BAB 14

Humor Completed 78160

SEPERTI yang dijanjikan,Iqbal dan Aidil yang melawat Darul Sakinah.Macam mana Aidil boleh ikut?Siapa lagi kalau bukan Iqbal.Mulanya Iqbal ajak Adam tetapi Adam tak mahu pergi.Aidil terdengar dan dia mahu ikut sama.

Aidil pun bekerja dengan mereka juga.Dato Rais meminta anak-anaknya bekerja dengan dia dahulu sebelum mereka memulakan perniagaan sendiri.

"Aisyah,dulu awak pernah bercerita pasal Darul Sakinah.Baru hari ini saya dapat jejak kaki ke sini."Aidil tersenyum mesra melayan anak-anak Darul Sakinah.Dalam hati terselit rasa sedih mengenangkan nasib mereka.Mereka insan terpilih.

"Seronok saya tengok anak-anak di sini gembira bila dapat hadiah.Walaupun tak semahal mana tapi amat bereti bagi mereka."kata Iqbal puluduka.Dia pun rajin melayan sehingga ada yang d di ribanya.

Sebelum datang pihak syarikat sudah menyediakan cenderahati untuk ke semua mereka.Ziyyad yang berusia tiga tahun masih duduk di atas riba Iqbal sambil memegang kereta mainan.Tersenyum gembira dia menerima hadiah.Dia yang kehilangan ibu bapa dalam nahas jalan raya dua tahun lepas.Kini sudah boleh tersenyum.Walaupun si kecil tidak mengerti apa-apa tetapi mereka juga ada perasaan.Kadang gembira kadang sedih.

"Tengok mereka gembira kita pun rasa lega.Dengan siapa lagi mereka hendak menumpang lasih sayang kalau bukan dengan kita."Aisyah ikut senyum bila lihat Ziyyad tak mahu bangun dari riba Iqbal.

"Kak Aisyah..cantik tak patung Nini?"seorang budak dalam usia tujuh tahun mendekati Aisyah sambil mengendong sebuah patung barbie.

"Cantik.."puji Aisyah membuatkan Nini senyum gembira.

Kedengaran loceng di bunyikan.Iqbal dan Aidil memandang serentak ke muka Aisyah.Nini berlari anak berkumpul bersama kakak-kakak abang-abang dan yang lain di satu sudut.Mereka membuat barisan panjang.Tak payah di suruh semua dah faham bila isyaray loceng di bunyikan.Yang besar sama-sama mengawal adik-adik yang kecil untuk menuju ke dewan makan.

"Waktu sekarang waktu makan tengahari.Mereka dah faham.Kena beratur dan terus ke dewan makan.Alhamdulillah anak-anak kat sini senang di ajar.Yang besar pun tak payah di suruh. Dah tahu apa tugas mereka."terang Aisyah.

Iqbal dan Aidil berasa kagum.Sedangkan mereka berdua pun liat nak bangun bila loceng berbunyi.Tapi anak-anak kat sini pandai ikut peraturan.Tempat ni pun bersih saja.Menurut Aisyah ada 15 orang kakitangan di sini termasuklah tukang masak dan tukang kebun.Dulu nya Darul Sakinah bermula dengan hanya 25 orang anak yatim tapi sekarang makin bertambah.Mereka menerima dengan hati terbuka itu yang arwah ayah Aisyah mahu kan.Biar nasib anak-anak yatim terbela.

"Di sini memang kami ada sediakan bilik untuk pelawat yang mahu bermalam di Darul Sakinah.Dan sangat mengalukan kedatangan pelawat."Pak ngah Daud,bapa saudara Aisyah atau lebih dikenali sebagai abi sangat senang hati menyambut kedatangan mereka.

Mereka berbual-bual sambil menikmati angin malam.Rasa sejuk saja.Mereka selesa dengan cara Darul Sakinah menguruskan anak-anak yatim.Dalam tegas terselit ruang untuk anak-anak bermanja.Masing-masing kelihatan gembira.Ikatan mereka semua sudah seperti macam adik-beradik.Sebenarnya ramai kalangan kakitangan Darul Sakinah sebenarnya bekas anak yatim di sini.Mereka tak mahu bekerja di tempat lain.Darul Sakinah adalah keluarga besar mereka.

Betul apa yang mereka cakap.Tengok lah masa nak balik ni rasa berat nak meninggalkan Darul Sakinah.Semua di sini sangat mudah mesra dengan orang luar.

Aidil terpaksa menyembunyikan perkara sebenar yang Aisyah itu kakak iparnya.Dia pun sebenarnya baru dapat tahu yang perkahwinan Adam dan Aisyah adalah satu rahsia keluarga.Geram juga pada Adam yang tak mahu menghebohkan.Aidil dapat rasakan ketidak tulusan Adam memperisterikan Aisyah.Kalau Adam tak nak baik bagi saja dekat dia.

Nasib Iqbal dah angkat bendera putih dari memikat Aisyah.Di lihat Iqbal macam tertarik dengan Najiha,sepupu Aisyah.Nampaknya Aidil ada peluang.Kiranya Iqbal tak tahu Aisyah tu isteri Adam.

SUDAH dua hari Aisyah balik ke Darul Sakinah.Adam gelisah.Tak senang duduk dia.Bila memikirkan Aidil dan Iqbal ikut bersama.Entah apa yang jadi kat sana.Tu la Adam jual mahal sangat.Iqbal ajak pergi tak nak.Di suruh nya Aidil yang pergi.Sekarang hati siapa yang bengkak.

Aisyah pun satu dah pergi tak di beritahu pun.Ya ker Aisyah tak bagitahu.Yang dia tampal notis dan di lekat dekat peti ais tu apa.

"SAYA PERGI DARUL SAKINAH.MUNGKIN 2@3
HARI"

Dia dah letak di pintu peti ais.Kalau Adam nak baca ker tak dia tak kisah.Janji dia dah bagitahu Adam.Seorang isteri kalau nak keluar dari rumah mesti kena minta izin suami.Tapi faham-faham saja lah.Adam dah warning tak payah bagitahu.Aisyah rasa serba salah pulak.Jadi dia tulis dan tampal.

Adam sekejap duduk sekejap baring atas sofa depan TV.Rancangan yang dipaparkan langsung tak menarik minatnya.Dalam fikiran hanya terfikirkan apa yang berlaku di sana.Entah Iqbal dah luah perasaan pada Aisyah dan Aisyah pun terima.Adam garu kepala.

Iqbal ni pun satu.Bukan reti nak call ke apa.Ini diam saja.Aidil pun sama.Dua-dua diam membisu.Tak tahu kah abang mu di sini sedang fikir yang bukan-bukan.Nak saja dia telefon Adil bertanya keadaan di sana.Tetapi ego nya melarang keras.Nak tak nak dia terpaksa makan hati berulam jantung lah.Tunggu dan terus menunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience