Bab 14

Drama Series 3858

Rumah Musalmah. Waktu pagi.

 

Musalmah masuk dalam bilik. Dia lihat Maizurah sedang duduk di sudut tempat dia selalu menulis puisi. Musalmah bongkokkan badan sebelum ubun-ubun adiknya disentuh.

          “Dik.”

          “Adik tak nak mak baru. Adik nak mak kita!”

          “Mak dah tak ada dik, Mak dah meninggal. Mustahil untuk mak kembali ke rumah kita lagi,” jawab Musalmah sambil peluk adiknya yang sudah menangis.

          “Kenapa mak terlalu cepat tinggalkan kita kak? Adik tenguk, kawan-kawan adik yang lain semua masih ada mak.”

Musalmah peluk adiknya kuat-kuat. Air matanya turut sama jatuh. Bunyi motorsikal ayahnya buat Musalmah lap air mata. Maizurah masih duduk di sudut itu. Musalmah kemaskan sanggul di rambut dan keluar mendapatkan ayahnya.

          “Eh, ayah tak ke kebun hari ni?” tanya Musalmah bila dia lihat ayahnya memakai baju kemeja bercorak batik.

          “Tak. Ayah ada hal lain nak diuruskan. Adik kamu mana? Panggil dia makan nasi ni. Lepas asar nanti, Mah siapkan adik ya.”

          “Baik ayah.”

Musalmah naik semula ke atas dan masuk ke dalam biliknya.

          “Dik, ayah ada beli nasi bungkus tu. Jom kita makan sama-sama.”

          Maizurah geleng kepala.

          “Jomlah. Nanti perut adik lapar.”

          Maizurah geleng lagi. Dia bingkas dengan muka cemberut.

          “Adik nak cakap kat ayah, adik tak mau mak lain.”

Musalmah tarik tangan adiknya. Figura itu dipusingkan supaya mata mereka bisa bertatapan.

          “Jangan dik. Kita tak ada hak nak bantah kehendak ayah.”

          Maizurah pandang muka kakaknya. Dengan perlahan, Musalmah tarik tubuh adiknya dan memeluknya rapat-rapat.

          “Akak janji, akak akan selalu ada dengan adik. Akak akan jaga adik. Akak akan lindungi adik selalu.”

          “Janji?” Maizurah hulur jari kelingkingnya. Musalmah angguk kepala. Jari kelingkingnya ditautkan pada jari kelinking adiknya sebagai tanda janji sudah tersimpul rapi dan harus dikotakan.

Terima kasih kerana sudi singgah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience