"Jadi,... dia hilang sejurus kalian memasuki kereta?"Soal pegawai polis itu.
Mereka semua mengangguk serentak.
Lawaknya,WHITE dan Manager Kim juga begitu.
Semua pegawai tercengang memandang mereka.
"Tiada siapa pun yang nampak kelibat Cik Seo Ra?"Soalnya sambil menulis laporan.
Mereka menggeleng serentak.
"Baiklah,kalian boleh pulang dulu.Saya akan hubungi Inspektor Kang untuk lanjutkan siasatan."Ujar pegawai lelaki itu lantas mencapai telefonnya bagi menghubungi Inspektor Kang.
"Maaf,Encik.Encik tak pernah dengar cerita pasal kami?"Soal Mae teragak-agak.
Pegawai lelaki itu tersengum bangga.
"Mestilah saya pernah.Kalian semua yang menyiasat punca kematian mendiang k pop idol,JiHye.Saya,... peminat besar kalian semua..." Ujarnya kelihatan bangga bersama senyuman lebar.
Mereka semua ikut tersenyum.
"Jadi,... boleh bagi kami nombor telefon Inspektor Kang?"Soal Mae perlahan.
Pegawai lelaki itu berkerut wajahnya.
"Untuk apa?"Soalnya bingung.
Seo Hee berdehem.
"Kami ni pandai menyiasat.Mana tahu kami boleh tolong?Lagipun,yang hilang tu kawan kami."Ujar MinSeok.
Mereka semua mengangguk serentak lagi.
"Itu,... ermm..."Pegawai itu tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
"Bagi kami nombor telefon tu !!"Jerit Manager Kim hilang sabar.Entah dimana Seo Ra sekarang,pegawai itu sedang melengahkan masa mereka.
Pegawai itu tergesa-gesa memberikan kad pengenalan Inspektor Kang.
"Terima kasih..."Ujar Seo Hee dengan senyuman.Kasihan pula melihat wajah bingung pegawai itu.
Manager Kim tergesa-gesa menelefon Inspektor Kang.
"Hello?"Suara lelaki kedengaran.
"Hello,Inspektor.Saya Kim.Pengurus Dream Girls.Kami perlukan bantuan."
"Jadi,... kalian mahu bekerjasama dengan saya?"Soal Inspektor Kang.
Mereka mengangguk serentak.
"Saya sarankan agar biar kami aje yang siasat.Kalian jangan risau."Sangkal Inspektor Kang.
Mereka semua menggeleng serentak pantas.
"Tak boleh ! Polis buat kerja lambat.Kami boleh selesaikan kes ini dalam masa beberapa minggu aje.Kalian berapa hari?Dua bulan !!"Marah Mae berang.
Wajah Inspektor Kang berubah.
"Kalian ingat kalian saja ada masalah?Orang juga ada masalah ! Gadis 14 tahun diculik.Wanita 23 tahun diperkosa dan dibunuh !! Jangan berlagak macam korang hebat sangat !!!"Herdik Inspektor Kang berang.
Mereka semua berpandangan.
Mereka tidak salah dengar bukan?
"Ada ramai lagi yang diculik?"Soal MinSeok perlahan.
Inspektor Kang mengangguk.
Min Ho menutup wajahnya yang sudah merah.
Bahunya bergegar.
Seo Hee faham yang Min Ho sedang menahan tangis.
MinSeok mengusap bahu rakannya.
"Inspektor,tolonglah... biar kami bantu.Kalau apa-apa jadi,Inspektor nak tanggung?"Pujuk Mae lembut kali ini.
Mereka amat terdesak sekarang ini.
Inspektor Kang berfikir dahulu.Kemudian memandang anak buahnya.
Mereka mengangguk bersetuju.
Min Ho menghembus nafas lega.Dia tahu,dia boleh percayakan rakan-rakannya.
"Jadi,... sudah dua gadis diculik,satu wanita diperkosa dan dibunuh.Apa yang penculik ni nak sebenarnya?"Bisik MinSeok sendiri.
Mereka semua meneliti dokumen yang diberikan Inspektor Kang.
Inspektor Kang tiada disitu,dia bersama anak buahnya sedang sibuk menyiasat.
Sebaliknya,CEO Choi pula yang muncul.
"Mungkin dia nak jual semua gadis tu?"Tebak Seo Hee.
"Jadi kenapa dia perkosa dan bunuh wanita berumur 23 tahun ni?"Soal Mi Soon pula.
"Mungkin dia tak tahan tengok wanita tu,dia lampiaskan nafsu dia,tapi disebabkan wanita tu melawan,dia bunuh wanita tu.Sadis betul..."Ujar Mae.
"Macam mana cara wanita tu mati?"Soal Manager Kim.
"Ada kat sini.Dia dicekik dengan pakaiannya sendiri,dalam keadaan bogel yang maha dahsyat."Beritahu Min Ho menggigil.
"Hih,... ngeri..."Ujar CEO Choi.
"Inspektor Kang pergi cari rakaman CCTV di bangunan Inkigayo tu kan?"Soal Jae Woo yang bermata biru.
"Takde apa-apa.Susahlah macam ni..."Ujar Manager Kim.
"Inspektor Kang telefon !"Beritahu Seo Hee lantas menjawab panggilan.
"Ya,Inspektor?"Jawabnya.
"Kalian dah jumpa apa-apa?"Soalnya dingin.
"Belum..."Jawab Seo Hee perlahan.
"Saya dah dapat rakaman CCTV di bangunan tersebut.Tapi tiada apa.Mujurlah dinegara kita,ada penggodam berkebolehan yang berniat untuk membantu.Esok kita jumpa diagensi AA Entertainment."Inspektor Kang memutuskan talian.
Seo Hee menghembus nafas lega.
"Inspektor Kang kata,mungkin ada kemungkinan rakaman CCTV mereka disalah guna dan ada masalah.Jadi,akan ada penggodam yang akan membantu kita."Beritahunya.
MinSeok tiba-tiba mengangkat tangannya.
Mereka semua memandangnya.
"Apa kata kita pergi balik ke tempat kejadian?Kat tempat Seo Ra hilang?Mana tahu ada petunjuk?"Cadangnya.
Gaya mereka macam takde polis yang menyiasat.
"Boleh juga."Seo Hee pantas bersetuju.
Mereka pun akur dengan kehendak MinSeok dan Seo Hee.
Mereka tiba di tempat Seo Ra hilang.
Lutut Min Ho bergetar.
Mereka mula melilau melihat sekeliling.
Ada yang menunduk mencari dilantai.
Tiba-tiba Seo Hee terperasankan sesuatu.
Dia memanggil MinSeok.
"Kenapa?"Soal MinSeok ingin tahu.
Seo Hee menunjuk ke arah sebuah kedai cenderamata.
Yang lain mula memandang MinSeok dan Seo Hee yang berhenti mencari.
"Kedai tu,ada kamera pengawasan.Apa kata kita cuba tengok?"Cadang Seo Hee.
MinSeok bersetuju.
Mereka berdua pergi ke kedai itu sementara yang lain masih mencari.
"Encik?"Panggil Seo Hee.
Lelaki itu memandang mereka.
"Ya,ada apa saya boleh bantu?"Soalnya ramah.
Seo Hee dan MinSeok berpandangan.
"Saya perasan,kedai Encik ni ada CCTV,kan?"Soal MinSeok berhati-hati.
Lelaki itu mengangguk.
"Boleh kami tengok?"Pinta Seo Hee lembut.
"Boleh.Tapi kenapa?"Soalnya ingin tahu.
"Kecemasan,Encik.Kami mahu tengok rakaman semalam punya.Diluar kedai."Ujar Seo Hee memberitahu.
Lelaki itu menunjukkan mereka rakaman tersebut.
Ternyata kelibat Seo Ra kelihatan !
Seorang lelaki menariknya dan memukul Seo Ra dibahagian leher sehingga Seo Ra pengsan.
"Pelik,... kenapa takde apa-apa pada rakaman CCTV bangunan sebelah?"Soal Seo Hee hairan.
MinSeok mengangkat bahunya.
Dia fokus pada rakaman itu.
Dia bawa ke mana?"Soal MinSeok sendiri.
Mereka fokus.
"Dia bawa masuk Seo Ra dalam kereta tu.Tapi nombor plat dia tak jelas.Apa kata kita ke kedai sebelah?"Cadang Seo Hee lagi.
MinSeok angguk.
"Encik,kami ambil rakaman ni tau."Pinta MinSeok.
Lelaki itu membenarkan.
"Encik,boleh kami tengok rakaman CCTV kat kedai Encik?"Soal Seo Hee lembut.
"Kenapa?"Soal lelaki yang sedikit berusia.
"Kami ada kecemasan... boleh kami tengok rakaman CCTV bahagian luar kedai Encik?"Pinta MinSeok pula.
"Tapi ada lelaki mintak semalam.Jadi saya dah bagi."Beritahu lelaki berusia itu polos.
"Lelaki ambil?Siapa Encik?Kenapa Encik bagi?"Soal Seo Hee bertubi-tubi.
"Dia kata dia perlukan rakaman tu untuk tolong kawan dia.Saya tak tahu apa maksud dia,tapi saya bagi aje.Bukannya berlaku pencurian pun dikawasan ni."Jawabnya polos sekali.
"Encik,... Encik ingat ke macam mana rupa lelaki misteri tu?"Soal Seo Hee.
Lelaki berusia itu mendongak atas.Cuba mengingati.
"Kurus.Takde janggut.Bersih.Dia mintak rakaman tu dengan sopan sekali."Beritahunya lambat-lambat.
"Encik ingat lagi tak kereta tu pegi arah mana?"Soal Seo Hee pantas.
Lelaki itu menunjuk ke arah kanan.
Seo Hee berlalu keluar dari kedai diikuti MinSeok.
"Kita kena cari kedai dihujung laluan.Mungkin dia ada rakaman CCTV kereta penculik tu." Ujarnya kalut-kalut berlari ke arah kedai yang agak hujung.
MinSeok mengikuti dari belakang.
Mereka masuk ke kedai,dan bertanya dengan berhati-hati.
"Cik,... Cik ada rakaman CCTV luar kedai tak?"Soal Seo Hee.
"Maaf,rakaman CCTV dibahagian luar kedai ada masalah."Beritahunya dengan serba salah.
Mereka pergi ke kedai seterusnya pula.
Rakaman mereka rosak terkena air hujan.
Kedai lain pula,tiada rakaman kerana perlu dibaiki.
Hanya ada satu kedai terakhir.
Share this novel