BAB 3 - JBTAA - ENAM BULAN

Romance Completed 124211

"Selamat pagi, tuan. Saya dah sediakan sarapan pagi. Jemput minum." Rina beriak biasa. Anas tak tahu apa yang perlu dia perkatakan. Dia tahu Rina menangis malam tadi selepas terdengar esakan halus. Mata Rina nampak sembap.

"Rina..."

"Tuan, jemput duduk, tuan." Rina menghidangkan secangkir kopi susu buat Anas berserta nasi goreng yang diletakkan telur mata kerbau a.k.a. telur goreng di atasnya. Nampak menyelerakan.

"Rina..."

"Tuan, minum dan makan dulu, ya. Saya dah minum tadi. Saya nak mandi dulu." Ujar Rina selamba sambil menghadiahkan senyuman penuh kepalsuan pada Anas.

"Rina, please..." Rina langsung tidak mengendahkan rayuan Anas.

"Ya Allah... Apa yang perlu aku lakukan?"

"Tuan, saya dah buat pilihan. Saya nak pilih bidang ni untuk sambung belajar. Bolehkan?" Ujar Rina ketika Rina menyertai Anas berehat di balkoni kondo. Anas menetap di tingkat sepuluh kondo berkenaan. Anas memandang Rina yang hanya beriak biasa.

'Dia tidak marahkan aku?'

"Saya harap tuan izinkan saya sambung pelajaran dalam 'Busines Management' ni... Saya nak belajar pasal business. Lepas ni, dah habis belajar, saya nak cari kerja sebelum saya nak bina syarikat saya sendiri..." Anas menelan air liurnya melihat Rina yang beriak selamba.

"Tuan tahukan, lepas ni, saya dah kena usaha sendiri. Jadi, saya kena usaha dari sekarang. Saya nak susun strategi saya. Emm... Mesti susahkan?"

"Rina..." Anas cuba menyentuh tangan Rina.

"Stop! Jangan, tuan. Jangan bagi saya apa-apa harapan. Sakit, tuan... Sakitnya di sini... Sakit sangat." Ujar Rina sambil menyentuh dadanya sendiri.

"Rina, please..."

"Saya minta maaf, tuan. Saya... Saya bukan nak melawan tuan. Tapi, saya tak mampu. Saya minta maaf. Saya mohon tuan faham perasaan saya." Uajr Rina bersama kesedihan yang bertandang. Rina melangkah ke bilik.

"Rina! Dengar dulu apa yang saya nak katakan Rina..."

"Maaf, tuan. Saya tak nak sudi nak dengar apa-apa lagi penjelasan dari tuan. Saya minta maaf sebab saya belum mampu nak jalankan tanggungjawab saya sepenuhnya sebagai seorang isteri. Saya tahu saya berdosa. Tapi, saya tiada pilihan seandainya, saya hanya diperlukan untuk jangka masa enam bulan sahaja..."

"Saya belum bersedia untuk menjadi isteri sementara, tuan. Saya minta maaf..." Ujar Rina dengan esakan kecil.

Anas terkesima mendengar jawapan Rina. Bukan itu yang ingin Anas dengar dari Rina. Anas hanya mahukan sebuah kepastian.

"Rina..."

"Tuan, sekali ni je... Saya nak tuan izinkan saya belajar dan habis tempoh enam bulan, saya nak tuan lepaskan saya dengan baik. Saya janji saya takkan hebohkan perkara ni pada ibu. Lagipun, saya nak habiskan pelajaran saya selama tiga tahun tu. Bolehkan tuan?"

"Rina, please... Dengar cakap saya dulu!" Terhinjut tubuh Rina dek sergahan Anas. Serta-merta, air mata Rina mengalir lesu.

"Rina, saya minta maaf..." Anas cuba memujuk Rina.

"Jangan! Jangan sentuh saya, tuan... Jangan..." Rintih Rina. Anas dapat lihat ketakutan pada wajah Rina.

"Saya... Saya minta maaf, Rina." Rina menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Rina!" Rina berlari masuk ke bilik.

Bum! Pintu dihempas.

"Allah... Apa yang aku dah buat ni?" Anas meraup wajahnya.

***************************

"Rina..."

"Terima kasih tuan sebab bantu saya untuk sambung belajar. Saya tak tahu nak cakap macamana..." Ujar Rina sebaik sahaja, Rina berjaya mendaftar di sebuah universiti swasta berdekatan dengan kediaman mereka.

Segala-galanya di atas pembiayaan Anas, seperti yang dijanjikan. Rina memohon untuk menetap di asrama, tetapi ditentang habis-habisan oleh Anas. Anas enggan melepaskan Rina duduk sendirian lantaran mereka masih bergelar suami isteri.

"No! Saya tak izinkan. Rina masih isteri saya..."

"Isteri hanya untuk enam bulan..."

"Rina, tolonglah..."

"Saya masih isteri tuan... Cuma, saya nak belajar hidup sendirian. Saya perlu bersedia dari sekarang. Saya perlu belajar berdikari hidup sendiri enam bulan dari sekarang." Ujar Rina sambil menghirup air menggunakan penyedut minuman di gelas yang ada di hadapannya.

"Rina, boleh tak sehari je, jangan mention pasal tu..."

"Kenapa? Salah ke saya cakap macam tu?"

"Salah! Memang salah! Saya tak cakap pun saya akan lepaskan Rina selepas enam bulankan?"

"Tapi, itu yang sudah tuan fikirkan? Itu yang tuan dah fikirkan sebelum menikahi saya... Saya hanya akan menjadi isteri tuan selama enam bulan atau... Mungkin kurang dari itu, kan? Betulkan, Tuan Anas?"

"Ya Allah... Rina, tolonglah, Rina... Saya dah tak tahu nak cakap apa lagi... Saya tak pernah tetapkan Rina akan jadi isteri saya untuk tempoh enam bulan je..."

"Tapi, itu yang dah tuan janjikan dengan papa tuan, kan? Kalau tidak, tuan akan kehilangan keistimewaan yang tuan terima selama ini." Rina pulangkan buku buah keras. Anas melepaskan keluhan.

"Rina, boleh tak sekali ni je... Sekali ni je... Saya pohon sangat. Jangan ungkit pasal ni lagi. Rina masih isteri saya. Isteri saya yang sah, tau! Dan saya bertangungjawab segalanya ke atas Rina..."

"Huh! Isteri yang sah untuk tempoh sekejap? Isteri atas kertas untuk tempoh enam bulan? Itu maksud tuan?"

"Ya Allah... Terpulang pada Rina... Saya dah tak tahu nak cakap apa lagi dengan Rina. Rina junjung api kemarahan Rina tapi, Rina tak tahu hati dan perasaan saya..."

"Hahaha... Tuan sedih? Kenapa? Untuk apa? Tuan sendiri akan lepaskan saya selepas enam bulan nantikan?"

"Marina Medina... Kita balik." Ujar Anas. Seraya itu Anas bangkit dari kerusi dan membuat pembayaran sebelum keluar dari restoren itu menghala ke kereta milik Anas. Rina hanya mampu membontoti pergerakkan Anas.

"Tuan..."

"Just shut up, Rina..."

"Tuan... Saya..."

"I said, shut up!" Terhinjut tubuh Rina disergah Anas. Rina terkedu. Air mata bergenang di tubir mata diusap kasar. Anas perasan Rina menangis. Tapi, Anas tidak mampu memujuk Rina. Anas juga punya egonya sendiri.

"Dah habis kemas semua, Rina?"

"Dah, tuan... Yang kat atas meja ni, untuk dibawa esok..."

"Tidur awal. Esok bangun awal... Ada orientasikan?"

"Hurm..."

"Ini untuk Rina..." Anas menghulurkan dua buah kotak. Satu sederhana besar saiznya dan satu lagi agak kecil sedikit.

"Apa ni?"

"Rina bukalah..."

"Untuk saya?"

"Ya... Untuk Rina... Untuk kegunaan Rina nanti." Rina teruja menerima hadiah dari Anas dan dengan cermat Rina membuka kotak-kotak tersebut.

"Hah? Be...betul ke ni, tuan?" Rina bagaikan tidak percaya yang dia dihadiahkan sebuah laptop dan telefon bimbit berjenama Apple.

"Ini mahal sangat ni, tuan... Saya tak boleh terima benda ni, tuan..."

"Rina... Ini hadiah dari saya. Saya nak Rina gunakan untuk pembelajaran Rina..."

"Terima kasih, tuan. Jasa baik tuan tak dapat saya balas."

"Kasih di terima." Ujar Anas selamba.

"Tapi, macamana saya boleh terima semua benda ni, tuan? Mahal sangat ni..."

"Rina... Ini semua untuk kegunaan Rina. Untuk belajar.... Saya dah masukkan semuanya dalam laptop dan handphone tu. Kalau Rina mahukan apa-apa, call saya. Atau hantar mesej ke nombor saya... Saya dah save nombor telefon bimbit saya dalam telefon bimbit Rina."

"Terima kasih, tuan. Rina hargai sangat..."

"Hurm..."

"Tuan..."

"Ya..."

"Saya minta maaf..."

"Untuk apa?"

"Kejadian siang tadi..."

"Sudahlah Rina... Rina tidur. Esok nak bangun pagi."

"Terima kasih, tuan..."

"Good night..." Rina tergamam menerima kucupan di dahinya dari Anas buat pertama kali. Anas menutup lampu bilik sebelum turut baring bersebelahan Rina yang masih terkedu selepas dicium Anas.

"Selamat malam, Rina..." Rina menelan air liurnya bila terasa hembusan nafas Anas dibelakang tengkuknya.

'Allah, tolong aku... Aku belum bersedia Ya Allah... Berdosakah aku Ya Allah...'

"Belajar betul-betul. Jangan hampakan saya..."

"In shaa Allah... Tuan..."

"Ya..."

"Terima kasih banyak..."

"Sama-sama, Rina... Ingat, belajar tau..."

"Saya tahu, tuan..."

"Satu perkara..."

"Ya... Rina kena ingat status Rina... Rina, isteri saya. Isteri saya yang sah. Faham?" Rina angguk perlahan.

"Please... Jaga nama baik saya. Nama baik keluarga."

"Baik, tuan. Saya faham..."

"Dah... Masuklah dulu. Rina ada orientasi lepas ni..."

"Hurm... Err, tuan..."

"Kenapa?"

"Tangan..."

"Nak buat apa? Saya dah masukkan duit dalam akaun Rina, kan? Sekali dengan hantaran dan duit belanja..." Rina julingkan mata ke atas.

"Tangan... Nak salam..." Rina menarik tangan Anas lalu mengucup kekura tangan suami enam bulannya. Anas tergamam. Air liur ditelan kesat.

"Terima kasih, tuan. Saya masuk dulu."

"Baik. Jangan ke mana-mana lepas habis belajar. Saya datang jemput Rina, nanti."

"Baik, tuan. Terima kasih banyak."

"Hurm. Dah, masuklah..."

"Baik, tuan." Rina melangkah masuk ke perkarangan universiti. Anas hanya mampu memandang dari jauh dengan degupan jantung yang sukar diramal.

'Apa yang aku rasakan sekarang ini, Ya Allah?'

Anas melangkah dengan penuh bergaya ke kereta SUV BMW warna hitam miliknya. Sempat lagi, Anas memalingkan wajahnya mencari keberadaan si isteri yang sudah tidak kelihatan.

'Adakah aku sayangkan dia, Ya Allah?'

***************************

"Penat?"

"Sikit..."

"Apa yang Rina belajar hari ni?" Soal Anas setelah hampir tiga bulan Rina bertungkus-lumus menyambung pelajarannya di universiti itu.

"Business management dan business administration. Penat juga ya nak belajar benda macam ni. Haish..."

"Tak baik mengeluh. Belajar memang macam ni. Takde benda yang mudah Rina... Semuanya perlu dipraktikkan kalau nak mahir. Kena rajin buat rujukan.

"Ya... Rina tahu..."

"Mari, makan dulu. Saya dah siapkan makanan untuk makan malam."

"Hah? Makan malam?"

"Ya... Kenapa?"

"Rina tak masak lagi..."

"Takpe. Saya tahu Rina banyak tugasan. Takpe. Saya akan ambil alih kerja rumah kalau Rina busy dengan tugasan Rina."

"Tapi, itu tugas Rina..."

"Rina, relax okay. Saya tak kisah. Yang penting Rina belajar bersungguh-sungguh. Saya nak tengok Rina berjaya."

"In shaa Allah... Terima kasih tuan sebab memahami. Maaf sangat. Rina memang betul-betul lupa. Lagipun, Rina..."

"Rina, Rina... Dengar sini..." Tangan kanan Rina digenggam membuatkan Rina terkedu seketika.

"Saya tak kisah. Saya tahu, Rina pun sibuk dengan study. Saya takkan paksa Rina sediakan semuanya. Kalau saya free, saya akan buat. Kalau tidak, saya akan fikirkan caranya. Okay? Tak perlu stress. Rina ada kuliah."

"Tapi, inikan tugas seorang isteri..."

"Saya tahu... Cuma, sekarang ni, isteri saya ni, busy dengan kuliah dia. Jadi, saya kena faham..." Sekali lagi Rina tergamam bila Anas mengusap kekura tangannya.

"Err, kita makan ya tuan... Rina lapar..." Ujar Rina bagi menghilangkan rasa janggalnya.

"Okay... Mari..." Tangan Rina ditarik membuatkan Rina sekali lagi dikejutkan dengan kelakuan Anas. Semakin hari, Anas semakin berlembut dengan Rina. Semakin romantik, hinggakan Rina terbuai dengan keasyikkan sang suami yang bijak melayan perasaannya.

"Rina, makan..."

"Banyaknya... Siapa yang nak makan semua ni?" Rina masih terkejut melihat meja makan mereka penuh dengan makanan selain dari pencuci mulut yang sememangnya menjadi makanan kegemaran Rina.

"Kitalah..."

"Hah? Kita? Banyak ni, tuan..." Anas simpan senyum.

"Rina penatkan? Banyak tugasan? Jadi, saya nak Rina makan banyak-banyak."

"Rina tak nak gemuk."

"Kita makan bukan untuk gemuk, sayang... Kita makan untuk keperluan."

"Tapi tuan... Ni banyak makanan ni..."

"Rina... Saya nak bagitahu. Esok, saya balik lambat sebab saya kena ke Nilai untuk mesyuarat dengan shareholders. Jadi, Rina balik dengan Pak Che, ya... Saya dah minta tolong papa dan pak Che."

"Tuan balik lambat?"

"Ya, Rina. Saya ada kerja... Rina tunggu je kat rumah. Saya dah cakap dengan papa dan Pak Che. Boleh ya? Lepas habis meeting nanti, saya pulang..."

"Boleh ke, tuan? Papa dan Pak Che tak marah ke?"

"Kenapa pulak nak marah? Rinakan menantu papa. Lagipun, Pak Che kenal Rina."

"Emm, Pak Che tahu ke jadual Rina?"

"Saya dah bagitahu Pak Che. Boleh ya, Rina? Sehari je..."

"Saya okay, tuan. Tuan jangan risau, ya. Pandailah saya jaga diri."

"Bukan itu maksud saya, Rina..."

"Takpe, tuan. Tuan settelekan kerja tuan. Saya tunggu tuan kat rumah ya..."

"Baiklah, kalau Rina dah cakap macam tu."

"Makan, tuan..." Rina menyenduk nasi dan diletakkan di dalam pinggan sebelum diserahkan pada Anas.

"Terima kasih, Rina..."

"Sama-sama..." Keduanya menjamu selera tanpa ada bunyi mahupun perbualan. Anas benar-benar rasa janggal. Apatah lagi, dihadapannya kini, si isteri yang telah dikahwini selama tiga bulan dan ini bermakna Anas ada tiga bulan lagi masa berbaki sebelum dia akan melepaskan Rina.

'Tak! Aku tak boleh lepaskan Rina... Aku sayangkan Rina! Tolong aku Ya Allah...'

"Gelapnya rumah aku..." Ujar Anas sebaik sahaja dia menguak pintu rumah. Jam di pergelangan tangan diintai sekilas.

"Hah? Baru lapan malam. Kenapa gelap sangat?" Lampu dinyalakan sebelum Anas menutup pintu rumah. Kasut diletakkan ditempat yang telah disediakan. Tali leher diltanggalkan dari kolar kemeja.

"Ya Allah... Dia tak makan lagilah ni... Haish. Bertuah betul." Tudung saji diangkat. Kelihatan lauk-pauk terhidang tanpa disentuh. Ini bermakna Rina masih belum menjamah makanan.

"Mana pulak isteri aku ni?"

"Allah... Kesiannya isteri aku..." Anas simpan senyum melihat kecomelan Rina terlena di atas katil dengan bathrobe hingga tersingkap bathrobe dipaha Rina. Tertelan air liur Anas melihat kegebuan dan mulusnya kulit Rina. Inilah kali pertama, Anas melihat kecantikan isterinya.

'Tak! Aku tak boleh sentuh Rina... Aku tak nak lukakan hari Rina. Rina tentu tidak bersedia. Rina isteri aku. Dia halal untuk aku...'

Anas menghela nafas. Dia tidak mahu terburu-buru. Sejujurnya dia sayangkan Rina. Anas cintakan Rina. Masakan tidak... Anas sanggup tolak ajakan teman-temannya untuk ke kelab demi menjaga hati Rina.

Anas sanggup ketepikan malam minggunya demi Rina. Bagi Anas, Rina segala-galanya. Anas sanggup bersabar dan menahan nafsunya tatkala bersama Rina. Sedangkan Rina halal buatnya. Anas bimbang Rina akan kecewa sekiranya dia memaksa Rina.

Demi mengelakkan Rina terluka, Anas sanggup menahan gejolak di jiwa. Sedangkan, dia seorang suami. Suami kepada Marina Medina. Suami yang sah. Namun, bila memikirkan dia akan melepaskan Rina selepas enam bulan usia perkahwinan mereka, Anas akur.

"Rina... Rina..." Anas sempat menarik bathrobe di paha Rina.

"Rina, bangun sayang... Rina..." Perlahan-lahan Rina membuka matanya.

"Tu...tuan..." Serta-merta Rina menarik bathrobe ditubuhnya tatkala wajah Anas terpampang dihadapan mata.

"Maaf, saya kejutkan Rina."

"Eh, takpe, tuan. Saya minta maaf. Saya terlelap tadi."

"Rina penat sangat ke?"

"Hurm... Letih sikit. Memandangkan cuaca tak menentu sekarang ni. Rina tak tahan panas. Cepat sakit kepala..."

"Oh... Rina dah makan ke?" Rina menggelengkan kepalanya.

"Dah, pergi siap. Kita makan lepas saya mandi ya?"

"Baik, tuan." Anas simpan senyum seraya mengelus wajah Rina. Berbahang wajah Rina rasakan.

'Dia usik muka aku... Hari tu, dia cium kepala aku... Dia suka aku ke? Kenapa dia tak nak usik aku sedangkan aku isteri dia yang sah? Atau mungkin, aku hanya isteri untuk enam bulan?'

Macam-macam yang bermain di fikiran Rina ketika ini. Hakikatnya, Rina sudah mula menyayangi Anas. Rina buang hati dan perasaannya pada Azmeer kerana Anas. Anas suami Rina yang sah.

"Eh, Anas..." Tegur seorang wanita yang nampak bergaya sebelum meluru ke arah Anas.

"Sue..." Tanpa segan silu, Sue memeluk Anas sebelum Anas bertindak menolak Sue jauh dari dirinya..

"Eh, jangan macam ni, Sue. Tak bagus. I dah kahwin. I dah cakap dengan you..." Anas mengesat pipinya.

"Relaxlah, Anas. Selalu, you okay, je..."

"Sue, I dah kahwin... I tak nak wife I salah faham..."

"Hahahah... Sejak bila you takut bini ni?" Anas mengerling ke arah Rina bila Rina menarik tangannya dari genggaman Anas.

"Dulu, mungkin okay sebab I bujang. Sekarang, tak. I dah jadi suami orang dan I takkan hancurkan hati wife I..."

"Sayang..." Rina terkedu bila Anas membahasakan dirinya sayang.

"Sayang, ini Sue... Kawan I..." Rina menyalami Sue.

"Sue... Ini Rina, wife I..."

"Ops... I ingat you seorang tadi..." Rina menjulingkan mata ke atas.

'Gedik! Dah sah-sah, aku dengan laki aku... Betina gatal!'

"Tak payahlah you nak bagi alasan, Sue. I bukan tak kenal perangai you... Eh, you seorang ke?"

"I seorang je... I memang selalu seorangkan?"

"Yelah tu... Mana boyfriend tua you tu... Datuk Rashid... Ke, you dengan Tuan Sheikh sekarang ni? Youkan playgirl... Semua orang you layan..."

"You memang saja je kan nak kenakan I?"

"What for? Takde masa I nak kenakan you. Lagipun, I dah ada wife." Tubuh Rina dirangkul erat. Sue menjeling ke arah Rina.

"Kali ni, anak dato mana pulak jadi partner you?"

"Hahaha... I bukan macam you, Sue... Tak payahlah nak serkap jarang dengan I. Wife I orang biasa je."

"Huh! Orang biasa? Apa kelas orang biasa..." Ejek Sue.

"Takpe... Lebih baik orang biasa dari orang yang berlagak kaya sedangkan anak penoreh getah je..." Terkedu Sue disindir Anas.

"You memang sengajakan nak kenakan I, Anas?"

"Eh, you terasa, Sue... Sorrylah... Lain kali jaga mulut tu. Jangan suka kutuk orang. Wife I, orang biasa... Tapi, I nikahi dia, she's still a virgin! Bye, Sue..." Anas berlalu meninggalkan Sue yang sedang menahan amarahnya.

"Sial kau, jantan tak guna! Tunggulah! Aku akan ajar orang macam kau... Huh!"

Cer komen sikit... Okay ke part ni... Enjoy reading guys...

Share this novel

DHIA AMIRA
2023-06-02 00:37:11 

best ... no komen ...


NovelPlus Premium

The best ads free experience