2.. Rumah

Crime Series 1643

“Mak jah, nasi lemak 2, tambah ayam ye” pinta ku pada mak Jah. Mak jah seorang peniaga nasi lemak, kedai nye betul-betul bersebelahan dengan flat mentari, tempat aku duduk bersama dengan adikku.

“ Ai,, lewat kamu balik lang, kerja apa kamu ni sampai pagi baru balik"? Soal mak jah sambil bungkuskan nasi lemak yang aku order tadi.

“ Aah mak jah, bos surut ot semalam, tu yang lewat sampai ke pagi baru balik ni ha” jawabku sambil menghulurkan 10 ringgit pada mak jah.. Mak jah lah yang selama ini tolong menjaga adik perempuanku bila aku tiada dirumah,.

“Lang, nanti tengah hari suruh adik kamu si ika tu turun ya, mak jah masakkan siap2 untuk kamu berdua” kata mak jah padaku..

“baik mak jah, alang naik dulu ye” balasku dan aku pun terus menuju ke lif untuk naik ke rumah...

*........ pintu rumah dibuka, aku meletakkan nasi lemak di atas meja makan lantas ku ambil tuala dan masuk ke bilik air... Seusai mandi aku pun mengetuk pintu bilik adikku. “Ika, bangun meh, alang ada belikan nasi lemak tu, alang nak tidur sekejap, nanti pukul 11 ke tolong kejutkan ye” kata ku pada ika.

“ Okay lang, ika dah bangun pun ni, lambat alang balik hari ni” balas nye padaku..

“ Kerja over time, dahlah nanti makan, alang nak tidur. lantas aku masuk ke bilik lalu menutup pintu..

Aku cuba melelapkan mataku yang semakin kuyu ni, namun susah juga untuk tidur (di fikiranku masih terbayang akan budak kecil yang aku jumpa di lorong tadi, kenapa mereka sanggup begitu sedangkan aku dengan Azam senang membuat duit dengan mengedar dadah saja) *fikiran ku bercampur aduk dengan memikirkan kerja kami, ya, ramai remaja di luar sana menagih, dan ketagih, semuanya kerana kami, pernah aku suakan benda ni pada Azam, tapi biasalah, ada duit yang haram jadi halal... Lama aku termenung lalu tertidur sendiri mengenangkan semua ni...

*tokkkkk tokkkk tokkkk*“Alang, bangunlah, pukul 11.15 dah ni, Ika nak turun sat ambil makanan dekat mak jah” panggil adik ku..

“Ye ye, dah bangun dah ni, hati-hati turun tu”jawabku pendek..

*Ika pun berjalan keluar rumah dan menutup pintu*...

*krinnnngggg kringggg*telefonku berbunyi, “Hello, ha zam, kenapa kau call aku pagi2 ni” tanyaku pada azam..

“ Kau baru bangun ke? Kalau baru bangun pergi mandi, kejap lagi dalam pukul 1 lebih aku ambil kau, kita ad job harini” jawab Azam.

“ Hmm, oke2, barang ada lagi kan, kita singgah rumah ajak dulu nanti, dia ada order. "jawabku pendek lantas ku capai tuala terus ke bilik air...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience