BAB 5

Romance Series 81452

FLASHBACK

KRING!

Lantas kereta dihentikan pada bahu jalan. Ammar Hafiy mengeluarkan telefon bimbit dan melekat pada telinga.

"Kenapa?"

"Okay. Aku ke sana sekarang"

TIT!

Dia berpaling melihat Dato'Norman.

"Papa, Ammar rasa tak boleh ikutlah korang bercuti" ujar Ammar Hafiy.

"Ala... Kenapa pula abang?" tanya Mia Aleesya.

"Ammar ada masalah sikit dekat office. Ammar kena settel sekarang" balas Ammar Hafiy.

"Kalau macam itu, kamu patah baliklah. Kita tak perlu pergi" kata Dato'Norman.

"Tak apa Pa. Papa pergi sahaja. Ammar telefon Jeo datang ambil" kata Ammar Hafiy pula.

"Baiklah"

Ammar Hafiy turun dari kereta dan Dato'Norman yang memandu pula. Dia tersenyum menyenget bila Papanya terpedaya dengan lakonan sebentar tadi.

Sebuah kereta telah muncul di hadapan dan dia terus memboloskan diri ke dalam.

ENDFLASHBACK

Inara Adelia memakirkan kereta di hadapan rumah. Matanya mengerling sekilas pada jam tangan. Jam menunjukkan sudah pukul 1:30 Pagi. Dia melihat rumah sudah gelap hanya bertemankan lampu diluar sahaja.

"Nasib baik tak ada orang. Kalau tak, mesti dah kena bebel dengan Mama dan Mia ni" gumam Inara Adelia.

Dia keluar dari kereta dan mengorak langkah ke pintu utama. Kasut diletak ke atas rak tersusun kemas itu. Sebelah tangannya menolak daun pintu dan melangkah masuk ke dalam.

Dia mengunci semula dan memusing ke hadapan. Belum sempat kaki ingin memijak anak tangga, sudah dikejutkan oleh suara garau.

"Baru sekarang ingat rumah?"

KLAK!

Lampu dibuka, serta merta suasana gelap tadi bertukar terang.

Dia menelan air liur dengan kesat. Ibaratkan menelan pasir. Ammar Hafiy menghampirinya dengan muka dingin.

"Kau pergi mana, huh?" soal Ammar Hafiy.

"Awak buat apa dekat sini? Bukan ke awak ikut dengan family awak?" soal Inara Adelia pula.

Ammar Hafiy bengang. Lain disoal, dia pula disoal.

PAK!

Tangannya mendarat pada dinding di sebelah Inara Adelia. Gadis itu pejam rapat matanya.

"AKU TANYA KAU PERGI MANA! BUKAN SURUH TANYA AKU BALIK!" tengking Ammar Hafiy dengan lantang.

"Sa...sa..ya.. pe...per..gi.. ju...jum..pa.. ka..kaw..an" tutur Inara Adelia dengan gagap.

Dia tergelak sinis.

"Kawan? Bukan ke kau lepas jual tubuh pada jantan tu?" sengaja Ammar Hafiy menyakiti hati Inara Adelia.

Pantas Inara Adelia memandang ke dalam anak matanya.

"Apa awak cakap? Jual tubuh? Saya tak pernah jual tubuh saya pada sesiapa pun!" entah datang dari mana kekuatan itu.

Dia agak sedikit tersentak namun dikawal. Sepanjang dia mengenali gadis itu, belum pernah sesekali meninggi suara apa lagi menengking.

"Kalau diri tu dah tak suci lagi, nak jual ataupun jadi pelacur sekali pun memang patut! Kau tu dah tak ada apa-apa lagi. Mentang-mentang keluarga aku tak ada dekat sini, sesuka hati kau nak balik lewat ya. Dasar murah!"

PANG!

"Kalau awak tak tahu apa-apa tentang hidup saya, jangan sesekali nak cakap saya pelacur atau murah. Saya ada perasaan Ammar! Saya mengaku saya dah tak ada apa-apa, itu tak bermaksud awak boleh gelarkan saya dengan perbuatan terkutuk itu!"

"Awal pertemuan kita, saya dah agak awak ni seorang yang jahat! Awak ugut saya dengan gambar itu lepas tu awak tuduh pula saya pelacur? Awak tu yang lakukan perbuatan terkutuk pada saya Ammar! Awak tak pernah fikir ke apa perasaan saya selama ni? Sakit! Atas dunia awak puas, tunggu dekat sana, awak akan tahu apa itu puas!" luah Inara Adelia.

Ammar Hafiy mengangguk perlahan. Lidah ditolak ke tepi sambil menggosok pipi ditampar tadi.

"Ikut aku!" lengan Inara Adelia ditarik supaya membuntutinya.

"Sakit! Lepas!"

"Diam!"

Dia menuju ke arah dapur. Pisau dicapai dan acu pada Inara Adelia. Dia tahu kelemahan gadis itu adalah pisau dan kaca. Dia sendiri tak tahu kenapa dia trauma pada benda tajam.

Membuntang mata Inara Adelia melihat pisau itu. Seluruh tubuh mula mengigil hebat.

"Let...tak... pis..sau.. tu.. sem...uula" rayu Inara Adelia.

Ammar Hafiy semakin dekat pisau itu pada lehernya.

Sama! Sama seperti peristiwa hitam itu.

"Layan aku atau kau..." mata Ammar Hafiy menikam anak mata Inara Adelia.

"Ammar! Jangan buat saya macam ni!" dia menggeleng laju sambil air mata berjujuran keluar.

"Jawab pilihan aku tu sayang. Atau kau nak aku bunuh kau sekarang?" tegas sahaja nada digunakan oleh Ammar Hafiy.

Mahu atau tidak dia terpaksa kerana tiada pilihan yang lain.

"Saya layan awak. Letak pisau tu sekarang" balas Inara Adelia.

"Good decision my girl" Ammar Hafiy tersenyum menang.

•••

Inara Adelia membuka perlahan kelopak mata. Perkara pertama dia lihat adalah siling berwarna putih. Dia menoleh ke tepi dan melihat Ammar Hafiy masih lena diulit mimpi. Dia mengerling jam tergantung elok dinding pula.

6:45 Pagi...

Lantas dia bangun dan turun katil secara perlahan. Tidak mahu mengejutkan singa sedang tidur. Lagi pula dia sudah lewat! Kelas bermula pada pukul 8:00 Pagi.

Dia mengutip pakaian terabur pada lantai dan terus keluar dari bilik itu.

Ammar Hafiy mula meraba disebelah dan mengerutkan kening. Dia membuka sedikit dan melihat disebelahnya kosong tanpa berpenghuni. Dia senyum kecil mengingati semalam.

Dia mula bangun sambil mengeliat kecil. Tuala mandi dicapai dan melangkah masuk ke dalam bilik air.

Inara Adelia menilik dirinya ke dalam pantulan cermin dan mencapai beberapa file assignments. Saat membuka pintu, dia menunduk ke bawah tatkala figura Ammar Hafiy berdiri di situ.

Dia mahu ke kanan, lelaki itu ke kanan juga. Dia berdecit halus.

"Ke tepi. Saya dah lewat nak pergi kolej ni" kata Inara Adelia.

"Semalam okay sahaja kau pandang muka aku. Sekarang kenapa nak tunduk pula?" Ammar Hafiy sengaja mengungkit hal semalam.

Dia mendongak memandang lelaki itu. Jam tangan ditunjuk padanya.

"Tolong Ammar. Saya dah betul-betul lewat. Sila ke tepi sekarang" ujar Inara Adelia sedikit geram.

"Kalau aku tak nak? Kau nak buat apa?" sengaja Ammar Hafiy melewatkan gadis itu.

Tanpa berkata apa-apa lagi, terus dia menolak dada bidang Ammar Hafiy ke tepi dan terus berlari turun ke bawah dengan laju tanpa menoleh ke belakang lagi.

"Tak guna! Siap kau!" marah Ammar Hafiy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience