BAB 19

Romance Completed 13562

Pesanan minuman "Milo O" dan nasi goreng seafood habis diratah Tengku Emran pada petang itu. Nasib baik servis pada kedai makan itu cepat dan tidak membuatnya menunggu lama. Hasilnya, perutnya yang sejak tadi meragam kini sudah mulai bekerja menghadam makanan.
Tengku Emran bersandar kenyang pada kerusi kayu milik kedai makan ini. Gaya vintage cafe ini amat menarik perhatian apatah lagi menu-menu yang disediakan sedap-sedap belaka. Tengku Emran mengusap-usap perutnya yang sedikit membuncit kemudian dia sendawa, kuat. Nasib baik tiada pelanggan di kiri kanan belakang depan.

"erkk. Alhamdulilah.. Kenyang.."

Tengku Emran meneliti jam di tangannya. Hampir pukul 3.30 petang. Niatnya untuk duduk di cafe itu selama setengah minit lagi kerana merasakan suasana pada cafe itu amat mententeramkan jiwa. Tengku Emran membuang pandang ke arah luar.
Matanya terarah ke arah pasangan yang baru sahaja ingin memasuki cafe itu. Mereka berdua bergandingan masuk sambil si gadis tertawa mesra.
Gadis itu diperhati lebih teliti. Cik Mok??! Alamak! Cik Mok dengan kekasih hati dia ke? Fuhhh ada jugak yang hendakkan cik mok yang baran. Gumam tengku emran.
Aqisha Riana masih belum perasan bahawa ada sepasang mata yang asyik melihat kemesraannya bersama Hakim. Meskipun tidak kekok seperti tempoh hari, namun dia cuba menyesuaikan diri.

• • • •

"You nak makan and minum ape, Riana?"

Tanya Hakim kepada Aqisha sebaik sahaja pesanan ingin diambil oleh salah seorang pelayan. Menu yang berada di hadapannya disuakan kepada Aqisha.

"Hm.. I nak ice lemon tea and barbeque daging with white rice."

Pesanan dicatat. Menu diserahkan kepada Hakim.

"The same one like her, please.."

Pelayan itu mengangguk dan berlalu untuk menyerahkan pesanan kepada tukang masak. Aqisha mengerutkan dahi dan segera bertanya kepada Hakim.

"Kenapa you tak pesan ikut apa yang you nak makan?"

"i dah pesan tadi kan. Maknanya, i nak makan tu la.."

Hakim menatap wajah Aqisha seraya tersenyum. Lekuk lesung pipi di kanan jelas kelihatan. Baru kali ini Aqisha perasan jejaka itu memiliki satu lesung pipi di kanannya. Nampak begitu sesuai dengan imej "macho" Hakim.

"Hm yela. By the way, cantik tempat you pilih ni. So elegance and harmony. Pelik pulak bila i pergi tempat ni dengan you. Rasa macam kita berdua couple pulak. Agaknya kita salah tempat makan ni tak??"

Soalan Aqisha membuat Hakim tertawa. Couple? Lebih dari itu aku nak.. Bisik Hakim. Aqisha yang merasakan soalannya itu sedikit lucu turut tertawa bersama.
Tanpa disedari, adegan mesra itu disaksikan oleh seseorang yang dari tadi berpura-pura menatap telefon bimbitnya tapi kemudian curi-curi melihat kemesraan itu. Hati Tengku Emran rasa gelisah tiba-tiba lantas dia membuat bayaran untuk makanannya tadi dan langsung meninggalkan cafe itu.. Langkah dihayun laju supaya gadis yang menjadi jirannya itu tidak perasan akan kewujudannya.
Sebelum menolak pintu keluar, Tengku Emran menoleh sekilas ke arah pasangan tadi. Masih sahaja Aqisha Riana berbual mesra dengan lelaki yang berada di hadapannya tanpa sedar kewujudannya.
Tengku Emran medengus keras lantas menolak dan melepaskan pintu kaca itu sekuat hati. Langkah dihayun laju menuju kereta dan segera meninggalkan pekarangan cafe menuju ke suatu tempat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience