Sebelum aku nak cerita mengenai kisah histeria yg terjadi dekat kawan aku yang dulu pernah jadi kawan rapat a.k.a kawan sampai syurga tetapi sekarang kami sudah tidak sehaluan lagi. eh tercerita benda lain pulak.
Jadi sekolah aku ni dulu pernah terkenal dengan cerita histeria dari zaman sebelum aku sekolah dekat situ lagi. Sampai bomba,wartawan datang dekat sekolah aku.. Tahun paling dasyat tak silap 2010 di mana sepanjang tahun tu para pelajar langsung tak boleh belajar dgn tenang. Hal ini sudah tentu menganggu sesi pembelajaran pelajar terutamanya kpd calon PMR dan SPM..
Bayangkan setiap hari, berpuluh puluh orang pelajar akan kena histeria.. Padang dekat sekolah aku pulak dekat dgn hutan but takdak la mcm real hutan.. So segelintir pelajar yg kena histeria akan lari masuk dalam tu... ada yg terjun dalam sungai... Sembunyi dlm toilet.. Panjat pokok/bangunan.. Rasanya JPN pun fedup nak bagi cuti... hehehe
Itu yg aku dengar dari cerita bekas pelajar dan senior yg pernah sekolah dkt situ masa zaman kegemilangan histeria tu...
Bismillah...
Kisah yg aku nak cerita ialah semasa aku form 1.. Mula- mula bila mak aku daftarkan aku dekat sekolah tu aku dah seram sejuk yala abang aku cerita mcm mcm pasai sekolah aku tu... Ikutkan aku kena daftar dekat sekolah lain tetapi disebabkan pada masa yg sama mak aku sibuk menguruskan penukaran sekolah abang aku jadi hal aku terabai sehingga tidak sempat menguruskan pendaftaran aku. hmm :(
Jadi suka atau tidak aku kena sekolah dkt sini!
Sekolah aku ni di pinggir bandar dan disebabkan rumah aku dekat sangat dengan sekolah tu so aku kena sekolah dekat situ dan mak aku berjanji nak tukarkan aku dalam masa yg terdekat but at the end aku still sekolah dkt situ. aiyo : '(
Jadi diringkaskan cerita supaya aku tidak melalut lagi...
Pada tahun pertama aku masuk sekolah tu histeria masih berlaku tetapi tidaklah seteruk dulu... Jadi kelas aku bertempat di satu kelas yg bersebelahan dengan surau dan dekat situ hanya ada satu kelas iaitu kelas aku.. Bagi aku ceruk sangat kelas aku tu. yala semua kelas ditempatkan di bangunan tapi kami? hmm mentang mentang kelas aliran agama hampa tauk kami dekat dgn surau.. cis
Cerita pasai kelas aku pulak suasana dlm kls takdak la seram tp luas ya luas sangat.. Dekat surau mesti ada tandas kan so pelajar kls aku memang suka pergi tandas sbb dkt tempat wuduk ada satu cermin besaq modal belek tudung... tapi tandas dkt surau tu sumpah seram kalau pergi sorg mmg dak la...
Diteruskn cerita agar pembaca sekalian tidak bosan... Bulan yg pertama keadaan masih okay lama kelamaan fenomena histeria ini kembali lagi... Seram tengok akak senior dan pesakit lama kena histeria... Itu merupakan kali pertama kami didedahkan dgn histeria ..
Namun, hal ini pastinya akn terkena jugak pada kami kerana kata senior aku yg hijabnya terbuka... Surau dan kelas yg kami duduki ada banyak makhluk itu.. Mereka selalu berpesan utk menjaga adab...
Pada suatu pagi aku keluar dari rumah kerana kawan kawan aku sedang menunggu di luar rumah untuk bersama sama ke sekolah. Fyi zaman tu kami semua berbasikal ke sekolah.. Bila aku sampai dekat pagar rumah aku tu ada sorg kwn aku jerit "cepat sikit, tengok Ain tu semacam ja"...
Aku pon toleh nak tgk Ain... sekali dia senyum sambil jegil daaaaa
Mmg seram muka dia sampai skrg boleh terbayang muka dia... Allah
Jadi selalunya bila kami berbasikal ke sekolah, aku wajib dok blkg Ain ... Tapi mai haritu aku duduk belakang sekali sbb takut yg amat dgn kelakuan aneh Ain... Yg menambahkan lagi seram sepanjang dia kayuh basikal dia byk ketawa seorang diri..
Okay sekolah aku setiap awal pagi mereka akan buat bacaan yasin dgn surah hafazan so haritu lepas ja letak beg kami ambil surah yasin dan surah hafazan dan kami pon menuju ke surau..
Then aku baru perasaan yg Ain tak bwk yasin pon so aku tegur dia Ain mana surah yasin hang?
Dari duduk bersila dia dgn sepantas kilat menuju ke kelas kami yang kebetulan sangat hampir dgn surau...
Aku pun membontoti Ain... waktu tu satu kelas tengok ain sbb dia nmpk pelik sgt...
Ain pon cepat² ambil yasin yg dia selalu letak dlm pencil box dia. lantas berlalu pergi ke surau...
Aku sekali lagi membontoti dia dan mengambil tempat duduk di sebelah Ain...
Masatu Ain jadi senyap sangat .. Then sesi bacaan yasin pon bermula... Yang aneh Ain tak buka pon surah yasin... yang lagi ekstrem sepanjang bacaan yasin kepala Ain terhangguk hangguk smbil menggenggam tangan dan satu masa tu kami terleka baca yasin... Ain hampir mengoyakkan yasin kerana dia baru sempat meronyokkan sahaja...
Lepastu kami cepat-cepat merampas surah yasin di tangan Ain then Ain tgk kami semacam mungkin marah...
Jadi selepas selesai bacaan yasin.. sesi PDP pon bermula pada mula tu okay tp selepas bermulanya subjek Pi Ain kelihatan aneh kembali
dia mengadu dkt aku yg dia rasa panas and sakit
(meja aku bersebelahan dgn Ain) aku tanya la sakit dkt mana dia kata taktau... lpstu Ain conteng conteng plk dkt buku teks Pi aku bt taktau mula tu tapi nampak macam dia tengah lukis so aku pon usha la natang apa dia lukis.. nah dia lukis gambaq seorang perempuan berambut panjang walaupun Ain sama seperti ku yakni tidak mahir melukis tp pada masa tu lukisan dia agak menyeramkan...
Then, Ain kelihatan tidak senang duduk dan memandang di luar (tempat berwudhuk yg boleh dilihat dari dalam kelas) lantas mengajak aku ke tandas.. Masa tu ya Allah jangan laaa takut kot tp dia nampak mcm sakit sangat so aku ikutkan saja masa tu semua pelajar perhati kami dan aku sempat buat isyarat kalau dengaq apa² buka pintu kelas yg bersambung dgn pintu surau...
So kami tak masuk pon dalam tandas tapi kami duduk di dalam surau dan kami duduk berhampiran dgn pintu tempat berwudhuk masa tu ya allah seram... Ain pon mengadu lagi yg dia rasa sakit sangat tapi taktau tang mana yg dia sakit tuu... Aku pon tidak bercakap banyak lantas membaca ayat kursi namun di sebabkn aku agak gementar aku terlupa di pertengahan ayat kursi namun Ain terus pitam di riba aku...
Masa tu Ya allah berat yang amat mcm bkn Ain...
Belum sempat aku mintak tolong kawan kawan aku dh buka pintu surau dan berpusu pusu ke arah aku....
Kami ramai ramai mengelilingi Ain dan baca ayat kursi ... Setelah itu cikgu aku menyuruh kami beramai ramai usung Ain utk di bawa ke bilik sakit... Semasa mengangkat Ain Ya Allah berat nak mampos macam berganda dari berat Ain.. sedangkan yg angkat Ain boleh tahan ramai...
Setelah berada di bilik sakit... Ustazah yg mahir mengubat orang pon membaca apa yang patut lalu direnjiskan air ke muka Ain lantas Ain yang baring menjerit dengan kuat sehingga aku yang duduk di hujung kaki Ain terpelanting dek kerana terkejut dgn jeritan Ain...
Sepanjang dia jerit... Dia melihat di atas siling dgn mata yg terbeliak seolah ada sesuatu yg dia seorang boleh nampak...
Setelah beberap lama kemudian waris Ain pon datang untuk membawa Ain pulang ke rumah..
Selepas kejadian ini bnyk insiden yg berlaku tapi tidak banyak yg aku ingat....
Pada waktu senja itu.. lebih kurang beberapa minit sebelum Azan Maghrib najwa(kawan rapat aku dgn Ain) menghantar mesej kepada aku mengatakan Ain menghantar mesej yg aneh dkt najwa beberapa minit yang lalu... Aku pun tertanya mesej apakah.. Lalu aku pun menyuruh najwa forward mesej itu...
*zaman tu pakai phone button je so lmbt sikit*
dan aku baca mesej itu...
yg aku ingat mesej itu bertulis :
Dia sedih...
kenapa hang menjauhkan diri dari dia?
kenapa hang tak jaga dia masa sakit?
nanti bila dia dh sembuh siap hang najwa!
aku cari hang !
duh.. mesej tu kenapa pelik sangat kenapa mesej tu bahasakan diri sbg Dia.. sedangkan Ain selalu msj dgn kami dgn bahasakan diri sbg "Aku" and kenapa mesej tu seolah ada org ketiga...
so aku rasa agak seram sikit masa tu.. Tanpa berlengah lagi aku call Ain...
Tut...Tut...Tut...
Hello...
(Kedengaran suara Ain yg sangat lemah sbb dia mmg sakit pun..)
Hello Ain ka ni?
Dia jawab Haaa(masih normal)
Lalu aku pun terus bertanya :
Ain tadi hang ada mesej apa dekat Najwa??
Sejurus Ain dengaq nama Najwa dia terus mengilai dalam telefon.. Allahuakhbar!
Bayangkan masa tu aku on the phone kot dlm bilik sorang2 ketaq gila masatu..
Namun aku kuatkan hati sebab aku sayang Ain takut terjadi apa apa dekat dia lalu
Aku pun menangis sambil baca Ayat kursi so dari Ain ketawa mengilai kedengaran suara dia menangis dengan nada yang sayu yang tu pon boleh tahan seram suara dia....
Seusai baca ayat kursi.. Aku bercakap lagi..
Tolong jangan kacau Ain... Aku sayang Ain..
Kesian dia tengah sakit ... Ain jaga diri..
Aku pun menamatkan panggilan...
Mesti ramai org rasa tak logik and rekaan semata bukan?
Demi Allah kisah ini benar yg terjadi pada aku sekitar 4tahun yg lepas.. Aku tak suka org anggap kisah yg aku cerita ni dusta.
Selepas menamatkan panggilan dgn Ain.. Aku terus call kakza(Mak Ain) dan yeah laju ja kakza jawab...
Aku terus bertanya :
kakza dok mana skrg ni?
Kakza dok luaq ni ada kerja sat
Allah, habistu Ain dok kt mana dgn sapa??
Ain dok umah tok dia td sebelum kakza keluaq Ain dok dlm bilik...
Ha takpa la kakza.. Balik cepat.. Tengok Ain..
Jadi keesokkannya hari minggu,
Aku pun sudah berjanji dengan beberapa kawan aku untuk melawat Ain..
Setibanya di rumah tok Ain.. Aku menceritakan segalanya dekat kakZa mengenai perihal yg terjadi semalam...
Kata kakza, setibanya dia pulang ke rumah
kakza terus memasuki bilik dan mendapati Ain pitam atas katil berpakaian telekung menekup muka dengan bantal sambil di tangannya ada telefon.. Jadi betullah Ain mmg berbicara dgn aku tapi mmg betul benda itu turut ada..
Setelah lama berborak kakza pon memanggil Ain utk duduk bersama kami dan Ain berjalan perlahan lahan dan duduk di atas kerusi... Duduk berdiam diri tanpa sepatah kata...
Ada satu saat tu aku pesan dkt kakza ..
Kakza rajin² bagi Ain baca quran..
lepastu Ain yang berdiam diri tu pusing muka ke arah aku dan menjegilkan mata dia dekat aku seolah tidak suka mendengar Quran..
Semua yg ada terkejut melihat Ain.
Aku lagi la terkejut siap pusing muka ke arah lain...
Selepas beberapa minggu Ain tidak hadir ke sekolah kerana berubat dan pada hujung minggu juga aku pergi melawat Ain seorang diri.. dah cakap syg.. tp tulah persahabatan kami tak kekal lama ;'(
Ain kelihatan lebih baik dari sebelumnya.. Alhamdulillah. Jadi Ain ceritakan serba sedikit mengenai punca yg menyebabkan dia histeria..
Kata org yg mengubatinya, kami selalu menganggu tempatnya dengan bermain dan melepak di tempatnya.. Rupanya di belakang kelas kami yg terdapat beberapa bangku itulah tempatnya memang kami selalu makan dan rehat disitu.. Walaupun Ain garang di luar tidak sangka rupanya dia lemah di dalam.. Benar ada beberapa cikgu telah merahsiakan tempatnya rupanya salah satunya di persekitaran bangku itu dan di dalam kelas kami, surau dan juga tandas surau yg sampai sekarang kami tidak tahu di mana tempat mereka.
Ain bercerita lagi sepanjang dia sakit, dia telah menyimpan perasaan terasa hati terhadap najwa ini kerana setiap kali Ain mengalami histeria pasti Najwa kurang berada di sisinya .. Dia tidak sangka akan terjadi insiden otp itu.. Aku cuba beritahu Ain sebenarnya bukannya Najwa cuba menjauhkan diri tetapi sebenarnya dia cuma takut jadi diharapkan Ain paham akn tindakan Najwa.. Aku ingat lagi masatu aku tanya dekat dia, "Ain, bila hang boleh pi sekolah, aku sunyi takdak hang" masatu airmata dia mengalir and dia cakap nantilah sekarang aku sakit lagi aku pun rindu hampa semua... Duh masatu kami sama sama nangis masatu aku rasa dia la sahabat aku dunia akhirat sebab dia ja yg aku tak pernah malu nak cerita pasai masalah peribadi aku tapi tiba tiba dia takdak selama beberapa minggu pergh syahdu gila masa tuuu..
Okay yang tu semua koleksi cerita histeria masa aku form 1 so yg seterusnya ni masa aku form 3 pulak..
Jadi aku ingat masa form 1 tu akan menjadi first and last Ain histeria tetapi rupanya masa form 2 Ain boleh kata mcm dia rehat sat then insiden ini berulang masa kami form 3 ...
Di sekolah, Ain pada haritu kurang bermaya dan macam bad mood kurang bersembang dan banyak mendiamkan diri... Jadi masatu subjek Pendidikan Islam dan nak dekat waktu solat zohor berjemaah aku tak ingat sikit tang permulaan ni yg aku ingat Ain dia mcm pelik jadi kawan kawan pun genggam tangan dia tah macamana dia jerit dan nak keluar dari kelas jadi kami geng perempuan kepung ramai ramai dan ustaz arahkan kami untuk bawak dia turun bawah disebabkan kelas kami di tingkat 2 so masatu Ain jadi ganas gila dia meronta ronta sambil sepak terajang kami pergh masa ni jin dalam badan dia jenis ganas berbeza masa f1 jin yg masuk dalam badan dia jenis tak ganas dan just pengsan ja..
Ramai jugak yg usung dia masatu dan masa tu Ya Allah berat gila rasanya lagi berat dari yg kami usung masa f1 dulu dgn ganas bayangkan kena la usung dr tingkat 2 .. Masatu pulak ada beberapa orang ja sbb ramai pelajar dh pergi surau awai untuk solat.. Aku ingat lagi aku jerit minta tolong pelajar kelas lain boleh tengok ja .. Takut tu tolak tepi la aku pon takut.. Then kami usung jugak dgn bbrp pelajar kls kami yg ada then cikgu Liza Murni tolong walaupun pada mula tu dia macam teragak sbb dia cakap dia tak boleh tapi dia kesian dan tolong jugak..
Struggle gila masa tu dan kami usung Ain dan bawak dia masuk ke dalam kereta Ustaz untuk hantar dia balik(kebetulan rumah dia dekat jugak dgn sekolah).. Aku,najwa dan izzati pun ikut untuk tunjukkan arah rumah Ain dan menjaga Ain takut terlepas.. Dalam kereta masa tu Ain meronta ronta dan sepak terajang kami dgn ganasnya... Nasib badan sebab aku dok paling dekat dgn Ain :)
Jadi seusai menghantar Ain kami terus pulang ke sekolah dan selepas kelas tambahan kami terus melawat Ain.. Dan Ain pada masatu tengah tidur dan riak di wajah Ain kelihatan sangat penat.. Jadi kakza agak terkejut dan tidak menyangka yg sejarah ini berulang..
Jadi disebabkan Ain tengah tidur aku sengaja bersembang dgn adiknya Qaseh yang baru berumur 5 tahun tetapi petah berbicara.. Dalam asyik bersembang, Qaseh bercerita haritu Ain tidur bersama mak dengan Qaseh lepastu Qaseh terjaga dan Qaseh nampak ada satu hantu tinggi hitam hodoh dia berdiri tengok Ain... Budak budak takkan pandai mereka cerita sebegini.. Mungkin betul. Wallahua'lam.
Diringkaskan cerita, jin yg berada dlm badan Ain pada kali ini sangat ganas.. Jin ni asyik sepak terajang sahaja orang yg cuba menghalangnya dari lari.. Kali ini mengambil masa yg cukup lama untuk Ain sembuh dan pasti membuatkan pelajaran Ain terabai sedangkan tahun itu sangat penting kerana kami akan mengambil pentaksiran tingkatan 3.. Namun Ain berjaya mendapat 8A2B1C kalau dah bijak dihumban ke dalam gua sekalipon still pandai kan hehe
Jadi selepas sekian lama Ain menceritakan punca yg terjadi..
Katanya bilik yang dia duduki sekarang ini ada jin yang telah lama menghuni dan tempatnya di dalam almari ya almari tu mmg kelihatan seram dan biliknya memang penuh perabot lama milik tuan rumah sewa.. Dan disebabkan Ain selalu berjaga lewat malam untuk menyiapkan kerja sekolah dan selalu keseorangan di rumah, Jin itu sudah lama memerhatinya... Dan lebih kurang berkenan dgn Ain.. Baru teringat Ain pernah bercerita bila dia keseorangan di rumah dia selalu mendengar guni yg diheret,bising spt org memunggah barang dari biliknya.. Kadang bila berada dibiliknya pula dia merasakan ada yg memerhati... Sewaktu dia mula mula kena histeria kakza menceritakan yang Ain tiba tiba makan pulut kuning dgn ayam kampung berserta telur ayam kampung dalam kuantiti yg sangat banyak.. Kakza jadi hairan kerana setahu Kakza Ain tidak suka dan tidak makan ayam or telur ayam kampung sebelum ini..
Jadi jin yg berada di dalam biliknya itu diibaratkan 9 orang lelaki kuatnya sebab itu Ain tidak mampu melawannya.. Ain berkata sebenarnya bila dia dirasuk disekolah pada haritu sewaktu ustaz menghantar dia di pagar, jin yg berasal dr sekolah tidak dpt mengekorinya sehingga ke rumah kerana di rumahnya sudah ada jin yg lain.. Sebenarnya pusing juga kepala aku sewaktu menulis cerita ini tetapi tak apa lah sudah di pengakhiran cerita...
Ain berkata orang yg mengubatinya semasa dia sakit berpesan.. Jangan tinggal solat. Banyakkan baca quran dan beribadah bila kita tak tinggal solat mana mungkin jin ini berani mendekati kita.. Yang paling penting dalam hidup ini tetapkanlah Hanya Allah SWT sahaja yg sepatutnya kita takutkan bukan kepada makhluk yg lain..
Jadi selepas Ain mula menjaga solatnya Alhamdulillah sampai sekarang Ain tidak lagi mengalami histeria ..
Sekian sudah cerita ini, maaf kalau telah mencuri masa anda utk menghabiskan cerita yg tidak seberapa ini..
Yang baik jadikan tauladan, yang buruk kita abaikan.
Share this novel