Professor Guna tiba di pejabat awal pagi. Begitu awal dia datang ke pejabat. Semata-mata mahu melihat mesin itu.
Dia masuk ke pejabat dengan baju yang kemas. Di tangannya memegang beg sandang. Beg hitam. Beg hitam itu lah dia akan selalu bawa ke Makmal Sains.
Jaraknya ke bilik Makmal semakin hampir. Dia pasti Jobi dan Nora sudah siapkan.
“Huh?”.
Mesin yang dimilikinya itu menyala dengan lama. Dia dekatkan diri untuk lihat mesin itu dengan lebih jelas. Guna gembira dengan kerja Jobi dan Nora.
Guna menoleh ke belakang. Ada bunyi kerusi begerak. Guna mengikut bunyi kerusi itu.
“Nora!”.
Guna melihat Nora sedang baring di lantai. Guna duduk untuk mengejutkan Nora.
“Nora. Bangun Nora.”.
Terharu sedikit Guna. Dia yakin yang Nora hasilkan mesin itu hingga larut malam.
Nora buka mata. Terkejut melihat majikannya sendiri. Guna di hadapannya sekarang.
“Prof.?”.
Nora berdiri dari baringnya. Hormat dia dengan Guna. Guna turut berdiri dari duduknya.
“Kenapa kau tidur kat sini?”.
Tanya Guna dengan nada lembut.
Nora pula masih betulkan rambutnya yang kusut. Solekan yang berada di wajah juga sudah lari. Matanya belum sedar sepenuhnya. Terlalu lama dia tidur semalam. Hingga terlupa kerja yang patut dikerjakan. Jobi yang lakukan semua kerja itu.
“Semalam…..”.
Cakapan Nora terhenti.
“Proff.”.
Jobi menyapa dari belakang. Nora pula ketakutan. Dia risau yang mesin itu belum siap dikerjakan.
“Jobi. Kamu pula dari mana?”.
Mata Guna memandang arah Jobi berdiri. Dia lihat pergerakan Jobi. Begitu layu dia lihat Jobi.
Jobi baru bangun dari tidur. Dia terdengar suara Guna dan Nora berbual. Jobi terus lantas bangun.
“Semalam saya tetidur kat sini Prof.?”.
Guna gelakkan Jobi. Jobi kelihatan takut. Dia tidak tahu yang mesin itu sudah menyala dari semalam.
“Kenapa Prof gelak?”.
Nora yang berada di tepi kanan Guna sedang kegigilan. Dia sedar sendiri. Semalaman dia tertidur di bilik makmal itu.
“Jobi. Nora. Saya nak ucap tahniah dengan korang berdua. Mesin tu da menyala. Saya tak tahu macam mana korang buat. Korang berjaya buat kerja ni. Saya akan double kan gaji korang. Sekarang ni. Korang berdua boleh lah pulang.”.
Jobi terbeliak mata. Begitu juga dengan Nora. Kedua mereka tidak tahu untuk cakap apa. Setahu Jobi mesin yang dikerjakannya semalam langsung tidak menyala.
“Mesin tu da nyala?”.
Jobi menyoal. Dia masih tidak percaya dengan percakapan Guna. Dia sendiri melihat betapa susah nyalakan mesin itu semalam.
“Kenapa dengan kau ni Jobi. Kau sendiri yang buat mesin ni nyala. Takkan kau tak tahu sendiri. Apa lah!”.
Guna ketawakan Jobi. Dia rasa Jobi masih bermimpi. Disebabkan dia baru bangun dari tidur.
“Kejap. Prof yakin yang mesin tu da menyala?”.
Nora tertanya-tanya. Dia tidak yakin mesin itu menyala. Dia tahu yang Jobi tidak mampu kendalikan mesin sebesar itu. Lagi pula mesin itu banyak tombol yang perlu ditekan dengan hati-hati.
“Korang berdua ni lah. Mari ikut aku sekarang.”.
Proffesor Guna ajak Nora dan Jobi melihat sendiri mesin itu. Sakit juga hati melihat karenah mereka berdua. Guna anggap mereka berdua berpura-pura.
“Kenapa masih berdiri kat sana. Mari sini!”.
Kuat suara Guna memanggil Jobi dan Nora. Mereka masih terkaku. Terdiam. Masih tidak percaya yang mesin itu menyala.
“Okok.”.
Serentak Jobi dan Nora mulakan gerakan ikut Guna dari belakang. Lama mereka khayal dengan mesin itu. Lagi-lagi Jobi.
“Tengok.”.
Mesin itu dipasang oleh Guna. Lampu yang ada di mesin itu menyala. Tergamam mulut Jobi dan Nora. Jobi hingga tutup mulut. Dia berjaya nyalakan lampu itu.
“Ok. Sekarang ni. Aku nak tanya korang berdua. Apa nama sesuai untuk nama kan mesin ni?”.
Guna tambahkan suasana tenang. Dia masih tidak menyangka yang Nora dan Jobi berjaya nyalakan mesin itu.
“Disebabkan mesin ni untuk mengaki struktur tumbuhan. Kita namakan mesin ni Green Miroskop Machine.”.
Nora pula memandang Jobi. Dia garukan kepalanya yang tidak gatal. Masih tidak percaya apa yang dilihat.
“Ok juga tu. Nora pendapat kau pula apa?”.
Guna toleh ke arah Nora. Nora masih menghayal.
“Nora!”.
Panggil Guna dengan suara kuat. Menggigit giginya sendiri. Geram dia melihat Nora yang tidak ambil perhatian.
“Ye Prof.”.
Sedar Nora. Terkejut dia dipanggil Guna.
Jobi di bahagian sisi kiri Proffesor Guna ketawa kecil. Dia tahu yang Nora kebingunggan. Masih tidak percaya apa yang dia lihat sekarang.
“Kau ni da kenapa. Da kena sampuk ke?”.
Guna marah kecil terhadap Nora. Dia melihat Nora dengan curiga. Disebabkan Nora hanya diam. Langsung tidak gembira melihat mesin itu.
“Prof tanya apa tadi?”.
Nora menanya kembali. Guna menggeleng kepalanya. Dia terpaksa ulang semual apa yang disoal tadi.
“Aku tanya. Apa nama yang sesuai yang patut dinamakan mesin ni?”.
Guna besarkan mulutnya. Dia mahu yang Nora ambil perhatian kali ini. Tidak mahu lagi dia ulang benda yang sama. Paling tidak disukainya dengan cara begitu.
“Apa kata Prof. Kalau kita bagi nama mesin ni. The Machine Empire For Green Light.”.
“Hahahaha”.
Jobi ketawa terbahak-bahak selepas mendengar nama yang diberikan Nora itu. Ketawa itu tidak berhenti-henti.
Nora memandang Jobi dengan marah. Tidak terima dia diketawakan begitu. Tapi diatahan dulu. Dia yakin idea itu disetujui oleh Guna.
Guna pula masih ketawa sinis. Dia terkesan lucu itu apabila Jobi ketawakan Nora. Masih menyending ketawa Jobi di bilik Makmal. Nora langsung tidak layan Jobi. Dia menunggu komen Guna. Sama ada ideanya itu dipakai atau tidak.
“Nora kau mimpi ke apa semalam ni. Kau fikir mesin ni untuk perang ke. Tak pe aku ada cadangan.”.
Muka Nora muram. Nora kecewa ideanya ditolak. Jobi menutup mulut untuk tahan ketawa. Dia masih ingat nama mesin yang diberikan oleh Nora.
“Memandangkan korang dua yang da buat mesin ni menyala. Kita ambil singkatan dari nama korang berdua je. Nama mesin ni Machine Jonorabi. Setuju tak?”.
Nora buka matanya dengan besar. Langsung tidak setuju dengan keputusan yang diberikan oleh Guna.
“Prof saya tak setuju. Tak pelik ke nama tu?”.
Nora cuba elakkan namanya digabung bersama Jobi. Jobi memandang Nora. Jobi juga tidak setuju. Tapi dia tetap terima nama itu. Jobi tidak berani melawan kemahuan Proffesor Guna. Dia tahu yang Guna memegang jawatan tinggi. Lagipun ini makmal Jobi.
“Da. Korang boleh balik sekarang. Esok kita jumpa lagi. Pastikan esok datang awal pagi. Faham?”.
Guna menolak rayuan Nora. Nama itu terus dikekalkan. Itu adalah keputusannya. Dia teruskan dengan nama Machine Jonorabi. Singkatan dari nama Jobi dan Nora.
“Baik Prof.”.
Jobi tundukkan kepalanya. Nora pula pergi begitu saja. Cepat-cepat dia keluar dari bilik Makmal itu.
“Jobi!”.
Guna memanggil Jobi dari belakang. Jobi pula berhenti. Dia berpatah-balik ke tempat Guna.
“Apa dia Prof?”.
Jobi berdiri depan-depan Guna. Dia terasa musykil Guna memanggilnya. Nora pula sudah jauh berjalan.
“Kenapa Amelia tak datang kerja lagi?”.
Guna mencari Amelia. Sudah dua hari Amelia tidak ke Makmal. Jobi pula terasa lain. Soalan itu seakan-akan yang Guna sudah rindukan Amelia.
“Saya da cuba call dia Prof. Tapi dia tak angkat.”.
Jawab Jobi dengan tenang. Walaupun sedikit rasa aneh dengan Proffesor Guna. Belum pernah lagi dia cari Amelia. Baru hari ini dia menanya bagaimana khabar Amelia sekarang dari Jobi.
“Oh macam tu. Tak pe lah. Kamu boleh balik.”.
“Ok Prof.”.
Jobi teruskan jalannya hingga ke luar. Dia tidak memikirkan apa-apa lagi. Jobi sangat penat menyiapkan kerjanya semalam. Dia harus balik dengan cepat. Badannya perlu rehat lagi. Dia sambung rehatnya di rumah.
Guna pula sendirian di bilik Makmal itu. Memandang mesin itu. Dia tidak menyangka yang Nora dan Jobi sebenarnya boleh kerja bersama-sama.
Dia mengambil kotak yang yang tertulis X itu. Dia garis tanda X itu. Guna menukarkan nama kotak itu Machine Jonorabi. Nama baru mesin itu.
Kotak itu diletakkan saja dulu di meja. Guna beralih ke bilik pejabatnya semula. Membuat kerja yang tertinggal. Dia juga perlu setkan beberapa bajet untuk membeli perabot yang diperlukan di dalam makmal itu.
Tidak lama kemudian bayangan Guna hilang. Di bilik makmal itu hanya ada kotak. Kotak yang berisi Machine Jonorabi. Singkatan nama Jobi dan Nora.
Share this novel