BAB 8

Adventure Completed 1114

“Ini adalah keputusan latihan yang telah diberikan kepadanya,” kata Kapten Andrew sambil memaparkan keputusan itu di skrin gergasi itu. ‘Wow, tidak sangka. Tiada seorang pun peserta dari akademiku yang mampu bertahan hingga 15 pusingan,’ puji ketua Akademi B dalam hatinya.

“Baiklah jika itu keputusan yang kamu ambil. Lagipun setiap daripada keputusan kamu tidak pernah mengecewakan. Jika semua setuju, saya juga turut bersetuju,” balas ketua Akademi B. Semua sudah bersetuju bahawa Max Alexander akan mengetuai peperangan tersebut.

“Baiklah, bila kami boleh bertemu dengan ‘Max The Great’ itu? Tiada niat menyindir tau. Kerana dia memakai topi keselamatan dalam video itu jadi mukanya tidak kelihatan,” tanya ketua Akademi C itu.

“Esok,” ringkas jawapan yang diberikan oleh kapten Andrew.

Bling! Bling! Bling! Aku serta ahli kumpulanku bingkas bangun dan menyiapkan diri. Kemudian aku dan ahli kumpulanku segera ke tempat latihan untuk berlatih bagi persiapan diri untuk berperang. Ternyata bukan kami sahaja, malah ahli kumpulan bersama ketua mereka yang lain turut berkumpul di situ. Aku berasa pelik kerana aku diberitahu bahawa hanya ahli kumpulanku sahaja yang akan membuat latihan pada pagi ini. Tiba-tiba tiga skrin gergasi hologram terpancar di hadapan kami. Satu skrin memaparkan ketua Akademi B bersama para peserta di belakangnya, yang kedua pula ketua Akedemi C bersama para peserta di belakangnya dan yang ketiga adalah Kapten Andrew bersama orang yang telah menyelamatkan bumi daripada musnah merangkap idolaku. Jenaral Latin. Semua peserta kelihatan terkejut dengan kehadirannya.

“Saya selaku Kapten kepada Space Academy ini ingin memklumkan bahawa serangan dari Planet Trizon mungkin berulang. Jadi kami iaitu saya serta ketua-ketua akademi ini telah melantik Max Alexander dari Akademi A untuk mengetuai peperangan ini,” kata Kapten Andrew. Semua kelihatan terkejut terutama aku. ‘Mengapa sekarang baru aku diberitahu? Mengapa tidak daripada sebelum ini? Aku tidak pernah bersedia untuk berperang,’ jerit hati kecilku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience