Mencuba?

Drama Series 421991

Tubuhku tersentak. Mataku berkelip, terkejut. Spontan, dahiku berkerut. Sakit!!

"Berangan!"

Belakang tangan kugosok ke dahi. Menahan pedih dan perit dijentik keras. Kemudian aku kesat hujung mata.

Arif menarik satu baju dari dalam beg galas besar yang terletak di tepi dinding. Baju warna hitam, dia menggeleng. Digulung semula sebelum menarik baju warna kelabu. Baju hitam tadi disumbat semula ke dalam beg manakala baju kelabu disarung ke badan. Tertera logo HRC.

"Jom. Apa best makan kat sini?". Arif membuka pintu untukku. Aku bangun perlahan dari katil masih menggosok dahi. Aku singgah sebentar pada cermin yang terlekat di dinding, melihat kalau kalau ada luka atau benjol pada tempat jentikan.

"Jahat! Tengok ni dah benjol", marahku sambil menekan nekan kawasan yang aku rasa agak bengkak sedikit.

"Elleh, sikit je. Tu pun nak kecoh".

Nampak sangat kan aku ni bukan taste lelaki. Jangankan Seth yang kacak tu, Arif tua ni pun tak teringin kat aku. Tua ke? Tah, yang pasti tua dari aku.

"Cepat la. Aku lapar ni. Kedai mana yang sedap?", gesa Arif.

"Sedap? Tak tau la. Saya mana pernah sampai ke sini. Saya sampai takat bandar je. Tu pun sebab nak beli barang", nyataku apa yang benar.

Aku bukannya jenis yang keluar ke sana sini, makan makan di tempat sedap. Hidup aku sebagai seorang pelajar setakat cukup makan. Adakala duit yang ada tak cukup pun, jika perlu membeli buku atau bahan cetakan lain. Pandai pandai la berjimat dan mengikat perut. Dalam dok ikat perut pun, aku tak kurus kurus juga. Nasib!

Seperti tadi pun, aku tawakal je menaiki bas mencari lokasi penggambaran. Mujur aku buka media sosial setelah lama berhabuk, dapat juga tau yang team produksi ada tak jauh dari rumah sewaku. Aku redah juga kerana hari ini hari terakhir mereka membuat penggambaran, menurut kenyataan yang ditulis Zal di media sosial tadi.

"Habis kau datang tadi semata mata nak jumpa aku?", soalnya sambil melihat kiri kanan jalan sebelum melintas. Banyak juga kereta walaupun sudah malam. Arif menarik tanganku untuk melintas bersama.

"Mana ada. Perasan la boss ni. Nak jumpa semua la. Ingatkan ada semua. Apsal Wati tak ikut?". Aku memasukkan tanganku semula ke dalam poket jaket berhoodie sebaik kami sudah menyeberang. Walaupun aku dan Wati not in a good term tapi takkan nak tunjuk pada orang lain.

"Ni bukan job Mr. Yong", jawab Arif ringkas.

Tak berapa lama kami berjalan, ada sebuah kedai makanan Thai. Arif terus menonong masuk sementelah banyak kerusi meja yang masih kosong.
Seorang pelayan lelaki mendatangi Arif dan Arif memberitahunya bahawa dia inginkan satu meja panjang, kemudian Arif menelefon abang Dan menyatakan lokasi berkumpul untuk makan malam.

Setelah meja panjang tersebut siap, Arif menarik tali hoodie aku. Nak tak nak aku terpaksa ikut.

"Takyah la tarik boss", ujarku kasar.

"Boss, boss. Bila kau kerja dengan aku?", tingkahnya kasar juga.

"Dulu tu".

"Aku tak suka orang panggil aku boss. Panggilan tu nampak bodoh sombong. Aku orang biasa biasa. Panggil aku Arif. Kalau kat kampung, orang panggil aku Ayeh. Tapi macam tak best plak kan, biarlah tu untuk orang kampung je".

"Tapi.....". Aku cuba membantah, rasa seperti kurang sopan pula.

"Apa? Umur? Setakat beza 10 tahun takde hal. Apa ada pada umur?", ujar Arif mengerutkan dahi.

"Kau umur berapa?", soalnya bila aku membisu.

"24", jawabku ringkas tanpa memandang dia.

"Ala.. enam tahun je beza. Lepas ni panggil aku Arif. Kita takde beza pun depan Allah".

"Nak makan apa?". Soalannya buat aku buntu. Macam ni ke orang berdating rasa, tak tahu nak makan apa, nak makan di mana. Dulu dengan Seth, aku tak pernah ada masalah tentang makan. Eh Nura, perasannya kau!!

"Hei.. berangan lagi budak ni. Aku jentik sekali lagi kang", ujar Arif Fahmi kegeraman. Dia melemparkan buku menu ke depanku. Kau fikir aku tak melatah?? Merah padam muka Arif mentertawakan aku. Kurang asam punya boss!

Setelah reda tawanya, baru Arif menyoal aku semula. Lantas aku jawab, "Boss yang bayar, kan. Boss pilih la". Merajuk. Malu la bukan Arif saja yang tengok aku melatah, satu kedai nampak tau. Loud and clear.

"Boss, boss. Kan aku dah cakap tadi. Kau ni.....", keluh Arif mencuka. Ala, aku baru nak merajuk, dia pula macam ni. Ishhhh.... aku tau aku dah tersalah cakap, jadi aku pura pura membuka dan meneliti buku menu yang ada.

"Alahhhh.. takde air soya la", rungutku perlahan.

"Aku tanya makan la. Bukan minum. Lembap la kau ni. Faham soalan ke tidak? Macam mana boleh belajar kat U, orang tanya lain dia jawab lain", marah Arif. Aku  membuat muka menyampah.

"Nak makan ikan tak?", tanya Arif pabila dia membuka halaman hidangan pelbagai jenis masakan ikan.

"Saya makan je tapi kalau order ayam dan telur lagi saya suka. Tiap hari pun tak pe makan tu".

"Patut la badan gebu, suka makan ayam dengan telur. Satu keluarga kau makan. Kau tau tak, ayam yang kau makan tu disuntik supaya cepat gemuk dan berat, jadi penternak boleh jual cepat. Dapat untung cepat dan banyak. Bila kau makan ayam suntik tiap hari, kau rasa takde kesan ke kat diri kau??"

"Dah tu je yang murah. Sedap pula tu", jawabku bersahaja dan itu adalah kebenarannya. Untuk kenyang, aku hanya perlu makan makanan yang murah dan sedap. Betul kan, ikan lagi mahal dari ayam?

"Aku bet kau suka makan ayam dengan telur tu dari kecil kan? Kalau dapat kulit ayam tu goreng garing garing, lagi kau suka kan? Kalau abang kau curi, kau nangis macam orang gila tergolek golek kat lantai. Betul tak?"

Buntang mata aku bila Arif cakap begitu. Itu memang aku. Angah la suka curi kulit ayam yang aku dah asingkan dan kuletak di tepi pinggan. Save the best for last... ha, gitu. Tapi si lahanat tu, pantang aku terleka mesti hilang kulit ayam aku.

"Macam mana tau saya macam tu?", tertinggi sikit nada suaraku saat itu. Terkejut!

"Sama je mana mana budak perempuan. Gila kulit ayam. Macam adik aku", balasnya tertawa kecil.

"Ooooo". Bulat mulutku. Phew!! Tak sangka adik dia pun perangai buruk macam aku. Macam boleh geng je nanti.

Arif memesan semangkuk keropok ikan dan satu set pulut mangga sementara menunggu team produksi tiba. Perut aku berkeriuk pedih. Jadi dengan muka tak malu, aku beralih kerusi. Hahahaha... duduklah aku di sebelah Arif sambil makan sambil menonton drama yang terlayar di televisyen yang terlekat pada dinding kedai makan tersebut. Sempat la kami berdua menghabiskan semangkuk keropok ikan dan sepiring pulut mangga sementara menanti mereka dan hidangan yang dipesan siap lengkap semuanya.

"Eh... secocok pula warna baju korang", sapa Abang Dan sebaik duduk di depan Arif.
Haah la. Baru aku perasan, sama kelabu.

"Sempat mandi? Laju betul", tegur Zal melabuhkan punggung di sebelah aku.

"Kau yang slow", sindirku.

"Banyak la slow. Apsal kau tak tolong kami kemas tadi?", balas Zal menolak bahuku sehingga tubuhku condong ke arah Arif yang duduk di sebelah. Cepat cepat aku stabilkan diri. Belakang kepala Zal aku debik sekali nyaris dia tercium meja. Ha.. puas hati aku.

"Ish la korang ni. Tadi kat set bukan main lagi cam couple. Nasib baik takde pencegah maksiat je tadi", ujar Kak Iris si jurumekap.

"Ala... bising je. Zal, baca doa cepat. Aku dah lapar ni", kata Arif memotong aku dari terus membuka mulut untuk membalas.

Usai makan, semua tersandar kekenyangan. Mata pun layu, kepenatan seharian bekerja.

"Nura, jom ikut kami layan movie baru. Dave sempat download tadi", pelawa Zal. Aku mengerling pada Arif seketika sebelum bersetuju, dia leka dengan telefon yang kerap berbunyi. Mungkin mesej dari teman wanita atau perempuan yang tergilakan dia.

"Eh, kau nak kemana?", soal Arif saat aku melencong arah apabila keluar dari kedai. Bukannya berjalan sebelah dia balik ke hotel tapi ikut team ke van produksi.

"Ikut Zal balik homestay". Jawapanku membuatkan riak wajah Arif berubah. Dia tak berkata apa, terus berjalan ke hotel selepas kami semua bergerak ke homestay.

"Nura", laung Zal dari pintu bilik padaku yang duduk atas sofa di ruang tamu menonton televisyen. Epol terbaring di atas lantai, tanpa berbaju belum mandi pun lagi. Kak Iris dari tadi berkemban ke hulu ke hilir berbual dengan telefon. Adakala bunyi merajuk, kadangkala gelak menggedik. Yang lain ada dah telentang di sebelah Epol, ada juga masuk ke bilik. Abang Dan berehat di rumah sebelah.

"Apa?", jawabku memandang padanya, hanya bertuala. Berdiri di hadapan bilik air.

"Kalau kau nak baring baring masuk la bilik belakang ni".

"Aaaaa?". Tercungit sikit bibirku. Tujuan aku datang nak menonton filem.

"Aku dengan Epol je dalam bilik ni".

"Ok", balasku ringkas. Tak mau la aku berbaring, baru sudah makan. Nanti makin buncit perut ni. Tunggu la dulu sejam dua.

Aku lihat Epol berbisik dengan Dave yang terbaring di sebelahnya. Kemudian Dave bangun dan berjalan ke bilik. Sebenarnya, aku cuba menumpukan perhatian pada televisyen namun disebabkan pergerakan mereka menghalang, aku secara tak sengaja ambil peduli apa yang mereka lakukan.

Hatiku mula gundah bila Dave membawa keluar dapur. Aku dah tahu apa yang akan berlaku sebentar lagi. Bila Dave meletakkan  dapur dan satu beg kecil yang aku tau mengandungi kelengkapan untuk menghisap ganja, seorang demi seorang datang duduk atas lantai di depanku. Aku jadi kurang selesa lalu aku bangun dan berjalan ke luar.

Kak Iris mencangkung tepi pagar sambil bertelefon. Aku rasa dah lama dia berbual, tak habis habis lagi. Mungkin sedang bercinta. Aku jenguk ke rumah sebelah. Malangnya pintu tertutup. Ala... baru nak melepak di situ. Aku mendekati pintu pagar.

Dah la aku terlupa nak beli rokok masa keluar makan tadi. Stok aku habis semasa melepak di set. Blok kedai tak jauh pun dari homestay cuma aku tak pasti samada ada atau tidak kedai serbaneka 24 jam  dan beranikah aku untuk berjalan ke sana kerana tadi aku terperasan ada perkuburan India sebelum masuk ke kawasan perumahan ni tadi.

"Apsal?", tanya Kak Iris. Mungkin dia terperasan aku mundar mandir di luar dan terganggu dengan kehadiran aku.

"Nak lepak sebelah tapi pintu tutup", beritahuku padanya.

"Geng tua tua tu kena tidur awal. Semua ada penyakit tu lagipun kitorang start tadi sebelum subuh".

Aku mengangguk faham.

"Gi masuk dalam la. Kat luar ni banyak nyamuk". Dihalaunya aku.

"Habis, akak dok luar", bantahku.

"Asap ni halau nyamuk", katanya menunjukkan sepuntung rokok baru ditenyeh ke lantai.

"Nak satu?", pintaku. Kak Iris mengeleng, enggan memberi padaku. Aku mengeluh hampa, kedekut!

"Wei Nura, masuk la".

Zal memanggil dan melambai padaku. Aku serba salah, namun tetap melangkah ke arahnya sambil menggaru tengkuk - serba salah ni. Aku mengeluarkan telefon untuk melihat waktu, tapi cahaya skrin malap.

Sah! Bateri nak habis. Dah la powerbank aku jahanam, aku belum beli yang baru.

"Zal, ada charger tak?", soalku. Elok elok habis bertanya, telefon pun berbunyi tanda bateri telah tamat hayat.

"Ada, kat dalam bilik. Beg merah, poket tepi. Kau ambil sekali pouch kecil warna hitam dalam beg tu. Aku lupa nak keluarkan tadi"

"Oh ok". Aku sambungkan charger pada plug di dinding. Beg putih aku berikan pada Zal. Aku bersandar di dinding berhampiran pintu, menanti telefon hidup semula.

Aku memerhati gelagat mereka yang berada di hadapan televisyen. Dapur berada di tengah tengah mereka. Sesekali ada tangan yang mengambilnya. Zal melambai aku agar menyertai mereka. Aku menggelengkan kepala.

Zal merangkak datang padaku. "Nah. Ambil satu. Kau punya dah habis ye?", katanya menghulurkan satu tin kecil. Di dalamnya ada beberapa batang rokok daun nipah yang telah siap bergulung kemas.

Dave datang mendekati kami, dihulurnya setin minuman warna hijau padaku dan aku sekadar tersenyum menggeleng tanda enggan. Dia mengangguk faham sebelum menutup pintu papan. "Banyak nyamuk", katanya.

"Yang biasa tak de?", tanyaku menolak tin itu semula kepada Zal.

Zal tersengih, "takde. Kau try la ni dulu. Sama je".

Aku memandang tepat pada Zal yang kelihatan teruja sangat supaya aku mencuba rokok daun nipahnya. Hatiku mula berperang, patut cuba atau ....

Share this novel

UdangGalah
2019-09-29 19:55:51 

Sedangkan isap rokok pun dah tinggi modalnya, nak mentain sehari sekotak pun terpaksa layan rokok seludup yang jauh lebih murah, ye la rokok ori mahal nak mam.. Apa lagi berani² menjebakkan diri dengan ganja, secoet besar macam gula² sugus tu je dah rm50 dik oii.. Besar risiko kalau dah termula n ketagih. Tu belum kantoi urine lagi. Lagi la panjang cerita kalau dah 'ke dalam'.

Hana
2019-09-29 16:45:27 

jgn cubaa laa nura....arif sayang...g selamatkn nura plishh


NovelPlus Premium

The best ads free experience