Uhuks..
Tersedak Anis Raihanna dibuatnya apabila ditanya sedemikian. Dia segera mencapai air lalu diteguk dengan perlahan perlahan. Afiq Raihan hanya beriak selamba. Dia menjeling sekilas isterinya.
'Over betul minah ni. Papa baru mintak honeymoon je kot. Belum suruh ada cucu lagi'bisik hatinya. Dia tersengih kepada Encik Zhafran. Papa ni pun satu masa ni juga la sibuk nak tanya itu ini. Dia sendiri tak terfikir pula pasal honeymoon. Yelah perkara tu bukan sebahagian daripada rancangannya bersama dengan Anis Raihanna. Mereka sekadar bersetuju untuk berkahwin selama 3 bulan saja kemudian berpisah.
"Abang,tolonglah Kak Anis tu. Kesian dia tersedak. Tak ada hati perut betullah kau ni" marah Fiqa tiba tiba. Geram dia apabila abangnya tidak cuba langsung untuk menolong kakak iparnya. Tadi bukan main sweet bagai
sekarang lain pulak jadinya.
Afiq Raihan sudah buat muka menyampah. Suka hatilah nak buat apa dengan isteri dia. Yang nak menyibuk sangat dah kenapa. Namun apabila ternampak jelingan tajam daripada Puan Zulaikha kecut perut terus dia dibuatnya. Seraya itu dia terus mendapatkan isterinya. Encik Zhafran pula naik hairan. Terkejut benar anak menantunya bila ditanya sedemikian. Salah ke apa dia cakap?
"Hana,kau ok ke tak? Tersedak macam nak mati. Kau memang nak aku jadi duda awal ke apa?" bisik Afiq Raihan ke telinga isterinya. Kemudian dia kembali menghalakan pandangan kepada ibubapanya. Dia acah tayang muka risau.
Terbeliak mata Anis Raihanna apabila suaminya berkata sedemikian. Anis apalagi terus dia menyiku perut suaminya. Ha rasakan. Tahulah tak sayang aku tapi tak payah la nak aku mati cepat. Huh!
"Eh, Anis ok la. Sedap sangat mama masak tu sampai tersedak. Afiq tak payah la risaukan Anis. Bukan nak mati pun." sindir Anis Raihanna. Dia menjeling sekilas suami disebelahnya. Dia hampir tergelak apabila melihat muka suaminya yang sedang menahan sakit. Dia mengukir senyuman kepada mentuanya untuk melegakan hati mereka.
"Siapa yang risaukan kau? Tak kuasa aku" gumam Afiq Raihan sendirian. Dia kembali menjamu selera. Namun kata katanya tetap didengari oleh Anis Raihanna. Tanpa amaran,kaki Afiq Raihan dipijak sekuat hati oleh Anis Raihanna.
"Aduh!" jerit Afiq Raihan tiba-tiba. Dia terjerit kerana sakit yang tak terhingga. Tersentak semua orang yang sedang makan. Mata mereka tertumpu kepada dirinya. Anis Raihanna sudah tahan senyum. Ha padan muka kau! Dasar mulut tak ada insurans! kutuk Anis Raihanna dalam hati.
"Abang dah kenapa! Tiba-tiba nak menjerit. Nanti terbangun pulak Amirul. Mama,papa tengok abang ni" adu Fiqa kepada Puan Zulaikha dan Encik Zhafran. Suaminya pula cuba memujuk isterinya agar bertenang.
"Afiq kamu ni dah kenapa? Apa masalah kamu sebenarnya" lembut saja Encik Zhafran bertanya. Risau pula kalau anaknya stres ke apa.
"Eh,pa. Sorry Afiq tak sengaja. Afiq cuma nak kata aduh,Fiq tak bincang lagi nak honeymoon dekat mana dengan Hana. Kan,Hana?" ujar Afiq Raihan lagi. Dia menyiku lengan isterinya agar mengiyakan kata katanya. Terangguk angguk Anis Raihanna sambil mentertawakan suaminya dalam diam. Pandai jugak mamat ni cover eh? Hahaha.
"Oh,papa ingatkan apalah tadi. Dah nanti bincang la sama-sama yer. Bila habis bincang bagitahu papa. Biar papa sponsor." ujar Encik Zhafran. Dia memandang muka anak dan menantunya silih berganti. Mereka hanya menganguk sebagai balasan.
"Dahlah bersembangnya. Makan cepat. Tak elok bercakap sambil makan." sampuk Puan Zulaikha. Macam tak boleh pulak nak bersembang lepas makan. Padahal boleh je. Naik geram hatinya. Namun disabarkan saja.
Mereka sekeluarga menyambung semula menjamah selera apabila ditegur oleh Puan Zulaikha. Masing-masing tak berani bersuara. Mereka sudah sedia maklum dengan sikap
Puan Zulaikha yang amat mementingkan adab tu.
Dalam diam,Afiq Raihan tak henti menyumpah seranah Anis Raihanna didalam hati. Makin geram hatinya bila ternampak isterinya tahan senyum. Apa fikir dia buta ke sampai tak nampak betapa gembiranya minah tu kenakan dia. Tahulah dia apa nak buat dengan minah tu nanti.
???
"Dush..Dush..Dush.."
Bertubi-tubi pukulan yang dikenakan pada punching bag yang tergantung di sebuah gimnasium. Peluh mula membasahi badan milik Haiqal Iskandar. Namun dia terus memukul punching bag tersebut bagi melampiaskan geram yang terbuku dihati.
Hatinya sakit apabila mengenangkan hari ini merupakan hari bahagia yang sepatutnya menjadi miliknya dan Anis Raihanna. Dia sengaja berangkat awal ke Langkawi kerana risau jika gagal mengawal emosinya. Hampir saja dia ingin merosakkan majlis perkahwinan Anis Raihanna dengan membuat kecoh. Namun dia membatalkan saja niat tersebut. Dia tidak mahu rancangannya rosak begitu saja.
Haiqal Iskandar merehatkan diri dibangku yang disediakan selepas kepenatan. Air isotonik yang dibelinya diteguk sehingga habis. Dia mengeluh. Siasatannya hanya menunjukkan perkembangan yang tidak memberansangkan.
Gadis yang dikatakan melanggar Afiq Raihan pada tempoh hari hanya kelihatan pada cctv yang dipasang pada lif hotel tersebut sahaja. Itupun mukanya terlindung daripada jelas kelihatan pada cctv tersebut. Di tempat lain yang dipasang cctv juga tiada tanda tanda keberadaan gadis itu.
Haiqal Iskandar menyimpulkan bahawa gadis itu sudah merancang perkara ini dengan teliti. Memandangkan dia berjaya mengelak dirinya daripada ditangkap oleh cctv yang dipasang berkemungkinan besar gadis itu sudah meninjau dahulu hotel tersebut sebelum hari kejadian.
Tentang kunci bilik Anis Raihanna yang dimiliki oleh gadis itu juga telah diketahui melalui siasatan yang dilakukan. Rupanya pihak hotel mengatakan bahawa kunci hotel tersebut pernah hilang sebelum ini. Selepas beberapa hari,entah bagaimana kunci hotel tersebut boleh berada ditempat asalnya. Maka pihak hotel tidak mengambil pusing atas perkara tersebut.
Jadi dia memeriksa mengapa hanya kunci bilik Anis Raihanna saja yang hilang. Kemudian pihak hotel mengatakan selepas bilik tersebut ditempah oleh Afiq Raihan kunci hotel tersebut hilang serta merta. Kini terbuktilah bahawa gadis itu telah merancang untuk menukarkan kunci bilik Afiq Raihan dengan melanggar lelaki itu.
Berkemungkinan juga gadis itu telah membuat kunci pendua sebelum dikembalikan ditempat asal.Rancangan gadis itu memang sungguh sempurna. Panggilan telefon yang melaporkan kegiatan maksiat dibilik Afiq Raihan tidak dapat dijejaki.
Bagaimana gambar Afiq Raihan dan Anis Raihanna yang diambil didalam bilik hotel tersebut dipercayai diambil oleh kamera tersembunyi yang dijumpai oleh Haiqal Iskandar sendiri.
Sungguh dia tidak sangka bahawa gadis itu sungguh licik bagi memerangkap Anis Raihanna dan Afiq Raihan.
Modus operandi yang digunakan oleh gadis itu sudah diketahui. Segala kemahiran yang dia kuasai semasa menjadi Private Insvestigator pada suatu masa dahulu dia gunakan sebaiknya. Oleh itu tiada masalah bagi Haiqal Iskandar untuk menyiasat kes ini seorang diri. Walaupun bidang pekerjaan tersebut sudah lama ditinggalkan namun tak menghalang dirinya untuk meneruskan siasatan.
Hanya identiti gadis itu sahaja yang tak dapat dikenal pasti. Dia menghela nafas berat. Otaknya serabut apabila memikirkan apakah tindakan gadis itu yang seterusnya. Selepas selesai berehat,dia kembali memukul punching bag tersebut. Itu saja cara untuk menenangkan dirinya buat masa ini.
???
"Apa masalah kau eh sebenarnya?" tanya Afiq Raihan kepada isterinya sebaik saja mereka berdua berada dalam bilik. Dia berpeluk tubuh.
Anis Raihanna sudah buat muka menyampah. Sendiri buat sendiri tak nak mengaku. Dasar tak guna punya mamat. Baik aku tidur daripada layan orang macam ni. Matanya dipejamkan. Pertanyaan suaminya tidak diendahkan.
Afiq Raihan berdecit. Dia berasa geram apabila dipulaukan oleh Anis Raihanna. Boleh pulak dia terus tidur tanpa nak jawab dulu soalan aku. Afiq sudah bercekak pinggang. Dia memerhati saja perbuatan isterinya. Nak tengok sampai bila dia boleh pulaukan aku. Afiq senyum senget.
Anis Raihanna yang berasa dirinya diperhatikan tetap memejamkan matanya. Ha tengoklah aku sampai esok. Fikir aku kisah. Tak kuasa aku.
Anis membetulkan pembaringannya supaya selesa. Sesekali dia curi-curi lihat apa yang dibuat oleh Afiq Raihan. Nampaknya suaminya masih memerhatinya dari tadi. Dia senyum kemenangan.
Tiba-tiba pesanan Puan Aimi menerjah ke dalam fikiran. Anis mula tak senang hati. Aduh,masa ni jugak la nak teringatnya. Perasaan serba salah sudah menyelubungi diri.
Dia berkira kira sama ada mahu mengikut pesanan ibunya atau mengendahkan saja. Bila difikirkan ada betulnya kata Puan Aimi. Mungkin dia boleh jadi isteri yang solehah untuk Afiq Raihan dalam masa 3 bulan ni. Apa salahnya kan?
Dengan berat hati Anis Raihanna membuka matanya. Seraya itu dia menoleh ke arah suaminya. Alangkah terkejutnya dia apabila kini Afiq Raihan memerhatinya dengan menongkat dagu sambil baring disebelahnya.
"Ibu!" Anis melatah. Dia bingkas berdiri. Bila pulak mamat ni baring sebelah aku. Afiq Raihan dah gelak terbahak bahak. Lawak sangat bila ternampak muka Anis Raihanna yang terkejut macam nampak hantu tu.
Satu balingan tepat mengenai muka Afiq Raihan. Afiq tersentak. Siapa pulak main baling bantal ni? Dia menjeling tajam isterinya apabila gadis itu mentertawakan dirinya.
"Apa main baling bantal ni?" ujar Afiq Raihan tak puas hati. Ada jugak yang kena terkam malam ni kang.
"Kau tu yang apa main baring je sebelah orang hah? Tak reti nak mintak izin ke apa?" bidas Anis Raihanna. Tak jadi terus dia nak jadi isteri solehah untuk Afiq Raihan tu.
"Ish,kau yang mengada nak tidur dulu. Sampai aku baring sebelah kau pun tak sedar. Sudah la kau tidur sampai terkerut kerut dahi. Pikir apa hah? Oh fikir kita nak honeymoon kat mana eh?" usik Afiq Raihan. Dia sudah tersenyum nakal. Keningnya dijongketkan sedikit. Matanya dikenyitkan ke arah Anis Raihanna.
Sekali lagi satu balingan diberikan oleh Anis Raihanna kepada suaminya. Memang mintak kaki betul la mamat sorang ni. Namun Afiq Raihan berjaya mengelak.
"Buang masa aku jer la pikir pasal honeymoon tu. Baik aku tidur. Dah kau tidur bawah. Kau ni bukan boleh percaya sangat." balas Anis Raihanna. Malas dia nak bergaduh malam malam buta ni. Buang masa dan tenaga dia jer. Anis bercekak pinggang menunggu Afiq Raihan untuk beralih ke bawah.
"Eh tak adanya aku tidur bawah. Tidur je sebelah aku ni. Aku takkan buat apa apa kat kau lah. Tak ada selera aku. Dah cepatlah aku dah ngantuk ni." balas Afiq Raihan lagi. Dia sudah menutup mata. Mahu lena selepas penat bertikam lidah dengan Anis Raihanna.
Nak tidur sebelah dia ke nak tidur bawah? Gumam Anis Raihanna sendirian. Dia sendiri dah mengantuk. Anis memandang Afiq Raihan yang sudah lena diulit mimpi. Eleh,entah entah dia pura-pura tidur. Bisik hati kecilnya.
Afiq Raihan yang sedar isterinya masih tercegat berdiri melihat dirinya rasa geram. Apa susah sangat nak tidur sebelah aku ni. Aku suruh tidur je pun bukan suruh buat apa. Monolog hatinya.
"Oi, makcik. Kau tidur cepat sebelah aku ni. Daripada aku tak buat apa apa kang lain pulak jadinya. Takkan nak kena dodoi baru nak tido." kata Afiq Raihan. Matanya masih dipejamkan.
"Ish,yelah. Jangan menyesal. Aku ni jenis tido lasak tau. Esok pagi jangan nak salahkan aku pulak." Anis Raihanna terlebih dahulu memberi amaran. Jangan kata dia tak cakap. Dia memang jenis tidur lasak orangnya.
Akhirnya,mereka berdua lena diulit mimpi selepas seharian bergaduh. Entah apa yang akan jadi dengan nasib rumah tangga mereka. Kedua-duanya tak mahu berbalah. Asyik nak menang je.
???
"
Eh,Anis. Mana Afiq? Tak ajak dia sarapan sekali?" tanya Puan Zulaikha. Hairan apabila hanya Anis Raihanna saja yang ada. Kelibat anaknya dia tak nampak pula.
"Oh, Afiq tidur kejap lepas subuh tadi mama. Tu Anis sorang je yang ada ni. Nak kejut takut menganggu pulak." balas Anis Raihanna sopan. Memang betul pun mamat tu tidur selepas mereka berdua solat subuh berjemaah pagi tadi.
Teringat pulak kejadian dia dan Afiq Raihan berbalah kerana berebut bilik air pagi tadi. Lama juga la mereka bergaduh. Agaknya sebab itu suaminya tidur sekejap penat agaknya. Tulah siapa suruh cari gaduh pagi pagi buta. Padan muka.
"Budak bertuah ni kan. Dah Anis pergi kejut Afiq tu. Kalau dia marah cakap mama yang suruh." arah Puan Zulaikha. Dia sudah mencekak pinggang. Paling pantang dia kalau anak-anaknya tidur selepas subuh. Tak masuk rezeki tahu?
Anis Raihanna mengangguk tanda faham. Langkahnya dipercepatkan ke bilik tidurnya. Takut dia kalau mama mengamuk. Walaupun Puan Zulaikha lembut orangnya namun apabila wanita itu naik angin semua orang gerun akan dirinya.
Anis memulas tombol pintu. Dia memeriksa Afiq Raihan. Nampaknya suaminya masih lena diulit mimpi.
Agaknya kan kalau suami dia tahu yang Puan Zulaikha sudah mahu mengamuk mampu lagi ke suami dia nak tidur lena sebegini. Dia mengeleng kepala.
Anis mula menghampiri suaminya. Dia menolak bahu suaminya bagi mengejutkan Afiq Raihan daripada tidur.
"Ish,jangan kacau aku lah!" marah Afiq Raihan. Dia paling tak suka kalau ada sesiapa yang menganggu dia tidur. Dia tidur ni pun bukan saja saja. Tak pernah dia tidur lepas subuh kerana ibubapanya melarangnya sejak kecil lagi. Tapi kali ni dia terpaksa kerana kepenatan berbalah dengan isterinya pagi tadi.
"Afiq,bangunlah cepat. Mama panggil sarapan." balas Anis Raihanna. Dia menggoncangkan lagi bahu suaminya dengan kuat. Kalau suami dia tak bangun habislah Puan Zulaikha mengamuk! Ah dia tak sanggup!
Afiq Raihan mendengus geram. Dia menarik Anis Raihanna ke dalam pelukannya lalu menyambung semula tidurnya. Anis Raihanna yang tak puas hati meronta ronta agar dilepaskan. Sesuka hati dia jer nak peluk orang.
"Afiq lepaskan aku lah. Nanti mama marah." kata Anis Raihanna tak puas hati. Dia masih berusaha untuk melepaskan dirinya daripada dipeluk Afiq Raihan. Namun usahanya hanya sia sia. Kudrat Afiq Raihan lebih kuat darinya.
"Hana baik kau diam. Kau nak aku cium kau ke apa. Tolonglah bagi aku tidur lima minit lepas tu aku lepaskan kau." ujar Afiq Raihan lagi dengan mata yang terpejam. Dia mengeratkan lagi pelukannya.
Anis Raihanna terdiam. Dia berhenti meronta agar dilepaskan. Dia menunggu lima minit yang dijanjikan oleh Afiq Raihan. Oleh kerana tidak tahu nak buat apa dia tertidur sekali bersama dengan Afiq Raihan. Akhirnya,mereka lena dalam keadaan berpelukan pada pagi itu.
Puan Zulaikha yang mula berasa hairan kerana kedua-dua anak menantunya tidak keluar bilik mula rasa tak sedap hati.
"Mana pulak dua orang ni? Tadi suruh Anis panggil Afiq. Tapi sampai sekarang tak keluar bilik. Apa pulak yang jadi ni?" bebel Puan Zulaikha. Dia mula mengorak langkah untuk pergi melihat keadaan mereka di bilik.
Tombol pintu bilik anaknya dipulas. Dia mula mengucap apabila melihat sepasang suami isteri itu lena dibuai mimpi. Dia memohon agar diberi kesabaran dalam menangani pasangan pengantin baru tersebut.
"Bangun! Bangun!"
Don't forget to comment okay! ??
I love you guys! ?
Share this novel