PROLOG

Mystery & Detective Completed 12501

ASYWAD AFENDY akhirnya mampu menarik nafas lega rentetan waktu yang sering menyiksa siang dan malamnya. Monitor komputer di pandang dengan senyuman meleret. Walaupun dia hampir-hapir tertewas dan gagal di akhir jalan, namun rezeki masih berpihak kepadanya.

Tempoh enam bulan buat dirinya bukanlah satu jangka masa yang sangat lama untuk dia menyiapkan sebuah manuskrip yang bergenre romantik komedi. Terlalu jauh dari prinsip yang di pegang dan di letakkan paling atas mengalahkan yang lain. Kerana komitmen dan dia begitu teruja untuk mencabar kebolehan diri, dia terima juga.

"Abang dah siapkan seperti yang di rancang." Asywad Afendy berkata kepada isterinya yang sedang tersenyum di meja depan. Kerusi kerjanya d pusingkan ke belakang. Terlihat wajah isteri kesayangan sedang duduk bersantai di ruang tamu sambil membaca akhbar.

"Di saat-saat akhir kan.. Abang memang suka buat kerja macam tu." Kata Ainul Batrisyah selamba. Matanya masih ralit memandang surat khabar Harian Metro.

"Yang namanya Asywad Afendy bin Abdul Malik ni memang sukakan cabaran. Kalau dari awal dah duduk depan komputer ni, jawabnya makin lambatlah siap manuskrip abang ni sayang." Asywad Afendy masih melirik isterinya.

Kepuasan di hati kerana dapat menyiapkan sebuah manuskrip yang berbeza dengan citarasa dan kemampuannya membuahkan keinginan yang lebih memuncak tinggi di tambahkan pula sikapnya yang suka melakukan kerja di saat-saat akhir.

"Yezzah, Syah setuju cakap abang tu. Selalu buat kerja last minit. Dah tu, suka buat orang tertanya-tanya tentang perkembangan yang di lakukan. Abang memang saja je kan.." Akhbar yang mejadi tatapannya sebentar tadi di lipat dua ke kanan.

Kemudian, kerusi yang beroda empat di duduki oleh Asywad Afendy di seret hingga ke tempat Ainul Batrisyah. Sesampai di depan isterinya dia menundukkan sedikit tubuhnya. Lantas tangan yang sasa itu mencapai tangan isterinya yang berurat sedikit timbul.

"Sayang." Panggil Asywad Afendy kepada isterinya. Mata mereka bertembung lama. Terasa aliran cinta itu mengalir seperti arus elektrik yang memberikan tenaga kepada mereka berdua. Bahang cinta masih terasa walaupun sudah setahun mereka berumah tangga.

"Erm?" Wajah kosong si isteri mencuit naluri lelakinya untuk mencium pipi gebu pemilik hatinya.

"Abang.." Satu cubitan manja hinggap ke perut Asywad Afendy. Dia tersenyum puas bila melihat Ainul Batrisyah tertunduk malu-malu. Wajahnya yang putih bertukar kemerah-merahan sudah menjawab kenapa dia di cubit.

"Herm.." Bahu Ainul Batrisyah di rangkul kemas.Sayangnya hendak melepaskan detik indah ini. Walaupun hanya seminit, rasanya dia takkan lepaskan.

SENGAJA keratan akhbar itu di gunting dan simpan dalam fail yang berhelaian plastik. Begitu teliti penyimpanannya kerana takut ia akan rosak atau terkoyak kalau ia tidak pegang dengan berhati-hati.

Jarinya yang tersarung cincin bertakhta tiga biji permata kecil hadiah perkahwinanannya menyelak helaian paling hadapan. Tajuk besar keratan akhbar lama di sebut perlahan.

"Kes penculikan budak berusia tiga tahun hilang selama seminggu. Sampai ke hari ini masih belum di jumpai." Lama dia menatap wajah anak kecil di ruangan akhbar itu.

Kemudian dia menyelak helaian sebelah.

"Di Johor kes kehilangan pelajar sekolah semakin meningkat sejak sebulan yang lalu. Purata kanak-kanak yang hilang berusia enam tahun hingga sepuluh tahun." Laju bibirnya menutur kata yang tertulis di situ.

Dia kembali menutup semula fail berkenaan. Dia duduk termangu memandang buku kerjanya yang ada di atas meja itu. Buku yang di jadikan kawan untuk dia menghurai dan mencari sebab kes yang menariknya untuk ikuti perkembangan semasa.

"Sampai bila anak yang tak berdosa akan jadi mangsa?" Dia berkata sendirian.

"Takkanlah masih kes yang sama? Penculikkan untuk dapatkan wang tebusan. Senangnya kerja penculik ni kan." Omelnya lagi.

Dahinya tiba-tiba berkerut. Seakan ada sesuatu yang bermain di fikiran. Lama dia mendiamakan diri, akhirnya dia mendapat satu akal. Klu tentang kehilangan kanak-kanak ini.

Yang pertama, kebanyakan kes kehilangan kanak-kanak di bawah umur lima belas tahun sekitar kawasan luar bandar. Dimana ia lebih menjurus ke kawasan pekan dan perkampungan sahaja.

Kalau penculik tu nak kan duit tebusan, kenapa harus memilih budak kampung? Bukan nak cakap apa, tapi.. selalunya penculikkan berlaku ke atas mereka yang kaya dan punya duit. Macam tak berapa logik pulak fakta ni.

Yang ke duanya, kanak-kanak yang hilang akan bermain di sungai ataaupun tasek sebelum menghilang secara tiba-tiba. Kebiasaannya seminggu selepas mereka mandi di tempat berkenaan.

"Ada kaitan dengan air.. Punca air ke.. Kalau nak di kaitkan dengan pusaran air, kenapa secara tiba-tiba dan mendadak kehilangan mereka?"

Ainul Batrisyah terus berfikir fakta yang boleh di kaitkan dengan kes itu. Sungguhpun dia tidak mengenali siapa keluarga kanak-kanak yang hilang itu, tetapi dia dapat merasakan kepertitan yang di alami keluarga mangsa.

MACAM biasa aktiviti petang itu mereka berdua akan bersiar-siar di taman. Meluangkan masa bersama tika punya waktu kelapangan. Jarang-jarang mereka berdua berkumpul begini seperti hari ini.

Hari cuti yang di khaskan tiada gangguan dari sesiapa pun termasuk kawan-kawan rapat yang mengajak mereka keluar semuanya di tolak.

Tangan yang lembut dan halus di genggam erat. Terasa hangatnya cinta mereka seakan baru mekar semalam mengalir melalui aura sentuhan itu keseluruh tubuh dan menetap lama di dalam hati hingga ke hari ini.

Lebar senyuman Ainul Batrisyah memandang laut yang terbentang luas di hadapannya. Terasa ketenangan yang halus menerpa pipi hingga sejuknya membeku di tapak tangan.

"Kenapa ni sayang? Sejuknya tangan awak." Tangan Ainul Batrisyah di bawa ke paras dadanya. Di genggam dengan kedua belah tangannya. Cuba memberikan sentuhan hangat.

"Tak ada apalah.." Lembut sahaja pertuturannya menjawab suami.

"Kalau awak tak sihat, kita balik bilik je. Awak berehat je dekat bilik." Saran Asywad Afendy kepada isterinya namun di tolak oleh Ainul Batrisyah.

Ainul Batrisyah menoleh ke arah suaminya. Senyuman manis di lemparkan kepada yang tercinta.

"Saya okeylah bang. Tak ada apa-apa.." Kali ini tangan kirinya pula menggenggam tangan kiri Asywad Afendy yang berada di atas tangan kanannya.

Lirikan mata manja Asywad Afendy memandang wajah Ainul Batrisyah penuh kasih. Risau di hati kiranya Ainul Batrisyah itu akan sakit.

"Jom kita jalan dekat gigi air." Uish.. lama-lama macam tu boleh cair hatinya dengan Asywad Afendy ni. Suka sangat menggodanya di tempat awam.

Kaki Asywad Afendy masih terpaku di pasir pantai. Sengaja dia tidak mahu berganjak. Lantas Batisyah menarik tangan si suami untuk mengikut rentak kakinya bermain di gigi air.

Pelancong lain yang turut berada di situ memerhatikan kemesraan mereka berdua. Sepertinya tiada orang lain di sini, hanya mereka berdua dan selamanya hanya dia dan Ainul Batrisyah.

Ada juga beberapa orang di sini turut tertawa bersama mereka. Memerhatikan gelagat cinta yang mekar di dalam hati mereka, berbunga mekar di atas awangan dan jatuh mengena pada semua. Indahnya suasana kala ini..

"Gila arh.." Kata salah seorang pelancong yang berdekatan mereka. Namun Asywad Afendy buat tidak endah sahaja. Membiarkan saja kata-kata manusia yang mencemburui keintiman dan kemesraan mereka yang mungkin tidak mereka semua laluinya..

MALAM. Suasana gelap gelita tanpa cahaya yang membias pada tembok dunianya terasa hening dan sakit yang mencengkam hingga ke sukma.

Asywad Afendy sekali lagi duduk di depan televisyen sementah isterinya sedang lena beradu di atas katil. Entah kenapa, petang tadi isterinya di serang sakit serta merta. Sakit yang dia tidak tahu apa ubatnya kecuali..

"Kita pergi klinik." Cemas nada suaranya walaupun dia cuba menyembunyikan perasaan itu.

Ainul Batrisyah menggeleng lemah. Wajahnya yang pucat seperti kekurangan darah dalam tubuh tersenyum paksa melihat si suami yang gelisah di depannya.

"Tak pe abang. Sakit sikit je. Mungkin saya terlalu letih." Kata Ainul Batrisyah satu persatu.

"Lepas saya tidur kejap lagi, okeylah nanti. Abang janganlah risaukan saya. Saya baik-baik je.." Sambungnya lagi.

Asywad Afendy cuba menahan rasa, tak sanggup di hatinya melihat keadaan tidak terdaya Ainul Batrisyah hendah mengurus dirinya ketika hendak beradu.

"Sayang berehatlah.." Sebak di dada cuba di tahan dari terus menghasilkan air mata yang akan jatuh pada bila-bila masa.

Perlahan-lahan dia membantu Ainul Batrisyah berbaring dan menyelimutkannya dengan toto tebal. Cuaca di luar sana juga ada kemungkinan bakal turunnya hujan lebat dek kerana angin kencang.

Lama selepas Bartisyah terlena di katil, Asywad Afendy masih segar di atas sofa bilik itu bersengkakang mata cuba menahan diri dari terlena. Dia takut kalau-kalau isterinya mahukan apa-apa, dia tidak sedarkan diri pula.

Tetapi pada akhirnya dia terlena. Lena yang panjang sehingga dia tersedar ke esokan paginya..

Asywad Afendy bangun dari duduknya. Tempat di mana dia bersengkang mata untuk seketika sebelum dia terlena sehingga tersedar pada pagi ini. Dia melihat isterinya masih lena di buai mimpi. Barangkali keletihan. Dia bingkas ke bilik mandi.

Lima belas minit kemudian, dia bersiap dia melihat isterinya masih berkeadaan sama. Namanya di panggil tetapi tiada sahutan. Debaran di dada makin kencang, Ainul Batrisyah di dekati. Penuh teliti dia memerhatikan Ainul Batrisyah yang kaku di katil.

"Sayang.. bangun sayang.." Panggil Asywad Afendy.

"Sayang.. jangan tinggalkan abang. Ainul Batrisyah! Bangun.." Rintih Asywad Afendy lagi.

Ainul Batrisyah masih sama kaku tidak bergerak dari pembaringannya.

'Mungkin itulah hari yang terakhir.. kita bersama. Ainul Batrisyah tunggu abang di sana.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience