Hadi sedang duduk di atas sofa di ruang tamu rumahnya. Televisyen yang sedang menayangkan sebuah drama yang popular buat masa ini dihiraukannya. Dia termenung jauh.
Jam di dinding ruang tamu baru menunjukkan pukul 5:30 petang. Hadi bosan. Dia tidak tahu mahu buat apa. Hari itu pula hari Sabtu. Ibunya dan Hawa tiada di rumah.
Mereka berdua pergi ke pasar raya untuk membeli barang dapur yang sudah habis. Puan Balqis ada mengajak Hadi untuk ikut sama tetapi Hadi menolak. Jadi, mereka berdua pergi ke pasar raya bersama dengan Pak Karim. Ayahnya pula berada di pejabat. Ada kerja sedikit katanya. Tinggal Hadi seorang di rumah.
Tiba-tiba Tiara muncul dalam fikiran nya. Dia terfikir apa yang Tiara sedang lalukan sekarang. Dia tersenyum kerana terfikir kan satu idea.
Lantas dia menutup televisyen dan berlari naik ke biliknya. Dia menukar baju dan seluar yang sesuai kemudian mencapai kunci kereta dan telefon pintar nya. Selepas selesai mengunci pintu rumahnya, dia masuk ke dalam kereta nya dan berlalu pergi.
Semasa sedang memandu kereta, dia sempat memberi mesej ringkas kepada ibunya untuk mengatakan yang dia keluar sebentar.
Selepas 30 minit memandu, dia sampai di destinasi nya. Dia melihat rumah Tiara seperti tiada orang. Baru dia teringat yang ibu Tiara sedang outstation.
Setelah berpuas hati melihat wajahnya di skrin telefon nya, dia pun keluar dari kereta. Baru sahaja dia keluar, dia melihat Tiara keluar dari rumah dengan membawa 'tote bag'. Dia sedang mengunci pintu rumah. Tiara tidak perasan kehadiran Hadi di situ. Dia pelik. Tiara nak ke mana?
"Kau nak pergi mana?" tanya Hadi tanpa memberi salam.
Luruh jantung Tiara mendengar soalan yang tiba-tiba ditanya itu. Dia pusing ke belakang dan melihat Hadi berada di samping keretanya di luar pagar rumah.
"Kau buat apa dekat sini, Hadi?!" tanya Tiara. Terkejut dia melihat Hadi berada di situ. Tiba-tiba je muncul depan dia.
"Aku tanya kau dulu. Kau nak pergi mana ni?" tanya Hadi lagi. Selagi dia tidak dapat jawapan, selagi itu dia tanya.
"Pergi kerja" jawab Tiara selamba dan sambung mengunci pintu rumah nya.
Tersentak Hadi mendengar jawapan Tiara itu. Tanpa berlengah lagi, dia membuka pagar rumah itu dan masuk ke halaman rumah itu.
Tiara yang sudah siap mengunci pintu, memandang Hadi.
"Apa lagi lah dia ni?" omel Tiara sendiri.
"Kau kerja? Kau kerja apa? Kenapa kau kerja? Kenapa aku tak tahu ni?" soal Hadi bertubi-tubi.
"Wowo! Relax Hadi! Kau gelabah kenapa? Aku kerja kedai makan. Owner kedai makan tu mak bapak kawan aku masa aku sekolah dulu. Diaorang pun macam family aku dah. Dia bagi aku kerja bila-bila je aku nak. Aku bosan duduk rumah. Itu yang aku pergi kerja" terang Tiara
"Mak bapak kawan kau? Lelaki ke perempuan kawan kau tu?" tanya Hadi tanpa segan-silu
"Perempuan. Asal? Nak try ke" gurau Tiara
"Tak ada lah. Dah lama ke kau kerja ni?"
"Lama tak lama jugak lah. Sejak lepas habis SPM haritu aku start kerja. Masa tengah tunggu result SPM tu" cerita Tiara lagi.
"Mak kau tahu tak yang kau kerja ni?"
"Mak aku tahu yang aku kerja lepas SPM. Tapi mak aku ingat sekarang bila aku dah belajar dekat universiti ni aku dah tak kerja lah. Tapi aku still lagi kerja situ"
"Errr, kenapa kau kerja? Kau… Kau ada masalah kewangan ke?" tanya Hadi. Dia rasa bersalah untuk bertanya perkara itu tetapi rasa ingin tahu nya mengatasi rasa bersalah.
"Tak adalah. Aku okey je cukup makan apa semua. Cuma nak dapat duit lebih lah. Tak akan aku nak harap duit yang mak aku bagi je. Berdikari lah sikit" kata Tiara sambil memandang Hadi.
Dia terpaksa mendongakkan sedikit kepalanya kerana Hadi lebih tinggi daripada dia.
Kagum Hadi mendengar kata-kata Tiara. Tiba-tiba rasa jatuh cinta pula mendengar cerita Tiara yang tidak berharap pada duit ibunya sahaja. Tiba-tiba dia teringat sesuatu yang membuatkan dia rasa sangat bersalah.
"Sorry la sebab aku suruh kau belikan breakfast aku dari hari Isnin sampai Jumaat masa kau baru je masuk universiti tu. Habis duit kau disebabkan aku" kata Hadi dengan rasa bersalah.
"Tahu pun! Kau tau tak seminggu tu duit aku keluar macam air kau tahu tak! Nak breakfast lebih 8 ringgit. Kau bernasib baik je aku tak letak racun dalam makanan kau" marah Tiara.
Dia sudah lupa tentang perkara itu tetapi Hadi yang mengingatkan dia.
"Sorry la. Tapi kan, bukan Intan cakap kau ada letak something ke?" usik Hadi
Tiara memijak kasut Hadi setelah mendengar usikan Hadi itu. Bukan pijak biasa. Dia pijak sekuat hati nya.
"Adoi! Sakit lah! Habis kotor kasut aku" kata Hadi sambil menunduk melihat kasut.
"Padan muka. Kata lah lagi macam tu. Bukan setakat kasut aku pijak, muka kau pun boleh"
"Eleh, orang tu nak pijak muka kita. Tak sedar diri yang dia tu pendek" usik Hadi lagi.
Merah padam muka Tiara mendengar Hadi mengatakan dia pendek. Betul-betul dia pijak muka Hadi nanti baru tahu.
"Dah lah, malas aku layan kau. Aku pun dah lambat nak pergi kerja" kata Tiara kemudian berjalan keluar.
"Alah, jangan lah marah. Kan pendek tu comel. Jom lah aku hantar kau pergi kerja" kata Hadi sambil berjalan ke arah Tiara.
"Tak payah. Aku dah order grab dah. Kejap lagi dia sampai" tipu Tiara. Dia masih belum lagi order grab.
"Kau tak payah nak menipu aku lagi. Haritu masa hujan kau menipu jugak kan yang kau dah order. Jom lah cepat" ajak Hadi lagi.
Kalau ajak Tiara ni tak boleh ajak-ajak ayam. Memang tak akan jalan. Maklumlah, keras kepala orangnya.
"Tak nak. Kau pergi lah balik ke mana-mana kau nak pergi. Aku boleh pergi sendiri" kata Tiara tidak memandang muka Hadi.
"Aku nak hantar kau pergi kerja lah. Cepatlah"
"Tak nak" kata Tiara masih berdegil. Sebenarnya dia mahu sahaja tapi kena lah jaga standard. Tak kan nak melulu je masuk. Itu bukan Tiara Adriana.
"Okey fine! Aku menjerit ek? Aku jerit kuat-kuat suruh kau masuk. Biar semua jiran kau tau kau tu keras kepala. Orang nak tolong pun tak nak. Luku kepala tu nanti baru tahu" kata Hadi.
Hampir sahaja dia mahu membebel. Sejak dia kenal Tiara, ringan saja mulutnya untuk membebel.
"Jerit lah! Kau ingat aku kisah? Hey, kau Ikhwan Hadi dekat universiti je lah. Kat sini kau just Hadi" cabar Tiara
"Okey" kata Hadi kemudian menarik nafas dalam-dalam. Sebelum dia menjerit Tiara menghalang.
"Okey ye! Aku pergi dengan kau! Tak payah nak menjerit. Nanti yang malu nya aku, bukan kau. Kau memang muka tembok , tak tahu malu" kata Tiara kemudian pergi ke arah kereta Hadi.
Hadi tersenyum sendiri. Bukan susah nak paksa Tiara. Lagi lagi pulak dia Hadi.
"Termenung apa?! Cepat lah bukak pintu kereta ni! Panas ni!" jerit Tiara. Tersentak Hadi mendengar jeritan Tiara.
"Dia memekik boleh pulak. Macam nak bagitahu semua jiran dia yang dia panas. Haih, sabar je lah Di" kata Hadi kemudian berjalan ke keretanya.
"Tutup pagar tu sekali. Kau yang bukak tadi kan? Tutup balik" arah Tiara
Langkah Hadi terhenti. Dia memandang tajam ke arah Tiara. Tiara hanya tersenyum ke arah Hadi.
//
"Kau kerja kedai makan buat apa je?" tanya Hadi.
Mereka sedang dalam perjalanan ke kedai makan kepunyaan Encik Ahmad dan Puan Sakinah.
"Aku jadi waiter" jawab Tiara
"You mean waitress" kata Hadi.
"Yeah, what ever. Kau ni tak ada kerja ke tiba-tiba datang rumah aku? Eh kejap! Kau tak jawab lagi soalan aku. Kenapa kau boleh tiba-tiba ada depan rumah aku? Kau buat apa hah?!" tanya Tiara sambil memandang serius muka Hadi.
"Hey! Apa kau ni! Aku baru datang lah tadi masa kau baru keluar rumah. Apa kau fikir bukan-bukan. Tinggal kau tepi jalan kang" kata Hadi.
"Okey. Sorry sebab cakap benda bukan-bukan" Tiara meminta maaf.
Hadi hanya diam. Ada ke patut Tiara fikir dia buat benda yang tak sepatutnya. Memang tak patut.
"Err, lepas tu kenapa kau ada depan rumah aku?" tanya Tiara lagi sekali.
Hadi tersentak. Tak kan lah dia nak cakap yang dia datang tu sebab dia teringat Tiara. Memang dia tak akan cakap benda-benda macam tu.
"Aku… Aku… " kata Hadi tergagap cuba mencari ayat yang sesuai.
Tiara kekal menunggu sahaja jawapan daripada Hadi. Nanti kalau dia menyampuk lagi, Hadi marah. Baik dia diam.
"Aku nak hantar buku nota kau yang aku pinjam haritu! Hah! Itulah sebab aku datang tu" kata Hadi pantas. Nasib baik idea tu terlintas dalam fikirannya. Lega dia rasa.
"Ouhhh, cakap lah nak hantar buku. Mana buku tu?"
"Err, aku terlupa nak bawak. Aku ingat aku dah ambik rupanya tak. Aku terlupa. Sorry" jawab Hadi.
"Eh, tak apa. Aku bukan nak guna pun buku tu. Kau hantar esok pun boleh. Eh, tak payah nak susah susah nak datang. Bagi je nanti hari Isnin masa dekat universiti" kata Tiara
"Tak apa. Aku boleh je bagi esok. Lagipun aku duduk rumah tu bukan nya buat apa-apa. Kalau keluar rumah okey lah jugak" kata Hadi.
Hatinya bersorak riang. Dapatlah dia jumpa lagi Tiara esok. Sekali dengan alasan untuk jumpa Tiara.
"Suka hati kau lah. Kau yang bawak kereta. Kau dah habis guna buku tu?"
"Dah. Dah habis dah. Senang aku salin, pandai kau tulis nota. Teratur je semua maklumat" puji Hadi
Ini kalau telinga Hafiz dengan Akmal dengar, memang tak duduk diam mereka berdua. Memang mereka usik Hadi macam tak ada hari esok.
Tiara tersenyum mendengar pujian Hadi itu. Pujian daripada Ikhwan Hadi bukan boleh kutip tepi jalan.
"Thank you" ucap Tiara.
Jantung Hadi berdegup laju apabila mendengar ucapan terima kasih daripada Tiara. Memang hanya terima kasih. Tetapi kalau dari seseorang yang istimewa, kedengaran sangat bermakna.
"Dia cakap thank you dekat aku!! WOOO!!" jerit hati Hadi riang.
//
Mereka sudah sampai di hadapan kedai makan yang Tiara berkerja. Hadi berhentikan kereta nya dan memandang kedai makan itu. Tiara yang melihat Hadi memandang kedai itu tersenyum.
"Ini lah tempat aku cari duit lebih. Macam tu lah aku, nak duit kena usaha. Kau ye lah, ayah kau kaya. Hebat kau" kata Tiara bersahaja.
Pandangan Hadi yang melihat kedai makan itu beralih ke muka Tiara. Dia memandang Tiara tidak puas hati.
"Apa kau cakap ni? Kau patut bersyukur tau kau cukup semua. Rezeki kau ada, rezeki aku ada. Kan rezeki orang lain-lain. Aku malu tau dengan kau sekarang ni. Kau perempuan, pergi kerja nak cari duit lebih. Aku ni lelaki, nak duit mintak je ayah aku. Siapa yang hebat sekarang ni?" balas Hadi.
Tiara terdiam mendengar kata-kata Hadi. Betul lah apa dia yang Hadi katakan itu.
"Okey, aku mintak maaf. Sorry" kata Tiara perlahan.
Cair hati Hadi mendengar Tiara meminta maaf.
"Dah lah, kau pergi lah masuk. Balik nanti kau macam mana?" tanya Hadi lembut. Dia tak mahu Tiara rasa bersalah sangat dengan apa yang Tiara kata tadi.
"Aku naik grab lah. Macam mana lagi?" jawab Tiara
"Aku ambik kau nak?" tanya Hadi
Terkejut Tiara mendengar pelawaan Hadi itu. Dia ni kerja part time jadi pemandu grab ke?
"Eh! Tak payah nak melebih. Kau dah hantar aku ni dah cukup baik dah. Tak payah ambik aku balik nanti. Balik nanti aku naik grab" tolak Tiara
"Betul ni?" tanya Hadi
"Iyee. Apa yang tak betul nya. Dah lah! Makin aku bercakap dengan kau lama-lama nanti tak kerja aku. Aku masuk dulu" kata Tiara ingin membuka pintu kereta.
"Eh kejap" halang Hadi
"Apa lagi?! Kau suka kan halang halang aku nak keluar. Apa dia kau nak cakap?" tanya Tiara.
"Salam aku cepat. Nak pergi kerja kan?" gurau Hadi sambil menghulurkan tangan nya.
"Aku tumbuk muka kau jadi orang lain rupa kau nanti kang!" kata Tiara sambil menunjukkan penumbuk nya ke muka Hadi.
"Hahahah, aku gurau je lah. Gurau pun tak boleh. Kau nak pergi kerja kena lah happy. Happy tak sekarang?" tanya Hadi
"Happy sangat-sangat. Dah lah! Aku nak keluar. Makin sewel aku bercakap dengan kau" kata Tiara kemudian dia keluar dari kereta.
Hadi menurunkan tingkap kereta.
"Kerja elok-elok. Balik rumah pun nanti elok-elok" pesan Hadi.
"Iyee. Kau jalan lah dulu. Lepastu baru aku masuk" kata Tiara
"Bye, assalamualaikum" kata Hadi kemudian keretanya pergi.
"Waalaikumussalam" jawab Tiara.
Setelah melihat kereta Hadi pergi, Tiara pusing belakang untuk masuk ke dalam kedai. Alangkah terkejutnya dia melihat Kak Aisyah di belakang nya.
"Uuu, senyap senyap ek Tiara sekarang" kata Kak Aisyah
"Senyap apa nya kak? Senyap-senyap datang kerja? Memang selama ni kalau Tiara nak datang Tiara tak cakap pun kan?" jawab Tiara. Dia tidak faham apa yang cuba Kak Aisyah katakan.
"Ish kau ni! Bukan itu! Tu, yang hantar kau tadi tu. Siapa dia? Akak tak pernah tengok pun" tanya Kak Aisyah
"Ouhhh, itu kawan Tiara. Dia yang nak hantar Tiara. Tapi, apa yang senyap?" tanya Tiara lagi.
"Senyap senyap lah Tiara dah ada boyfriend!" kata Kak Aisyah
Tiara tergelak kecil. Ingatkan apa yang senyap. Rupanya benda itu yang Kak Aisyah maksud kan.
"Ya Allah, Kak Aisyah. Itu kawan Tiara. Bukan boyfriend. Apa akak merepek ni?" kata Tiara menafikan kata-kata Kak Aisyah.
"Eleh, ye lah tu! Tak nak bagitahu akak lah tu. Kan akak dah cakap, kalau ada boyfriend kenalkan dekat akak. Biar akak nilai dia"
"Ish! Apa akak ni. Betul lah itu kawan Tiara" kata Tiara cuba untuk menyakinkan Kak Aisyah.
"Tapi kan akak tengok tadi, handsome jugak dia. Itu akak tengok dari jauh, kalau tengok dari dekat mesti handsome kan?" kata Kak Aisyah sengaja menguji Tiara.
"Boleh lah handsome dia tu" jawab Tiara bersahaja.
"Tengok! Kan akak dah cakap! Mesti ada apa-apa ni! Apa nama dia? Cerita lah kat akak" balas Kak Aisyah teruja.
Merah pipi Tiara kerana malu apabila mendengar kata-kata Kak Aisyah itu.
"Apa Kak Aisyah ni. Mana ada apa-apa lah. Dah lah, Tiara nak masuk kedai nak buat kerja. Layan akak ni sampai bila-bila tak habis" kata Tiara kemudian meninggalkan Kak Aisyah seorang diri di situ.
"Tiara! Eleh, malu-malu pulak dia"
Kak Aisyah berlari mendapatkan Tiara yang sudah berada di dalam kedai.
//
Hadi yang sudah berada dalam biliknya tidak terus duduk. Langkahnya terus ke arah meja belajar yang berada di sudut bilik itu.
Dia ingin mencari buku nota milik Tiara yang dia pinjam tempoh hari. Selepas mencari di bawah timbunan buku di atas meja, buku nota itu dicapainya.
Buku itu dibawa Hadi ke atas katil. Dia duduk di birai katil sambil menyelak helaian buku itu.
"Tak sabar nak jumpa kau esok, Tiara" kata Hadi perlahan.
thankyou sebab sudi bace :):) sorry atas kekurangan .
Share this novel