Rate

BAB 77 - BOLEH MANJA PERGI?

Romance Completed 454604

Inas terasa tak sedap hati.. Sejak dari hari dia mendengar suara Raif lagi dia merasakan rasa bersalah yang teramat sangat.. Tapi dia lebih rela pendamkan semuanya.. Dari terus mengakui semua itu.. Inas mengambil telefon bimbitnya.. Nombor Raif yang awalnya dia sekat.. Kini dibuka semula..

'perlu aku call dia? Tapi..aku nak cakap apa nanti? Aduh! Kenapalah kau ni Inas..' Inas mengaru kepalanya.. Kusut!

''call jelah! '' kata Nusrah..

''hah! Call siapa?'' tanya Inas..

''call abi..! Ishh dah tahu buat tanya pula.. Call papa baby dalam tu lah.. Dah rindu kan.. Dari tadi gelisah je..'' usik Nusrah dia yang sedang mengemas bajunya tak senang duduk melihat Inas..

''ehh! Tapi disana pukul berapa? Sekarang ni?'' Inas bermain-main dengan jarinya.. Mengira waktu malaysia..

''tiga belas jam sebelum waktu sekarang..'' balas Nusrah.

''disana pagi lah kan.. Dalam.. Sembilan setengah pagi macam tu.. Tapi.. Dia dah bangun ke? Kalau aku ganggu dia nanti macam mana? Kalau dia tak angkat macam mana?'' Bibir Inas muncung kehadapan. Dalam sibuk dia sedang befikir jarinya terdail nombor Raif tanpa sengaja.

''arghhh!'' Cepat-cepat Inas mematikan panggilan telefon itu.. Sampai terlepas telefon itu diatas katil.. Inas menjenguk mengintai telefonnya..

'harap panggilan tu tak sempat disambungkan..'

Raif yang masih berada di hospital melihat kepada telefon bimbitnya..

'Inas !'

'ada apa-apa jadi dekat dia ke?' tanpa berlenggah lagi Raif terus mendail nombor Inas.. Mendengar bunyi yang seumpama berdenyut itu membuatkan dia merasa lega kerana Inas tidak lagi menyekat panggilannya kali ini..

''Assalamualaikum manis..'' laju Raif menyapa Inas sebaik panggilan disambungkan..

''hmm...'' bunyi Inas sedang berdehem panjang sudah cukup membuatkan Raif melebarkan bibirnya, tersenyum.

''waalaikumsalam..'' jawap inas..

''manis disana.. Sihat?'' tanya Raif ..

''alhamdulillah sihat.. Manja?'' tanya Inas dengan kekok.. Raif ketawa mendengarkan apa yang baru di tanyakan oleh Inas..

'kenapa manis.. Kita jadi kekok sampai macam ni sekali..'

''manja sakit..''

''sakit!'' Inas sudah tersentak menjerit di sebelah sana..

''hmm ya! Sakit rindukan orang tu..'' sambung Raif..

''hah! Manja ni!'' marah Inas..

''manis, manis macam mana? Baby kita sihat..?'' tanya Raif dia yang sedang bergelak kini kembali serius..

'' hmmm..'' Inas menunduk mengelus perutnya..

''baby.. Sihat.. Alhamdulillah.'' sambung Inas.

''alhamdulillah..'' sahut Raif..

Panggilan berlangsung dalam masa yang lama.. Pasangan itu masing-masing melepaskan rasa rindu yang berbuku dihati walaupun mereka berdua tak menyatakannya secara terus.. Mendengar suara masing-masing sudah membuatkan hati mereka terubat. Senyuman Raif melebar tersenyum sendiri..

''inas?'' tanya Widad yang baru tiba dengan Isterinya melawat Raif.. Raif mengangguk. Mengiakan..

''Raif rasa nak jumpa inas.. Selepas semua ni selesai..'' kata Raif.

''baguslah tu.. Nusrah akan balik tak lama lagi.. Raif tak ada beritahu apa-apa kepada Inas kan? Apa yang berlaku disini?'' tanya Widad..

''tak uncle'' Raif menggelengkan kepalanya..

''uncle bukannya apa.. Uncle takut Inas terbang balik ikut Nusrah nanti.. Dua-dua orang tu bukan boleh percaya tu..'' kata Widad.. Nurain yang ada di sebelah mengeleng.

''tapi uncle.. tak apa ke Inas kalau tinggal lama-lama di rumah anak uncle disana? Bukannya apa.. Raif takut menganggu.. '' kata Raif. Takut pula membiarkan Inas untuk tinggal lama-lama di rumah orang..

''jangan risau.. Nasrin tak kisah.. Lagipun Inas tu selalu melayan Aliff..'' kata Widad..

''betul tu.. Jangan risau kan Inas disana.. Lagi selamat Inas ada disana dari dia balik ke Malaysia.. Dalam keadaan sekarang ni.. Bahaya.'' sambung Nurain..

''ah.. Teringat sesuatu bila aunty sebut bahaya.. Semalam abang ada datang.. Bawa isteri dia..'' kata Raif.

''uncle tahu.. Hamzi ada call bagi tahu uncle.. Sekarang Hamzi ada di balai.. Dia dah serahkan bukti pengakuan Maya di balai..'' terang Widad..

''Raif jangan risau.. Kita doakan semuanya akan berjalan lancar... Kita tunggu saja berita dari pihak polis mengenai Maya.'' sambung Nurain pula..

Hari demi hari berlalu.. Minggu berganti minggu.. Sehingga bulan bertukar dan musim sudah bertukar kepada musim yang lain.. Masih juga tidak mendapat berita mengenai keberadaan Maya.. Sungguh licik dia menyembunyikan diri.. Hamzi sudah memberi amaran kepada Hanania.. Kalau-kalau mama mereka terlepas kesana. Walaupun perkara itu mustahil langkah berjaga-jaga perlu dia ambil.

Dalam kesibukan Raif menguruskan syarikat yang dibantu oleh Hamzi. Raif sempat membeli barangan untuk bakal buah hati mereka.. Biliknya yang dulu penuh dengan watak dari Disney iaitu Donald Duck kini sudah bertukar menjadi bilik bayi sepenuhnya..

Raif melihat Hamzi yang sedang meneliti fail nipis yang ada ditangannya.. Sungguh fokus sekali.. Tapi tak pula bagi dirinya.. Setiap detik, setiap hari asyik fikirkan Inas yang jauh disana.. Inas dan juga bayi mereka yang akan lahir tak lama lagi..

''manja tengok ni.. Abang rasa usul yang ni okay..'' Hamzi menyuakan satu fail nipis di hadapan Raif.. Membuatkan Raif yang sedang melamun tadi tersentak.

''apa dia abang?'' tanya Raif..

''lah! Berangan ke? Jadi apa yang abang cakapkan tadi manja tak dengar yea..'' kata Hamzi.

''abang ada cakap ke? Manja tak dengar tadi.. Apa ya? '' tanya Raif .

''susah lah adik abang macam ni.. Tak fokus!'' fail yang dihulurkan kepada Raif tadi diletakkan di atas meja..

''maaf abang.. Manja..''

''manja.. take a break dulu lah... Banyak sangat yang berlaku lately.. Abang faham.. Tambah dengan manja yang baru sihat.. You should take more rest..'' cadang Hamzi..

''tapi.. Kalau manja rest.. Abang? Abang pun perlukan rest.. Kak irdina pun perlukan masa bersama dengan abang kan..'' Hamzi tergelak mendengar jawapan yang Raif katakan kepadanya..

''haishhh! Abang ni.. Balik-balik dah boleh peluk kakak kamu.. Memandangkan kakak kamu dah jadi suri rumah sepenuh masa.. Alahan teruk sampai dia tak boleh nak kerja lagi.. Semuanya ada hikmahnya, manja..'' Hamzi menarik bibirnya tersenyum.

Mendengar saja Hamzi menceritakan tentang kehamilan isterinya.. Membuatkan wajah Raif kembali mendung..

''manja.. Pergilah tengok Inas, macam mana dia marah sekalipun.. Itu semua sementara.. Abang yakin dia pun rindukan manja kan.. Rindukan suami dia yang banyak akal ni.. '' kata Hamzi..

''manja cuma takut kena halau nanti.. Lagipun mama...''

''jangan risaukan tentang mama.. Mama sedang bersembunyi.. Entah lah dimana.. Abang pun tak tahu.. Kali terakhir ada di utara.. Dekat dengan sempadan.. Tapi jangan risau.. Taulah polis buat kerja.. Manja pergilah pujuk orang tu.. Walaupun manja tak nak share dengan abang apa-apa tentang Inas.. Abang doakan Inas berada dalam keadaan baik dan sihat.. Tak kiralah dekat mana pun dia ada..'' ucap Hamzi.

''terima kasih abang.. Bukannya manja tak nak beritahu abang.. Cuma manja..'' Raif gelisah hendak menjelaskan perkara sebenarnya.. Keadaan inas.. Kehamilan Inas.. Dimana Inas berada semuanya..

''tak perlu manja terangkan.. Abang hormat apa yang manja buat.. Semuanya untuk keselamatan Inas kan.. As long she safe.. Abang faham.. Irdina yang tak tahu apa boleh jadi mangsa mama.. Inikan pula Inas yang rapat dengan manja..'' keluh Hamzi..

'abang.. Bukan hanya Inas yang dalam bahaya tapi anak manja juga..'

''kalau nak pergi tu.. Bawalah mereka yang diluar tu sama.. Bukannya apa.. Untuk keselamatan manja juga..'' kata Hamzi menunjuk ke arah pintu keluar dimana, di luar sana ada berdiri dua lelaki yang setia mengikut Raif bagaikan bayang-bayang beberapa bulan kebelakangan ini..

''bawa dua orang tu..?'' Raif bertanya dengan wajah terkejut..

Widad yang mencadangkan agar Raif mengambil pengiring untuk menjaga keselamatan..

''perlukah abang?'' tanya Raif. Hamzi mengangguk yakin.

''susahlah..!'' rungut Raif.

''apa yang susahnya? Bawa saja mereka..'' kata hamzi meyangkal apa yang Raif katakan tadi.

''susah sebab nak buat pasport.. Manja ingat manja nak terus pergi siapkan pasport manja harini.. terus bertolak pergi secepat mungkin..'' melopong hamzi seketika.. Selama ini dia menganggap Inas sekadar di dalam Malaysia .. Mungkin berada di rumah Widad.. Ataupun di pusat Rawatan yang orang tua Inas menginap..

'jauh betul Inas pergi kali ni! Patutlah manja tak pergi-pergi melawat Inas..'

''manja kalau pergi tu jangan lama-lama pula.. Abang takut manja tak jumpa jalan nak balik Malaysia je nanti..'' usik Hamzi.

''mengenai dua orang di luar tu.. Mereka profesional.. Rasanya mereka ada semua tu.. Ready untuk ikut manja ke mana-mana pun.. keliling dunia ni..'' sambung Hamzi.

''kalau macam tu.. Manja pergi dulu..'' Raif terus bangun dari kerusinya.. Membuntangkan semula lengan bajunya.. Mencapai kot yang tergantung di penyangkut kayu yang ada di bekalangnya..

''hati-hati manja..'' tak semena-mena Hamzi turut ikut bangun sama.. Kini bilik itu sunyi dan hanya ada Hamzi sendirian diadalamnya...

'budak ni! Boleh dia pergi macam tu saja.. Sekurang-kurangnya tanya lah apa yang patut kena buat kalau nak pergi tu.. Ini tak.. Pergi macam tu je.. Nasib lah semua kau dah uruskan manja.. Kalau tak mahu mengamuk pekerja kau manja.. Kalau gaji mereka tak masuk ke apa..' Hamzi menggeleng melihat kearah kerusi hitam yang mempunyai sandar yang tinggi di hadapannya.. Kerusi yang pernah di duduki oleh ayahanda.. Mamanya.. Manja.. Dan dia juga pernah berada di kerusi itu.. Hamzi sendiri akui kerusi itu bagaikan saka yang membuatkan orang tergila-gilakan jawatan besar itu.. Tapi baginya.. Itu adalah tanggungjawab yang amat berat, perlu ditanggung di atas bahu seseorang andai kata kerusi itu miliknya..

''harta?''

''kuasa?''

Hamzi meraup wajahnya..

'mama...'

'Hamzi rindu mama.. Walaupun mama jauh terpesong.. Hamzi tak pernah tak rindukan mama.. Maafkan Hamzi belot mama..' Hamzi bernafas kasar dibalik tekupan tangannya.. Terasa dadanya sebak berat menahan rasa yang terpendam..

'pulanglah mama.. Mama perlu minta maaf dengan manja.. Atas setiap perbuatan mama yang lampau.. '

Sambung jom.. - - >

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience