BAB 7

Humor Completed 1124

Alahai….masa, cepatlah kau berlalu. Terasa lama pulak kat dalam bilik mamat selamba ni. Asyik-asyik jelling-jeling kat sini. Cucuk kang mata tu! Ehh….nanti jadi Kassim Selamat pulak! Tak jadi..tak jadi…karate kang! Ni fail dari abad ke berapa ni? Mana tanggungjawab setiausaha yang dulu ah? Alih-alih, aku pulak yang kena uruskan. Dahlah semua fail ni berat-berat. Ingat aku ni ahli angkat berat ke? Aku merengus geram tanpa sedar Harraz memerhatikan tingkah gayaku yang dari tadi asyik merungut.

“ Penat ke? Kalau penat, rehatlah kat sofa sana tu. Abang beri kebenaran untuk sayang.”

“ Excuse me, Encik Qimie. Kita sekarang ni di tempat kerja. We have to be professional. Saya masih larat lagi. Terima kasih je lah.” Balasku walaupun sebenarnya dalam hati terasa betul ingin berehat. Namun kerana ego yang tinggi, Dhia menolak serta merta.

Harraz tahu isterinya pasti akan menolak. Sikap degil isterinya itu sudah diketahuinya sejak zaman sekolah lagi. Harraz ingat lagi sewaktu kali pertama Harraz bertemu dengan isterinya. Masa tu, Harraz baru berpindah ke sekolah Dhia. Sewaktu dalam perjalanan menuju ke bilik pengetua, sesuatu telah berlaku antara Harraz dan Dhia. Accident!!!

“ Beri laluan!!! Beri laluan!!!” jeritku sambil mengangkat berpuluh-puluh buku tulis panjang menuju ke bilik guru. Aku bergerak pantas tanpa memandang ke depan. Cuma suaraku sahaja yang menjadi isyarat kepada semua pelajar yang menghalang laluanku.

Tiba-tiba, “ BUKKKKKKK”. Habis gugur semua buku yang ku angkat tadi. Yang paling sakit tentunya aku! Sakitnya punggung aku ni! Siapa la yang langgar aku ni? Tak guna betul punya orang!

“ Maaf-maaf!!!” Harraz mengucap kata maaf berterusan kepada pelajar perempuan yang baru sahaja dilanggarnya itu. Harraz betul-betul tak sengaja.

“ Apa hal kau ni wei? Buta ke? Tak nampak ke orang tengah angkat buku ni?” marahku pada pelajar lelaki itu. Aku segera bangun dan menyapu kain baju sekolah ku. Habis semuanya kotor berhabuk.

“ Saya betul-betul minta maaf. Saya tak sengaja. Biar saya tolong awak kemaskan buku-buku tu semua.” Harraz segera melutut untuk membantu pelajar perempuan itu. Dhia memandang dengan pandangan sinis kepada Qimie. Baru sahaja Harraz ingin mengambil buku tersebut, namun dengan pantas Dhia merebut buku tersebut. Harraz agak tersentak seketika melihat tindakan berani dari pelajar perempuan itu. Namun, ada sesuatu yang membuatkan Harraz ingin melihat wajah pelajar perempuan itu. Tanda nama yang kemas dijahit pada tudung itu pantas dilihat Harraz untuk mengetahu nama pelajar perempuan itu. Raudhah Dhia . Cantik nama dia macam orangnya juga tapi sayang cepat marah.

“ Ahh…buang kat tong sampah je la maaf kau tu! Blah la wei!!!” ujarku kasar. Huhhh..berani sungguh perempuan ni. Harraz menarik nafas panjang.

“ Ok! Kalau kau tak nak, aku pun tak kisah la!” Harraz segera mengangkat kaki pergi. Tu lah jual mahal sangat! Orang dah layan baik-baik, dia marah kita pulak! Namun, itu hanya luahan di luar sahaja. Dalam hati, Harraz sudah mula mnaruh perasaan pada pelajar perempuan yang bernama Raudhah Dhia itu.

“ Encik Qimie! Encik Qimie!!!” jeritku pada Qimie. Mengelamun la tu. Aku segera mendekati mejanya.

“ Encik Qimie!!!” jeritku sedikit kuat. Harraz tersedar dari lamunannya.

“ Ada apa sayang?” jawab Harraz selamba. Ishh….dia ni suka bikin aku terkejut. Nak cubit-cubit je pipi dia yang gebu tu.

“ Maaf ya, Encik Qimie. Sekarang dah masuk waktu lunch. Saya nak rehat dulu. Nanti saya sambung balik. Ok!” aku segera berlalu pergi tanpa mendapat keizinan darinya. Harraz hanya tersenyum. Harraz tak kisah pun kalau isterinya itu ingin keluar lunch asalkan lepas tamat waktu lunch, isterinya itu sudah berada di depan matanya. Lebih tepat lagi bersama dengannya di dalam pejabat. Itulah rancangannya sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience