BAB 34

Romance Completed 67139

          AIDEN mendekati Adara yang masih lena diatas katil mereka. Tubuhnya sudah lengkap berpakaian mahu keluar sebentar lagi. Punggungnya dilabuhkan di penjuru katil. Butang bajunya dikancingkan sambil memandang wajah polos si isteri.

Tangannya membelai lembut rambut panjang Adara yang berselerak di atas bantal yang melapik kepala isterinya. Selimut ditarik sehingga ke paras bahu Adara apabila merasakan keadaan pada pagi itu terasa sejuk sekali.

Aiden naik ke atas katil, separuh badannya dibaringkan di sebelah tubuh kecil Adara. Dia menongkat tangan memandang seraut wajah gadis kesayangannya itu. Dengkuran halus daripada Adara membuatkan dia terasa serba salah mahu mengejut isterinya.

"Love," Panggil Aiden perlahan pada telinga Adara. Tangannya menarik perlahan pinggang isterinya ke dalam dakapan. Sisi kepala Adara dikucup sekilas.

"Hmmm," Gumam Adara perlahan, masih mamai. Pinggangnya yang terasa dipeluk Aiden dibiarkan. Mata masih terpejam. Dia membalikkan tubuh menghadap Aiden. Kepala dilentokkan pada dada bidang suaminya.

"Abang nak keluar kejap." Aiden mengusap kepala isterinya. Belakang badan Adara ditepuk lembut. Seolah mendodoikan isterinya tidur kembali.

"Nak keluar pergi mana? Nak ikut." Adara mendongak memandang wajah tampan suaminya. Tangannya dilingkarkan pada pinggang Aiden. Tak mahu suaminya pergi. Kelopak matanya yang tadi terasa berat kini segar bugar.

"Just a second. Tak lama. Nanti Aryan datang teman." Lembut sahaja nada Aiden. Helaian rambut Adara diselak ke belakang telinga. Mahu melihat wajah Adara yang masih mamai baru bangun dari tidurnya.

"Abang tak keluar jumpa perempuan lain kan?" Wajah Adara serta-merta menjadi garang. Nadanya bertukar keras. Pegangan tangannya pada pinggang Aiden diketatkan. Matanya tajam merenung pada anak mata Aiden.

Berani Aiden cari lain? Huh.

Memang Adara bawak parang, kerat 14!

Aiden melemparkan kepalanya ke belakang sambil melepaskan tawa halus. Adara mencubit pinggang suaminya. Tak puas hati melihat Aiden yang seronok mentertawakan dia. Terasa dada bidang milik suaminya bergetar seiring dengan tawa lelaki itu.

Eh, cekik nanti baru tahu!

“Love, did you know you looks so cute when you're jealous, hmm?” Aiden melarikan jarinya di bawah dagu Adara. Hidungnya dilanggar pada hidung mancung Adara yang sedang memerah. Adara mengecilkan mata ke arah Aiden.

Jangan tergoda dengan Aiden, Adara!

“You're the only girl I want to spend my life with. So, don't expect any girl except you in my life. Okay, honey?” Aiden mengucup kedua-dua belah pipi Adara sebelum mendarat pada hidung isterinya. Adara tahan senyum.

“Okay.” Adara menyorokkan wajah pada ceruk leher Aiden. Bibir sudah mengukir senyuman sampai ke telinga. Aiden tersenyum nipis melihat tingkah isterinya itu.

“So, can I go now, princess?” Aiden mengusap bahu Adara. Adara perlahan-lahan meleraikan pegangan pada pinggang Aiden. Wajahnya bertukar masam apabila sudah sampai masa untuk Aiden pergi. Kepalanya diangguk perlahan sebagai jawapan.

Aiden mengurut dahi Adara yang jelas berkerut. Tahu isterinya tak suka dia pergi. Tapi nak buat macam mana? Ada beberapa perkara yang dia perlu selesaikan. Aiden memagut dagu Adara ke atas apabila wajah cantik isterinya menunduk.

“Love, look at me. Let me see your smile, please?” Pujuk Aiden. Pipi gebu Adara dicuit beberapa kali. Adara mengalah. Seulas bibirnya itu naik mengukir senyuman seikhlas yang mungkin untuk Aiden.

“That's my girl. Claim your reward later, hmm?” Aiden membalas senyuman isterinya. Tangan Adara dicium sebelum dia bangun.

Malangnya, niatnya untuk bangun terbantut apabila Adara menahan tangannya daripada pergi. Aiden menoleh pada Adara yang sedang memandangnya dengan mata yang dikelipkan beberapa kali.

“Sweetheart,”

“Nak hugs.”

Serta-merta, Aiden kembali duduk di atas katil mereka berdua. Kedua-dua belah tangannya didepakan. Pahanya ditepuk lembut.

“Come here.” Panggil Aiden bersama senyuman senget. Tanpa disuruh, Adara sudah mencampakkan dirinya ke dalam pelukan Aiden. Terlalu kuat sehingga hampir membuatkan Aiden jatuh terbaring bersama Adara.

“Jangan pergi lama-lama. Tau.” Adara peluk Aiden erat-erat. Aiden membalas pelukan isterinya dengan lebih erat lagi. Dahi licin Adara dicium.

“Alright, don't forget your breakfast okay?” Pesan Aiden, takut Adara terlepas makan sarapan. Adara mengangguk faham. Dia mengangkat ibu jari.

“See you later, love. Love you.” Aiden menurunkan Adara dari ribanya. Kaki panjangnya diatur ke pintu bilik hotel mereka berdua. Adara melambaikan tangan.

“Love you, more.” Balas Adara sambil menghantar pemergian Aiden keluar. Sebaik melihat kelibat Aiden yang hilang daripada pandangannya, Adara menuju ke katil mereka semula.

Dia melirik pada bajunya yang digantung di luar almari mereka oleh Aiden. Adara tersenyum sendiri melihat nota yang dilekat di situ.

Beautiful dress for my beautiful wife.
Wear this for me, hun.

- Aiden.

Adara senyum sampai tak ke sudah.

Cute!

       ARYAN datang mencari kelibat Adara di lobi hotel. Sesekali dia melihat skrin telefon, risau sekiranya Aiden menghubungi dia mahu bertanyakan tentang Adara yang masih tak tahu di mana.

Tak lama kemudian, kelihatan kelibat Adara datang mendekati Aryan. Aryan melepaskan nafas lega apabila menyedari Adara tak apa-apa. Kalau tak mahu berbuih dia nak jawab apa dekat Aiden nanti.

“Sorry, lama ke tunggu?” Adara membetulkan tudungnya yang sedikit terselak. Salah tudung tu jugak. Mengada tiba-tiba buat perangai awning tak jadi.

“Eh tak adalah lama mana. Setakat 30 minit aku berdiri dekat sini. Kenapa tak biar lambat sejam je terus?” Aryan tersenyum tak bersalah dengan nada memerli.

“Sorry! Tak sengaja-”

“Chill, aku guraulah.”

Adara mengurut dada yang sedikit terkejut pada mulanya apabila ingatkan Aryan marah. Haih nak bergurau biarlah bertempat kot ye pun!

“Dah breakfast? Kang Aiden tanya aku kenapa tak bagi kau makan, aku yang susah. Haih. Ini semua salah suami kau tersayang kaulah, Adara. Tak pasal-pasal aku kena jaga isteri orang hari ini. Isteri sendiri tak nak jaga, sibuk duduk kerja. Lepas tu, menyusahkan aku. Dasar, Aiden tak guna.” Rungut Aryan sambil menyebakkan rambut perangnya ke belakang.

Ini kalau skandal dia semua tahu dia ada isteri hari ini, mahu jatuh saham dia. Haish!

Adara tertawa kecil mendengar rungutan yang keluar daripada mulut Aryan. Tahu betapa terseksanya buaya darat tu kena jaga dia hari ini. Nasib kau lah Aryan.

Lagipun dia baru perasan Aryan jenis kuat bebal. Eh, bebel.

“Jom,” Ajak Aryan, tangannya diseluk ke dalam poket seluar mahu mengambil kunci kereta. Adara menuruti langkah Aryan dari belakang.

“Kita nak pergi mana, Aryan?” Tanya Adara ingin tahu. Aryan tersenyum lebar. Tahu Adara akan suka.

“Apa lagi, kalau bukan shopping? Aku belanja.” Aryan mengerakkan keningnya ke kiri dan ke kanan. Bab-bab nak menang hati perempuan ni memang celah gigi dia je.

“Jomlah, cepat! Cepat!” Adara sudah jauh ke hadapan meninggalkan Aryan di belakang. Teruja sangat bila dapat shopping. Orang belanja kot. Lagi-lagi, Aryan!

Aryan tersenyum bangga. See? Senang betul nak menang hati Adara. Eh, dia tak suka Adara eh. Dia bukan perampas.

Low class je rampas-rampas ni.

“Best ke kahwin?” Gumam Aryan sendiri apabila kadang kala melihat Aiden dan Adara yang sedang hangat bercinta. Aryan mengangkat bahunya tanda tak kisah tak lama selepas itu.

“Nah, whatever.”

Telefonnya mula berdering diminta untuk diangkat. Sekali pandang nama pemanggil yang tertera di skrin telefonnya, Aryan sudah menjulingkan mata.

“Ya, bini kau ada dengan aku. Adara okay. Dia dah makan apa semua. Aku nak bawak dia pergi shopping sekarang ni. Oh, jangan risau. Aku guna kad kredit kau. So stop worry about your wife every single time like a psycho, can you, Aiden Leo Zharif?” Aryan terlebih dahulu menjawab tanpa sepatah soalan daripada Aiden.

Bukan apa, tapi dia memang dah hafal setiap soalan yang ditanya Aiden setiap kali sahabatnya itu menghubungi dia mahu bertanyakan tentang Adara.

“Fine, jaga Adara macam kau jaga nyawa kau sendiri, faham?”

“Faham-”

Tut tut tut...

Belum sempat Aryan menghabiskan ayatnya, Aiden sudah menamatkan panggilan. Aryan mengurut dada menahan kesabaran yang semakin menipis.

“Nak marah, tapi kawan. Nak marah, tapi kawan. Heh.”

“Aryan! Cepatlah!”

“Ya, aku datang!”

Siap kau, Aiden!

       ADARA berjalan sambil meliarkan sekeliling. Dia memandang ke arah sepasang suami isteri yang sedang membawa anak perempuan mereka berjalan. Terbit satu senyuman di bibirnya apabila melihat wajah comel anak kecil itu.

“Comel.” Puji Adara ikhlas. Automatik dia mengusap perutnya sendiri. Terkenang bagaimana pula anak dia dengan Aiden nanti. Adara menekup muka menahan malu. Hmm.

“Tak nak shopping ke?” Tanya Aryan pelik. Tadi bukan main excited nak shopping. Dah sampai, duduk je. Haih pelik betul kaum hawa ni.

“Tak nak. Nak Aiden.” Perlahan saja nada Adara. Dia berpeluk tubuh. Dah terbiasa berkepit dengan Aiden. Aiden tak ada rasa susah pulak nak jauh.

“Lah, rindu Aiden ke? Call lah dia.” Selamba saja nada Aryan. Angau betul pasangan suami isteri ni. Baru kejap, dah rindu.

Adara berkira-kira mahu menghubungi Aiden. Takut menganggu suaminya. Dia menjatuhkan pandangannya pada tangannya. Adara tersentak.

“Aryan, nampak tak mana cincin aku?” Adara mula panik. Terkejut apabila cincin perkahwinannya yang tersarung di jarinya hilang secara tiba-tiba.

“Huh? Tak nampak lah pulak.” Jawab Aryan jujur. Mana pulak dia tahu cincin tu hilang ke mana.

Adara panik. Otaknya cuba mengingat sekiranya dia ada menanggalkan cincin tersebut semalam. Adara menepuk dahi.

Dalam bilik air!

“Aryan, jom balik.”

“Sekarang?”

“Ya, Aryan. Sekarang!”

Tergopoh gapah Aryan melajukan langkah menyaingi Adara ke kereta. Adara sudah tak tentu arah. Dalam mindanya, tak habis memarahi diri sendiri kerana menanggalkan cincin itu semalam.

Macam mana boleh terlupa? Huh.

“Seatbelt.” Pesan Aryan kepada Adara sebaik mereka berdua memboloskan diri ke dalam perut kereta. Adara menurut tanpa banyak kata.

Aryan pula memandu dengan senyap. Sesekali dia akan merenung ke arah Adara sekilas. Tahu gadis itu sedang risau akan sesuatu. Adara mengerutkan muka apabila Aryan memandu jauh menyimpang daripada jalan pulang ke hotel.

“Aryan, salah jalan ni. Ni bukan jalan balik hotel.”

“Siapa kata aku nak bawak kau balik hotel?” Aryan tersenyum penuh makna.

“Huh?” Adara blur tak faham.

“Just wait and see by yourself.” Itu sahaja yang dikatakan oleh Aryan yang membuatkan Adara semakin bingung. Nak bawa dia ke mana?

Tak lama kemudian, Aryan memberhentikan kereta di satu tempat. Adara melilaukan pandangan. Aryan keluar membuka pintu untuk Adara.

“Enjoy your date, your highness.” Aryan tersengih menunjukkan sebaris giginya yang putih. Mata dikenyitkan kepada Adara.

“Apa ni?” Soal Adara, dia keluar daripada kereta.

“Don't ask me, ask your husband, sunshine.” Aryan menunjukkan jalan kepada Adara sebelum beredar pergi dari situ.

“Aryan!” Panggil Adara tetapi Aryan sudah pun hilang daripada pandangannya. Adara melepaskan keluhan kecil.

Kakinya mengorak langkah mengikut jalan yang ditunjukkan Aryan yang membawa dia ke satu tempat. Dia tersenyum lebar sebaik melihat sebuah figura yang dikenalinya.
Perlahan-lahan, dia datang mendekati figura itu.

“Surprise?”

      “ASSALAMUALAIKUM my angel.” Aiden membawa tangan Adara pada bibirnya. Lantas, satu ciuman ditinggalkan di situ. Adara mengigit bibir, menahan senyuman.

“Waalaikumusalam, abang.” Adara menyalam tangan Aiden. Lalu, kakinya dijengketkan mahu mencium pipi Aiden. Membuatkan Aiden kaku di tempatnya untuk seketika.

“Miss me?” Aiden membongkokkan badannya sedikit. Menyamai ketinggian Adara. Pinggang Adara dirangkul. Adara mengangguk kecil.

“Rindu.” Aiden bergumam perlahan mendengar jawapan isterinya. Sekurangnya bukan dia seorang yang rindu Adara separuh mati.

“Abang rancang semua ni? Our date?” Aiden mengangguk mengiyakan. Dia meleraikan pegangan pada pinggang Adara. Lalu, dipeluk tubuh isterinya daripada belakang.

“That's yours.” Aiden menunjukkan sebuah taman bunga di hadapan Adara yang dibeli olehnya. Mengotakan janjinya pada Adara mahu membina sebuah taman untuk isterinya itu. Adara tersentak tak percaya.

“Sayang punya?”

“Yes, love. Yours. You don't deserve just a bouquet of flowers. You deserve such more. Like that flower garden of your favorite flower. My love.”

“Thank you!” Adara memeluk Aiden terharu. Aiden membalas pelukan isterinya. Bahagia melihat wajah Adara yang gembira dalam dakapannya.

“Abang, abang nampak tak-”

“You mean this right?” Aiden mengeluarkan sebentuk cincin perkahwinan mereka daripada poket seluarnya. Adara melepaskan nafas lega.

“Sayang lupa--”

Adara menghentikan kata-katanya apabila Aiden mula melutut di hadapannya. Adara terdiam. Anak matanya merenung ke dalam anak mata Aiden yang tak lepas daripada memandangnya.

“Love?”

“Hmm,” Adara cuba menahan air mata yang mahu mengalir. Tangannya diusap lembut oleh Aiden. Wajah Adara dipandang dengan pandangan yang sarat dengan kasih sayang.

“I'm not perfect compared to you. I'm not even close to deserve such a beautiful angel like you when I'm the devil. I'm sorry so much we're married out of contract at first. But, believe me when I said I completely in love with you, Adara.

“I love you isn't enough to say how much i love in my life so i will show everything in my touch. Because you're not just half of my heart dear. You're my heart.”

Aiden bangun daripada melutut. Cincin tadi disarungkan kembali pada jari runcing milik Adara. Lalu, diletakkan pada dadanya. Tepat pada tempat jantungnya berada.

“I love you so much, sayang. So much.” Adara mengalirkan air mata akhirnya. Lantas, Aiden menyeka air mata itu.

“Don't cry. Let's date and married for the rest of our life, love. I will love you till death tear us apart.” Dahi mereka disatukan bersama.

“I love you so much more now.”

     “ABANG!” Jerit Adara apabila Aiden menghempaskan tubuhnya ke atas katil mereka berdua. Dia melepaskan tawa apabila Aiden menyembamkan wajah pada dadanya.

“Stop! Geli.” Adara menolak wajah Aiden daripada mendekat daripada tubuhnya. Tubuhnya kini dihempap sepenuhnya oleh Aiden membuatkan dia tak boleh bergerak ke mana-mana.

“I love you, i love you. I love you.” Aiden menghujani wajah Adara dengan ciuman di seluruh tempat. Leher Adara turut menjadi mangsa.

“And I love you more and more and more.” Adara mencium wajah Aiden sepertimana yang dilakukan oleh suaminya. Kakinya memaut tubuh Aiden seperti koala. Tangan memeluk batang leher suaminya.

“Are you mine?” Soal Aiden sambil memandang wajah Adara. Masih tak percaya dengan hubungan mereka yang semakin bertambah baik.

“Hmmm, am I yours?” Adara berpura-pura berfikir. Dia melepaskan pegangan pada leher Aiden. Tindakan itu serta-merta membuatkan Aiden tak senang duduk.

“You're mine. Mine, right?” Aiden menarik tangan Adara lalu diletakkan pada lehernya kembali. Wajahnya disembamkan pada leher isterinya.

“Yes, then make me yours.” Bisik Adara perlahan pada telinga Aiden. Aiden menghentikan tindakannya.

“Sayang--”

“I'm always yours, always.” Bisik Adara lagi. Belakang kepala Aiden diusap lembut. Terasa nafas hangat Aiden kini menerpa kulitnya.

“Are you sure, love?” Aiden mengusap lembut pinggang Adara yang kini berada dalam baju isterinya. Adara mengangguk perlahan. Aiden mendekatkan lagi jarak mereka.

“Let's have babies together, hmm?" Ubun-ubun Adara dicium lembut. Bibir Aiden mencium tulang pipi Adara sebelum berbisik sesuatu pada telinga isterinya. Tangan mereka berdua disulamkan bersama.

“You're mine, hun. Tonight, tomorrow, and forever. Always mine.”

Updated! Enjoy reading<3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience