BAB 7

Romance Series 81452

FLASHBACK

Izz Lutfil melihat ke kiri ke kanan untuk memastikan tiada sesiapa pun di situ. Dia menarik tudung hoodie menutupi kepalanya dan memulas tombol pintu rumah.

Dia mengunci pintu dan memandang sekeliling. Perdengarannya menangkap seseorang sedang menangis. Hatinya menjadi begitu sedih dan sakit bila Inara Adelia menangis.

Cepat-cepat dia membuang perasaan itu dan fokus pada rancangannya itu. Kaki diatur ke bilik dan mengintai gadis itu menangis. Bibir menguntum senyuman sinis.

"Delia..." tegur Izz Lutfil.

Pantas Inara Adelia berpaling pada pintu dan turun dari katil. Dia mengesat air mata dengan kasar sambil memandang Izz Lutfil.

"Abang buat apa dalam bilik Delia?" soal Inara Adelia dengan takut.

Hanya mereka berdua sahaja berada di dalam bilik ini. Umi dan Abahnya baru meninggal dunia 5 hari yang lepas. Takut juga kalau orang mengata yang bukan-bukan nanti.

"Sayang. Buat apa sayang nak menangis ni?  Abang kan ada. Nanti kita akan kahwin juga" tanpa segan silu, Izz Lutfil membaringkan diri ke atas tilam empuk itu.

"Abang merepek apa ni? Delia tak nak kahwin dengan abanglah! Abang keluar sekarang!" herdik Inara Adelia sambil menunding jari pada pintu.

Lantas dia berdiri tegak dan menghampiri Inara Adelia. Dia mencengkam kedua belah pipi gadis itu dengan kuat.

"Kau cakap apa? Tak nak kahwin dengan aku? Kau ada jantan lain ke, hah!" tubuh Inara Adelia ditolak ke atas katil dengan kasar.

Dia mula membuang hoodie dan senyum menyenget.

"Abang dah gila! Jangan buat apa-apa pada Delia! Abang sedar tak?" Inara Adelia menurun katil dan menuju ke pintu.

"Sial! Delia!" Izz Lutfil mengejar Inara Adelia.

Belum sempat dia ingin memulas tombol, Izz Lutfil menarik rambutnya dengan kasar dan memberi satu tumbukkan pada perut. Dia mula mengeluarkan cecair merah pekat dari mulut. Belum cukup dengan itu, kakinya ditendang bertubi-tubi. Sasaran seterusnya, pipi ditampar berulang lain sehingga membuat dirinya lemah tidak berdaya.

"Memang aku gila! Gilakan kau Delia! Setiap bulan aku masuk meminang kau tapi apa aku dapat? Aku dapat hina maki dari mak bapak kau sahajalah, bodoh! Sekarang mereka dah mampus! Aku boleh buat apa sahaja ke atas kau kerana kau tu milik aku!" Izz Lutfil menumbuk dinding bagi melepaskan amarahnya.

"Memang patut pun Umi, Abah tolak pinangan abang tu. Abang jahat! Abang tak ada hati perut buat Delia macam ni. Sampai mati pun Delia bukan milik abang!" dalam keadaan lemah Inara Adelia masih membalas kata.

Izz Lutfil menatap kembali Inara Adelia di atas lantai. Hatinya kini kembali membara. Tangan dikepal dan dihayungkan pada rahang Inara Adelia.

"ARGH!"

"Bodoh! Sial! Tak guna!" dada naik turun menahan amarah.

Dia berdiri semula dan menuju ke ruang dapur pisau dicapai dan kembali ke arah Inara Adelia.

"Kau nampak tak pisau ni sayang? Kan sedap kalau aku buat pada leher kau tu kan. Nak?" Izz Lutfil menghampiri Inara Adelia.

Pisau tadi dilekat pada lehernya. Dia pejamkan mata serapat mungkin dan mengigil perlahan. Pisau itu ditekan sedikit. Darah mula keluar dengan perlahan.

"Abang... sakit. Lepaslah!" Inara Adelia menggeleng laju.

"Abang tak sanggup pula nak bunuh sayang. Abang nak buat sayang cintakan abang" kepala gadis itu dihentak ke atas meja dan Inara Adelia diam sambil menangis. Rasa pening mula mengusai diri.

"Dah diam ek? Abang nak 'rasa' sayang sekarang ni. I will not let you go again" tubuh Inara Adelia diangkat lalu diletak ke atas bahu.

Walaupun gadis itu meronta-ronta dan memukul dia, sedikit pun tidak menghalangi apa mahu dilakukan olehnya itu.

"Diam!" kata Izz Lutfil.

"Lepaskan Delia, abang..." rayu Inara Adelia.

"In your dream baby" ejek Izz Lutfil sambil membuat mimik sedih.

"DIAM! Aku sanggup buat apa sahaja untuk kau Delia! Kau milik aku. Let's kita mulakan..."

Inara Adelia cuba mencapai pasu bunga di atas meja dan...

PRANG!

Jatuh menyembah lantai sehingga pecah berderai.

•••

"Maafkan abang, sayang. Abang janji abang akan kembali. I love you so much. Abang pergi dulu ya" ujar Izz Lutfil dan berlalu pergi meninggalkan Inara Adelia keseorangan.

"Aku benci kau! ARGH!" teriak Inara Adelia sambil memukul bantal.

Izz Lutfil mendengar itu senyum tipis.

Mia Aleesya keluar dari perut kereta dan langkah terhenti serta merta tatkala melihat kereta diparking di hadapan rumah Inara Adelia.

Fikirannya mula bercelaru bila memikirkan keadaan Inara Adelia. Lantas dia berlari menuju ke pintu utama. Belum sempat dia menolak, pintu sudah terbuka dari dalam.

"Kau? Kau buat apa dekat sini!" soal Mia Aleesya. Hatinya semakin berdebar-debar bila melihat Izz Lutfil didepan itu.

"Kau diam. Jangan nak masuk campur dalam urusan aku. Tepi!" ujar Izz Lutfil.

"Jawab dulu! Kau buat apa? Mana Inara!" tengking Mia Aleesya.

"Kau tu dah terlambat bodoh! Kawan  kau tu dah hancur! Sekarang tepi aku nak balik!" Izz Lutfil berterus-terang.

"Tak guna!" tangan ingin menampar Izz Lutfil namun tidak sempat. Dirinya ditolak ke tepi dan lelaki itu bergegas ke arah kereta.

Dia berdiri semula dan masuk ke dalam rumah mencari keberadaan  Inara Adelia. Langkahnya henti di depan bilik dan melihat gadis itu cuba untuk menores pergelangan tangan.

"INARA! Jangan!" halang Mia Aleesya.

"Inara... Jangan buat macam ni" lirih hatinya melihat keadaan kawannya itu. Sini lebam, situ lebam.

"Mia... Aku tak sanggup lagi dengan semua ni" ujar Inara Adelia dengan teresak.

"Aku ada Inara. Aku minta maaf sebab lambat selamatkan kau" kata Mia Aleesya.

Inara Adelia mengangguk perlahan dan menghamburkan segala tangisan di dalam dakapan Mia Aleesya.

ENDFLASHBACK

Walaupun 7 tahun sudah berlalu, namun masih segar di dalam ingatan. Sampai bila-bila pun dia tidak akan memaafkan lelaki itu. Tanpa sedari cecair jernih mula menitis jatuh.

TOK!

TOK!

TOK!

"Buka pintu ni! Kau tak dengar ke, hah!" teriak Ammar Hafiy kuat.

Dia berpaling ke arah pintu bilik dengan mengeluh kecil. Kedengaran pintu bagaikan mahu roboh itu hanya buat hiraukan sahaja. Tidak perlu risau lagi kerana dia sudah menggunakan penyelak pintu.

"Kau tunggu" Ammar Hafiy menuju ke dalam biliknya dan mengambil kunci bilik Inara Adelia dicuri dari dahulu lagi.

Dia mendengus geram bila pintu bilik masih tak boleh dibuka. Nampaknya gadis itu sudah pandai mahu mengelak daripadanya.

"Hari ni hari nasib baik kau! Esok lusa hari nasib baik aku pula!" jerit Ammar Hafiy dan tendang kuat pada pintu bilik Inara Adelia.

•••

Izz Lutfil melangkah masuk ke Restoren dan menuju ke arah figura  duduk paling hujung jauh daripada orang. Ditepuk perlahan pada bahu Zack bagi menyedari kehadirannya itu.

"Kau dah dapat ke apa yang aku suruh?" soal Izz Lutfil. Cermin mata dibuka dan meletak ke atas meja.

"Dah. Semua ada dalam ni" balas Zack. Dia menghulurkan fail nipis.

Izz Lutfil mengecilkan matanya dan membaca setiap butiran yang ada dalam fail tersebut.

"Ammar Hafiy... Abang Mia?" terangkat kening ke atas dan senyum.

"Kau tinggal dengan mereka rupanya... Tak sangka aku, abang yang kau sanjungi sangat tu, buat perkara sama  juga dengan aku" ujar Izz Lutfil.

"Aku rasa dia ada hati dekat perempuan kau" kata Zack.

"Heh? Aku tak akan benarkan dia rampas hak milik aku. Delia tu milik aku, bukan milik dia" Izz Lutfil mula memikirkan apa yang dia lakukan supaya gadis itu menjadi miliknya kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience