29

Romance Series 10716

Berbekalkan bukti yang diberikan Andrew, Drake kemukakan semuanya dihadapan pendakwa raya wanita itu. Hanya wanita ini sahaja yang mampu bantu dia keluar dari sini.

Senyuman terukir dibibir wanita cantik kelahiran South Korea ini.

"Jangan risau, awak boleh bebas dengan mudah dengan adanya semua bukti-bukti ini" balasnya tenang sambil tersenyum kearah Drake.

Drake menarik nafas lega. Dia bersyukur dengan apa yang baru saja dikatakan oleh wanita tersebut.

"Terima kasih" ucapnya terharu.

"Sudah menjadi kerja saya" balasnya lantas bangun. Dia juga mengambil bahan bukti yang ditunjukkan Drake sebentar tadi.

"Jumpa nanti" ujarnya buat kali terakhir sebelum melangkah keluar.

Drake mengangguk pantas. Dia berharap sangat dapat keluar dari neraka ini secepat mungkin.

*

Fea mengeliat manja sambil kakinya melangkah menuju pantry. Dia menyediakan kopi dengan menggunakan mesin khas.

Sambil menunggu, matanya menangkap sesuatu yang berada di atas meja pantry.

"Aa" Fea terkedu. Perlukah dia tahu siapa pemilik iphone tersebut?

'Ah! Dalam rumah ini hanya ada dia, papa, Della dan...

"Haa" Fea memasang wajah nakal.

Dengan kerusi tinggi yang beroda, dia beranjak semakin mendekati benda tersebut.

Matanya meliar memandang ke sekitar, tiada sesiapa. Terukir smirk diwajahnya.

Tanpa mengangkat, dia menghulurkan tangannya lalu jari runcingnya menyentuh pantas skrin Iphone tersebut. Skrin tersebut menyala. Dia menjengah sedikit kerana kedudukan Iphone itu berada agak jauh darinya dan saat itu juga dia terkedu. Tindakkannya mati disitu. Tubuhnya terasa kaku. Bulu roma di tengkuknya terasa berdiri tegak, meremang. Tubuhnya terasa hangat. Semuanya terasa berlaku serentak.

Dia terkedu dengan apa yang dia lihat pada lock skrin lelaki itu dan dalam masa yang sama, dia dapat merasai ada sepasang mata sedang menatap tajam kearahnya.

Aroma perfume maskulin mula menerjah masuk ke rongga hidungnya. Fea tertangkap!

"Saya tak buat apa-apa, saya cuma melihat" selanya menutup rasa malunya. Wajahnya sudah bersemu merah.

Fea memutar kerusinya ke belakang dan,

Dia tersengih kemudiannya. Dia tahu, lelaki itu sudah berada dibelakangnya sejak tadi. Sejak..... sejak dia cuba ambil tahu mengenai isi yang berada di dalam peranti tersebut.

'Bodoh betul kau Fea'
Fea mencela dirinya sendiri dalam hati.

Taylor melipat kedua tangan kekarnya di dada sambil matanya menyorot tajam menatap kearah Fea. Dia menunggu penjelasan dari wanita itu.

"Err.." Fea mengangkat kedua tangannya ke udara tanda menyerah.

"Saya cuma mahu lihat isi didalamnya dan..."

"Dan?" Taylor mencelah.

Fea bungkam. Wajahnya merah padam. Kenapa wajahnya perlu menjadi wallpaper di lock skrin peranti lelaki itu?

Taylor melangkah perlahan, mendekati Fea.
Fea lantas menolak kerusi itu kebelakang dan,

tolakkannya terhenti. Dia tidak boleh kemana-mana lagi. Tubuhnya sudah rapat ke meja pantry.

"Mahu bincang mengenainya, hurm?" suara Taylor perlahan dengan penuh getaran dan sedikit intimidasi.

Fea menelan ludah. Degupan jantungnya berdetak laju. Ah! Takkanlah dia takut dengan lelaki ini? Tapi, kenapa dia harus berasa sedebar ini? Seketika muncul moment-moment antaranya dan Taylor selama berada disini. Dan disaat itu juga muncul kata nasihat dan penuh pesanan dari lelaki dihadapannya.

Kedua tangan Taylor sudah berada di antara kiri dan kanan tubuh Fea. Tangannya menekan meja pantry, cuba mengunci pergerakkan Fea.

"Jika awak ada sebarang pertanyaan, awak boleh bertanya kepada saya sekarang sebelum kata-kata awak itu saya telan mentah-mentah"

Fea terkedu. Dia mengerti maksud lelaki itu. Jantung Fea semakin berdebar laju. Dia menundukkan wajah, tidak mahu bertentangan dengan lelaki itu. Dia malu dan ada perasaan lain yang bercampur baur.

"Saya dapat dengar dengan jelas degupan jantung awak, sayang"

Fea mendongak. Dia terkedu mendengar bait ayat terakhir dari Taylor.

Taylor tersenyum manis.
Ahhh! Fea cair dengan tenungan dan senyuman itu, sangat memabukkan.

"Tak mahu tahu, kenapa ada wajah wanita itu di lock skrin Iphoneku?" soal Taylor dengan panahan tatapan lembut terhadap Fea.

Fea menelan ludah.
Kenapa baru sekarang dia baru perasan yang....
Taylor sangat tampan! Hati Fea mencair seperti ais batu yang terkena cahaya matahari terik.

Wajah mereka yang hanya berjarak beberapa inci membuatkan Fea lebih teliti menatap wajah lelaki itu. Halus, licin, bersih, ada tahi lalat dihujung bibirnya, ah! sangat manis. Hidungnya tinggi terletak, matanya bundar dan menyejukkan hati sesiapa yang memandangnya dan tatapan matanya yang coklat gelap itu mampu menggetarkan hati wanita.

"Deg! Deg!" jantung Fea berdegup semakin kuat dan laju.

"Because I love you, sayang" luah Taylor dengan nada bisikkan yang terasa mendayu dan romantis di pendengaran Fea. Fea mendesah saat bibirnya bertaup lembut dengan bibir Taylor. Permainan lelaki itu sangat memabukkan. Dia sendiri terbuai dan tidak mampu menahan atau menolaknya. Dia hanya ikut alur yang dibawa Taylor.

"Ah!" Fea sekali lagi mendesah saat tangan kekar Taylor merangkul pinggang rampingnya lalu memicit lembut disitu. Terasa sensasinya hingga ke tulang rusuk. Lama mereka berkeadaan sedemikian sebelum Taylor melepaskan pagutannya dan mengusap lembut bibir basah Fea yang merah dan bengkak.

Fea? Dia langsung tidak membantah. Dia masih terkedu dengan apa yang telah berlaku dan ya, dia betul-betul terbuai.

Apa lelaki ini katakan tadi? I love you? Betul ke? Atau dia yang salah dengar?

"A-apa yang awak katakan sebelumnya tadi?" soal Fea gugup dan malu.

Taylor tersenyum.
"I love you, honey" luah Taylor dengan tatapan romantis.

Wajah Fea berubah merah serta merta. Adakah dia juga mempunyai perasan yang sama?

Melihat keadaan Fea yang masih bungkam dan raut wajah tercengang, Taylor bersuara,

"Nampaknya sayang suka dengan adegan sebentar tadi. Boleh kita lanjutkan?" usik Taylor saat melihat mata Fea terbeliak.

Taylor terkekeh. Perlahan tangannya terhulur ke belakang tubuh Fea lalu mengambil sesuatu disana.

Fea yang awalnya mengingat bahawa Taylor mahu melanjutkan adegan tadi buat kedua kalinya, memejamkan matanya. Tapi ternyata lelaki itu mahu mengambil Iphonenya.

Sekali lagi wajah Fea bersemu merah. Dia malu. Dia malu kerana masih mengharapkan ciuman dari lelaki itu buat kedua kalinya.

Taylor tersenyum.

'Cup!' sekali lagi ciuman itu mendarat pantas dan hanya sedetik menyentuh permukaan bibir Fea sebelum lelaki itu beranjak pergi.

Setelah kelibat Taylor hilang dari ruangan, perlahan tangan Fea terhulur lalu menyentuh bibirnya. Dia tersenyum.

"Jangan terlalu percaya dengan orang yang baru dikenali. Ketika seseorang bersikap manis, bahkan terlebih manis terhadap kita, boleh jadi orang tersebut menyimpan maksud yang tidak baik terhadap kita."

Ayat itu mula terngiang-ngiang di telinganya.
"Apa sebenarnya yang ingin Taylor sampaikan?"
"Sudah tentu dia tidak maksudkan dirinya sebab aku sudah mengenalinya sudah lama, malaj sudah bertahun. Sepanjang aku tinggal berdua dengan dia disini, dia tidak pernah berperilaku buruk.. melainkan hari ini, dia lain sekali" Fea tersenyum diakhir kata-katanya.

Itu adalah ciuman pertamanya dengan seorang lelaki. Dan lelaki pertama itu adalah Taylor.

*

Hari ini merupakan hari perbicaraan Drake. Andrew dan Taylor sedia untuk menjadi saksi.
Taylor?

Taylor bukan sahaja bekerja untuk Rey dan Fea, tetapi dia juga bekerja untuk Drake. Banyak juga informasi yang diberikan kepada Drake sepanjang dia berada di Ireland dengan Fea. Cuma dia tidak tahu tentang kedatangan Andrew.

.

Hari ini merupakan hari perbicaraan Drake.

Rey, Fea, Della, Fiona, Ed, April dan Boe sudah berada di ruangan belakang menjadi penonton untuk perbicaan penculikkan Fiona.

Fiona juga akan beri keterangan nantinya.

Ruangan mulai penuh. Peguam, pendakwa raya dan hakim juga sudah masuk begitu juga dengan Drake dan Frank sebagai pihak pendakwa dan didakwa.

Eun Sol bangun. Dia berjalan dan berhenti ditengah-tengah ruangan. Dia menunduk kearah hakim sebelum memulakan tugasnya.

Dia kemudian berjalan ke arah Frank.

"Encik Frank Alexander, sudah berapa lama awak mengenali Cik Fiona?"

"Sejak zaman sekolah" jawabnya ringkas.

"Sudah berapa lama?" soal Eun Sol buat kali kedua. Jawapan yang Frank berikan tidak begitu jelas.

"hampir sepuluh tahun lalu" jawab Frank perlahan.

"Saya tidak dengar. Boleh awak ulang semula?" soal Eun Sol tegas dan penuh intimidasi.

"Sepuluh tahun lalu" ulang Frank dengan nada suara yang kuat dan jelas.

"Menurut beberapa keterangan dari saksi, awak sebenarnya sudah lama menyimpan perasaan terhadap Fiona, betul ke?" Bola mata Frank bergerak menatap Fiona yang duduk bersama dengan Fea sebelum beralih memandang pendakwa raya wanita itu.

Tiada jawapan dari Frank.

"Encik Frank, saya tak dengar" tekan Eun Sol lantang.

Frank menelan ludahnya kasar sebelum mengangguk.

""Menurut beberapa keterangan dari saksi, awak sebenarnya sudah lama menyimpan perasaan terhadap Fiona, betul ke?" ulang pendakwa raya itu lagi.

"Betul" jawab Frank akhirnya.

"Dalam pen drive ini terdapat beberapa keterangan dari saksi." Eun Sol berjalan ke arah meja hakim lalu menyerahkan bahan bukti kepada hakim sebelum dia kembali mendapatkan Frank semula.

"Adakah cinta awak berbalas?"

"Saya bantah Tuan Hakim! Persoalan ini tidak ada kena mengena dengan perbicaraan kita pada hari ini" peguam milik Frank mencelah pantas.

"Sudah tentu pertanyaan ini ada kena mengena dengan perbicaraan hari ini kerana berkemungkinan kes penculikkan ini disebabkan dendam kerana cintanya tidak berbalas." jawab Eun Sol dengan wajah tenang.

"Bantahan ditolak" celah Tuan Hakim.

"Encik Frank, saya ulang semula. Adakah cinta awak berbalas?"

"Tidak" jawab Frank sambil menundukkan wajahnya.

"Jadi, adakah kerana hal itu awak menculik Cik Fiona?"

"Tidak! Ia tidak ada kena mengena dengan perasaan saya kerana hal itu sudah lama. Saya sendiri sudah move on dan punyai kehidupan sendiri."

"Benarkah?" Eun Sol berjalan menghampiri meja tertuduh.

"Jika benar apa yang awak katakan tadi, kenapa awak ada bersama Cik Fiona saat serbuan dibuat? Bukankah itu menunjukkan bahawa awak penculiknya?"

Frank terdiam. Dia nampak resah.

"Saya minta Cik Fiona tampil untuk memberi keterangan"

Bersambung...

Berdebar kan!? Agak-agaknya, siapakah pesalah yang sebenar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience