BAB 2-AWAK ?.

Romance Completed 64871

Setelah setahun dia memulihkan hatinya yang terluka di sebabkan penceraian tanpa duga. Akhirnya dia kembali, dengan Ara yang baru dengan penampilan yang sedikit berisi mungkin di sebabkan depression tapi tidak mengubah kecantikkannya. Ara yang takkan termakan dengan kata-kata cinta yang paling penting dia berharap agar tidak akan bertemu lagi dengan bekas suaminya. Di sebabkan Aoran, orang-orang menyatakan bahawa dirinya isteri yang tak reti jaga suami, isteri pemalaslah, dan banyak lagi. Tapi lama-kelamaan, dia terbiasa dengan semua itu malah selepas menjadi janda muda, banyak sekali pemuda yang cuba menawan hatinya. Namun bukan semudah itu, kerana hatinya sekarang bermangga takkan ada yang temui kuncinya. Jika ada dialah juara yang layak mendapat hatinya. But untuk sekarang 'KATAKAN TIDAK PADA CINTA.'

...................

Sekarang tepat pukul 10 pagi, terlihat Ara dan Anis sepertinya sedang menunggu seseorang namun belum kunjung tiba. Membuatkan Ara membebel tanpa henti.

"Oi panasnya, manalah perginya abang Adam ni ?. Boleh cair badan aku kalau macam ni lama-lama. Tengok ketiak aku dah basah." Keluh Ara.

Mendengar keluhan Ara membuatkan ketawa Anis pecah, dari tadi Ara tidak berhenti membebel sudah seperti makcik-makcik jual nasi lemak. Sedangkan mereka menunggu baru 5 minit.

"Huh, kenapa ketawa?. Ada yang lawak ke?. Aku serius ni, panas tau."

"Lawaklah, tengok kau sekarang dari tadi aayik membebel je kerjanya. Ni baru 5 minit dia lambat belum lagi 5 jam. Sabarlah."

"Kesabaran aku setipis tisu kau tahu, 5 minit kalau tidur ada manfaatnya. Ni tak, dah tahu kita balik harini datanglah awal. Ish, kalau aku tahu lambat macam ni. Aku suruh Abang Andrian yang jemput lagi cepat." Bebel Ara lagi.

"Tidurlah dekat lantai tu, kalau Abang Adam dah datang nanti aku kejutkan." Gurau Anis.

"Gila ke apa?. Kotor kot, tapi jika ada tikar mungkin boleh di pertimbangkan."

"Kau yang gila."

"Aduh!." Rintih Ara dengan menyentuh pizzanya.

"Kau dah kenapa, pegang-pegang pizza kau tu. Period ke?." Soal Anis khawatir.

"Mana ada, aku rasa nak kencing pulak ni. Kau jaga tau barang aku. Jangan tinggalkan aku pulak."

"Yelah pergi sana, nanti terkencing pulak kau dekat sini. Siapa yang nak bersihkan."

"Ok, aku dah tak tahan ni." Lalu berlari mencari toilet yang terdekat.

Anis hanya mengelengkan kepalanya, melihat tingkah Ara. Tiba-tiba dia merasakan bahawa bahunya di sentuh oleh seseorang dengan pantas Anis menolehnya.

"Maaf menganggu."

"Ye abang nak apa?." Soal Anis.

"Adik ni Anis kan?. Kawannya Adam." Soal pemuda itu, dengan menunjukkan gambar Anis di phonenya.

Seketika Anis terpana dengan ketampanan pemuda itu, di tambah dia mengenakan kaca mata hitam. Pergh, kacaknya. Walaupun rambut mula beruban namun itu sama sekali tidak merosakkan kekacakkannya malah uban itu menambahkan lagi ketampanannya. Namun wajah pemuda ini seakan-akan dia kenal, kerana dia sepertinya pernah melihat wajah pemuda ini di suatu tempat tapi dia tidak pasti di mana.

'Wah sugar daddy turun dari langit !. Adakah dia jodohku. Ai. Tapi muka dia ni macam pernah nampak tapi dekat mana ye.' Guman Anis dengan matanya sama sekali tidak berkedip memandang wajah pemuda di hadapannya.

"Hello, kenapa termenung ni?. Betul ke tak yang adik ni Anis, kawannya Adam." Soal Aoran lagi.

Ya, pemuda itu adalah adalah Aoran. Jika tidak di sebabkan Adam memohon kepadanya memang tidaklah dia di sini.

"Betul, saya Anis kawannya abang Adam. Tapi abang ni siapa?. Mana abang Adam?."

"Saya Aoran, abangnya Adam. Dia tak dapat datang sini sebab ada masalah yang dia perlu uruskan. Jadi jom kita pulang. Sini beg abang tolong bawakan."

"Terima kasih. Tapi boleh tunggu kejap tak, kawan saya masih dekat toilet."

"Sure, abang letak dulu beg-beg di dalam kereta. Kereta abang tu, yang warna hitam. Nanti pergi sana, ok?."

"Ok."

Aoran pun membawa beg-beg mereka. Sementara itu Ara baru sahaja selesai membuang hajatnya lalu menghampiri Anis.

"Dah ?."

"Dah !. Ni mana beg kita?." Soal Ara kehairanan.

"Oh abang tu yang jemput kita, jomlah." Jawab Anis dengan menarik tangan Ara untuk ke kereta pemuda berkaca mata hitam itu.

"Terima kasihlah abang, susah-susah je." Ujar Anis.

"Takda masalah." Jawab Aoran, dengan memusingkan badannya kearah dua gadis di belakangnya. Namun seketika senyumannya memudar di kala melihat seorang gadis di sebelah Anis yang amat dia kenali.

"Awak !." Ujar mereka serentak.

"Korang kenal ke ?." Soal Anis.

"Tak !. Kenal !." Jawab mereka serentak.

"Ai, mana yang betul ni. Kenal ke tak?." Soal Anis lagi. Namun soalannya hanya di balas dengan diamnya mereka. Mata mereka saling bertentangan. Membuatkan Anis penasaran. Namun jika di lihat dari pandangan mata mereka mesti ada 1001 cerita yang mungkin terjadi antara mereka berdua.

"Oi pakcik !. Mana Abang Adam ?."

"Assalamualaikum. Maaf, budak zaman sekarang ni memang takda sopan santun ke dengan orang yang lebih tua dari dia. Hormatlah sikit, wahai cik adik."

"Waalaikumsalam, lupa pulak yang sekarang ni saya berbicara dengan orang tua separuh abad macam pakcik. Tapi kenapa pakcik pulak yang jemput kami, mana Abang Adam?." Soal Ara dengan senyuman paksaannya.

"Adam dia ada urusan, jadi saya yang gantikan dia. Dahlah saya malas nak bergaduh dengan janda macam awak ni. Jom kita balik, nanti bising pulak Si Andrian tu. Saya juga yang di salahkan."

“Siapa yang buat saya jadi janda?.” Soal Ara, membuatkan Aoran terdiam.

"Jap, janda?. Siapa?. Ara ni janda abang ke?." Soal Anisa kehairanan.

Seketika mata Ara tertumpu pada Aoran, seakan-akan menantikan jawapan pemuda itu.

"Oh !, rupa kawan awak ni serupa dengan bekas isteri saya. Sebijik sama macam muka kawan awak ni. Hanya bezanya, bekas isteri saya tu kurus dan kawan awak ni berisi sikit."

"Awak nak cakap saya ni gemuk ke ?. Huh."

"Maaf !. Celah mana perkataan saya tadi menyatakan awak ni gemuk. Setahu saya, saya hanya menyatakan yang awak sedikit berisi. Lain kali koreklah telinga tu wahai cik adik."

"Oooi !, korang dua ni asyik-asyik gaduh je kerjanya. Macam suami dan isteri yang terpisah. Ke korang pernah buat cerita cinta bersama?. Maksud saya berakhir dengan penceraian. Atau apa yang di maksudkan abang, adalah Ara. Betul ke ?." Soal Anis bertubi-tubi, dengan menatap tajam kedua-duanya.

"Tak." Jawab mereka serentak.

"Oh, yeke?. So maaf, tapi kenapa abang boleh bercerai dengan bekas isteri abang?. Kalau saya boleh tahu." Soal Anisa lagi.

"Kau ni banyak soalanlah. Panas ni." Keluh Ara.

"Aku hanya nak tahu je, kenapa mereka berpisah sedang abang ni kacak and semestinya kayakan."

"Kaya pun tak guna kalau takda otak." Perli Ara.

Namun perlikan itu hanya Aoran balas dengan senyuman. "So semua yang terjadi adalah salah abang sebab lafazkan cerai ikut nafsu. Tapi abang harap, dia bahagia dengan lelaki yang tepat dan mampu jaga dia lebih baik dari abang. Namun jika dia tak jumpa orang yang tepat dan mampu bahagiakan dia maka abang harap dia kembali ke pangkuan abang dengan memberi abang peluang lagi untuk membaiki semuanya. Itu pun jika dia single."  Jawab Aoran dengan matanya memandang Ara, namun Ara asyik-asyik mengelak dari memandang matanya.

"Cakap macam abang masih sayangkan dia. Kalau masih sayang tu, pujuklah dia. Rujuk balik, biasalah dalam rumahtangga ni ada salah faham sikit. Percaya peluang kedua."

"Dahlah, panas pulak dekat sini. Cepat pakcik, saya nak balik mandi dan rehat. But korang dua ni sesuailah, dua-dua banyak cakap. Kahwin jelah." Celah Ara dengan membuka pintu belakang, namun dengan pantas Aoran menutup ia semula. "Why?."

"Saya nak awak duduk depan." Arah Aoran.

"Tak nak !. Saya tetap nak duduk belakang, saya lebih selesa duduk belakang." Jawab Ara, dengan membuka semula pintu belakang. Namun tetap sahaja Aoran menghalang. "Ee, orang tua ni dah kenapa ?. Biarlah Anis tu duduk depan, saya boleh duduk belakang. Ke kalau saya duduk belakang kereta rosak or kereta tak dapat jalan ke ?."

"Ni kereta saya, jadi saya ada hak nak pilih siapa yang duduk depan bersama saya. Jadi saya pilih awak. Silakan." Arah Aoran, dengan membuka pintu kereta hadapan untuk bekas isterinya

"Tak nak!." Tegas Ara.

"Farhana rose !. Please dengar arahan saya, ke awak nak saya dukung. Oh, kalau nak cakaplah. Malu-malu pulak dia. Meh sini."

"Ai, tak nak. Apalah dia ni."

"Oi !, korang dua ni dah macam penculik dan kanak-kanak. Tak nak, tak nak. Bukan susah duduk je pun. Beb, biar aku je duduk belakang. Kau duduk depan, dengarlah sikit cakap abang Aoran tu." Lalu masuk di kerusi belakang.

“Beb...,”

Aoran tersenyum ke arah Ara dengan tatapan Ara sepertinya ingin menelan dirinya sahaja.

"Dengar tu. So silakan masuk jandaku. Jangan risau saya takkan makan awak. But jika saya rasa nak makan awak, maka saya kena halalkan awak dulukan?. Ke lepas kita hantar kawan awak, kita terus ke thailand. Nikah dekat sana." Usik Aoran, dengan senyuman manis di bibirnya.

"Jangan nak mengadalah duda tua, tak laku. Ingat kacaklah tu, you know rupa awak dah macam mamak tebar roti canai." Lalu masuk ke dalam kereta.

'Apa !, dia samakan aku dengan mamak roti canai. Oi, buta ke mata dia ni. Ya Allah, mamak roti canai?. Ish, janda ni.' Gumannya.

................

Di restorant kepunyaan Aoran, terlihat Datin Aminah bersama anak bujangnya sedang berborak santai berdua.

"Mana abang kamu, dia dah ambil Ara ke ?." Soal Datin Aminah dengan meneguk secawan teh.

"Dah mama, tengok Ara ni tak berhenti-henti chat angah." Balas Adam di sertakan ketawanya.

"Baguslah kalau abang kamu dah jemput Ara, kamu tahu sendiri macam mana keadaan abang kamu tu. Angau dia dah makin teruk, mama tak tahulah macam mana nak nasihatkan dia lagi."

"Along tu, angah yakin yang dia masih sayangkan Ara, tapi tulah ego dia tinggi sangat mengalahkan pokok pinang. Sok jual mahal. Tapi dalam hati, Ara tetap nombor satu."

"Kan !. Tapi tulah mama dengar yang dia sekarang rapat dengan Intan. Siapa dia?."

"Intan tu kawan dia, angah pun pernah dengar juga yang baru-baru ni mereka sering keluar bersama. Tak tahulah mama."

"Adakah abang kamu tu dah ada penganti. Mungkin itu sebabnya, kenapa dia menjauh dengan Ara. Maklumlah tak nak kekasih dia cemburu." Teka Datin Aminah.

"Mama rasa macam tu ke?. Entahlah, angah lebih suka Ara jadi kakak ipar angah. Tapi siapa angah nak tentukan jodoh orang."

"Doakan yang terbaik jelah. Siapa pun yang bertahta dalam hati anak mama. Mama doakan agar dialah jodoh tepat buat anak mama. Amin."

"Amin. So jomlah mama kita pergi shoping. Angah belanja." Ajak Adam dengan mengeluarkan kad kreditnya.

"Betul ke ni?." Soal Datin Aminah kurang yakin.

"Yelah, sekarang Adam pun free. Apa salah ya belanja mamakan. Jom kita pergi."

"Jomlah." Balas Datin Aminah dengan semangat. Kalau tentang menghabiskan duit dialah juaranya.
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience