"Alhamdulillah. Kenyang nya perut" Hadi menolak sedikit ke depan pinggan nya yang sudah licin itu. Tiada sebutir nasi pun yang tertinggal di atas pinggan itu. Semuanya Hadi sapu.
"Dah, pergi bayar cepat. Kedai ni nak tutup dah. Pergi cepat" Tiara bangun daripada kerusi dan mengutip pinggan dan cawan dia dan cawan Hadi.
"Dia menghalau kita pulak" Hadi pun turut bangun dan menuju ke arah kaunter.
Kak Aisyah yang sedari tadi hanya melihat mereka berdua terkejut melihat mereka bangun. Dia bertambah terkejut apabila melihat lelaki yang duduk bersembang dengan Tiara sebentar tadi sama dengan lelaki yang menghantar Tiara pergi kerja tempoh hari.
Matanya berkelip kelip melihat Hadi. Hadi sudah berdiri di hadapannya.
"Akak, meja nombor 7" kata Hadi. Dia mengeluarkan dompet nya daripada poket seluar nya.
"Er, nasi goreng kampung satu, nescafe ais satu dengan milo ais satu. Semuanya RM 13.50"
"Nah" Hadi menghulurkan wang bernilai 50 ringgit kepada Kak Aisyah.
Kak Aisyah mengambil wang itu dan mengambil baki duit lalu diserahkan duit itu pada Hadi.
"Eh tak apa, tak payah. Simpan je baki tu" kata Hadi sambil menolak duit itu.
Terbeliak mata Kak Aisyah apabila melihat tindakan Hadi itu. Banyak tu baki dia, bukan setakat seringgit dua ringgit.
"Eh, apa pulak. Ambik lah baki ni" Kak Aisyah menghulurkan lagi duit itu pada Hadi.
"Tak apa, saya sedekah. Lagipun, saya suruh Tiara duduk tadi dengan saya padahal ini masa bekerja dia. Tak apa, ambik je. Saya pergi dulu, assalamualaikum" kata Hadi kemudian berlalu pergi.
Terkebil-kebil Kak Aisyah melihat Hadi berlalu pergi. Duit baki Hadi yang berada di tangannya itu direnungkan lama.
Kak Aisyah sudah tidak tahan. Dia perlu tahu juga siapa lelaki itu. Kak Aisyah meletakkan duit itu di tempatnya dan keluar daripada kaunter untuk mencari Tiara.
Tiara yang baru sahaja keluar daripada dapur ditarik tangannya oleh Kak Aisyah. Kak Aisyah menarik tangan Tiara sehingga ke sebuah meja yang berada di situ.
"Kenapa ni Kak Aisyah? Main tarik tarik tangan pulak ni" kata Tiara pelik dengan tingkahlaku Kak Aisyah itu.
"Duduk. Ada benda akak nak cakap dengan kau ni" arah Kak Aisyah setelah mereka sampai di meja yang berdekatan.
Tiara pun duduk seperti yang diarahkan oleh Kak Aisyah. Sungguh dia pelik dengan Kak Aisyah ketika itu.
"Akak, akak nak marah Tiara pasal Abang Abu tu ke? Alah akak, sorry lah. Tiara gurau je dengan akak. Tiara janji, perkara ni tak akan tersebar dekat sesiapa. Jangan risau. Tiara Adriana boleh dipercayai" kata Tiara sebelum Kak Aisyah sempat berkata apa apa.
Kak Aisyah memukul tangan Tiara apabila dia mendengar Tiara merapu meraban sebegitu.
"Ya Allah, benda tu yang kau sibukkan kenapa? Pasal benda tu akak pun tak kisah lah"
"Habis tu? Akak nak cakap pasal apa?" tanya Tiara
"Itu lah! Lain kali dengar dulu orang nak cakap apa. Ini main sembur je pendapat sendiri. Pelangkung kepala tu baru tahu" marah Kak Aisyah. Tiara tersengih kerana dimarahi oleh Kak Aisyah.
"Ye lah! Apa yang Kak Aisyah nak cakap tu?"
"Boleh dia buat tak tahu? Hey, Tiara! Siapa lelaki tadi tu hah? Itu lelaki yang sama yang hantar kau pergi kerja haritu kan? Yang akak nampak daripada jauh tu. Bukan mula mula tadi kau tak nak ke hantar makanan dekat dia, lepas tu apahal kau boleh siap bersembang pulak dengan dia? Kemain rancak berbual akak tengok. Siapa sebenarnya lelaki tu? Baik kau cakap betul betul dengan akak. Jangan nak berdolak-dalik ye!" Itu dia! Soal siasat bersama Kak Aisyah sudah bermula.
Pening kepala Tiara mendengar semua soalan Kak Aisyah itu. Tidak tahu mana satu mahu dijawabnya.
"Akak! Polis soal siasat pesalah pun dia tanya soalan satu demi satu. Ini Kak Aisyah tanya Tiara dengan satu nafas. Kalah polis dengan Kak Aisyah"
"Akak tahu. Cepat lah jawab! Jangan nak tukar topik pulak. Ingat Tiara boleh lari?"
Tiara mengeluh. Tak jadi rancangan nya untuk menukar topik.
"Alah, akak. Dia tu macam yang Tiara cakap lah masa akak nampak dia haritu. Dia tu kawan Tiara. Kawan! Mana ada apa apa yang luar biasa pun. Akak je yang lebih" jawab Tiara dengan tenang.
"Ye ke kau ni? Akak tak percaya. Okey senang cerita macam ni. Apa nama kawan kau yang selalu ada dengan kau dekat universiti?"
Tiara memandang muka Kak Aisyah dengan wajah yang tidak percaya. Apa kena dengan Kak Aisyah ni? Tiba tiba tukar soalan.
"Hadirah dengan Farhan"
"Selama kau masuk universiti tu, pernah ke Hadirah dengan Farhan tu hantar kau pergi kerja? Diaorang tu kawan kau kan? Ada ke hah? Ada? Akak tak pernah pun jumpa diaorang tu" Tiara jadi mati akal mendengar kata kata Kak Aisyah.
"Bijak jugak Kak Aisyah ni. Tak ku sangka otak Kak Aisyah ni sungguh bernas" desis hati Tiara
"Memang lah tak ada. Alahhh! Kak Aisyah ni! Akak buat Tiara pening lah. Kan Tiara cakap tak ada apa apa. Tak ada lah" Tiara berkata dengan nada merajuk.
"Ye lah! Akak tak tanya lagi. Tapi kan, tak kisah lah siapa pun lelaki tu, dia tu baik kan?"
"Hah?" Tiara makin pening dengan kata kata Kak Aisyah. Lepas satu, satu yang keluar daripada mulut Kak Aisyah.
"Tak ada lah. Tadi kan dia bayar makanan dia, makanan dia tu bawah 15 ringgit, dia bagi 50 ringgit. Lepas tu akak nak bagi baki lah, dia cakap tak apa. Dia suruh simpan baki tu. Dia cakap sebab dia ajak Tiara duduk tadi sebab kan waktu tu waktu kerja Tiara. Jadi dia macam, bayar lebih lah. Baik tau dia. Dah lah rupa elok, baik pulak tu. 'Untung' siapa dapat dia" Kemain melambung pujian Kak Aisyah pada Hadi.
Sengaja Kak Aisyah menekankan perkataan 'untung' itu.
Tiara terkesima mendengar kata kata Kak Aisyah. Tak sangka dia Hadi akan berbuat sebegitu. Dia termenung sejenak.
Kak Aisyah yang melihat Tiara termenung itu tersengih seorang diri.
"Sudah sudah lah tu teringat ke buah hati. Baru tahu yang buah hati tu baik. Sudahlah baik, handsome pulak tu. Hmm, untunglah Cik Tiara kita ni" usik Kak Aisyah. Tiara yang tersedar memukul kuat lengan Kak Aisyah.
"Adoi!" Kak Aisyah mengusap usap lengan yang dipukul Tiara.
"Akak ni kan! Tiara mana ada buah hati pengarang jantung semua tu! Tiara terfikir pasal... Pasal Abang Leman yang tengah cuci pinggan dekat belakang tu! Dah lah, Tiara nak ambik beg. Nak balik" Tiara berjalan menuju ke belakang.
Kak Aisyah ketawa kecil melihat Tiara.
"Ingatkan Leman lah konon! Nak mengelat lah tu. Hish, Tiara... Tiara. Kalau betul lah lelaki tu suka dekat kau, akak harap dia ikhlas dan akan jaga kau elok elok" kata Kak Aisyah perlahan. Kemudian, dia pun pergi ke belakang.
//
"Bye Kak Aisyah! Tiara balik dulu" Tiara meluru ke arah Kak Aisyah yang sedang mengemas begnya. Dia menghulurkan tangan untuk menyalam Kak Aisyah.
"Hah, ye lah. Ni kau balik naik grab ke?"
"Iye lah Kak Aisyah. Tak kan Tiara nak jalan kaki pulak. Okey lah, assalamualaikum"
"Waalaikumussalam" jawab Kak Aisyah.
Kemudian, Tiara pun berjalan keluar dari kedai makan itu. Semasa dia sedang berjalan, dia mendapati malam itu sangat gelap.
Malam itu tiada bulan yang menerangi langit malam. Tiba tiba bulu roma nya meremang.
"Alahai! Seram lah malam ni. Takut lah pulak aku. Kenapa lah aku tak keluar sama sama dengan Kak Aisyah tadi. Nak patah balik, jauh dah aku jalan. Tak apa lah, jalan je lah. Lagipun, bus stop tak jauh dah" kata Tiara seorang diri untuk menenangkan dirinya.
Tiara berjalan dengan jantung yang berdegup laju. Di fikirannya terbayang bayang segala jenis hantu yang pernah ditonton nya dalam filem.
Selain itu, dia juga takut dengan 'manusia'. Langkahnya dipercepatkan. Dia sedang berjalan di hadapan kereta kereta yang diparkir di situ. Sedang dia berjalan di hadapan satu kereta tiba tiba...
PONNN!!
Hampir tercabut jantung Tiara dibuatnya.
"Ya Allah! Astaghfirullahalazim! Allahuakbar!" Tiara menjerit kerana terkejut dan ketakutan. Terduduk dia akibat terlalu terkejut.
"Eh, Tiara! Kau okey tak?" Muncul Hadi daripada kereta yang membunyikan hon tadi. Dia berlari ke arah Tiara yang sudah terduduk itu.
Ketika itu, Tiara rasa seperti mahu pecahkan sahaja kepala Hadi apabila dia melihat Hadi keluar daripada kereta itu.
"HADI!! YA ALLAH! TAK GUNA BETUL LAH KAU NI! KAU TAHU TAK YANG AKU TERKEJUT GILA SEBAB KAU HON TIBA TIBA. KEPALA KAU NI AKU PECAH KAN BARU KAU TAHU!" amuk Tiara.
Hadi mengetap bibirnya. Menyesal pula dia membunyikan hon sebentar tadi.
"Tiara, sorry lah. Aku tak tahu pulak kau akan jadi macam ni..."
"Siapa je tak jadi macam ni hah?!! Kalau aku tiba tiba kena heart attack tadi macam mana?!" Tiara memotong kata Hadi kerana geram yang teramat.
"Apa kau cakap macam tu. Kau okey kan? Sorry lah, aku mintak maaf sangat sangat. Aku sebenarnya tengah tunggu kau nak hantar kau balik. Daripada tadi aku tunggu kau. Lepas tu tiba tiba kau lalu, aku tak fikir apa apa terus tekan hon" Hadi kelihatan serba salah. Tiara yang masih lagi terduduk di hadapan nya kelihatan penat. Nafasnya turun naik.
"Kau tahu tak aku takut gila tadi. Aku takut hantu, takut manusia. Lepas tu kau terkejut kan aku. Biul punya lelaki"
"Manusia? Kenapa kau takut manusia?" Tiara mengetap gigi nya kerana menahan geram. Dia mengangkat beg nya dan memukul kepala Hadi.
"Tiara! Sakit lah"
"Padan lah muka! Kau boleh tanya kenapa dengan manusia? Manusia pun ada yang bertopengkan syaitan tahu tak!"
"Ouhh! Cakap lah manusia bertopengkan syaitan. Barulah aku faham. Hah, kalau dah takut dengan manusia tu kenapa balik naik grab?"
"Aku ada kereta ke hah? Dah lah, aku nak balik. Duduk sini lama lama dengan kau tiba tiba muncul pulak pak cik mana mana. Nanti tak pasal pasal pulak. Dah lah tak ada orang dekat sini" Tiara bangun dan berdiri. Begitu juga dengan Hadi.
"Jom lah aku hantar kau. Lagipun kau sendiri yang cakap kau takut kan? Bus stop jauh lagi tu" kata Hadi.
Tiara memandang muka Hadi.
"Kau tunggu aku daripada tadi ke? Aku ingat lepas kau bayar tadi kau terus balik"
"Haah. Aku tunggu kau" jawab Hadi selamba
Terbuntang mata Tiara mendengar jawapan Hadi. Tambah pula dengan nada selamba nya itu.
"Tak apa ke kau balik lambat ni? Mak ayah kau tak marah ke? Dah malam lah" tanya Tiara. Jelas di wajahnya riak kerisauan.
"Esok kan hari Sabtu. Janji jangan lebih pukul 12. Jadi sekarang pukul 10:30, baik kita cepat. Nanti tak pasal pasal aku kena marah pulak. Jom cepat!" Hadi berjalan ke arah keretanya.
"Ye lah. Asyik mengugut je kerja dia. Tapi, nasib baik jugak dia ada, tak payah aku jalan pergi bus stop. Malam ni macam seram je" omel Tiara sendiri.
Dia juga turut berjalan ke arah kereta Hadi dan masuk ke dalam. Selang 5 minit, kereta itu berlalu pergi.
"Thank you hantar kan aku balik rumah. Susah kan kau je hantar aku balik" ucap Tiara kemudian keluar daripada kereta.
"Welcome. Mana ada susah nya. Kau duduk dekat Kelantan ke?"
"Kau balik rumah terus. Jangan nak melencong ke mana mana. Dah pukul berapa dah sekarang ni" pesan Tiara. Nanti lambat pula Hadi sampai ke rumah.
"Baik cik. Kau masuk lah dulu rumah. Lepas kau dah masuk, baru aku gerak"
"Okey, assalamualaikum" Tiara membuka pintu pagar dan masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumussalam"
Setelah melihat Tiara selamat masuk ke dalam rumah, Hadi pun berlalu pergi.
thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update .
Share this novel