Selepas kejadian itu, Tiara mula bersikap dingin dengan Hadi. Kalau boleh, Tiara tak akan dekatkan diri nya dengan Hadi.
Sekurang-kurangnya sejauh 6 meter dari Hadi. Muka Hadi lagi tak payah cakap. Tiara memang tak nak pandang. Kalau Hadi seperti mahu pergi ke arahnya, Tiara akan pergi ke arah lain.
Kata-kata Nia masih terngiang-ngiang di telinga nya.
"Aku rapat sangat kan dengan Hadi?! Hambik! Muka dia pun aku tak tengok! Aku tak hadap lah jantan ni Nia! Kau nak sangat dia kau ambik lah! Aku tak halang lah walau sekelumit! Kau yang suka dia aku pulak yang kena. Dasar perempuan kuat meroyan!!" jerit Tiara dalam hati.
Ikut hati nak dia jerit kuat-kuat. Tapi nanti dia pulak yang dilabel perempuan gila.
Hadi yang perasan dengan sikap Tiara itu tidak senang. Dia perasan yang Tiara cuba menjauhkan diri daripadanya.
Kadang-kadang dia pelik. Dia ada buat salah ke sampai Tiara marah macam tu. Banyak kali dia cuba ingat apa yang dia buat yang boleh buat Tiara marah. Tapi, tak ada!
Setiap kali dia nak pergi ke arah Tiara, Tiara akan pergi jauh daripada dia.
Hadi mesej Tiara, Tiara hanya baca. Tak pernah reply. Kali terakhir Hadi mesej Tiara masa Hadi baru pulang dari rumah Tiara. Itu Tiara balas. Hadi pasti ada benda yang jadi yang buat Tiara jauhkan diri daripada dia.
Sehari dua hari dia boleh tahan lagi. Tapi makin lama makin dingin Tiara dengan dia.
Hadi dah penat berteka teki. Akhirnya dia mesej Hadirah untuk bertanyakan tentang Tiara.
Hadi : Assalamualaikum
Kali ni Hadi bagi salam. Haritu main terjah je bagi arahan.
Hadirah yang sedang melihat Instagram terhenti apabila melihat notifikasi dari Hadi.
Lantas dia membalas.
Hadirah : Waalaikumussalam. Kenapa Abang Hadi?
Hadi : Aku saja nak tanya kau. Kenapa dengan Tiara? Dia macam lain lah sekarang. Dia okey tak?
Hadirah yang membaca ayat Hadi terkedu.
"Hah sudah! Aku pulak dah jadi orang tengah. Ini yang aku tak suka ni. Aduh, nak cakap benda betul ke nak menipu?" kata Hadirah
Hadirah : Lain apa bang? Sama je saya tengok. Dia layan saya macam biasa je.
Hadi : Dengan kau memang lah sama. Aku cakap, dia dengan aku.
"Alamak! Apa benda kau ni Hadirah! Sengal betul" kata Hadirah sambil menepuk dahi nya.
Hadirah : Dengan abang? Saya tengok sama je. Tak ada yang lain pun.
"Terpaksa lah saya menipu bang. Tak ada jalan lain. Jalan ni je" Hadirah mengomel sendiri.
Hadi : Kau tak payah menipu. Aku tahu kau pun perasan yang dia lain. Dia kalau boleh nak jauh dari aku. Aku tahu kau tahu apa jadi dengan Tiara. Tiara okey tak? Ada apa-apa jadi dekat dia ke?
"Oh my god. Sweet nya Abang Hadi siap tanya Tiara okey ke tak. Dia risau! Untung kau Tiara , Abang Hadi risau pasal kau. Kalau aku jadi kau, aku bahagia Tiara" kata Hadirah seorang diri. Dia terlupa apa yang dialami Tiara sebelum ini. Tiara disuruh oleh Hadi sesuka hati dia.
Hadirah : Tiara okey je bang. Cuma..
Hadi yang membaca ayat Hadirah itu tidak senang.
Hadi : Cuma apa? Cakap jangan bagi separuh separuh boleh tak.
Hadirah : Cuma ada something yang jadi dekat Tiara. Kalau pasal benda tu, abang kena tanya sendiri dekat Tiara. Saya tak nak masuk campur benda tu. Nanti saya pulak yang Tiara marah.
"Something jadi dekat Tiara?" kata Hadi. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati.
Hadi : Macam mana aku nak tanya dia. Dia pandang muka aku pun tak nak. Mesej aku dia tak reply.
Hadirah : Abang try lagi. Lama-lama dia reply tu.
Hadi : Okey lah. Thankyou lah spend masa borak dengan aku
Pipi Hadirah merah apabila membaca ayat Hadi itu.
Hadirah : Welcome bang.
"Thank you Tiara! Disebabkan kau, aku yang tak pernah pernah sembang dengan Abang Hadi dapat sembang dengan dia. Memang lah cuma mesej bukan depan depan macam kau. Tapi tak apa. Janji tu Ikhwan Hadi" kata Hadirah seorang diri.
Hadi termenung. Patut ke dia mesej Tiara? Kalau dia mesej Tiara, mesti Tiara baca sahaja tak reply.
"Ah, mesej je lah. Reply tak reply tolak tepi" kata Hadi kemudian dia mencari nama Tiara pula.
Tiara yang sedang membaca novel di atas katil mendengar ada notifikasi masuk di telefon nya. Lantas dia bangun dan mencapai telefon nya di atas meja.
Dia melihat nama Hadi. Hadi yang mesej dia.
"Nak apa lagi lah mamat ni. Tak serik kena bluetick ke apa?" kata Tiara kemudian menanda muka surat novel nya dan melihat mesej Hadi.
Hadi : Tiara.
Hadi : Tolong lah jangan baca je. Reply lah jugak.
Hadi : Asal aku tengok kau macam nak jauh dari aku. Aku ada buat salah ke? Kalau ada cakap lah, tak payah nak buat macam ni.
Hadi : Ke ada apa-apa jadi dekat kau? Cerita lah dekat aku mana tahu aku boleh tolong.
Hadi : But please. Tolong jangan jauh dari aku.
Hadi yang mahu padam ayat itu dan menaip ayat baru tertekan butang send.
Terkejut beruk Hadi melihat dia send ayat itu. Tiara pula sudah baca. Kalau nak delete memang tak sempat.
"Hadi! Kenapa kau taip macam tu?! Ya Allah!!!" jerit Hadi.
Hawa yang berada di bilik sebelah mendengar abangnya menjerit tetapi dia buat tidak peduli.
"Tolong jangan jauh dari aku? Hadi ni okey ke tak?" kata Tiara.
Tiba-tiba terbit satu perasaan dalam hatinya setelah baca ayat Hadi itu.
"Ahh! Dia khayal tu. Gila. Agaknya baru bangun tidur terus mesej aku. Pastu terbawak bawak perasaan" kata Tiara menidakkan perasaan itu.
"Nak reply ke tak ni? Kalau tak reply macam kejam. Dia dah sampai merapu dah tu. Tapi kalau reply…"
Muncul muka Nia di fikiran nya.
"Ahh! Reply je lah. Kesian pulak aku tengok nya. Melarat sangat ni" kata Tiara kemudian menaip di papan kekunci telefon nya.
Hadi yang sedang bergolek golek di atas katilnya kerana malu dengan ayat yang dia hantar pada Tiara berhenti bergolek setelah mendengar notifikasi telefon nya.
Dia cepat-cepat mendapat kan telefonnya.
Tiara balas mesej nya! Setelah sekian lama.
Tiara : Aku okey je. Tak ada apa pun.
Tiba-tiba Hadi jantung Hadi berdebar tidak tentu pasal.
Hadi : Lepastu, yang kau macam elak dari aku kenapa?
Tiara : Saja
Hadi : Menipu. Ni mesti ada apa-apa ni. Aku ada buat salah apa-apa ke dekat kau?
Tiara : Tak ada. Kau tak buat salah apa-apa pun dengan aku.
Hadi : Lepastu?
Tiara : Aku tak boleh bagitahu kau pasal benda tu. Cuma, aku nak mintak tolong kau something boleh?
Lagi bertambah jantung Hadi berdebar.
Hadi : Apa dia?
Tiara : Buat masa ni kau jauh dari aku boleh tak?
Hadi : Kenapa? Tiba-tiba je
Tiara : Please. Tolong lah.
Hadi : Cakap dulu kenapa
Tiara : Aku nak puaskan hati someone.
"Someone? Orang yang dia suka tu ke?" kata Hadi. Hilang terus rasa berdebar nya.
Hadi : Siapa orang tu? Aku kenal ke?
Tiara : Adalah. Kau tak boleh tahu. Boleh tak ni? Kau tolong aku?
Hadi terdiam buat seketika.
Hadi : Ye lah. Tapi dengan satu syarat.
"Dia bagi syarat pulak. Macam macam betul dia ni" kata Tiara
Tiara : Apa dia syarat kau?
Hadi : Kalau aku mesej kau, kau reply. Boleh?
Tiara : Okey fine!
Tersenyum Hadi membaca ayat Tiara
Hadi : Okeyy. Dah lah kau pergi lah rehat. Bye!!
Tiara : Byee
Selepas itu, Tiara pun menutup telefon nya. Dia termenung memandang siling bilik tidurnya itu.
"Kenapa dengan Hadi?" Itu sahaja yang mampu dia cakap. Dia sedang keliru waktu itu dengan sikap Hadi.
Kemudian, dia tersenyum kecil kerana mengenangkan perangai Hadi yang seperti budak-budak itu.
Luaran je nampak macam hero Malaya. Tapi, perangai macam budak-budak.
"Haih. Hadi, Hadi…" kata Tiara kemudian sambung kembali membaca novelnya.
Hadi pula selepas tamat perbualan antara dia dan Tiara menjerit gembira buat kali kedua. Hawa pun terdengar buat kali kedua.
"Dah kenapa abang ni? Menjerit jerit pulak. Dua kali pulak tu dia menjerit" kata Hawa kemudian pergi ke bilik abangnya.
Di bukak nya pintu bilik Hadi. Dia melihat Hadi sedang bergolek golek atas katil.
"Abang" panggil Hawa
Hadi yang mendengar Hawa memanggil nya terus terduduk.
"Ye Hawa. Kenapa?" tanya Hadi
"Abang okey tak? Dua kali Hawa dengar abang menjerit. Abang sakit ke?" tanya Hawa
"Abang okey je. Dah, Hawa masuk balik bilik Hawa. Sorry sebab kacau Hawa" jawab Hadi
Hadi tidak tahu maksud adik dia 'abang sakit ke' merujuk kepada sakit yang betul betul sakit atau gila.
Setelah mendengar abangnya kata begitu, Hawa keluar dari bilik Hadi dan tutup pintu.
Hadi hanya tersengih selepas melihat Hawa keluar.
Di fikirannya terbayang nama Tiara Adriana.
//
Nia pula sedang melihat Instagram milik Hadi di atas katil.
Gambar yang Hadi post tidak banyak sekadar ada 5 keping gambar. Gambar terakhir yang Hadi post adalah gambar raya dia tahun lepas.
Walaupun hanya ada 5 gambar tetapi kelima lima gambar Hadi kelihatan sangat kacak. Dan kelima-lima gambar juga mempunyai jumlah like yang banyak.
Ruang komen pula Hadi tutup. Dia tak mahu banyak notifikasi masuk.
"Ikhwan Hadi" kata Nia seorang diri.
Kemudian dia tersenyum seorang diri. Dia berasa puas hati.
Dia teringat perbualan nya dengan perempuan yang sama semasa Nia bertanya tentang Tiara. Perbualan keduanya selepas dia berjumpa dengan Tiara.
"Kau ada bagitahu sesiapa tak pasal aku tanya kau?" tanya Nia
"Tak ada. Saya tak bagitahu sesiapa" jawab perempuan itu.
"Okey bagus. Ni aku nak tanya kau lagi ni. Tiara ada rapat lagi ke dengan Hadi? Like, dia ada cakap lagi dengan Hadi?" tanya Nia
Perempuan itu mengerutkan kening nya untuk mengingat kembali.
"Saya rasa… Tak ada… Haah, tak ada. Tiara dah tak bercakap dengan Abang Hadi. Dia pun jauh dari Abang Hadi" cerita perempuan itu.
Nia yang mendengar perkara itu tersenyum lebar. This is what I want!!
"Good! You can go now. Macam biasa, jangan cerita dekat siapa siapa" kata Nia kemudian perempuan itu pun pergi.
"Sibuk betul perempuan ni. Takut Tiara caras Abang Hadi dia lah tu. Memang patut pun Tiara ambik Abang Hadi tu. Dia tak sesuai sikit pun dengan Abang Hadi. Terkinja-kinja je lebih. Kesian betul dia. Punya nak Abang Hadi sampai kena ambik maklumat daripada aku. Tengok macam Tiara. Bukan dia terkinja-kinja dekat Abang Hadi. Abang Hadi sendiri yang pergi dekat dia. Haih, Nia.. Nia" bebel perempuan itu dalam hati.
Nia yang sudah habis flashback perbualan dia dengan perempuan itu terus duduk.
"Good Tiara. Kau buat apa yang kau patut buat. Kau memang tak layak dengan Hadi. Ada hati nak rapat dengan dia. Mimpi je lah" kata Nia
"Ahh! Senang hati aku bila dia dah tak bercakap dengan Hadi. Mesti Hadi terpaksa layan perempuan tak sedar diri tu kan? Maybe, perempuan tu ugut nak sebarkan apa yang Hadi suruh dia buat. Padahal, Hadi suruh buat apa je pun. And, Hadi pun terpaksa lah layan perangai meroyan perempuan tu. Poor girl. Dahagakan perhatian" kata Nia kemudian baring di atas katilnya.
Tidak sampai 5 minit dia tertidur sambil tersenyum lebar kerana ingatkan dia sudah menang dalam memiliki Hadi.
thankyou sebab sudi bace :):) sorry atas kekurangan.
Share this novel