Terakhir

Other Completed 44787

Kini Luthfi dah mula sembuh dan pulih sedia kala. Kini dia dan Cinta sedang menanti kelahiran Anak keduanya yang masih dalam kandungan 3 bulan.

Luqman yang baru berusia setahun lebih terlalu aktif hingga membuatkan setiap hari Cinta akan kelelahan.

"Abang boleh teman Cinta tak?" Tanya Cinta.

"Kemana?" Tanya Luthfi yang sedang melayan Luqman.

"Adalah." Kata Cinta.

Luthfi lupa hari ni adalah hari anniversary perkahwinan mereka yang kedua.

"Bagitahu dulu nak kemana?" Tanya Luthfi.

"Nak teman ke tak. Kalau taknak, Cinta pakai motor je." Ugut Cinta.

Kandungan kali ni Cinta suka menyakat dan merajuk pada suami dan anaknya. Apa yang dia nak mesti dapat kalau tak munjung sampai kemalam.

"Ok. Kejap. Abang ambik kunci kereta Kak Layla." Kata Luthfi.

"Ok." Kata Cinta yang menggendong Luqman.

"Mama nak bagi Papa Cuprise. Luq jangan bagitau Papa tau." Kata Cinta.

"Tatatatata." Kata Luqman.

"Eeee Nanak Mama ni. Buat Mama geram je tau. Sama macam Papa dia." Kata Cinta mula mencium pipi Luqman.

"Amboi. Pipi Papa taknak ke?" Tanya Luthfi.

"Meh sini." Cinta mengucup pipi Luthfi kejap.

"Dah kan." Kata Cinta.

"Ni yang buat Abang tak boleh renggang dengan Sayang ni." Kata Luthfi.

Mereka menuju ke Pangkalan dimana Thariq telah menanti mereka.

Thariq membuka pintu kereta tempat duduk penumpang dan mengambil Luqman dari Cinta.

"Hello Sayang Pak Long." Kata Thariq.

"Tatatatatatata." Kata Luqman.

"Ermmm nak gigit boleh?" Kata Al.

"Eh Sorry sikit. Buatlah sendiri." Kata Cinta bergurau.

"Dah lah. Tunggu waktu pecah je." Kata Al.

Umairah yang menapak dibelakang suaminya menarik telinga Al.

"Abang cakap apa tadi? Tunggu meletup. Amboiii Lepas ni Abang yang mengandung." Kata Umairah.

"Abang Gurau je Ayang jangan ambik hati." Kata Al.

"Hah ni yang aku rasa sekarang Al. Isteri aku kuat merajuk. Dengan anak pun nak cemburu." Kata Luthfi.

"Ehhh mestilah. Abang tu Cinta yang punya. Baru Luq." Kata Cinta mula memuncungkan bibirnya.

"Ye. Abang hak mutlak Sayang dan Luq dan kat dalam ni." Kata Luthfi memeluk bahu isterinya.

"Nah." Thariq menghulurkan sesuatu oada Cinta.

"Thanks Abang. Bantu Cinta." Kata Cinta.

"Apa je untuk Love Abang ni." Kata Thariq.

"Nah untuk Abang. Happy Anniversary yang kedua." Kata Cinta.

"Hah?" Luthfi pelik Cinta menyerahkan kotak yang diserahkan Thariq tadi.

"Apa ni?" Tanya Luthfi.

"Bukalah." Kata Cinta.

Luthfi membuka Kotak itu dan melihat ada satu Kunci kereta yang berlambang Honda.

"Apa ni?" Tanya Luthfi.

"Abang oandang dekat Al." Kata Cinta.

Luthfi memandang kearah Al dan Apa yang dilihatnya betul betul diluar dugaan.

Honda Civic keluaran terbaru yang baru sahaja siap spray warna purple sama macam warna Ducati Isterinya dirumah.

"Sayang." Luthfi mulai sebak.

"Cinta tahu Abang nak sangat dengan kereta ni. Jadi sekarang Abang dah tak trauma kan. And sempena Anniversary Cinta hadiahkan Khas untuk Abang. Terima kasih tau dah jaga dan Sayang Cinta dan Luqman selama ni." Kata Cinta.

"Sayang tahu tak, Abang tak pernah terfikir untuk berkahwin lagi selepas apa yang jadi pada perkahwinan pertama Abang. Tapi Abang Redha Allah hantarkan Sayang dalam kehidupan Abang selepas Abang kecewa teruk." Kata Luthfi.

"Cinta nak bagitahu Abang. Mereka jadi saksi semua apa yang Cinta nak bagitahu. Cinta sebenarnya dah lama menutup hati Cinta selepas perkahwinan Cinta gagal bersama HyQarl. Cinta hampir Drop atas rahim Cinta diangkat dan dibuang. Masa tu Cinta dah tak mengharap Cinta seorang lelaki pada Cinta. Tapi Allah hadirkan Abang dalam kehidupan Cinta. Walaupun tak pernah bersua muka lepas pertemuan dekat Airport, Hati Cinta mula dibuai dengan seseorang bernama Adam Luthfi." Kata Cinta.

"And Now, Cinta tak boleh kehilangan Abang lagi. Cinta takut." Kata Cinta.

"Abang tetap akan setia disisi Sayang. Hanya Maut yang akan memisahkan kita berdua." Kata Luthfi lalu mengucup Ubun ubun isterinya.

"Adam Luthfi adalah Milik mutlak Cinta Jasmin. Hingga Syurga." Kata Luthfi.

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience