SPM semakin mendekat

Drama Series 2619

Peristiwa hidung berdarah itu sudah agak reda selepas aku berjumpa doktor. Hari-hari yang aku lalui sebagai bakal pelajar yang akan menduduki SPM sedikit sebanyak memotivasikan aku setiap hari.

Dari jauh ku lihat wajah tua umi melambai-lambai tangan kepadaku agar dengan harapan aku berjaya dalam peperiksaan kelak. Setiap hari itu juga aku gigih belajar bersama teman rapatku, almaklumlah, disekolahku semuanya lelaki.tiada lawan jantina.Sama juga dengan kakakku, dia juga bersekolah hanya satu jantina saja. Perempuan semuanya. Mail, arif, zul, bahtiar, ikat semuanya kawan-kawan yang menceriakan hariku.

Bak kata orang, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Allah menduga aku sekian kalinya, pada satu hening pagi, setelah aku membersihkan diri, aku terasa sesuatu pada leher ku, bengkak tapi benjolan itu tidak sakit. Aku terfikir apakah itu, adakah gigitan serangga? Arggh.. Mungkin ya.. Mungkin tak. Segera aku mendapatkan umi dan kakak yang ketika itu sedang cuti semester.

"umi, cuba lihat ada apa - apa ke dileher adik ni?" adik segera menggerakkan jarinya menunjukkan ke tempat benjolan tadi. Umi membelek-belek leher aku seolah-olah pelik dan panik. "kakak oh kak, mari sini sekejap, cuba tengokkan benjol di leher adik ni," suara ibu memanggil kakak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience