The art of an eye contact; I fell in love
— Har Azmeer
" Papa! Qaisy tak pernah buat jahat dengan Hana. Apa yang papa dengar dari mulut Har semuanya tipu! Jantan ni penipu besar, pa!" Terang Farhana masih dalam sendunya. Jarinya tertunding tepat pada Har Azmeer.
" Kamu jangan nak tutup kesalahan kamu Hana! Papa tak suka orang tak jujur dengan papa. Har budak baik, tak pernah menipu papa," tegas Encik Nizmi cuba menangkal fikiran Farhana mengenai Har Azmeer yang dirasakan seorang jejaka yang tinggi budi pekerti. Apatah lagi mempunyai hati yang pemurah dan berpegang janji. Tak mungkin jejaka itu boleh bertindak sebegitu rupa pada Farhana.
" Ya Allah pa! Hana anak papa... Takkan papa tak percayakan Hana..." terasa sebak hatinya tiba - tiba bila Encik Nizmi menuduh dia tak jujur.
Encik Nizmi nampak terngadah, seakan dia sedang memikirkan sesuatu. Namun, tidak lama bila suara Encik Nizmi bergegar kembali dan memanaskan suasana yang tegang itu.
" Kamu jangan guna perkataan anak - anak dengan papa. Jangan main emosi bila bukti kamu dah tak lagi suci tu, ada!"
" Selama ni pun, papa dah cukup bersabar dengan perangai kamu yang tak pernah mendengar cakap papa. Papa dah muak dengan perangai kamu yang keras kepala. Sekarang, bila dah tertangkap, kamu nak tunding jari pada Har? Malulah sikit Hana!" Lantang sungguh suara Encik Nizmi. Lagaknya bak hakim yang sudah menjatuhkan hukuman.
Terpempan bila Farhana mendengarnya. Sanggup Encik Nizmi mempertahankan orang yang merogolnya? Dan menzahirkan kekecewaan padanya? Apa selama ini dia sebegitu kurang ajarkah? Apa selama ini dia melampaui batas?
" Astaghfirullahal'adzim!! Papa! Har yang rogol Hana, pa!! Bukan Qaish! Dia rogol Hana dalam bilik persalinan pengantin minggu lepas! Dia memang jantan syaitan!!"
Menepik bagaikan halilintar suara Farhana kedengaran hingga mengegarkan ruang tamu ala Inggeris itu. Selendang yang panjang membaluti kepalanya dikusut - kusutkan serupa orang hilang akal.
Tersingahak sejenak Encik Nizam dibuatnya. Terdiam dia tatkala mendengar suara halilintar Farhana itu. Tidak pernah dalam hidupnya dia melihat Farhana meninggikan suaranya sebegitu rupa.
Farhana yang dia jaga dan dia bela, adalah seorang anak gadis yang cukup baik dan lembut hati sama seperti arwah Inara.
Namun hari ini, di hadapannya ini siapa?
Kepala yang memandangi anak gadisnya, kini ditala pada Har Azmeer. Perasaannya jadi berbelah bagi. Betul ke apa yang Hana cakap? Budak ni ke yang rogol dia? Tapi...
" Betul ke Har? Apa yang Hana cakap?" Bersusun lembut saja ayatnya bila dia bertanya pada jejaka itu.
Har yang menekur tunduk di kerusi mula mengangkat kepala dan bola matanya ditala pada Encik Nizmi dengan wajah yang cukup sedih, " Maafkan Har uncle, Ha— Har cuma hanya tercium bibir Hana. Tak lebih dari tu... Har tergoda bila Hana goda Har..."
Mata Farhana bagaikan mata ikan lolong apatah lagi dengan mulutnya yang melongo luas seakan mengundang ikan Josh menerpa masuk ke dalam rongga mulut.
" WHATT?! BLOODY HELL!"
" Siapa yang goda kau?!!!!" Farhana naik seh!
Tubuh Har yang duduk itu disepak Farhana kuat hingga terdorong dada bidang Har menghenyak ke kepala kerusi.
" Erghhh!"
" Pergi mampuslah dengan orang macam kau!! Dasar bangsat!! Syaitan!! IBLIS!!"
Farhana yang seakan kerasukan jin itu dipegang tubuhnya oleh Haris dari belakang. Melayang - layang kakinya mahu membelasah Har yang masih juga bertopengkan lelaki suci.
" Ira Farhana!! Mengucap! Hei! Kamu dah hilang akal?!"
Encik Nizmi dan Puan Salbiah sudah kepanikan, begitu juga dengan adik beradik tiri Farhana yang lain. Masing - masing bunyu akal, tak tahu nak buat apa dengan Farhana yang hilang kawalan.
Habis pasu - pasu bunga kristal milik Puan Salbiah ditendang Farhana hingga pecah berderai.
Seketika kemudian, Encik Nizmi merentap lengan Farhana lalu mereka dua beranak menikam mata. Dek kerana setan yang merajai diri, selamat satu penampar keras ke pipi Farhana buat sekian kali.
PANG!
Tertungkap Farhana diam bila pipinya terteleng pandang ke arah karpet. Air mata jernih turun selebat - lebatnya dan mengalir pada pipinya yang terasa hangat bekas tamparan. Pijar pipinya.
" Papa..."
" Padan muka." Sengih Naomi jahat. Suka benar dia lihat kehancuran hidup kakak tirinya itu.
Har pula masih menggosok - gosok dadanya yang terasa senak, sebelum dia naik menyabung mata dengan Encik Nizmi. Ditayang pandangan mata yang penuh kesayuan. Mahu memancing hati Encik Nizmi untuk tidak meletakkan syak wasangka padanya.
" Maafkan Har, uncle. Har sanggup bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Maafkan Har, uncle." Har masih belum mahu berputus asa.
" Ehh, tak... Uncle tak salahkan Har," ayat Encik Nizmi segera dipotong laju.
" Papa percaya cakap jantan ni? Dari cakap Hana?" Farhana kuatkan hatinya memandang kembali wajah Encik Nizmi bila Encik Nizmi kata begitu.
Bila matanya merakam wajah Encik Nizmi, hatinya hancur lebur. Dia bukannya orang asing, Har Azmeer itu orang asing! Encik Nizmi bercakap macam tak percayakan dia.
" Nak percaya apa, dah kamu ni penipu!" Celah Puan Salbiah yang masih panas hati dengan anak perempuan tirinya.
" Uncle, aunty... Har sayangkan Hana," Har pandang wajah amuk Farhana sejeda sebelum dia kembali berlakon.
" Har dah lama pasang niat nak memperisterikan Hana. Har nak menjaga Hana sebaik - baiknya. Har betul - betul sukakan Hana sejak dulu lagi. Walaupun Hana mungkin dah rosak..."
Bunyi rengus deras Farhana memberhentikan ayatnya sesaat sebelum dia menyambung, " tapi rasa pada Hana tak pernah berubah, uncle..."
Ini bukan menipu. Ini benar. Jauh di sudut hatinya yang terkubur, dia menyimpan perasaan yang istimewa buat perempuan itu
Har Azmeer bangun dan dia capai tangan Encik Nizmi. Kemas dia mengenggam tangan lelaki separa abad itu. Tercari - cari bola matanya mahu merenung dua pasang mata tua itu.
" Tak apalah uncle kalau Hana tak sudi mempersuamikan saya... harap adalah lelaki yang lebih baik sudi mempersuamikan Hana... Saya pergi dulu... Assalamualaikum..." Har menapak kaki ke pintu masuk rumah dan saat tombol dipulas, dia sengaja terhenti sesaat dua.
" Har! Har... Janganlah macam ni... Masuk dulu. Kita bincang elok - elok. Masuk dulu ya..." Lengan Har ditarik lembut Puan Salbiah. Perempuan itu takut benar jika dia terlepas menantu sebaik Har Azmeer.
Wajah Har yang terpampang duka itu tidak mengambarkan hatinya yang begitu senang bila keluarga Farhana tidak mudah melepaskan dia pergi. Tidak berganjak, dia membuka pintu rumah dan menanti seseorang yang lebih berhak untuk datang menghalangnya.
Lain pula dengan yang seorang itu, dia sedang berkira - kira untuk menjadi pak sanggup.
Haris Muiz inilah peluang kau! Peluang kau untuk miliki Farhana! Cepat!
Haris mara berdiri di hadapan Farhana tapi belum sempat dia bercakap, Encik Nizmi terlebih dahulu memotong.
" Har! Tunggu. Uncle kahwinkan kamu dengan Farhana. Tolonglah. Jangan ubah fikiran kamu..."
Aku dah agak... Farhana tetap milik aku!
***
" Uncle, aunty... Har sayangkan Hana."
Entah kenapa perkataan itu terasa benar sekali di hati Har. Seakan apa yang tertutur di bibirnya dilafaz dengan mudah dan tanpa paksaan.
" Har dah lama pasang niat nak memperisterikan Hana. Har betul - betul sukakan Hana sejak dulu lagi."
Ya. Memang sudah lama dia sukakan gadis polos berwajah cantik itu. Sejak kali pertama Farhana menegur dia sewaktu mencari kelas kuliah di Business school, London dahulu.
Karakter riang dan senyuman Farhana bak pelangi itu membuatkan hati dia terjatuh cinta. Malah, rasanya bukan dia seorang saja yang mendambakan kekasih hati Qaish itu, lelaki di kolej - kolej sekitarnya juga begitu.
Masih dia ingat segar di belakang ingatannya peristiwa Farhana menegurnya pada hari pertama kuliah.
" Hi, excuse me, sir?" Bahu kiri Har ditepuk lembut dengan hujung jari dan segera Har menoleh ke arah punca.
Perempuan berambut ikal paras leher di hadapannya kini terlihat bagaikan bidadari. Jantungnya terasa dipam keras. Dia sendiri tak tahu kenapa Farhana yang melebar senyum itu membuatkan dia tergamam.
" Ermm, oh... sorry to bother you..." jawab Farhana mahu beredar bila Har tidak menjawab salamnya. Apatah lagi bila dahi Har yang menggerutu saja.
" Err, s—sorry. I — I don't mind to be bothered," mendengarkan itu, Farhana menoleh kembali dengan tawa kecil.
" Well, you're funny..."
Buku yang hampir tergelincir, dibawa ke dada kembali bila matanya menyabung mata dengan si wanita berias polos itu.
" I — I... Tak nampak tadi... eh! Errr, I mean I was in the cloud for a second. Cannot see clear... heh," gugup sungguh Har tiap kali dia bercakap dengan jantina berlainan jenis.
Sejak dari sekolah, tak pernah dia dapat mengatasi penyakitnya yang satu itu. Dengan tangan yang terketar, dia membetulkan cermin matanya ke batang hidung.
" In the cloud? Haha... You ni kelakarlah... Eh! You Melayu ke? Malaysia?"
Tawa wanita itu kedengaran semerdu siulan burung Bulbul berkicau merindukan malam. Suara teruja Farhana membuatkan Har jadi semakin gelabah.
Baginya, mendengar tawa seorang wanita seakan membawa satu alamat buruk. Jika ada perempuan yang mendekati dirinya pasti kebanyakannya akan berakhir dengan satu pengakhiran yang menyedihkan.
Sama ada dia dimaki dan dicaci, atau perempuan yang mengenali dia itu akan dimalukan di hadapan khalayak ramai dek kerana kecanggungannya.
" Hah? Ya ya ya! Saya Melayu Malaysia..." Entah kenapa dia berasa malu pula bila dengan wanita yang satu ini. Perasaannya lain macam betul.
" Ohhh... samalah! Saya pun Melayu Malaysia..." jawab Farhana mesra.
" Ye ke? Hehehe," tangan Har segera naik menggosok belakang leher, salah satu dari tabiatnya bila dia berasa malu dan kekok dengan sesuatu situasi atau orang.
Masalahnya, dia terlupa pula yang dia sedang memegang buku maka habis berteraburan jatuh buku ke lantai dibuatnya.
" Opssss!!!"
Farhana membulat mata lalu melihatkan wajah Har yang cuak, dia mengukir senyum tanpa ketawa. Segera dia dudukkan tubuhnya ikut mengutip buku - buku yang jatuh.
" Sorry — Sorry. S—Sorry," tidak putus - putus Har membuah maaf. Entah apalah salahnya tak tahu.
BUK!
" Owww!" Farhana laju menggosok kepalanya yang berlaga dengan kepala Har. Jatuh terduduk dia dibuatnya di koridor berjalan kaki itu.
Har yang panik segera menggosok kepala Farhana keras sampai kusut masai rambut Farhana.
" Err!! Sorry — Sorry!"
" Hahaha..." Farhana yang nak marah tak jadi marah. Dia ketawa sekuat - kuatnya.
Geli hati bila melihat tampang muka Har yang kecuakan dan habis belok cermin mata lelaki itu dari batang hidungnya yang mancung.
" Awak— s— sorry... sorry—! Saya tak sengaja," suara Har bergetar risau.
Farhana menggeleng sebelum dia menepuk lembut lengan Har yang duduk mencangkung di hadapannya. Isyarat mengatakan dia tidak apa - apa.
" I am okay — Hahaha. Adoi. Habis rambut saya. Dah jadi fesyen baru dah... Hahaha," Farhana betulkan rambutnya yang sudah kusut.
Buat kali pertama dalam hidup Har Azmeer, dia berjaya membuatkan seorang perempuan ketawa tanpa lari lintang pukang darinya.
Hatinya terasa panas dengan perasaan bahagia. Jadi beginilah rasanya bahagia? Hangatnya... Gumam dia sendirian dan tanpa sedar dia mencorak senyum lebar.
" You're very cute, you know? Silly boy—," Farhana membetulkan cermin mata Har sebelum dia bangun berdiri.
Buku - buku Har dihulur sebelum dia pandang muka jam tangan Casio Klasik yang terlingkar di pergelangan tangan seketika.
" Ermmm, oppsie! I dah lambat la. Sorry you,"
" It— It's okay..."
" Bye... Nice meeting you silly boy..." Farhana yang melompat - lompat setempat dan jalan mengundur, melambaikan tangannya pada Har mengucapkan selamat tinggal sebelum dia hilang dari pandangan.
Sejak itu, menjadi rutin harian Har untuk memerhatikan dan mendambakan Farhana dari jauh. Bukannya dia mahu jadi pemerhati tegar tapi hanya kerana ingin menyenangkan hatinya yang tak senang bila dia tak dapat menatap seraut wajah cantik itu dalam sehari.
Dia tak mampu mendekati Farhana yang senantiasa diapit dua jejaka popular dan nakal di kolej itu. Tapi dia yang sudah terlebih berhati - hati itu, dapat juga dihidu Qaish dan akhirnya dia dimalukan seisi kolej hingga remuk teruk maruahnya sebagai seorang lelaki. Dan itu semua berpunca daripada perempuan yang bernama Ira Farhana!
***
Puan Salbiah menarik lengan Farhana yang langkahnya terhenti di hadapan pintu sebuah kedai pengantin mewah di ibu kota. Farhana sengaja memberatkan tubuhnya, tak mahu menapak masuk ke dalam kedai itu. Bukan sudah dia beritahu yang dia tak mahu berkahwin dengan syaitan bertopengkan manusia itu?
" Mama kata mama nak beli dress untuk makan malam Datin Leeya... Kenapa kita dekat butik pengantin ni?"
Entah kenapa dia boleh termakan helah Puan Salbiah yang ingin mengajaknya ke pusat membeli belah, membeli busana untuk majlis makan malam di rumah Datin Leeya hari Rabu ini.
Padahal hari Rabu itu tarikh perkahwinannya dengan Har! Dungu betul otak dia sejak balik dari Brooklyn. Erghh, why Hana! Why!!
" Kau ni! Jangan buat pasallah, kau tak malu ke dengan Puan Sri?" Rengus Puan Salbiah geram.
" Hana kan dah kata, Hana tak nak perkahwinan ni terjadi. Kenapa bawa Hana ke sini?!" Balas Farhana juga dengan rengusan geram.
" Eh! Kau nak papa muflis? Kau nak hidup merempat, hah?" Soalan Puan Salbiah kedengaran seperti ugutan. Lengan Farhana dipagutnya kemas dan kuat.
Farhana hanya menjeling mendengus bila dia diugut lagi sebegitu rupa, " biarlah papa muflis, bukannya mati pun kalau muflis mama..."
" Amboi! Mulut kau bila bercakap... Eee, nasib baiklah tak ada cili dalam tangan aku sekarang ni. Kalau tidak memang aku ganyang - ganyang biar reti," kini bibir bawah Farhana yang terbentuk cantik itu dipagut Puan Salbiah geram.
" Mama... Hana, kan ada. Hana boleh bangunkan hidup kita balik. Mama jangan risau. Mama percayakan Hana ya, mama?" Kata Farhana cuba menyakinkan Puan Salbiah.
" Kau ingat aku ni mampu hidup tak berduit? Hah? Kau cakap dengan aku, kau mampu belikan aku beg tangan mahal? Baju mahal? Perhiasan mahal? Rawatan muka aku tiap - tiap bulan? Kau cakap dengan aku? Kau mampu?" Berguni - guni soalan yang dilontar sambil dia menggoyangkan lengan Farhana.
Farhana yang mendengar hanya mengeluh kecil, " Mama... kita mula hidup baru. Kita tinggalkan semua kemewahan kita ni ma... Kita balik semula ke jalan yang lebih diredhai Allah..."
" Wah... Wah... Baru dah bertudung litup, kau dah pandai ceramah aku ya?!" Kali ini naik cubitan pada perut tidak berlemak Farhana.
Farhana yang menerima cubitan berbisa itu mengaduh sakit. Digosok - gosok tempat cubitan. Sakitnya itu tuhan saja yang tahu. Sampai hati mama buat dia begitu.
Belum sempat Puan Salbiah menambah, Puan Sri Rubina menegur dari dua beranak itu belakang. Laju dua kepala itu menoleh ke arah Puan Sri Rubina.
" Kenapa tak masuk lagi? Tak suka baju dekat sini ke? Kalau tak suka kita boleh ke kedai lain..." soal Puan Sri Rubina dengan matanya melingar antara dua beranak yang tercegat di hadapan pintu kedai itu. Di bibirnya melengkung senyum lebar.
" Ohhh, taklah Puan Sri! Kamu anak beranak baru je sampai. Memang nak masuk pun ni haa... Mari Hana," balas Puan Salbiah tersenyum lebar sambil dia menarik lengan Farhana membolos masuk ke dalam kedai itu.
***
Sudah hampir sepuluh pasang baju pengantin disarung ke tubuh langsing Farhana tapi satu pun tidak mampu mengorak senyum di bibir merah merekah itu. Jelas terpampang riak pilu dan marah di tampang mukanya.
Pendingin hawa yang terpasang kuat masih belum dapat meredakan kemarahannya pada Puan Salbiah yang berjaya memperdayakan dia ke mari.
Ya Allah, aku tak nak kahwin dengan Har! Aku tahu, aku banyak salah dan khilaf, Ya Allah, tapi janganlah hukum aku dengan Har...
Dalam diam, Farhana merintih, tidak tahu pada siapa lagi dia harus meminta, hanyalah pada Dia saja.
" Kamu okay Hana?" Soal Puan Sri Rubina setelah dia perasan akan perubahan wajah gadis sunti itu.
Tersentak, Farhana tercari - cari wajah bersih berias dengan solekan nipis itu. Tiada ayat yang mampu dia rangka untuk menyenangkan hati Puan Sri Rubina.
Puan Sri Rubina memang seorang wanita aristokrat yang amat cantik dan tinggi budi. Darah Melayu Asli yang menjadi aristokrat itu sungguh disanjung - sanjung banyak orang, baik dari dalam dan luar negara.
Dia amat bergiat aktif bersama badan - badan amal bencana dalam mengerjakan misi keamanan hingga dia pernah dinobatkan sebagai 'ikon keamanan' oleh badan - badan bersatu dunia. Kejayaan yang paling membanggakan dia setakat ini.
" Mama tanya bakal menantu mama ni, Hana okay?" Puan Sir Rubina yang berdiri jauh sudah menapak kaki di hadapannya.
Tangan wanita yang mengelus pipi itu terasa seperti air yang menyimbah sejuk di pipi Farhana. Tanpa sedar, menitik air mata Farhana jatuh mengenai jemari runcing yang menyentuh pipi mulusnya.
" Mama faham, Hana masih bersedih pada arwah, tapi Har lelaki yang baik... Mama yakin dia boleh jaga Hana dengan baik," pujuk Puan Sri Rubina seakan tahu saja apa yang bermain di dalam benak Farhana.
Bibir Farhana yang bergerak tanpa kata, diperhatikan Puan Salbiah dengan cerlungan maut. Tadi siang - siang dia sudah memberi amaran pada Farhana untuk merahsiakan apa yang sudah terjadi di rumah tempoh hari.
" H— Hana masih tak boleh lupakan arwah Qaish. Hana rindukan Qaish..." menyebut nama itu membawa seribu kesedihan di hatinya. Merenik air mata jatuh ke pipi tanpa diundang.
" Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya... Surah Ad-Dhuha ayat empat. Kamu mesti tahu kan, Hana?"
Farhana menggeleng perlahan, dia tidak tahu. Ya, dia jahil. Masih merangkak dalam mengenal ayat - ayat suci.
Puan Sri Rubina senyum seperti seorang ibu sedang memujuk anaknya. Diseka air mata Farhana dengan hujung jarinya.
" Hana kena teruskan hidup dan lepaskanlah Qaish perlahan - lahan dan buka lembaran baru. Mungkin permulaaan Hana dengan Har adalah yang terbaik yang sudah diaturkan tuhan," Farhana menunduk sebak sambil dia pegang erat tangan Puan Sri Rubina. Hati perempuan memang saling memahami tapi sayang, Puan Salbiah gagal dalam memahami Farhana.
" Mama tahu ianya mudah tertutur di bibir tapi berusahalah terimalah Har ya... dia pasti akan membahagiakan kamu," pujuk Puan Sri Rubina yang tidak tahu apa - apa perihal apa yang terjadi antara Farhana dan Har.
"S... se... sebenarnya..."
Puan Salbiah yang merasakan aura pecah tembelang berlegar di udara segera mendapatkan dua perempuan yang sedang berbual itu.
Busana pengantin yang ditatang seorang pekerja ditarik kasar. Kini, di tangannya dibawa sehelai busana pengantin yang cukup cantik dan mahal," cubalah yang ni Hana. Cantik... kan, Puan Sri?"
Saat mata Puan Sri menyorot matanya pada busana pengantin itu, segera Puan Salbiah mencerlung pada Farhana tanda dia amat marah dengan perbuatan Farhana. Kalau pecah temberang dia sekeluarga, memang tidak berbesanlah dia dengan keluarga kaya itu. Sisih malaikat 44!
Busana pengantin yang ke sebelas yang disarung Farhana membuahkan senyuman yang puas di kedua - dua bibir wanita tua di hadapannya.
" That's it, the dress is so perfect for Hana, kan Puan Salbiah?" Ucap Puan Sri Rubina teruja.
Puan Salbiah mengangguk setuju. Mana - mana baju pun dia tak kisah sebenarnya, asalkan bukan dia yang keluarkan duit.
***
Kaki langit yang masih merah menunggu benam itu diperhatikan dengan segaris senyuman nipis di sebalik penutup hidung dan mulut. Berlumba - lumba oksigen masuk memenuhi ruang paru - parunya sebelum dia menghembus karbon dioksida untuk sang rerumput hijau buat berfotosintesis.
Namun, hatinya sudah cukup hancur dan tidak lagi merah dengan cinta untuk memberi nilai pada deria - deria yang bekerja saat itu. Ibarat sebatang tubuh yang tidak berjasad, Farhana menguatkan hatinya untuk meneruskan hidup.
" Qaish... Kalau you ada di sebalik langit berkaki merah itu, boleh you berlari ke arah I dan bawa I pergi tak, sayang? I rindu you sangat..." jemarinya diregang seakan menginginkan jemari kasar Qaish melingar ke tangannya dan membawa di pergi dari dunia ini.
Air mata yang jatuh untuk Qaish sudah tak bisa berhitung. Kosong sungguh jiwanya tanpa lelaki itu. Hidupnya sudah hilang tujuan bahagia.
Haris dan Jackie yang duduk di atas bonet depan kereta, hanya diam memerhatikan Farhana yang bersendirian di gigi bukit, duduk mencangkung memeluk lutut. Mereka tahu, Farhana pasti sedang merindukan Qaish.
" Poor Hana... Why'd she agreed to marry Har? She could have run away or married someone else, right?" Jackie, perempuan Cina yang bersahabat baik dengan Farhana itu memecahkan kesunyian mereka berdua yang lama.
" It's not that easy Jackie... If she didn't agree on Har's terms, the family will go bankrupt and they might be sold off as hard labour and..."
" You know how she is. She has the purest heart I've ever come to known, Jackie... she... she'll never want them to just go—," tiada apa yang mampu Haris sambung untuk menerangkan budi baik Farhana dalam melindungi keluarga tirinya.
" I don't know... I really don't know," dada dan fikiran Haris dipalu rasa pilu. Apa yang dia ingin membantu Farhana sudah amat terlambat.
***
Sarung tangan kulit yang tersarung di tangan dibetul - betulkan sebelum dia menarik belakang kolar baju lelaki yang tertunduk memuntahkan darah itu. Puntung rokok yang sudah habis diludah jatuh ke lantai jalan.
" Kau, kalau pinjam duit, jangan jadi macam Melayu," saat wajah bersalut darah itu memandang dua bola matanya, dia layangkan satu tumbukan padu tepat mengenai hidung lelaki itu. Terkulai layu lelaki itu jatuh melutut ke jalan tar berlopak air.
" Kereta baru kau boleh beli," sekali tendang, terbang melayang sebatang tubuh itu jatuh terduduk beberapa meter jauh dari Har.
" Rumah baru sampai dua kau beli... tapi HUTANG AKU, KAU TAK BOLEH BAYAR?!!" Dengan satu hayunan, Har memijak kuat ke dada lelaki tadi.
PRAKK!
Kuat kedengaran seakan bunyi sesuatu yang patah. Tulang dada agaknya. Beeto yang berdiri di belakang Har, cuba menghalang lelaki itu dari membunuh. Kerja mereka walaupun agak kotor dan bertumpah darah tapi belum pernah sampai mencabut nyawa orang.
" Bagi kontrak," ujar Har pada pembantu kanannya, Beeto.
" T— Tolong Har... Aku minta masa lagi..." Tersangkut - sangkut suara lelaki itu yang air liur sudah bercampur darah masin.
" Kalau buat esok aku mati, macam mana? Kira dua juta yang kau pinjam tu kasi langsamlah? Hah? Senangnya hidup kau..." rambut lelaki tadi dipagut tinggi supaya muka lelaki tadi nampak mukanya.
Dua kontrak ditunjuk Har pada lelaki itu.
" Sini ada dua pilihan. Pertama, kau pindahkan semua harta kau atas nama aku, dan claim diri kau muflis. Dan dua, kau jual bini kau yang cantik bergetah dengan anak perempuan cantik kau dekat aku."
Diseluk tangannya ke dalam saku jaket kulit hitam yang membaluti tubuhnya mengambil sebatang rokok. Pemetik api dicucuh pada rokok yang terkepit antara dua bibirnya. Kemudian, dia menyisip semula kotak rokok dan pemetik api masuk ke dalam saku.
" Aku ni... tak pernah lagi nak beli - beli perempuan ni tapi sebab kau ada bela empat perempuan cantik dan kebetulan Ah Lew tengah cari pelacur, jadi macam pucuk dicitalah..." Har bangun lalu dia mengheret tubuh lelaki itu menyandar ke dinding. Pen dihulur Beeto.
Har kembali duduk mencangkung serentang dengan lelaki yang menyandar lemah dengan kaki dibelunjurkan ke depan. Baju kemeja putih lelaki sudah basah dengan peluh yang bercampur percikan darah. Kuat betul tumbukan Har.
" Bro... aku nak hutang aku langsai, lepas tu aku dah tak kacau hidup kau. Dan kau pun masih nak merasa hidup mewahkan... Aku saran, kau jual je la empat babi betina yang kau bela tu. Lagipun, aku tengok, dia orang banyak menghabiskan duit kau..." pujuk Har.
Seminit dua, lelaki tadi mengangguk dan menandatangani kontrak.
" Kan senang, macam ni... Jumpa kau esok bro."
Menyungging senyum bibir Har bila hal kutip hutang sudah selesai.
***
" Kau jantan tak guna!!! Aku menyesal kahwin dengan kau!! Kau babi!! Hufff... Ahhhh Ahhh..." Terteleng - teleng kepala perempuan berumur itu menerima asakan batin lelaki muda yang menghentak lurah nikmatnya yang terdalam.
Dua katil bersaiz King itu bergelimpangan dengan empat tubuh perempuan terlentang bertelanjang bulat dikerjakan banyak lelaki.
Har bukan peduli pun, asalkan dia dibayar setimpal dengan harga hutangnya.
" Papa jahat!! Melissa benci papa! Ohhh—. Ohh—.Yes—. Sedapnya..." Terkepit - kepit kedua kakinya kesedapan setelah terpancut kenikmatan. Hanyut sungguh anak perempuan si peminjam itu dalam kenikmatan dunia.
" Wahhh! Manyak cantik ini olang. Business bagus! Hahaha. Thanks Har! Oi, kasi dia duit," Ah Lew amat berpuas hati dengan empat pelacur yang diterimanya hari ini. Dalam dunia pelacuran, wanita Melayu memang menjadi pilihan berbanding bangsa lain.
" Aku kasi kau lebih sikit, pasal pelacur ni manyak cantik! Aku tambah lagi empat puluh ribu ringgit," dia amat gembira dengan pilihan Har. Segera dia menambah duit ke dalam sebuah beg bimbit Nike.
Har mengherot senyum lalu dia toleh ke arah Beeto yang juga melakukan hal yang sama.
" Pleasure doing business with you, Ah Lew," Har mengenggam erat tangan Ah Lew sebelum dia membawa lelaki Cina berumur itu keluar dari bilik suite mewah itu.
" Har... Lepas ni kau dah tak kacau aku, kan?" Bersinar gemilang bebola mata lelaki itu bila dia bertanya sebegitu.
Har mengangguk malas sebelum dia menyuruh Beeto memeriksa beg bimbit Nike yang diterima dari Ah Lew tadi.
Saat Beeto mengangguk tanda cukup duit dua juta lebih itu, dia menyuruh Beeto menunggunya di kereta.
" Dah kau boleh blah dari muka aku," ujar Har yang juga ingin berlalu keluar dari suite hotel mewah itu.
" Kau dapat dua juta lebih Har... Yang lebih tu bukan aku punya ke?" Soal lelaki itu yang masih kehausan duit.
" Kau nak aku pecahkan muka kau lagi ke?" Ujar Har mendatar dan laju saya lelaki itu menggeleng dan bersegera meloloskan diri keluar dari suite mewah itu meninggalkan anak isterinya yang sedang dikerjakan nafsu serakah serupa babi betina.
Bunyi suara raungan perempuan berselang selikan makian dan jeritan nikmat itu, menggelikan hati Har Azmeer.
Kepalanya tergeleng -geleng, bukan dia geli hati dengan tempikan perempuan - perempuan yang dirogol beramai - ramai itu tapi geli hati dengan lelaki yang dibutakan dengan wang. Sanggup dia menjual anak bini hanya kerana terlalu sayangkan harta.
Love is bullshit!
Sama macam Farhana yang dijual Encik Nizmi padanya kerana hutang dan kemewahan dunia. Heh...
Hi. Novel ini sedang dalam perjalanan pengakhiran cerita. Pernah popular di Wattpad sekitar tahun 2018 dan saya kini giat menulis novel ini sehingga habis. Jikalau anda suka dan berminat ingin membaca novel ini, boleh komen di bawah. Terima kasih. Harap anda semua terhibur.
Share this novel