Chapter 65

Romance Completed 35261

Badannya rasa lesu. Sejak dari malam Wahidah Tiara muntah segala isi perutnya. Tiada tenaga dalam badannya ketika itu. Suami pula terpaksa pergi ke Kelantan atas urusan kerja. Wahidah Tiara sendiri terpaksa menanggung masa susah itu.

“Hafiz, balik cepat. Aku tak dapat nak tahan. I need you to be beside me. Hanya awak seorang yang ada dalam hidup aku. Keluarga aku sudah buang aku. Mak tidak ambil peduli pasal aku.” Wahidah Tiara bercakap sendiri sambil menyandar di katil.

“Kau dengar sini Tiara, kau sudah kahwin. Kau masih ingat lagi tak apa aku cakap hari itu? Selepas sahaja kau sudah kahwin, kau sudah hilang keluarga kau. Kau sudah kehilangan kami. Jadi, selepas ini kau jangan nak muncul balik dalam hidup kami. Aku anggap anak sulung aku sudah mati!”

Masih terngiang-ngiang kata-kata terakhir ibu Wahidah Tiara, Linda. Sudah tiga minggu Wahidah Tiara tidak berjumpa dengan ibu mahupun adik beradiknya. Rasa rindu menggunung dalam hati.

“Mak, Tiara rindukan semua.”

Setiap kenangan bersama ahli keluarga bermain dalam kotak fikiran. Dia sudah cuba menelefon ahli keluarga tetapi panggilannya tidak dijawab.

“Mak, Tiara berharap sangat Tiara dapat jumpa semua sebelum Tiara mati. Tiara sentiasa berdoa agar dapat berjumpa sebelum apa-apa terjadi kepada Tiara.” ujar Wahidah Tiara perlahan.

Perut yang berkeroncong menarik perhatian Wahidah Tiara. Mata tertancap pada perut yang sedikit memboyot itu. Bibir mengukir senyuman kecil. Setiap kali Wahidah Tiara terasa sedih, anak yang dikandung adalah kekuatan baginya.

“Sayang lapar ye? Mari kita turun makan.” kata Wahidah Tiara sambil mengusap perut dengan lembut.

Dengan perlahan, Wahidah Tiara menuruni tangga. Rumah agam itu sunyi tanpa sebarang bunyi.

“Tiada orang ke kat rumah? Senyap je.” bisik Wahidah Tiara.

Tiba-tiba matanya membulat melihat ibu mentuanya yang sedang bersusah payah untuk menarik nafas itu. Tangan Datin Mariam melambai-lambai seperti meminta pertolongan.

“Ya Allah, apa dah jadi mak?” gelabah Wahidah Tiara. Tidak tahu apa perlu dibuat pada saat itu. Adakah patut memanggil Hafiz? Adakah patut memanggil ambulans? Ataupun mencari inhaler Datin Mariam?

“Mak, bagitahu kat Tiara, mana mak letak inhaler?” soal Wahidah Tiara cemas.

“Si...si....t….” Datin Mariam tidak mampu untuk bercakap. Susah untuk bernafas.

“Aunty, I am here.” laung Sara dari luar.

“Alah, mana dia simpan? Tak jumpa pun inhaler dia.” kelam-kabut Wahidah Tiara mencari inhaler di dalam laci yang ditunjukkan oleh Datin Mariam. Laungan Sara tidak disedar oleh Wahidah Tiara.

“Oh my god! What happened to you!” terperanjat Sara melihat keadaan Datin Mariam.

“Mak, ni ke inhaler mak?” muncul Wahidah Tiara di situ.

“Hey you! Buat apa dekat aunty uh? You cederakan dia ke uh?” serang Sara tanpa memberi ruang kepada Wahidah Tiara untuk menjelaskan apa yang telah terjadi.

“Cik, saya tak buat apa-apa. Mak kena asthma. Saya kat bilik. Saya tak tahu pula mak kena serangan asthma. Kebetulan saya turun ke bawah, baru saya nampak mak susah untuk bernafas.” jelas Wahidah Tiara.

“Oh God! Kenapa you tak call ambulance?” tanya Sara bengang.

“Saya panik. Saya tak tahu nak buat apa.”

“Dah, tolong I papah aunty. Kita bawa dia ke hospital.” arah Sara. Takut juga kalau terjadi sesuatu kepada Datin Mariam. Nanti tak pasal kena tangkap dengan pihak polis.

“Baik.” dengan segera Wahidah Tiara dan Sara membawa Datin Mariam ke hospital yang berdekatan. Nasib baik Sara sampai ke rumah Datin Mariam pada tepat waktunya.


************************

Semua barang yang terletak di ruang tamu berselerak. Jantung Iskandar Faiz mengepam darah dengan laju. Mukanya tegang.

“Sampai hati Sofi buatkan abang macam ini. Tergamak Sofi nak gugurkan anak dalam kandungan awak.” sedih nada Iskandar Faiz.

“Kenapa Sofi buat macam itu? Kalau Is tak sampai sana, sekarang cucu mama tak akan ada.” bersuara Fatimah. Hati Fatimah menjadi gusar apabila Iskandar Faiz cerita segala-galanya.

Sewaktu Iskandar Faiz melangkah keluar untuk mencari Sofia Amelia, Rohani menghubungi Iskandar Faiz. Nasib baik Rohani menceritakan hal sebenar iaitu Sofia Amelia suruh Rohani membawa ke klinik pakar wanita. Setelah mereka sampai ke klinik, baru Rohani dan Christina mendapat tahu Sofia Amelia ke situ untuk gugurkan kandungannya.

“Tell me Sofia Amelia! Kenapa awak nak gugurkan zuriat saya? Awak tak nak lahirkan zuriat saya ke? Awak tahu kan saya teringin sangat nak anak.” naik suara Iskandar Faiz. Suaranya bergema di seluruh rumah yang ada dua tingkat.

“Is, bawa bertenang.” pujuk Fatimah.

“Umi, macam mana Is boleh bertenang? Sedangkan Is sendiri tak tahu isteri Is mengandung. Sampailah isteri Is nak abort baby. Kalaulah Rohani tak call Is tadi, mungkin sekarang Is akan kehilangan anak Is.” air mata jantannya gugur. Sudah tidak dapat mengawal emosi saat itu. Hatinya teramat sakit. Dia tidak sangka Sofia Amelia akan mengambil keputusan itu.

“Tak guna punya kawan. Tak nak sokong kawan baik sendiri!” bisik Sofia Amelia sendiri. Namun Iskandar Faiz dapat didengari.

“Apa awak cakap? Tak support kawan! Hei, awak tahu tak dalam dunia ini tak akan ada seorang ibu tergamak gugurkan anak dia tau. Tapi awak sanggup buat dosa itu. Mana perginya ilmu agama awak?” bidas Iskandar Faiz sambil mendekati isterinya yang berdiri tanpa rasa bersalah.

“Allahuakbar…”

Iskandar Faiz, Sofia Amelia dan Fatimah terkejut mendengar suara lelaki itu. Pandangannya diarah ke arah pemilik suaranya. Tergamam Sofia Amelia melihat wajah ayah di situ. Adakah Dato’Johari sudah mendengar semuanya?

“Daddy?”

Pang! Pang!

Dua tamparan hinggap di pipi Sofia Amelia. Sah! Dato’Johari sudah mendengar segala-galanya. Bukan sahaja Dato’Johari, sepupu Sofia Amelia, Wina juga turut ada di situ.

“Daddy…” air mata Sofia Amelia bergugur. Ini adalah kali kedua Dato’Johari menampar.

“Are you insane Sofia Amelia? Kenapa kau teruk sangat? Mana sikap berkeperimanusiaan kau? I am very disappointed with you!” jelas nada kesal dalam suara Dato’Johari.

“Uncle, sabar.” mencelah Wina. Iskandar Faiz dan Fatimah hanya berdiam. Nak pertahankan Sofia Amelia? Tak akan nak pertahankan wanita yang sanggup mengugurkan kandungannya!

“Anak ini belum lahir lagi, tapi semua sudah sayangkan dia. No one loves me! Semua sayangkan baby ini! Semua nak tahu tak kenapa saya tak nak anak? Because I don’t want you all to love the baby more than me! Abang pun sayang baby ini, mana perginya sayang dan cinta pada Sofi? Mama pun sama! Daddy, sampai hati tampar Sofi. Sofi belum bersedia untuk kongsi kasih. I hate sharing! Kenapa semua tak nak faham?” jerit Sofia Amelia sekuat-kuatnya.

“Apa kau merepek ni Sofi? Tak ada kena mengena dengan rasa sayang. Semua suka baby. Sudah pasti semua akan memberi perhatian terhadap baby.” balas Dato’Johari.

“Itu yang Sofi tak nak! Sofi tak nak rasa kehilangan. Selama ini semua memberi perhatian kepada Sofi. Tiba-tiba bila sudah ada baby, semua akan tumpukkan perhatian kat baby. Itu yang Sofi tak sanggup nak terima. I am not ready to face that situation. Why don’t you all understand my feelings?” luah Sofia Amelia.

“Kenapa kau tak nak fikir pasal perasaan orang lain? Ni, suami kau sendiri tak tahu kau pregnant. He is looking forward to his baby. Tapi kau nak abort tanpa pengetahuan dia. Kau tak sedar ke itu satu dosa?” tanya Dato’Johari sambil mengurut dadanya. Dada terasa sebak melihat anak tunggal itu.

“So daddy nak cakap Sofi selfish? Daddy, Sofi dan Is masih muda lagi. Sofi masih boleh pregnant in future. Kenapa semua nak anak dalam masa terdekat ini?”

Tidak semena-mena pipi Sofia Amelia kena tamparan dari Dato’Johari sekali lagi. Tetapi kali ini agak kuat tamparannya daripada tadi. Pecah bibir Sofia Amelia.

“Papa…” Iskandar Faiz mula bimbang. Walaupun dia marahkan isteri, hati dia terasa sakit apabila melihat darah di bibir Sofia Amelia.

“Semua orang tak sayangkan Sofi. Semua sudah bencikan Sofi!” tanpa menunggu Sofia Amelia menaik tangganya untuk ke bilik.

“Uncle sudah lupa ke Sofi tak boleh kongsi kasih? Uncle masih ingat kisah silam tak?” tanya Wina kepada Dato’Johari.

“Kisah silam? Apa maksud awak, Wina?” soal Iskandar Faiz.

“Masa Sofi 5 tahun, papa ambil keputusan untuk menjaga anak kawan papa. Kawan papa sudah meninggal dalam satu kemalangan. Isteri dia pula meninggal masa bersalin. Papa rasa kasihan mengenangkan nasib anak kawan papa. Jadi, papa bawa dia ke rumah papa untuk membesarkan dia. Tapi Sofi tak dapat nak terima anak kawan papa. Sofi selalu memukul, membuli dia. Papa takut lama-kelamaan Sofi akan mencederakan anak kawan papa. Papa pun hantar dia ke rumah anak yatim. Tapi, papa tanggung segala kos perbelanjaan dia.” cerita Dato’Johari kepada semua yang berada di situ.

“Sofi anak tunggal. Dalam hal ini, kita tak dapat nak salahkan Sofi seratus peratus. She cannot accept that the closest person loves another one more compared to her. Kalau dia ada adik-beradik mungkin dia tidak akan terasa sebegitu. Same goes now. Dia takut kalau perhatian orang sekelilingnya akan berubah. Semua akan memberi perhatian kepada baby dan bukan dekat dia. She might be feeling insecure.” terang Wina.

“Is, papa minta maaf. Papa terlalu manjakan dia. Sepatutnya papa harus kena tegas dengan dia dari Sofi masih kecil lagi.”

“Bukan salah papa pun. Papa jangan nak minta maaf.”

“Is, pergi tengok Sofi. Dia mengandung. Emosi ibu mengandung ni kita tak boleh nak jangka. Pergi pujuk dia. Lama-lama dia akan okay. Dia akan belajar terima anak dalam kandungan itu bila dia rasa pergerakan baby. Dengar cakap umi.” nasihat Fatimah.

“Baik umi.” akur Iskandar Faiz.

Baru dia tahu satu cerita mengenai Sofia Amelia. Adakah semua anak tunggal sama seperti Sofia Amelia?

Pintu biliknya diketuk dari luar. Tetapi Sofi tidak membuka pintunya. Pintunya pula telah dikunci dari dalam.

“Sayang, buka pintu ni.” bersuara Iskandar Faiz. Namun, tiada sahutan.

“Dia mandi ke? Mana aku letak spare key?” fikir Iskandar Faiz. Kakinya laju menuruni tangga untuk mengambil kunci pendua di tingkat bawah. Setelah ambil kuncinya, Iskandar Faiz cuba untuk membuka pintu biliknya.

“Sayang, kenapa tak buka lampu? Kan gelap.” ujar Iskandar Faiz dan membuka suis lampunya.
Alangkah terkejut Iskandar Faiz melihat Sofia Amelia yang pengsan di atas lantainya.

“Ya Allah, sayang bangun.” jerit Iskandar Faiz sambil menepuk pipi Sofia Amelia. Badan Sofia Amelia juga turut rasa sejuk.

“Ya Allah, peliharalah isteri dan anak hambamu ini.” doa Iskandar Faiz lalu mencempung Sofia Amelia untuk ke hospital.


**********************

“Tiara, macam mana mummy?” Hafiz bergegas ke hospital setelah menerima berita mengenai Datin Mariam.

“Doktor masih tengah rawat.” balas Wahidah Tiara.

“Waris Datin Mariam?” tanya seorang doktor.

“Saya doktor. Macam mana dengan ibu saya?” soal Hafiz.

“Alhamdulillah datin sihat. Nasib baik sempat bawa datin ke hospital.” ujar doktor.

“Terima kasih doktor kerana selamatkan ibu saya.”

“I just did my job.” jawab doktor.

“You nasib baik I pergi rumah you tadi. Kalau I tak pergi sana, macam mana isteri you akan bawa aunty ke hospital? Dah lah tak ada kereta di rumah. Isteri you seorang pula tu. Lagipun dia pregnant. Kasihan dia.” Sara pula bersuara.

“Thank you sebab tolong.”

“No problem.” balas Sofi sambil senyum.

“Tiara, saya nak masuk dalam jumpa mummy, awak nak ikut saya tak?” soal Hafiz kepada Wahidah Tiara.

“Cik Sara, tak nak ikut masuk sekali?” tanya Wahidah Tiara. Dia tahu suaminya tidak suka Sara.

“It’s okay. You masuk dulu. I akan jumpa aunty nanti.” menolak Sara. Dia agak kecewa dengan layanan Hafiz.

“Aku nampak Wahidah baik je orangnya. Kenapa aunty tak suka dia? Kalau lah aunty tahu saya berbaik dengan Wahidah, matilah aku.” bebel Sara dalam hati.

Sebenarnya Sara pergi ke rumah Hafiz atas jemputan Datin Mariam. Alasannya untuk membincangkan tentang rancangannya memandangkan Wahidah Tiara telahpun setuju untuk mengikut rancangannya. Tetapi lain pula jadinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience