10 - Sarang Lebah

Romance Completed 45760

Hanis menapak mengekori Jason yang semakin hampir dengan sebuah Toyota Hilux berwarna hitam. Entah kemana lagi hendak di bawa dirinya kali ini. Kerjanya setiap hari berubah-ubah. Terkadang kerjanya menghantar makan, mengatur bil, menjadi orang gaji, menjadi pelayan cafe dan banyak lagi. Semalam, dia baru saja selesai mengemas stor yang ada pada cafe tersebut.

“Hari ni, teman aku lawat kebun. Aku dah lama tak pergi sana. So, aku bawa kau bukan suka-suka. Ada kerja yang menunggu kau dekat sana,” ujar lelaki itu sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta. Hanis sekadar mengangguk. Tidak pernah lagi dia menolak atau membantah arahan lelaki itu. Dia boleh di kira sebagai lembu dicucuk hidung. Apa saja kerja yang di suruh, dia akur dan segera melaksanakan. Yalah, itu semua sebab gaji.

Sedar tidak sedar, Hanis telah bekerja di bawah Jason telah genap sebulan. Gaji untuk bulan pertama dia telah terima. Tapi, tak sempat lagi nak pergi membeli-belah. Nantilah, balik dari kerja baru ajak Atiqah sekali. Fikirnya. Tiba-tiba...

KREKKRUKRKEKRKUK

Hanis tertunduk malu apabila mendengar perutnya berbunyi. Kuat sangat bunyinya berdendang mengisi suasana yang sunyi sepi. Mana taknya, dia dari semalam lagi belum makan apa-apa dek kerana ketiduran disebabkan kepenatan yang menyelimuti badan. Kemas stor punya fasal, siapa tak penat? Mujur ada gaji.

“Are you hungry?” suara Jason mulai mengasak kuping Hanis. Tebal mukanya saat itu apabila di tegur oleh majikannya.

“Ma-mana ada saya lapar. Perut saya memang macam tu, selalu je dia bunyi. Maaf kalau menganggu tumpuan tuan,” jelas Hanis dengan terpaksa menipu. Dalam fikiran mahu saja dia duduk di atas bumbung kereta pada masa itu. Jason hanya fokus dalam pemanduan.

KREKKRUKRKEKRKUK

Perut Hanis berbunyi kali kedua. Hanis terus membuang muka ke luar tingkap. Nak saja dia menangis di kala itu. Malu! Apatah lagi, gegendang telinganya seperti mendengar Jason tersengih. Aduh... buat malu aku je cacing dalam perut ni! Banyak-banyak masa, ini jugalah masa yang menjadi pilihannya. Mana nak sembunyi muka aku ni?!

Hanis tersedar dari lamunannya apabila bunyi 'handbreak' kereta di tarik oleh Jason. Dia melihat ke arah Jason seketika. Kemudian, dia menoleh kawasan sekelilingnya dari dalam kereta. Kenapa pula lelaki ni berhenti? Tulisan pada papan tanda yang melekat pada sebuah kedai itu di baca. Restoran AB. Dia lapar ke? tanya Hanis dalam hati.

“Jom, makan. Nanti kau terkena gastrik, tak fasal-fasal parents kau datang jumpa aku,” ujar Jason kemudian turun dari kereta. Belum sempat pintu itu di tutup, Hanis mencegahnya.

“Tuan! Saya tak lapar pun. Kita boleh je teruskan perjalan pergi kebun tuan tu. Tapi, kalau tuan nak makan, tak pe. Saya tunggu dekat sini je,” terkumat-kamit mulutnya mengeluarkan kata.

Jason memandang dengan wajah mendatar. Hanis pula tersengih seperti kerang busuk. “Tak pelah, tuan. Jom. kita pergi makan,” Cepat-cepat Hanis turun dari kereta. Takut pula jika lelaki itu naik marah. Tapi, sejak dia bekerja dengan Jason, tidak pernah lagi dia melihat lelaki itu marah. Wajah dan nadanya saja yang menggerunkan. Entah, tapi Hanis yakin lelaki itu seorang yang baik hati.

***

Setelah menelusuri pelbagai simpang, akhirnya mereka berdua tiba di destinasi. Kereta di berhentikan tepat di hadapan sebuah rumah kayu lama, tetapi masih kukuh untuk berdiri. Hanis dan Jason keluar dari perut kereta. Masing-masing meluruskan badan. Perjalanan tadi mengambil masa lebih kurang dua atau tiga jam. Biasalah, kawasan pedalaman. Hanis melihat ada beberapa buah rumah saja sepanjang perjalanan tadi. Selain dari itu, hanya pokok kelapa sawit serta pokok lainnya yang berdiri sepanjang jalan.

Di sebelah kiri Hanis, terdapat pokok kelapa sawit yang berdiri statik. Terkadang daunnya bergoyang apabila angin bertiup sekali sekala. Daun pelepah yang sudah kering tersusun rapi di atas tanah bersebelahan dengan pokoknya. Pokok kelapa sawit itu juga sama rata saja barisannya. Bersih pula tu. Tidak jauh dari pandangan Hanis, terdapat dua orang sedang bekerja memotong dan mengeluarkan buah kelapa sawit itu.

Di sebelah kanan, terdapat pelbagai pokok buah-buahan. Paling jelas di lihat ialah pokok mangga yang sedang berbuah lebat. Buahnya pun masih kecil lagi. Sepanjang kawasan itu di hiasi dengan pagar bercat hijau tua yang kian luntur. Mungkin untuk mengelakkan kecurian. Ada sesetengah manusia yang suka mengambil tanpa izin tuannya terlebih dahulu.

“Ganti kasut kau dengan kasut ni,” Kata Jason lalu memberikan sepasang kasut getah berwarna kuning kepada Hanis. Wanita itu segera mengambil lalu disarungkan pada kakinya. Dia sedikit terperanjat apabila kasut itu sepadan dengan kakinya. Wow!

“Saya nak buat apa ni, tuan?” Soalnya sedikit bingung. Matanya melihat ke arah kaki yang telah tersarung dengan kasut getah. Berat hendak di angkat kakinga. Terasa macam badut pun ada. Yalah, kali pertama memakainya. Dia melihat sekeliling semula. Sepertinya dia dapat meneka apa tugasan yang bakal dia lakukan.

“Kau tengok pencakar rumput yang tersandar kat tepi rumah tu? Kau pergi ambil dan ikut aku,” ujar Jason. Seperti biasa, dingin saja nadanya. Aku dah agak! Mesti dia nak suruh aku bersihkan bawah pokok tu. Haih, nasib kaulah Hanis! desisnya.

“Kau bersihkan bawah pokok ni dulu...” arahnya setelah berhenti di bawah sebuah pokok yang Hanis sendiri tak tahu akan nama pokok itu. Durian, mungkin?

“Er, tuan nak ke mana pula?” naik cemas Hanis apabila lelaki itu bergerak seperti ingin meninggalkan dirinya sendiri di situ.

“Aku nak call orang, kejap. Tak ada siapa pun nak culik kau dekat sini. Kau selamat, jangan risau...” katanya.

Hanis sekadar mengangguk tanpa mengeluarkan suara. Jason yang mula bersembang dengan seseorang dalam telefon segera berlalu pergi. Hanis mula menyapu daun-daun kering tersebut lalu di kumpul di satu tempat. Semakin lama, tumpuk dedaun kering semakin banyak. Separuh dari kawasan bawah pokok itu sudah terlihat bersih. Seronok pula dia rasa menyapu daun-daun itu. Tapi. sesekali dia menampar diri sendiri akibat nyamuk dan agas yang mula menyerang.

Hanis duduk di bawah pokok untuk berehat seketika. Sudah dua pokok dia membersihkan dedaun keringnya. Bersih. Puas hati kalau tuan tengok ni. Bisiknya. Sementara berehat, bebola matanya liar melihat ke sana sini. Kelibat Jason masih juga belum muncul. Biarlah dia. Tiba-tiba, ada sesuatu yang menarik perhatian wanita itu dari atas pokok. Dia melihat sesuatu seperti kulit kuaci yang tertumpuk di batang pokok itu. Dia melihat sekeliling mencari batu untuk menjatuhkan 'kulit kuaci' tersebut.

Pada masa yang sama, Jason datang. Hairan dia melihat wanita itu yang sedang melihat sesuatu. Sambil membaling pula tu. Apabila lelaki itu melihat dengan teliti, terkejut juga apabila Hanis sedang melempar sarang lebah.

“Apa kau...”

ZAP!

Membuntang mata Jason di buatnya saat batu yang di baling oleh Hanis tepat terkena pada sarang itu.

“Are you crazy? Run!” Dia menarik tangan Hanis dan berlari sekuat yang mungkin.

****

Happy reading ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience