"Kawan cikgu cakap, dia telah tulis semua peristiwa penting di dalam
sebuah buku, tapi dia tidak tahu cara nak hentikan malapetaka tu"
"Susahlah macam ni" kata Rin.
"Cikgu betul-betul tak tahu ke cara nak hentikannya?" tanya Han.
"Tak. Betul-betul tak ingat"
"Takkan tak ada cara nak hentikannya?" rungut Han.
"Tunggu! Cikgu ada ingat sesuatu"
"Cikgu tahu bagaimana cara nak hentikan malapetaka itu?"
"Tidak. Tapi cikgu masih ingat, ketika cikgu masih belajar di kelas 4 Biruni.
Ketika itu ada lawatan kelas, cikgu dan kawan cikgu tadi tu pernah
ternampak suatu bayangan ketika kami mengambil gambar di sebuah pondok
kecil"
"Bayangan apa?" tanya Han yang ingin tahu.
"Bayangan tu seperti bayangan seorang pelajar sekolah ini, tapi cikgu
tidak tahu pun pelajar tu ada di sekolah ni. Bila cikgu dan kawan cikgu
perhatikan betul-betul rupa bayangan tu, ia serupa dengan rupa kawan
cikgu yang lain, nama dia Kim dan kawan cikgu yang tadi tu Rudy. Tetapi
yang peliknya cikgu tanya Kim yang dia ada pergi ke pondok kecil yang
terletak di hutan sebelah villa yang kelas 4 Biruni diami, dan jawapannya
tidak dan dia tidak tahu bahawa ada pondok kecil di dalam hutan tu"
"Pelik" kata Rin.
"Pada malamnya, cikgu dan Rudy dikejutkan dengan bunyi jeritan dari
bilik sebelah. Bilik sebelah iaitu bilik nombor 13 dihuni oleh Kim
seorang saja. Cikgu dan Rudy segera ke bilik sebelah dan didapati Dania
iaitu mak kamu sedang dalam ketakutan di pintu bilik Kim. Pintu bilik
Kim belumuran dengan darah dan apabila kami membuka pintu biliknya, dia
mati ditikam dengan kejam"
"Ini bermakna ada sesuatu yang menyamar sebagai mangsa sebelum mangsa
dibunuh" kata Han.
"Ya, tepat sekali" puji cikgu John.
"Persoalannya, apa benda yang menyamar?" kata Rin.
************
Dalam perjalanan ke kelas untuk untuk menduduki sesi ujian yang kedua
dan merupakan ujian yang terakhir, Han dan Rin terserempak dengan Kay
yang sedang memerhatikan sesuatu.
"Hai, Kay" tegur Han.
Kay terkejut, seperti dia tidak pernah bertemu dengan Han.
"Kenapa ni?" tanya Han.
"Awak...??" tanya Kay yang bagaikan tidak tahu nama Han.
"Han. Daniel Han. Takkan kamu tidak ingat?"
"Oh ya, saya ingat" kata Kay.
"Apa yang kamu perhatikan?" tanya Han.
"Tidak ada apa-apa, saya cuma tengok bunga yang ditiup angin"
"Kamu suka bunga?"
"Ya. Bunga sangat cantik dan lebih cantik jika berwarna merah" kata Kay
dengan perlahan.
"Apa yang kamu kata tadi?"
"Tidak ada apa-apa, saya pergi dulu. Saya ada urusan yang nak dilakukan"
kata Kay sambil berlari ke suatu tempat.
Han dan Rin menyambung perjalanannya ke kelas. Setelah sampai, Han
mendapati Shira masih lagi dalam kemurungan kerana kematian Hani.
"Hey, Kay. Kamu kata kamu ada urusan tadi, urusan apa?" tanya Han yang
menuju ke tempat Kay.
kelas 4 Biruni sekarang adalah waktu rehat dan agak bising.
"Urusan? Apa yang kamu merepek ni?" tanya Kay yang bingung dengan Han.
"Tadi, saya jumpa kami koridor, tengah perhatikan bunga. Kamu kata, kamu
suka bunga dan terus pergi ke suatu tempat dan cakap, "saya ada urusan
yang nak diselesaikan".
"Han saya ada alahan dengan bunga. Bila kamu jumpa saya tadi?" tanya Kay.
kelas 4 Biruni yang bising tadi, tiba-tiba menjadi senyap.
Han keliru dengan keadaan yang berlaku dan menjawab pertanyaan Kay,
"Lebih kurang 10 minit yang lepas"
"Saya berada di sini sudah 20 minit, kalau kamu tidak percaya tanyalah
Harry, kami sudah lama belajar bersama"
Han terkejut mendengar penjelasan daripada Kay dan segera memberitahunya.
"Kay! Saya betul-betul berjumpa dengan kamu tadi! Jika itu bukan kamu,
siapa!" kata Han dengan kuat.
Herien yang sudah mengetahui keadaan segera memberitahu yang lain.
"Aku percayakan Han! Aku rasa yang dia nampak tadi ialah bayangan Kay.
Aku ada dengar, ada sesuatu yang menyamar menjadi mangsa sebelum
membunuh mangsanya"
"Ini bermakna Kay dalam bahaya?" tanya Harry.
"Ya. Kita mesti lindungi Kay dari pembunuh tu!" kata Herien.
Keadaan kelas menjadi bising semula selepas mendengar kata-kata Herien.
"Tadi, ketika kita bertemu dengan bayangan Kay, dia sedang melihat saya
untuk beberapa saat" kata Rin.
"Jadi, bermakna bayangan Kay bukan orang dari sini?" tanya Han.
"Tidak. Saya tidak rasa dia hidup"
"Apa maksud kamu?" tanya Han yang tidak faham.
Dalam keadaan kelas yang bising, tiba-tiba cikgu Ren datang ke kelas
dengan keadaan tidak bermaya sambil memegang pisau yang tajam. Semua
pelajar kelas tersebut hairan. cikgu Ren bercakap dalam keadaan yang
lemah sambil melihat pisau yang di pegangnya, "Malapetaka, lorong, dan
kejadian 27 tahun yang lepas" kata cikgu Ren.
Semua pelajar mula berasa cemas.
"Aku akan terus menghantui ini!!" jerit cikgu Ren sambil pergi ke arah
Kay untuk menikam, Herien cuba menghalang tetapi dia ditikam di bahagian
paha manakala Kay ditikam di dada dengan bertubi-tubi. Kay merana
kesakitan. Keadaan kelas menjadi huru-hara. Mary yang melihat kejadian
yang berlaku menjerit ketakutan. Han tidak sempat berbuat apa-apa kerana
kejadian itu berlaku dengan pantas. Cikgu John yang kebetulan berada di
situ segera menghentikan cikgu Ren yang bagaikan dirasuk. Cikgu Ren
berhenti menikam dan melarikan diri ke arah yang tidak diketahui.
"Cepat hubungi ambulan!!" jerit cikgu John sambil mengangkat Kay yang
teruk ditikam ke luar manakala Harry memimpin Herien yang ditikam di
paha kanan. kelas 4 Biruni berlumuran dengan darah. Cikgu Betty yang mengajar
kelas sebelah, mengarahkan pelajar kelas 4 Biruni keluar dari kelas.
Han yang bingung dengan keadaan terkaku bagaikan tidak percaya. Shira
yang yang melihat kejadian itu, menangis.
************
Keesokkan harinya, Kay dilaporkan meninggal dunia oleh pihak hospital,
dan cikgu Ren dijumpai mati digantung oleh seseorang di lorong bawah
tanah di bangunan ketiga sekolah. Hal ini sama seperti kes kamatian
Hani, tidak menjumpai sebarang tapak kaki pembunuh mahupun cap jari.
Tetapi yang peliknya, dipakaian mayat cikgu Ren tidak ada walau setitik
darah dari kejadian semalam. Herien diberikan cuti oleh dokter kerana
tercedera dalam kejadian semalam.
kelas 4 Biruni, akhirnya tamat memduduki ujian. Darah dari kejadian semalam
hilang tanpa ada sesiapa yang membersihkanya. Rin sudah kembali
kewujudannya dan semua orang dapat melihatnya. Keadaan Rin kembali
seperti sedia kala. Shira yang murung sejak kebelakangan ini menjadi senyap.
"Nampak sudah tiga orang yang mati" kata cikgu John kepada Han dan Rin
yang berada di perpustakaan.
"Saya masih tidak faham, hanya satu. Siapa yang membunuh Kay sebenarnya?"
"Sebelum kejadian semalam, cikgu nampak cikgu Ren berjalan dalam keadaan
tidak bermaya sambil memegang pisau ke kelas kamu, sebab itulah cikgu
ikurinya. Cikgu mula tahu bahawa itu bukanlah cikgu Ren, itu hanya
bayangan cikgu Ren"
"Ini bermakna cikgu Ren belum mati lagi ketika itu, sebaliknya hilang"
kata Rin.
"Saya masih lagi tidak faham, apa yang dimaksudkan dengan, "Aku akan
terus menghantui ini" kata Rin yang diselubungi tanda tanya akan
kata-kata bayangan cikgu Ren.
"Tunggu! Mungkin kita dapat tahu cara bagaimana untuk menghentikan
malapetaka itu, dengan buku yang ditulis semua peristiwa oleh Rudy"
Share this novel