BAB 7

Family Series 2595

"Macam mana polis boleh tahu port kawan kau nih hah ?! Korang ni tak reti nak buat kerja ke" kata Halim Tokan yang berada di corong telefon sebaik sahaja Farhad menceritakan perkara sebenar yang dialami tadi.

"Maaf bos. Aduh tempat member si Fuad nih polis perhati lama dah. Kitorang pun tak tahu. Pastu duit diorang pun takde. Nak beli barang saya pun tak jadi padahal diorang nak angkut semua" kata Farhad.

"Dah dah Ad. Aku tak mau dengar alasan kau. Kalau kau dengan Fuad tu bijak,takdelah sampai polis serbu. Macam mana kau nak bayar balik nih. Stok aku polis dah angkut. Rugi aku tahu tak ?!" jerkah Halim Tokan di hanphone Farhad membuatkan telinga Farhad berdesing.

Dahi Fuad berkerut dan berpeluh apabila terdengar jerkahan Halim Tokan

"Maaf sangat-sangat bos. Tapi macam mana sekarang nih bos ?" tanya Farhad.

"Soalan bodoh kau tanya lagi. Aku nak jumpa korang sekarang jugak. Aku nak settle dengan korang" kata Halim Tokan lalu mematikan panggilan telefon.

"Aduh bodoh lah Halim nih. Dia letak pulak. Masak kita Fuad....macam mana nih" kata Farhad.

"Dia cakap apa kat kau ?" tanya Fuad kepada Farhad.

"Dia nak jumpa kita. Macam mana nih ?" kata Fuad.

"Macam mana apanya ? Kena hadap lah dia. Kita yang buat si Halim tu rugi. Sekarang nih polis dah angkut ganja-ganja tuh. Kalau diorang ambik,takut polis suspek kita pastu kawan-kawan aku lak. Aduh pening kepala" kata Fuad.

"Dah dah boleh tak kau jangan cerita pasal polis lah ganja la apa lah. Kita selalu buat kerja macam nih clean je. Lama dah dekat setengah bulan tau. Hari nih tiba-tiba polis serbu tempat kawan kau. Geram lah aku" kata Farhad.

"Hm terpaksa lah hadap dia. Takkanlah nak pergi hadap kawan kau. Aku takut polis nampak kereta aku nih" kata Fuad.

"Kalau dia buat apa-apa macam mana ? Halim tu nampak je sporting je ceria je dengan kita nih. Kalau dia bengang ? Aku pun tak tahulah kesudahan macam mana" kata Farhad.

"Eleh asal ? Takut ? Dia tak buat apa-apa lah. Apa saja dia nak buat kita ikut lah. Easy kan ?" kata Fuad.

"Easy hangguk kau ! Dah aku nak tidur kejap. Dah sampai rumah dia tu bagitau aku" kata Farhad lalu memejamkan matanya.

Fuad meneruskan perjalanan ke rumah Halim Tokan yang berada berdekatan dengan Pelabuhan Klang.

Dua jam kemudian barulah mereka sampai di simpang masuk ke rumah Halim Tokan.

"Ad bangun Ad. Dah sampai rumah Halim nih" kata Fuad sambil mengejutkan Farhad yang sedang nyenyak tidur.

Mereka sudah menghampiri rumah Halim Tokan. Rumahnya hanya dua tingkat tetapi laman rumahnya agak besar dan mempunyai kolam renang. Tidak hairan lah Halim menjadi tokan terbesar di Selangor ini. Pintu pagar rumah dikawal oleh dua orang bodyguard.

"Dah jom keluar. Yang kau tercegat dalam ni kenapa. Cepat lah" kata Fuad. Farhad agak keberatan untuk turun dari kereta. Beberapa minit kemudian barulah Farhad turun dari kereta.

"Alah kau nih. Kau rilek je. Aku ada je. Jom ah" kata Fuad.

"Amboi kau nih. Kita dah ada masalah nih pastu kau boleh pulak nak tunjuk berani" kata Farhad.

"Relaks jee. Jom ah" kata Fuad lalu mereka pergi ke depan pagar rumah Halim Tokan. Merek ditahan oleh dua orang bodyguard.

"Nak jumpa sape ?" tanya salah seorang bodyguard itu

"Aku nak jumpa si Halim. Dia ada tak ?" kata Farhad.

"Ada. Kejap" kata bodyguard itu lalu bercakap ke walkie talkie.

"Bos. Ada dua orang nak jumpa bos nih. Bos ada buat appointment dengan diorang nih tak?" kata bodyguard itu.

"Sampai pun dua ekor tuh. Bagi dia masuk. Kau bawak diorang pergi belakang rumah aku" kata Halim Tokan yang berada di walkie talkie.

"Okay bos" kata bodyguard lalu membuka pintu pagar.

"Kau jaga depan ni jap. Bos suruh bawak diorang pergi belakang rumah nih" kata bodyguard kepada rakannya. Rakannya mengangguk sahaja.

"Halim ada kat belakang. Ikut aku" kata bodyguard lalu Farhad dan Fuad mengikutnya sehingga ke belakang rumah.

Halim Tokan sedang duduk di atas kerusi besar sambil menghisap cerut dan menyusun stok dadah yang dimilikinya. Farhad dan Fuad hanya berdiri sahaja di hadapan Halim Tokan.

Halim Tokan bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah Farhad dan Fuad.

"Macam mana sekarang ni. Aku dah rugi beratus-ratus. 20 peket korang dah hantar kat kawan kau Fuad tapi kena serbu. Macam mana korang buat kerja ?" kata Halim Tokan sambil melepaskan tumbukan di muka Farhad dan Fuad.

Fuad mengesat darahnya yang mengalir di bibirnya.

"Bos. Saya tak tahu polis ada. Masa tu kitorang takde pilihan so kitorang campak ganja kat rumah tuh. Kalau polis check kereta Fuad nanti polis takde syak apa-apa kan" kata Farhad sambil menahan kesakitan.

"Kau tau tak ? Polis check rumah tu jumpa barang-barang tuh. Kalau diorang jumpa...polis tu suspek tu kita punya tau tak ?!" jerkah Halim Tokan sambil mengacu pistolnya kepada Farhad.

Farhad berkerut mukanya dan membayangkan jika kepalanya ditembusi oleh peluru yang dilepaskan oleh Halim Tokan itu.

"Bos bos. Kita boleh settle hal nih. Jangan macam nih bos. Err....hmmm kitorang bayar hutang bos" kata Fuad sambil merayu. Farhad terkejut.

"Woi Fuad. Kau gila ke apa ? Kau ingat kita ada duit nak bayar ke weh" kata Farhad.

"Apa yang kita boleh buat Ad. Takde pilihan dah !!" kata Fuad.

"Okay takper. Korang bayar balik barang aku tuh tapi...tiga kali ganda lah" kata Halim Tokan.

"Apasal tiga kali ganda pulak weh. Ingat aku ada duit ke" kata Farhad.

"Kau diam ! Aku tembak kau kang" kata Halim Tokan lalu menumbuk perut Farhad tetapi Farhad mengelak dan menendang Halim Tokan. Orang-orang Halim Tokan yang terkejut melihat ketuanya dipukul oleh Farhad terus meluru ke arah Farhad dan memukulnya.

Farhad dan Fuad mengelak serangan mereka tetapi tidak berdaya kerana orang terlalu ramai dan orang-orang Halim Tokan terus memegang Farhad dan Fuad.

Halim Tokan menumbuk muka Farhad dan mengambil beg silangnya yang berisi wang dan dadah yang dijual. Dia membuka beg dan mengeluarkan wang hasil menjual dadah yang Farhad ada.

"Apahal nih ? 100 je ? Kau buat apa dengan duit banyak-banyak nih. Aku ingat kau ada banyak. Aku tak kira. Tiap sorang bayar aku tiga kali ganda" kata Halim Tokan dan mencampakkan beg silangnya.

"Kau tak payah tahu urusan aku" kata Farhad. Dia semakin berani melawan kata kepada ketuanya.

"Aku punya barang dalam beg Ad and ganja yang kau bawak tu semua sekali kau bayar. Aku takkan bagi korang kerja pusher lagi. Habis korang bayar settle hutang korang dan aku tak nak tengok muka korang lagi" kata Halim Tokan.

"Berapa banyak kitorang kena bayar ?" tanya Fuad.

"RM 1500 tiga kali ganda tiap sorang. Ingat. Aku bagi tempoh dalam dua hari nih. Dua hari !!! Kalau korang tak bayar and korang lari,aku akan cari kau dan kau dengan kawan-kawan kau yang duduk sekali dengan kau Ad ! Ingat !!! Berambus sana !" jerkah Halim Tokan kepada Farhad dan Fuad.

Farhad dan Fuad keluar dari pagar rumah Halim Tokan lalu terus menuju ke kereta Fuad. Farhad melihat mukanya pada cermin dan terdapat banyak kesan lebam pada mukanya. Fuad sama sahaja seperti Farhad.

"Aduhhh sakit !! Bodoh si Halim nih suruh kita bayar hutang dia pulak. Triple pulak tuh" kata Farhad sambil menyentuh dahi Farhad yang lebam itu.

"Weh 1500 darab tiga berapa ek ?" tanya Fuad.

"Apa lah kau nih. Math pun tak tau. 4500 lah kita kena bayar tiap sorang kat Halim tuh" kata Farhad.

"Ouh yeke. Banyaknyaa mana nak cekau 4500 ringgit nih. Dua hari kau tau tak" kata Fuad sambil memicit kepalanya.

"Kau hantar aku jela balik rumah dulu. Aku pun kena fikir jugak nih" kata Farhad.

"Harini hari apa ?" tanya Fuad kepada Farhad.

"Hari Sabtu. Maknanya hari Isnin la kita bayar balik kat dia. Macam mana nih..." kata Farhad.

Fuad memandu keretanya menghantar Farhad pulang ke rumah. Satu jam kemudian barulah Fuad tiba di hadapan rumah sewa Farhad.

"Ad. Sorry lah weh apa yang jadi nih. Kau rehat la kat rumah. Esok tak payah datang kerja" kata Fuad.

"Takperlah Fuad. Nak buat macam mana takde rezeki. Terpaksa la bayar balik kat dia" kata Farhad.

"Macam nih Farhad. Kau ikut aku esok. Jumpa kawan aku tuh. Mintak duit kat diorang. Kalau tak bagi terpaksa lah" kata Fuad.

"Ya Allah kau nih. Kau nak buat apa dengan diorang tuh ? Nak tibai dia ke ? Yang tu kau buat sorang. Aku malas nak campur hal kau" kata Farhad.

"Alaaa kau ikut jela aku. Boleh tak Ad ?" kata Fuad.

"Takperlah Fuad. Makin sakit muka aku kang esok. Kau buat la sendiri. Apa jadi kau tanggung sendiri. Bye" kata Farhad lalu masuk ke dalam pagar rumah. Fuad melihat sahaja Farhad masuk ke dalam rumahnya.

"Tak boleh jadi nih. Takper kalau kau tak boleh ikut. Biar aku settle sendiri dengan diorang" kata Fuad seorang diri lalu memandu keretanya ke Kota Kemuning untuk menyelesaikan hal dengan rakan-rakannya.

Farhad masuk ke dalam rumah dengan keadaan yang berada dalam kesakitan dan terduduk di atas sofa. Haikal,Fariz,Shah dan Zul terkejut melihat keadaan Farhad yang tidak bermaya setelah dibelasah.

"Ya Allah Ad pahal muka kau lebam-lebam nih. Ni tak lain tak bukan mesti kau kena belasah kan" kata Shah.

"Mana ada kena belasah. Aku jatuh je" kata Farhad.

"Mende kau jatuh. Ni habis bengkak pipi kau. Bibir berdarah. Kau siap pegang perut kau. Ini yang kau cakap jatuh ?" kata Haikal.

"Ish kau nih. Diam boleh tak. Aku stres gila nih. Mana nak cari duit untuk bayar hutang aku nih" kata Farhad.

"Lahai stres apa pulak nih" kata Haikal.

"Hutang apa nih Ad" kata Fariz.

"Kau tahu tak. Sampai kat Subang tadi,elok je bagi ganja kat diorang. Pastu polis datang buat serbu. Ganja semua tu main campak buang je kat rumah. Bos tahu aku dengan Fuad kena marah teruk siap belasah aku tadi. Dia acu pistol kat aku tadi. Takut aku tahu tak ? Dia suruh aku dengan Fuad bayar hutang" kata Farhad.

"Okay okay. Pastu berapa hutang kene bayar ?" kata Haikal.

"RM 1500. Tapi kene tiga kali ganda bayar. Yelah ganja dah takde polis dah ambik. Mana tak rugi bos aku tu" kata Farhad.

"Apa dia ? Maknanya RM 4500 kene bayar ?! Weh Ad mana nak cari duit tuh ? Bila nak kena bayar hutang tuh" kata Fariz.

"Isnin nih. Aduh masak aku weh. Korang tak boleh tolong aku ke" kata Farhad.

"Sorry sangat-sangat Ad. Kitorang semua memang dah kurang duit nih. Kitorang semua harapkan kau je beli apa-apa kalau takde apa kat rumah nih" kata Shah.

"Entah nya. Kerja welding tu gaji cukup-cukup makan je. 300 je gaji. Pastu nak bayar sewa rumah nih lagi ? Gaji pun lambat lagi. Raya nak dekat nih" kata Zul.

"Kau lari jelah Ad. Kitorang cakap dengan manager je yang kau tu ada emergency keluarga" kata Fariz.

"Kalau aku lari. Dia akan cari aku tau. Maybe dia akan cari korang and bunuh terus. Dia ugut aku nak bunuh aku dengan korang sekali" kata Farhad. Mereka semua terkejut.

"Weh apa nih sampai nak bunuh-bunuh nih. Kita report polis la camnih" kata Haikal.

"Hoi hoi kau gila report polis. Kalau kantoi macam mana ? Cuba lah bijak sikit fikir tuh" kata Fariz.

"Habis kau nak tunggu kita ni semua jadi mayat ? Kau nak ke ?" kata Haikal.

"Tapi Haikal...takkanlah nak libatkan polis. Nanti kita dah dikira bersubahat. Polis kat sana tuh entah-entah duk cari Ad dengan Fuad nih. Dadah kot kalau kena tangkap tuh,tali gantung weh" kata Zul.

"Aduhhh stres lah aku. Aku kena lari lah macam nih. Korang ikut aku lari boleh tak" kata Farhad.

"Ish buat apa kitorang nak lari. Bukannya dia tahu kitorang kat sini" kata Shah.

"Aduh lambat laun dia tahu gak. Baik korang bertindak cepat" kata Farhad.

"Ad. Kau punya hal kau settle sendiri. Bukan kitorang tak nak tolong tapi kitorang dah takde duit nih. Ada duit nih pun nak balik kampung minggu depan. Yang kau nih tak nak jumpa mak ayah kau ke. Sekurang-kurangnya dia tak tahu rumah mak ayah kau kat mana kan ?" kata Shah. Farhad terdiam sahaja.

"Hmm aku nak pergi mandi kejap" kata Farhad lalu bangun dan menuju ke biliknya sambil menahan kesakitan.

"Kita kena lari lah. Pindah rumah sewa lain ke. Biarlah jauh pun asalkan bos dia tak tahu kita duduk sini" kata Zul.

"Mana nak cari rumah sewa nih ek. Eh Shah esok teman aku jom petang nanti. Kita cari rumah sewa" kata Haikal. Shah mengangguk sahaja.

"Bahaya sekarang nih. Takut dia cari kita. Masak kita weh kalau dia tahu tempat nih" kata Fariz.

Sementara itu,Fuad memandu dengan laju menuju ke Kota Kemuning untuk berjumpa dengan rakan-rakannya yang telah bertemu malam tadi.

Jam menunjukkan pukul 11.50 malam. Setelah kereta Fuad melepasi persimpangan ke Shah Alam, beberapa kali Fuad merasa mengantuk dan terlentok di atas stereng. Kereta Fuad telah betul-betul hampir dengan pacuan empat roda yang baru masuk ke dalam lebuh raya. Tiba tiba....

DAMMMMMMMMMMM !!!!!

Kereta Fuad dirempuh oleh sebuah pacuan empat roda. Dua buah motorsikal dan dua buah kereta gagal mengawal lalu melanggar pacuan empat roda. Kereta Fuad hancur dan dia telah meninggal dunia dengan kecederaan parah di kepala....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience