gadis itu menunjuk penumbuknya kepada dani yang masih tertawa.

"ai pagi pagi lagi dah gelak ni apasal?" tegur Sarah yang baru keluar dari bilik. Matanya menjeling jane di sebelah.

"kak sarah seronok tido malam tadi?" tegur lelaki itu sambil tersenyum memandang sarah.

Sarah seolah terpaku. Lawanya senyuman dia..
Hatinya berdebar.

".. kak sarah?"

"hah? Oh ye.. Seronok" balas gadis itu tersenyum kepada dani.

"ok la.. Saya pergi buat kerja dulu bye" ujar lelaki itu dan terus berlalu meninggalkan jane dan sarah.

"hah jane kau ni tunggu apa lagi? Dah tak reti nak buat kerja? Takkan nak jadi tunggul tengok aku aje?" ujar sarah selamba dan terus berlalu meninggalkan gadis itu terpinga pinga.

Apa salah aku? Jane menarik nafas panjang. Sabar jane.. Sabar.
_________________

"hai jane" tegur puan erika yang sedang turun dari tangga.

"selamat pagi puan, sarapan puan dah siap" balas jane dengan bersemangat. Seolah olah dia dapat merasakan kehadiran emaknya tika itu.

Puan erika ketawa. "kamu tolong panggil dani. Kita sarapan sama sama ya, saya tunggu di meja makan" arah wanita itu.

Pantas jane mengangguk. Segera diatur langkahnya keluar mencari dani. Kelihatan dani sedang sibuk mencangkul tanah di laman belakang.

"hei dani!" laung jane.

Dani memandang ke arah suara yang memanggilnya. Lelaki itu tersenyum sebaik sahaj terpandang wajah jane. "kenapa kak?"

"puan suruh kita sarapan sama sama dengan dia, jom?" 

Senyuman lelaki itu mati serta merta. Alamak!

"kenapa dani?" tanya jane pelik.

"jane aku.."

"hish jomlah cepat aku dah lapar!" desak gadis itu lagi.

"err.. Yela." dani tiada pilihan. Terpaksa juga digagahi langkahnya masuk ke dalam rumah agam itu.
_____________

"puan" tegur jane.

"hah sila duduk, dani duduklah" pelawa puan erika.

Sarah sudah lama terpacak di situ. Matanya memandang dani lama. Entah kenapa hatinya agak tertarik dengan lelaki itu.

Jane mengambil tempat duduk di berhadapan puan erika. Dengan pantas dani duduk di sebelah jane. Dia cuba untuk mengelak dari bertentang mata dengan puan erika.

"seronoklah kalau makan ramai ramai macam ni, cuma anak saya je belum balik. Entah mana dia pergi saya pun tak tahu" ujar puan erika sedikit sayu.

"puan..Jangan sedih. Saya yakin tuan muda akan balik tak lama lagi" jane memberi semangat.

"hei jane diamlah! Kau tak kenal pun tuan muda jangan cakap ikut sedap mulut!" marah sarah dengan suara perlahan. Dia menjeling gadis di sebelahnya.

"kenapa sarah?" puan erika menegur. Keningnya diangkat.

"tak ada apa apa puan" balas sarah sambil tersenyum.

"eh jemput makan" pelawa wanita itu lagi.

Pagi itu suasana agak meriah. Dengan gelak ketawa mereka di meja makan cuma dani seorang yang tidak selesa. Entah sebab apa entah.
_____________

"kak sarah!" laung dani kuat.

Sarah yang sedang memetik buah menoleh. Automatik bibirnya menghasilkan senyuman manis. "yer dani kenapa?" tanya gadis itu lembut.

Lelaki itu berjalan menuju ke arah sarah. "kak sarah buat apa?" soal nya pula.

"akak tengah petik buah ni, kau nak ke?" pelawa gadis itu.

Pantas dani menggeleng. Dia duduk santai di bawah salah satu pokok rendang yang berbuah lebat.

"buat apa kat sini? Dah siap kerja ke?"

"dah, saje je nak berbual dengan akak" balas lelaki itu. Tangannya menguis nguis tanah.

"dani umur kau berapa?" soal sarah lalu melabuhkan punggung di sebelah dani.

"nak masuk 17 tahun kak" balas dani sambil tersenyum memandang sarah. Sarah mendekatkan lagi jarak dirinya dengan lelaki di sebelahnya. Sengaja dia berbuat begitu.

Dani mula rasa tidak selesa. Dah asal lak pompuan ni dekat dekat dengan aku!

"dani.." panggil sarah lembut. Tangan mula memainkan peranan. Dia memicit bahu lelaki itu perlahan-lahan.

Badan dani terus tegak. "eh kak sarah dani nak masuk kejap eh, akak sambunglah petik buah tu okay" dengan pantas lelaki itu masuk ke dalam rumah.

Sarah mendengus. Berani betul budak ni tolak dia! Tak pe jaga kau nanti!
_____________

Dani tersenyum memandang jane yang sedang sibuk mengelap pasu. Idea nakal mula timbul di benaknya. Perlahan-lahan didekatkan badannya bersebelahan gadis itu. Pipinya dirapatkan dengan pipi gadis itu. Lelaki itu menahan gelak. Jane masih tak perasan!

"hai jane"

Pantas jane menoleh dan cupp! Bibirnya melekat di pipi lelaki itu. Bulat mata jane memandang dani. "dani!!" marah gadis itu.

Lelaki itu ketawa besar. Misinya berjaya.

"kau ni jahatlah!!" wajah gadis itu merah. Dia memukul bahu dani kuat.

"maaflah jane! Aku tak sengaja" ujar dani dan terus ketawa.

Gadis itu mula bengang. Beraninya budak ni ambik kesempatan! Matanya mencerlung tajam ke arah dani.

Ketawa lelaki itu terus terhenti. "kak jane.. Dani mintak maaf" pinta lelaki itu dengan mulut yang sengaja di muncungkan.

"tak nak kawan kau! Nah sambung kerja aku!" jane mencampak kain lap dan terus berlalu pergi.

Alamak dia merajuk la pulak! Dani menggigit bibir lalu tersenyum. Segera dia mengambil kain lap itu dan menyambung kerja jane yang tergendala.
Nasib baik tak ada orang nampak.
_______________

" eh jane kau nak pergi mana?" tanya sarah apabila melihat gadis itu hendak keluar.

"nak rehat kejap"

"sedapnya kau nak rehat. Dah kau ambik duit dan kertas ni, aku dah tulis semua barang dapur yang kau kena beli" ujar sarah selamba sambil tangannya sibuk mengacau kuah.

"tapi banyak barang sarah. Aku tak boleh angkat sorang sorang"

"dah tak de alasan. kau pergi sekarang, aku tahu barang dah ada" halau sarah sambil menolak tubuh gadis itu keluar.

"akak!"

Serentak sarah dan jane menoleh. Dani tersenyum. "jom dani teman akak jane pegi beli barang"

"eh dani tak payahlah, kau duduk je sini dengan aku" sarah menggeleng kepala. Tangannya cuba memegang tangan dani yang di sorokkan di belakang tubuh.

"kesian kak jane, lagipun masa kak sarah beli barang bukannya akak pergi sorang sorang kan?" ujar dani sambil tersenyum.

Sarah terus terdiam. Dapat dirasakan senyuman lelaki itu seolah mengejeknya.

"jom kak jane" dengan pantas dani menarik tangan jane keluar.

Nak tak nak terpaksalah dia bagi lelaki itu ikut. Kalau tidak siapa yang nak angkat barang.

Dani memandang jane yang sedang berjalan di sebelahnya. Macam mana nak pujuk eh?

"akak.." panggil nya.

Jane buat tak endah. Malas nak layan!

"akak marah lagi ke? Saya tak sengajalah" pujuk dani.

"tak sengaja?! Kau ni sama macam kai tau tak!" langkah jane terus terhenti apabila dia menyebut nama kai secara tiba tiba.

"kai lagi? Siapa dia sebenarnya jane? Cuba kau bagitahu aku!" suara dani mula berbeza.

Alamak. "dah la tu jom kita pergi kedai kang lambat sarah marah" gadis itu cuba menukar topik.

"tak nak! Kau tipu aku kan, kau kata dia bukan sesiapa tapi asal kau asyik sebut nama dia?" dani mula membentak.

Aduh budak ni. Siapa yang merajuk sebenarnya sekarang ni? Haish. Terpaksalah dia mengalah lagi.

"ok ok aku tak sebut nama dia dah, jom kita pergi kedai sekarang dani" pujuk jane dengan suara sengaja di lembutkan.

Wajah dani masam mencuka. Lelaki itu tetap tidak berganjak.

Jane menahan sabar. Dia mencapai tangan lelaki itu dan menarik dani supaya mengikutinya. Dani menyembunyikan senyuman. Dibiarkan tangan jane memegangnya sehingga mereka tiba di kedai.

Jane memandang kedai runcit itu lama. Kedai ni ke? "dani kedai ni ke yang sarah selalu pergi?"

Dani mengganguk. "akak, akak tak takut ke orang pandang kita lain macam?"

Jane mengerutkan dahi. Asal pulak? Matanya melilau memandang sekeliling. Ada beberapa pasang mata menjeling ke arah mereka berdua.
"kenapa dorang pandang macam tu dani?"

"akak tak nak lepaskan tangan saya ke?" ujar dani menahan tawa.

Apa?! Baru jane perasan yang dia masih memegang tangan lelaki itu. Cepat cepat dilepaskan tangannya.

Dani tergelak. Jane menjeling tajam ke arah lelaki itu dan terus berlalu masuk ke dalam kedai.

"eh akak tunggulah" panggil dani dengan ketawa nya yang masih bersisa. Pantas dia berlari masuk ke dalam kedai.
_____________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience