BAB 5

Horror & Thriller Completed 5203

“Sudahlah Alisya kau tak perlu fikir banyak. Sekarang jom kita balik asrama.” Amirah memaniskan wajah dan terus mengajak Alisya pulang ke asrama mereka memandangkan hari pun sudah hampir senja. Gema ayat-ayat suci sudah mulai kedengaran sayup-sayup dari masjid yang berhampiran dengan mereka.

Amirah duduk berteleku di atas sejadah. Fikirannya masih terbayangkan saat ngeri mayat Izati dijumpai di dalam bilknya di asrama berkenaan. Masih dia ingat sendu sedan Izati yang datang kepadanya menceritakan perihal Zaidi yang serupa binatang itu. Amirah mengetap bibirnya. Dia bangun dan menuju kearah sebuah kotak yang berada di bawah meja belajarnya. Dibukanya kotak. Terdapat sebuah pita rakaman bewarna hitam. Dia meletakkan pita tersebut di atas meja dan membuka telekungnya. Selepas itu dia duduk dikerusi belajarnya sambil memegang pita tersebut.

Amira membuka pula lacinya, dikeluarkan alat pemain pita rakaman tersebut. Diletakkan pita tersebut ke dalam alat pemain tersebut dan menutupnya lalu menekan punat play.

“Dato Ibrahim, pihak kami mendapati ujian DNA keatas janin tersebut sama dengan anak Dato, Zaidi dan memang sah gadis ini membeunuh diri kerana hal ini.” kedengaran satu suara garau memberitahu mengenai hal tersebut kepada Dato Ibrahim.

“ Hapuskan bukti tersebut. Saya akan bayar berapa sahaja yang kamu mahu, asalkan tidak ada sesiapa tahu mengenai hal ini terutama pihak media. Jika sampai ada yang tahu kamu orang pertama yang saya cari.” Suara Dato Ibrahim bapa kepada Zaidi begitu keras sekali memberi amaran kepada doctor yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat Izati.

Amirah yang sudah lama mengekori langkah Dato Ibrahim sempat merakamkan perbuaan tersebut. Sudah dia jangka pasti perkara ini yang akan berlaku. Belum tiba masanya lagi untuk membalas dendam. Selepas berjaya merakamkan perbualan tersebut Amirah bingkas beredar dari hospital tersebut.

Lamunan Amirah terhenti apabila terdengar bunyi pintu biliknya dibuka. Yasmin rakan sebiliknya baru sahaja pulang. Amirah cepat-cepat menyimpan pita rakaman tersebut. Rakaman tersebut adalah bukti untuk dakwaannya nanti. Jika ada yang mengambilnya pasti susah untuk dia menntut keadilan terhadap kematian adik kembarnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience