BAB 18

Family Series 2595

"Ad, kau okay tak? Aku dengar kawan kau si Shah dengan Fariz kena bunuh haritu. Kau sabar banyak-banyak lah" kata Fahmi sebaik sahaja Farhad datang berjumpa dengan Fahmi di lorong yang sepi di belakang bangunan kedai.

"Entahlah Fahmi. Aku rasa ni kerja bekas bos aku tuh. Tak dapat bayar hutang dia kawan aku jadi korban" kata Farhad.

"Sabarlah Ad. Kau mesti rindu diorang kan. Eh kau duduk mana sekarang ni. Aku pergi rumah kau memang tak boleh lah sebab polis dah buat garisan kuning tuh" kata Fahmi

"Biasalah aku rindu dengan diorang. Housemate aku kot. Aku ada je kat sini. Aku tumpang rumah tumpangan je sementara reda sikit nanti. Ni ada apa kau nak jumpa aku. Asal nak kena jumpa kat lorong kecik nih. Jumpa la kat kedai makan kalau ya pun" kata Farhad.

"Ish kau ni Ad. Aku ada bawak barang sedap nih. Takkanlah nak tunjuk kat kedai makan. Kantoi la gila" kata Fahmi.

"Amboi kau. Kau ni dah mengikut style arwah adik kau ke. Hahahaha" kata Farhad.

"Sini ah Ad. Barang aku dalam kereta nih. Baik punya" kata Fahmi.

"Haih aku macam dah stop lah buat kerja macam nih. Nanti apa-apa jadi nanti aku yang susah" kata Farhad.

"Alaa rileks je Ad. Kau ken percayakan aku Ad. Kau ikut aku masuk dalam kereta aku nak tunjukkan kau barang nih" kata Fahmi.

Sebaik sahaja Farhad pergi ke kereta Fahmi, dua orang yang sedang menghisap rokok di luar kereta Fahmi terus mengenggam bahu Farhad. Dia terkejut dan cuba untuk melepaskan diri namun tidak berjaya.

"Apa benda ni Fahmi ? Lepaskan aku lah bodoh !" kata Farhad. Fahmi menumbuk perut Farhad.

"Weh bodoh! Mana kau pergi? Bekas bos kau rindu sangat dekat kau nih. Kau tak nak jumpa dia ke sebelum ajal kau sama macam kawan-kawan kau?" kata Fahmi.

"Tak guna kau Fahmi! Kau bunuh kawan-kawan aku ke ? Kau memang manusia paling setan tahu tak. Kenapa kau libatkan kawan-kawan aku? Dia takde kaitan dengn korang semua nih" kata Farhad.

"Diorang tu berguna untuk aku dengan Halim tuh. Dia untung aku dengan budak-budak aku akan untung jugak. Sekarang kau ikut aku jumpa bos kau" kata Fahmi.

Farhad terpaksa mengikut kata-kata Fahmi itu. Dia banyak kali cuba melepskan diri tetapi tidak berjaya. Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang menjerit.

"Hoi kau nak buat apa dengan adik aku. Kau lepaskan dia!" rupa-rupanya Fadzil keluar dari kereta dan cepat-cepat menuju ke arah Farhad.

"Heh. Adik kau ke nih? Adik kau dah banyak buat taik dengan bos aku. Aku diarahkan untuk aku bawak dia. Kau nak buat apa sekarang nih?" kata Fahmi.

"Tak kira dia buat apa pun, kau jangan berani sentuh adik aku. Tak bangun nanti kau" kata Fadzil memberi amaran kepada Fahmi.

"Amboi kau. Kasar betul bahasa kau. Kau tak kenal lagi aku siapa bos aku siapa. Kalau adik kau aku boleh sentuh, family kau pun aku boleh sentuh apa. Hahahah" kata Fahmi.

"Kau jangan macam-macam. Kau lepaskan adik aku sekarang!" kata Fadzil.

"Banyak cakap pulak kau. Ambik kau" kata Fahmi lalu menghayunkan tangan ke muka Fadzil. Dia menahan tangannya lalu menumbuk perut Fahmi berkali-kali. Dia terduduk menahan kesakitan.

"Siapa nak masuk lagi? Mari lah!" jerit Fadzil. Rakan-rakan Fahmi berasa takut dan melepaskan Farhad.

Mereka mengangkat Fahmi yang sedang terbaring kesakitan lalu masuk ke dalam kereta.

"Kau tunggu nasib kau. Kau tak kenal lagi kitorang ni siapa! Jom blah" kata Fahmi sambil memegang perutnya yang sakit.

"Pergi mampus! Peduli apa aku kalau kau siapa pun! Kau kacau adik aku kau tahulah nasib kau" kata Fadzil kepada Fahmi. Kereta Fahmi bergerak meninggalkan Fadzil dan Farhad.

Fadzil memapah adiknya yang sedang memegang perutnya kerana kesakitan masuk ke dalam kereta Fadzil.

"Kau Fadzil? Macam mana kau tahu aku kat sini?" kata Farhad lalu bersalaman dan memeluk abang sulungnya.

"Aku ikut kau sebab aku ternampak kau lalu depan kereta aku. Aku follow kau sampai lorong nih. Lepastu aku macam tak sedap hati la tengok kau jumpa diorang. Kau kena tumbuk dengan diorang tadi sebab tu aku cepat-cepat turun jumpa kau" kata Fadzil.

"Kau pergi mana tadi sampai kau ada kat sini?" tanya Farhad kepada Fadzil.

"Aku ada meeting kat Subang tadi. Ni aku on the way nak balik Shah Alam" kata Fadzil.

"Lina mana? Dia tak teman kau ke harini?" tanya Farhad.

"Ad, aku dah lama cerai dengan si Lina tu. Lina tu bukan lagi bini aku bukan lagi akak ipar kau" kata Fadzil.

"Sorry Fadzil. Ni semua salah aku. Aku jugak lah penyebab kau dengan Lina bercerai" kata Farhad.

"Eh takde apa lah. Kenapa benda ni kau pulak yang serba salah? Kau pun baru tahu kan?" kata Fadzil.

"Dulu aku pernah harap kau bercerai dengan Lina sebab Lina tu punca kita terputus. Mama tampar aku haritu itu yang aku tak nak balik rumah mama dengan ayah tuh. Sekarang ni baru aku ada mama ayah lagi" kata Farhad.

"Hmm takper Ad. Bukan salah kau. Ada sebab kenapa aku cerai dengan Lina. Ni siapa diorang tu Ad. Kau kenal diorang ke?" kata Fadzil.

"Fahmi tadi yang tumbuk perut aku. Yang lain tu kuncu-kuncu Fahmi tuh. Diorang cari aku sebab aku tak bayar hutang bekas bos aku" kata Farhad.

"Bos kau siapa nih? Kau cerita betul-betul dengan aku Ad" kata Fadzil.

"Kalau aku cerita nih. Kau je yang tahu tau. Jangan cerita dekat siapa-siapa termasuk mama dengan ayah. Ida pun jangan bagitau. Aku tak nak family kita susah" kata Farhad.

"Okay takper. Apa dia Ad?" tanya Fadzil ingin tahu

"Dulu masa aku kerja kimpal besi kat Klang tuh, aku ambik part time. Aku jual dadah dekat area Klang" bisik Farhad kepada Fadzil. Fadzil terkejut dengan pengakuan adiknya itu.

"Kau jadi pusher dadah? Kau jangan main-main. Barang dadah macam nih kalau sangkut dengan polis, ke tali gantung kau. Kau jangan buat pasal. Kau menghisap ke nih? Jangan macam-macam Ad" kata Fadzil.

"Fadzil. Sumpah aku tak hisap benda-benda nih. Aku tahu benda-benda macam nih ada kesan dia. Aku tak pernah ada niat nak hisap benda-benda nih. Aku just jual barang je kat orang" kata Farhad.

"Ad, better kau stop jual barang. Aku bukan apa. Aku tak nak kerana benda nih, family kita susah nanti. Ni tadi kenapa diorang buat kat kau sampai sakit-sakit nih?" kata Fadzil.

"Memang aku nak stop jual barang nih. Aku dah serik. Diorang cari aku pukul aku sebab aku tak bayar hutang barang bos lama aku. Barang-barang tu dah lesap sebab minggu lepas polis buat serbuan. Aku dengan arwah kawan aku larikan diri" kata Farhad.

"Sekarang polis ada tak cam kau tak? Ni kalau polis cam kau ni dengan aku sekali ke dalam tau sebab aku bersubahat dengan kau. Hish apa kau buat nih Ad sampai polis cari kau nih" kata Fadzil.

"Kalau polis nak cari aku sekarang ni, masuk dah berita malam tadi. Polis takleh cam aku dah" kata Farhad.

"Kau ni macam-macam lah Ad. Kawan kau tuh dah arwah ke. Asal?" tanya Fadzil.

"Fuad, kawan sekerja dengan aku. Dia tuh adik si Fahmi tu. Agaknya dendam sebabkan aku punca Fuad meninggal. Dia tuh eksiden kena langgar dekat highway persekutuan KL tuh. Lagi satu dia tuh high dadah. Tu yang mabuk sampai eksiden tu" kata Farhad.

"Lah macam tu sekali ke? Eh kejap. Berapa hutang yang kau berhutang dengan bos lama kau?" tanya Fadzil.

"Aku rasa dekat 9000 aku kena bayar. Barang-barang yang polis rampas tu aku rasa banyak. Haih dulu aku dengan arwah si Fuad tu cuai sangat. Habis rugi semua. Siapa lah tak marah" kata Farhad sambil memicit kepalanya.

"Banyak tu 9000. Kau kerja kimpal besi pun tak sampai pun 9k tuh. Kau pinjam jela dengan ayah dulu. Kalau aku sorry lah. Simpanan aku cukup-cukup makan untuk tampung tanggungan aku ni" kata Fadzil.

"Fadzil, jangan la libatkan ayah sekali. Aku tak nak family kita susah. Aku tak tahu mana nak cekau 9k tuh" kata Farhad.

"Aku tak tahu Ad. Yang penting aku nak kau balik rumah ayah dengan mama. Kalau aku rindukan kau, diorang pun rindu dengan kau. Aku tak nak kita bermusuh lagi. Lagipun...sejak aku tumbuk kau dulu. Allah dah turunkan balasan dekat aku. Aku dirikan rumah tangga dengan Lina atas niat nak menjauhkan diri dari keluarga je. Bukan sebab sayang. Tuhan dah tunjukkan pembalasan. Siapa Lina sebenarnya...sampailah aku berani lafazkan talak" kata Fadzil.

"Ada hikmah Allah nak uji kau Fadzil. Nak buat macam mana. Aku boleh je nak balik rumah tapi bagi aku masa. Jangan bagitau mama, ayah dengan Ida. Bila aku dah ready baru aku balik" kata Farhad sambil menepuk bahu abang sulungnya.

"Ouh hm takperla. Aku faham. Berapa lama kita terpisah. Balik rumah mama dengan ayah pun jarang-jarang jer. Kesian jugak kat Ida sebab dia seorang je temankan mama. Ida pun nak rasa kasih sayang dari adik beradik juga" kata Fadzil.

"Tahu. Sejak aku kena tampar dengan mama, aku memang tak datang terus. Aku stay je kat Klang sana. Aku rasa berdendam sangat. Tapi lepas satu-satu yang terjadi...baik aku berubah balik. Aku tak nak tersepit lagi dengan hutang bos lama aku" kata Farhad.

"Kalau nak jumpa balik dengan ayah,mama dengan Ida nanti, jumpa dekat rumah nenek je. Kau tahu kan rumah nenek dekat Bagan Serai tuh? Diorang balik kampung esok. Aku lambat sikit sebab aku kerja halfday" kata Fadzil.

"Ouh rumah nenek tuh. Insyaallah aku ingat. Tapi kalau kau baru sampai rumah nenek tapi aku baru gerak dari KL, kau sent location" kata Farhad.

"Boleh Ad. Aku nak kau balik jumpa family semula. Kesian dekat ayah dengan mama. Kalau kau lepas solat, doakan lah dekat mama dengan ayah supaya sihat sejahtera" kata Fadzil. Farhad mengangguk.

"Fadzil, aku mintak maaf sebab dulu kita bergaduh sampai berbulan-bulan tak bercakap langsung. Aku bukan apa, apa yang aku cakap dekat kau dulu memang betul. Kalau kau masih nak pertahankan diri kau je, kau buat lah suka hati kau" kata Farhad.

"Ad. Patutnya aku yang mintak maaf dekat kau sebenarnya. Apa yang kau cakap memang betul. Tuhan dah tunjukkan siapa yang betul siapa yang salah. Jangan salahkan diri kau kalau aku dah bercerai dengan Lina. Ini untuk kebaikan diri aku supaya takkan terjadi lagi. Kau tuh, jangan lupa balik jumpa mama, ayah dengan Ida. Raya dah nak dekat Ad" kata Fadzil.

"Okay Fadzil. Insyaallah. Aku perlukan ruang masa untuk aku fikir dulu. Nanti kalau aku dh ready baru aku balik. Nombor fon aku nanti tukar tau. Pakai nombor baru aku" kata Farhad sambil menunjukkan nombor barunya di skrin handphone Farhad kepada Fadzil. Dia menyalin nombor barunya itu.

"Done. So kau nak buat apa lepas nih. Aku risau lagi diorang akan cari semula kau kat sini sebab diorang tahu kau masih ada lagi kat sini. Kau nak pergi mana nanti?" tanya Fadzil kepada Farhad.

"Hm betul jugak. Esok aku fikirkan semula macam mana. Kau nak balik rumah terus ke?" kata Farhad.

"Haah. Aku ada report yang nak kena settle malam ni. Aku balik terus rumah aku. Kau nak ikut ke?" kata Fadzil.

"Takper kau balik lah. Aku nak stay kat hotel dulu" kata Farhad.

"Okay takperlah. Nah ambik. Buat belanja" kata Fadzil seraya menyerahkan RM 150 kepada Farhad.

"Fadzil hm susah susah je kau. Takperlah kau simpanlah duit tuh. Duit aku ada je lagi" kata Farhad menolak pemberian abang sulungnya itu.

"Kalau kau ada simpanan, perjalanan kau nak balik kampung macam mana. Takut kau tak cukup duit je. Ambik lah Ad. Aku bagi kau ikhlas" kata Fadzil.

"Hmm okay Fadzil. Terima kasih. Aku balik dulu. Kau bawak kereta ni baik-baik" kata Farhad.

"Kau jugak. Jaga diri kau elok-elok" kata Fadzil.

"Terima kasih. Aku gerak dulu. Assalamualaikum" kata Farhad sambil bersalaman dengan Fadzil.

"Waalaikumussalam" kata Fadzil. Farhad keluar dari keretanya menuju ke motosikalnya.

Fadzil memerhatikan adiknya yang menaiki motosikal yang sungguh cantik. Dia tersenyum sahaja.

"Pandai adik aku ni usaha. Tapi sumber yang haram. Aku harap-harap adik aku berhenti jadi pusher and diorang takkan kacau adik aku lagi" kata Fadzil dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience