Move on (4)

Fanfiction Completed 1971

Setelah kejadian itu, Encik Ridzwan dan Aulia semakin rapat. Tawa Aulia yang dahulu pernah hilang kini kembali. Terdengar ketukan perlahan di mejanya. Dia mengangkat kepala. Kelihatan Encik Ridzwan berdiri di hadapan mejanya. Keningnya diangkat.
"Jom teman saya lunch" ajak Encik Ridzwan. Aulia berura. Nak pergi ke tak? Nak pergi ke tak? Hmm. Dia tersenyum.
"Okay jom." terus Aulia bersetuju. Senyuman di bibir terukir besar. Terasa ingin gelak pun ada.

Kerusi ditarik ke belakang untuk Aulia duduk.
"Thanks" Aulia membalas lalu tersenyum. Encik Ridzwan menarik kerusi di sebelah Aulia untuk duduk. Namun pantas Aulia menghalang. Dia memandang wajah Encik Ridzwan.

"Errr sorry... Saya nak letak beg saya. Kalau Encik Ridzwan tak kisah." Aulia meletakkan beg tangannya di kerusi sebelahnya. Dia hanya tersenyum nipis. Encik Ridzwan seperti memahami, terus mengambil tempat di hadapan Aulia. Selepas itu, mereka mengambil order dan makan tengahari diteruskan.

Kaki diatur menuju ke arah office. Patutnya ikutkan, naik kereta. Tapi disebabkan Aulia berkeras untuk jalan kaki. Terpaksalah Encik Ridzwan ikutkan.

"Ermm.. Aulia..saya nak tanya sesuatu boleh?" soal Encik Ridzwan berhati-hati. Aulia memandang sebelahnya.

"Ye kenapa tu? Tanya jelah" jawab Aulia kembali. Terlihat wajah Encik Ridzwan teragak-agak untuk bertanya.

"Awak... Dah berpunya ke? Sorry lah kalau terlalu straight to the point sangat." Encik Ridzwan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aulia tersenyum sebelum menjawab soalan tersebut.

"Yup.. Before this." jawab Aulia sambil tersenyum nipis.
"What do you mean before?" soal Encik Ridzwan lagi.

Soalan Encik Ridzwan dibiarkan sepi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience