BAB 8

Horror & Thriller Completed 10130

"Erm.. Semalam kenapa?"

Acong bertanya lantas menyuapkan mee ke dalam mulutnya.

"Entah. Iish yang kena. Masa tu kitorang kat bawah. Dia je kat atas. Lepas tu, tiba-tiba dia menjerit. Kitorang naik la atas. Tengok Iish da menggigil and ada anak patung kat depan dia. Anak patung tu pulak, muka dia da terkoyak. Lepas tu Iish ada sebut perkataan darah. I pun tak tau apa yang jadik sebenarnya. I malas nak tanya dorang. Nanti makin menakut-nakutkan diorang pulak."

Jelas Aishah.

"Patung?! Apa kena-mengena patung dengan darah?"

"I pun tak tau."

"Ilusi je kot. Maybe dia terbayang-bayang ke.. Yela, masuk tempat-tempat macam tu, otak kita mesti terfikir benda yang bukan-bukan, kan.."

"Entah la.."

Mereka terdiam. Seketika kemudian, Aishah bertanya.

"You ingat lagi tak pasal mimpi I yang I pernah cerita kat you tu?"

"Mimpi pasal hantu tu? Hm.. Ingat! Kenapa?"

"Sejak kitorang datang banglo tu, tiap-tiap malam I mimpi benda tu lagi."

Acong terdiam seketika mendengar kata-kata Aishah. Dia memandang Aishah yang dari tadi tidak lepas dari memandangnya. Kemudian, dia bertanya kepada Aishah.

"Mimpi you yang ada perempuan tu ke? Yang you kata macam real tu?"

"Yela. Dalam mimpi tu, perempuan tu mintak tolong dengan I. And one more thing, muka dia ada kesan...I don't know, macam kena toreh. Macam ada terkoyak."

"Hah?! Toreh?!"

Acong terkejut mendengar kata-kata Aishah. Aishah menyambung ceritanya.

"Erm.. Pelik, kan. Mimpi I tu macam sama dengan cerita yang you cerita kat I pasal banglo tu. Erm.. You rasa, mimpi I ada kena mengena ke dengan banglo tu?"

Aishah bertanya kepada Acong. Acong diam seketika. Berfikir. Kemudian, dia bersuara.

"Ala.. Merepek la. Mimpi je kot. Selalunya orang kata dunia mimpi dengan dunia realiti ni terbalik."

"Tapi I rasa mimpi tu macam...."

"Da la tu. Erm.. You shooting pukul berapa ni?"

Acong mengubah topik.

"Erm.. Pukul 5 nanti. Habis malam kot."

"Habis malam? I nak join! Saja nak tengok-tengok."

"Boleh! Jom la!"

**********

Di banglo, Naz dan Fatin sedang bersiap-siap untuk shooting. Naz sedang memperbetul rambutnya manakala Fatin sedang make-up di depan cermin. Seketika kemudian, Fatin bersuara.

"Weyh, Naz! Malam tadi aku ada mimpi..."

"Hantu?!"

Naz memotong ayat Fatin. Fatin yang terkejut, terhenti daripada make-up. Dia memandang Naz yang hanya membuat muka selamba.

"Mana kau tau ni?!"

Fatin bertanya kehairanan.

"Aku pun mimpi hantu jugak. Kau mimpi pasal apa?"

"Entah la. Aku tak ingat sangat. Yang aku ingat, ada suara mintak tolong. Lepas tu aku nampak hantu tu muka dia macam kena..."

"Toreh?!"

Berubah air muka Fatin apabila Naz meneka dengan betul.

"Weyh, Naz! Kita mimpi benda yang sama ke?"

"Yup!"

"Weyh, kau ni! Bagi la respon yang baik sikit."

"La.. Ni respon tak baik ke? Aduh.. Relax la. Mimpi je kan."

Fatin membuat muka tak puas hati mendengar kata-kata Naz.Seketika kemudian, Ieta datang.

"Fatin! Naz! Cepat. Da nak start ni!"

"Ok! Ok! Kejap lagi kitorang datang."

Naz membalas panggilan Ieta. Naz kemudian memandang Fatin yang sedang termenung.

"Woi! Da la tu. Tu kan mimpi. Tak payah la kau pikirkan sangat. Da la, jom! Diorang da panggil da tu."

Naz menghentikan lamunan Fatin dan kemudian menarik tangan Fatin.

**********

"Camera, ready?"

"Ready!"

"Lighting, ok?"

"Okay!"

"Standby and... action!"

"Weyh, rumah ni lain macam je. Meremang bulu roma aku."

"Apa yang lain macamnya. Kita da takde tempat lain da. Kita da sesat dalam hutan ni, hujan pulak tu. Da jumpa rumah ni da kira untung la. Ada jugak tempat nak berteduh."

"Memang la. Tapi aku tak sedap hati ni."

"Kenapa? Kau takut? Takut ada hantu?"

"Ish, kau! Mulut tu jaga sikit. Sekarang ni tengah malam tau."

"So, what?! Ala.. mana ada hantu kat dalam dunia ni. Kalau ada, cuba la kau tunjuk kat aku."

Tiba-tiba, lampu berkelip tanpa henti tatkala Naz menghabiskan dialognya di dalam lakonan itu. Aishah bangun dari tempat duduknya lalu berteriak.

"Cut! Weyh, Gaban! Apahal kau main lampu pulak ni?!"

Aishah memarahi Gaban yang ditugaskan sebagai penata cahaya.

"Weyh! Aku tak buat apa-apa la. Serius! Tengok ni."

Gaban membalas kata-kata Aishah lantas mengangkat kedua-dua tangannya menunjukkan yang dia tidak menyentuh mana-mana suis lampu. Sementara itu, lampu masih berkelip dengan sendirinya. Mereka semua terkedu. Dalam kesunyian itu, tiba-tiba guruh berdentum.

GROOMGHHHHHHH!!!!

Mereka semua terkejut dan memandang antara satu sama lain.

"Ok, guys! Kita stop dulu sampai sini. Kita balik villa dulu. Esok kita sambung lagi. Cuaca macam tak elok je. Hm.. ok la! Kemas barang dulu."

Aishah memberi arahan dan semua menuruti. Selesai mengemas, mereka berjalan berkumpulan menuju ke van yang terletak 200 meter dari banglo itu. Tiba-tiba…

"Weyh, Aimie mana?"

Hafiz bertanya setelah mendapati Aimie tiada di situ.

"Alamak! Aku lupa dia la pulak. Dia cakap kat aku dia nak pergi toilet tadi. Sakit perut."

Hada berkata sambil menepuk dahinya.

"Hm.. takpe la. Aku pergi panggil dia kejap."

Hafiz terus berlari ke arah banglo tadi.

"Weyh, aku ikut kau!"

Kecik menjerit lantas berlari bersama Hafiz. Yang lain menunggu di luar van. Suasana sunyi di van. Hanya bunyi cengkerik yang kedengaran. Lima minit kemudian, tiba-tiba..

"Arghhhhh!!!"

Jeritan Aimie kedengaran dari jauh. Semua yang ada di situ terkejut. Kelihatan Aimie yang sedang menjerit sambil berlari dalam kegelapan ke arah van.

"Korang.... korang.... korang asal tinggal aku?! Takut dohh.."

Aimie yang di dalam keadaan termengah-mengah hampir menangis kerana ketakutan. Cepat-cepat Hada meminta maaf kepada Aimie.

"Aimie, sorry la. Aku lupa kau pergi toilet tadi."

"Eh, Aimie! Mana Hafiz dengan Kecik?"

Aishah bertanya setelah Hafiz dan Kecik tidak muncul-muncul.

"Mana la aku tau. Aku marathon sorang-sorang je tadi."

"Weyh, Zulfie! Call Hafiz!"

Zulfie pun cepat-cepat mendail nombor Hafiz dengan telefon nya. Seketika kemudian, dia berkata.

"Weyh, Hafiz tak angkat."

"Try Kecik pulak."

Aishah memberi arahan. Dia cemas.

"Weyh, phone Kecik ada kat aku!"

Belum sempat Zulfie mendail, Zack bersuara sambil menunjukkan handphone Kecik.

"Alamak. Apasal phone dia ada kat kau pulak?"

Danny bersuara seakan marah. Zack yang serba salah memberi alasannya.

"Tadi phone aku takde bate....."

"Ahh!! Da la. Biar aku pergi carik dorang."

Aus membentak. Marah. Acong menarik tangan Aus tatkala Aus ingin berlari ke banglo.

"Da! Tak payah. Kita tunggu kat sini je. Kejap lagi datang la tu."

Acong tenang berkata-kata. Yang lain hanya terdiam.

*****

"Weyh, Aimie! Cepat la keluar. Kau berak batu ke apa kat dalam tu?!"

Kecik menjerit sambil mengetuk pintu tandas itu. Dia sudah tidak tahan menunggu Aimie. Setelah diketuk berkali-kali, masih tiada jawapan dari dalam tandas.

"Relax laa. Kejap lagi keluar la tu. Dia kan tengah sakit perut."

Hafiz cuba menenangkan Kecik yang kelihatan marah. Tidak lama kemudian, Aimie keluar dari tandas.

"Aimie, kau ok tak?"

Hafiz bertanya namun Aimie tidak memberi sebarang respons. Dia hanya tunduk menyembunyikan wajahnya.

"Pergh! Orang punya la berlari nak panggil dia kat sini. Ni orang tanya, sikit pun dia tak jawab. Menyirap pulak aku!"

Kecik melepaskan kemarahannya sambil berjalan seiring dengan Hafiz. Aimie berjalan perlahan-lahan di belakang mereka tanpa sebarang suara. Hafiz pelik dengan perangai Aimie. Tiba-tiba, telefon Hafiz berdering.

"Hello! Korang kat mana?! Cepat la! Penat tunggu korang ni!"

Suara Zulfie dengan nada marah hampir memecahkan gegendang telinga Hafiz.

"Kitorang on da way la ni. Aimie ni baru keluar. "

"Otak kau Aimie baru keluar! Aimie da 10 minit kat sini! Da! Tak payah nak tipu kitorang!"

"Hah?! Aimie da kat sana?!"

Hafiz terkejut. Dia terus menamatkan panggilan. Bulu romanya meremang. Dia berkata kepada Kecik.

"Kecik! Aku kira 1..2..3.. kita terus lari tau. Jangan pandang belakang lagi. 1.. 2..."

"Apasal pulak? Habis kau nak tinggal Aimie ni?"

Kecik berkata lantas memandang ke belakang dan....

"Huwarghhhhh!!!! Hantu!!!!!!!!!!!"

Kecik menjerit. Hafiz yang tidak menoleh ke belakang mencapai tangan Kecik yang seakan akan terpaku di situ dan terus berlari. Mereka berlari sepantas kilat.

"Tu la. Aku da cakap lari, jangan pandang belakang."

"Mana la aku tau!!"

Tiba-tiba, mereka terdengar satu suara meminta tolong . Sayup-sayup kedengaran.

"Tolong! Tolong! Tolong…"

"Eh, Hafiz! Ada orang minta tolong laa."

"Kau tak payah banyak cakap boleh tak? Lari je."

Kemudian, suara tersebut hilang dan mereka pun sampai ke van.

"Weyh, korang ni buat apa kat sana, hah?"

Danny bertanya kepada Hafiz dan Kecik. Dia bercekak pinggang menandakan marah.

"Aimie mana Aimie?"

Dalam keadaan tercungap-cungap itu, Hafiz bertanya. Aimie yang bersandar di van terus bangun mendapatkan Hafiz.

"Weyhh, Hafiz. Kau ok tak ni? Kenapa ni?"

"Weyh! Kita balik dulu boleh tak? Aku cerita nanti!

Kecik berkata dengan tercungap-cungap dan cemas. Mereka semua masuk ke dalam van dan kereta Aishah. Van yang dipandu oleh Danny bergerak menuju ke villa dan diikuti dengan kereta Aishah yang dipandu oleh Acong.

*****

Mereka semua duduk berkumpul di ruang tamu. Keadaan di luar sedang hujan. Senah menghidangkan air teh panas untuk mereka.

"Aik?! Takkan air je? Biskut ke kuih ke, takde ke Kak Senah oi?"

Aus berkata dengan nada bergurau.

"Wah! Banyak handsome kau punya muka. Aku buatkan air pun da kira bersyukur tau."

Senah membalas kata-kata Aus dengan nada yang geram. Aus hanya melemparkan senyuman.

"Hmm.. Hafiz, Kecik! Cepat la cerita kenapa korang tadi?"

Gaban berkata. Dia mendesak Hafiz dan Kecik kerana sudah tidak sabar ingin mendengar cerita mereka. Hafiz minum seteguk air tadi lalu memulakan ceritanya.

"Mula-mula, kitorang sampai je kat banglo, aku nampak pintu banglo da terbuka. Danny! Kau orang last keluar, kan?"

"Ha ah! Tapi aku tutup pintu la!"

"Weyh! Aku la yang bukak. Aku lupa nak tutup balik. Cuak sangat masa tu bila tengok korang semua takde. Aku lari je terus."

Aimie mencelah.

"Argh!! Tak kira la siapa pun yang buka. Lepas tu kitorang masuk dalam, naik atas. Tengok kat toilet atas, takde orang. Toilet dalam bilik pun takde orang. So, kitorang turun bawah nak tengok toilet kat dapur. Kitorang tolak pintu toilet tu, kunci. So, kitorang expect Aimie kat dalam tu. Aku panggil tapi tak jawab. Kitorang tunggu je la."

"Ha ah. Kitorang tunggu dengan penuh kesabaran. Lepas tu, dia keluar. Dia diam and tunduk je. Orang tanya, tak jawab. Pergh! Masa tu memang aku da panas gila la."

Kecik memotong cerita Hafiz.

"Lepas tu tiba-tiba Zulfie call, cakap yang Aimie da ada dengan korang. Masa tu aku memang da meremang tahap dewa la. Kalau da Aimie dengan korang, siapa yang kat belakang kitorang ni kan. Aku terus ajak Kecik lari, jangan pandang belakang. Yang Kecik ni pulak sengal. Dia pergi pandang belakang pulak."

Hafiz mengetuk belakang kepala Kecik.

"Aduh! Sakit la, ngok!"

"Weyh, Kecik! Kau nampak apa time kau pandang tu?"

Zack bertanya kepada Kecik yang sedang menggosok-gosok kepalanya yang diketuk Hafiz. Kecik menjawab.

"Aku nampak mahkluk ni, kaki dia da tak jejak tanah tau. Macam terapung je. Aku nampak muka dia... Eeeii. Ngeri! Muka dia macam terbelah dua tau. Lepas tu ada darah menitik-nitik. Muka dia macam ada kesan kena toreh la."

"Toreh?!"

Mereka semua serentak menjerit.

"Eh, apasal korang bertempik kat aku ni. Relax laa."

Kecik berkata sambil mengusap telinganya.

"Weyh, korang! Aku pernah mimpi hantu muka dia kena toreh. Naz pun sama! But, hantu tu mintak tolong tau!"

Fatin bersuara. Naz hanya mengangguk.

"Aku pun pernah mimpi pasal benda tu. Tapi aku buat bodoh je la. Mimpi je, kan."

Zack berkata sambil bermain dengan handphonenya. Membalas mesej.

"Weyh, Zack! Kau boleh stop main handphone tu tak? 24hours dengan handphone kau tu. Orang tengah bincang hal serius ni tau!"

Ika memberi amaran.

"Kejap la. Aku tengah reply text mak aku la."

"Ish! Anak mak! Kalau boleh 24jam nak duduk bawah ketiak mak dia!"

"Da mak aku tanya ni. Tak baik la kalau aku tak reply."

"Yela!"

"Arghhhh!!!!!!!!!!"

Tiba-tiba Aimie yang dari tadi diam termenung, menjerit.

"Astagfirullahalazim.. yang kau ni pulak kenapa menjerit?"

"Weyh, korang! Aku pun pernah mimpi pasal benda ni!!"

Aimie berkata dengan nada cemas. Yang lain terdiam. Acong yang berada di meja makan bersama Aishah memandang Aishah lantas berkata.

"You pun pernah mimpi benda tu, kan?"

"Shh.. jangan bagitau dorang."

Aishah membalas pertanyaan Acong sambil meletakkan jari telunjuk ke muncungnya.

"Kejap! Kejap! Fatin, Naz, Zack dengan Aimie mimpi benda yang sama. Korang mimpi sejak kita datang banglo tu. Hm.. aku rasa kan, mimpi korang tu ada kena-mengena dengan...."

"Banglo tu?!!"

Aimie memotong kata-kata Hafiz. Hafiz memetik jari dan berkata.

"Yeah!!"

Semua terdiam. Memandang antara satu sama lain.

*****

Aishah keluar dari bilik. Tekaknya terasa haus. Kering. Dia melangkah ke dapur, membuka peti sejuk dan meminum air tin Sprite. Fikirannya dari tadi tidak henti-henti memikirkan apa yang sedang terjadi.

Tatkala itu, dia merasa seperti ada sesuatu yang melintas di belakangnya. Bulu romanya meremang namun, tidak diendahkan. Bayu malam berhembus menyentuh tubuhnya. Dalam kesunyian malam itu, Aishah membuka almari dapur mencari kalau-kalau ada snek untuk menjadi santapannya.

"La.. snek da habis? Ni mesti kerja Ika ni."

Aishah mengomel seorang diri menghilangkan rasa takutnya. Tatkala dia berpusing ke belakang...

"Huwarghhh!!!"

Dia menjerit lantas menekup mukanya apabila terlihat satu lembaga. Tiba-tiba, terasa lembaga tersebut menarik tangannya.

"Eh,you ni kenapa? Nampak I macam nampak hantu je."

Acong bertanya dengan nada yang pelik. Aishah perlahan-lahan membuka matanya.

"Laa.. You ke.. Buat terkejut I je. You buat apa kat sini?"

"I nak minum kejap. Haus. Datang sini, tengok you terhendap-hendap kat almari tu. You buat apa?"

"I cari snek. Rasa lapar la pulak."

"You lapar? Nak keluar makan ke?"

"Eh. Tak payah la. I saja nak makan kunyah-kunyah.. Bukan lapar sangat pun."

"Yang tadi you menjerit macam kena rasuk tu apasal?"

Acong bertanya lantas membuka peti sejuk, mengambil air tin Sprite. Selepas itu, mereka berdua melangkah ke ruang tamu, duduk di atas sofa yang menghadap televisyen. Acong mencapai remote control di sebelahnya lalu menekan punat 812.

"Alaa. Bosan la tengok bola. Tukar lain laa."

Aishah membentak.

"Biar la. Eh, kenapa you terjerit nampak I tadi?"

"Oh. Hm.. tadi time I sorang-sorang, I rasa macam ada benda kat belakang I. Seram gila time tu tapi I buat bodoh je la and pergi kat almari tu. Lepas tu, bila I pusing belakang, I perasan macam lembaga yang macam Hafiz dengan Kecik cerita tu. Rupa-rupanya, you."

"Tu la. You fikirkan sangat."

"Mana boleh tak fikir. Termasuk I, da 5 orang mimpi benda yang sama. Tambah lagi, Kecik sendiri da nampak benda tu."

Acong diam selepas mendengar kata-kata Aishah. Seketika kemudian, dia berkata.

"Tapi hantu tu mintak tolong, kan?"

"Ha ah. I rasa, macam ada yang tak kena la."

"Hm.. esok you ada shoot tak?"

"Takde kot. I rasa nak bagi dorang rest. Ala.. tinggal 5 scenes je lagi."

"Haa.. bagos la. I nak bawak you jumpa dengan orang yang tau pasal rumah tu."

"Oh! Really?! Wait! Esok you takde kelas ke?"

"Takde... Sebab tu I stay sini. Boleh tengok-tengok kan sayang I ni. You ingat I tak risau ke lepas semua yang jadik ni."

"Aww.. So sweet of you."

"Takde makna nya sweet. I rasa serba salah jugak sebenarnya. Yela. I yang suggest banglo tu after all."

"No la. I yang suruh you carikan tempat macam ni, kan. You tak salah. I yang nak banglo macam tu. So, please. Don't be serba salah or whatev. Nanti I pulak yang rasa serba salah kat you."

Acong hanya tersenyum melihat kekasihnya itu menenangkannya.

*****

Acong memberhentikan keretanya di halaman sebuah rumah.

"Eh, betul ke ni rumahnya?"

Aishah bertanya setelah melihat sebuah rumah kayu yang telah luntur warnanya.

"Yela. Da depan mata, ni la rumahnya."

"Mana you kenal orang ni?"

"Haa.. kalau you nak tau, orang ni ex I. Dulu kitorang couple. Lepas tu dia ni mintak clash. Hehehe.."

"It's not funny, ok."

"Haha.. da la. Jom masuk dulu. Kat dalam nanti you berkenalan la dengan orang tu."

Acong berkata dalam senyuman. Dia melangkah ke depan pintu rumah tersebut.

"Assalamualaikum...."

Acong memberi salam, membuka kasut dan terus masuk ke dalam rumah.

"Eh, you! You main masuk je rumah orang?!!"

"Da rumah orang, I masuk la. Kalau rumah harimau, I tak masuk. Da. Cepat masuk."

Acong menarik tangan Aishah yang masih tercegat di depan pintu. Seketika kemudian, seorang wanita dalam lingkungan awal 70-an muncul dari dalam bilik. Acong datang ke wanita tersebut dan bersalaman. Aishah hanya mengikut. Wanita itu tersenyum dan bertanya.

"Siapa ni, Fitri?"

"Bakal isteri la, nek. Takkan la Fitri nak bawak orang gaji pulak."

Mereka ketawa dan bersama-sama duduk di kerusi rotan di ruang tamu rumah setelah dipelawa wanita tersebut.

"Eh, you! Apasal diam je?"

Acong bertanya kepada Aishah.

"Aaa... Nak suruh I cakap apa?"

"Oh, lupa nak bagitau. Sebenarnya, ni nenek I la. Nama dia Maryam Ibtisam. Tapi, cucu-cucu dia panggil Nek Yam je."

"Eh, bukan ke you kata nenek you duduk kat Batu Pahat?"

"Itu yang belah mak."

"Kejap ye. Nenek buatkan air."

"Eh, tak payah, nek. Kitorang baru minum."

"Takpe la. Sekali sekala tetamu istimewa tu merasa air tangan nenek."

Nek Yam melemparkan senyuman kepada Aishah dan berlalu ke dapur.

"Hm.. You! Umur Nek Yam ni berapa?"

"Baru 71. Kenapa?"

"Takde apa-apa. Yang you bawak I jumpa Nek Yam ni kenapa?"

"Laa.. You kata nak tau pasal banglo tu kan. Nanti you suruh la nek cerita."

"Nek Yam tau ke pasal rumah tu?"

"Mesti la!"

"Macam mana dia boleh tau?"

"Itu.. You tanya dia sendiri nanti. You nak dengar lagu tak?"

Aishah tidak menjawab pertanyaan Acong. Acong terus bangun pergi ke satu sudut yang ada sebuah pemain piring hitam. Tidak lama kemudian, muzik beralun. Tenang.

"Amboi. Layan nampak. Kenapa tak nak menari sekali?"

Nek Yam yang sedang menatang dulang datang dari dapur. Dia berkata sambil tersenyum.

"Kamu dua orang ni dari mana?"

"Dari hujung kampung tu. Tengok banglo yang nenek pernah cerita dulu."

"Ish! Kamu buat apa kat situ?!"

"Ni haa.. Aishah dengan group dia ada shooting kat situ."

"Hah?! Kamu nak buat filem kat situ? Eh, biar betul kamu ni?"

"Eh, bukan! Bukan filem, nek. Buat tugasan kumpulan je."

"Nek! Sebenarnya, kitorang datang ni ada hajat. Aishah ni.. Hm.. Dia nak tau pasal banglo tu. Nek boleh cerita tak?"

Nek Yam terdiam seketika. Dia membuang pandangannya jauh. Menarik nafas panjang. Acong dan Aishah berpandangan seketika. Keadaan menjadi sunyi. Hanya alunan muzik dari piring hitam yang kedengaran.

"Hm.. Kalau tak boleh takpe, nek. Er... Bukannya penting sangat pun."

Aishah berkata tatkala melihat wajah Nek Yam berubah sedih. Nek Yam yang dari tadi diam, mula bersuara, menceritakan kisah silam.

"Rumah tu da 40 tahun ditinggalkan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience