BAB 11

Romance Completed 497

Syairi mengambil beg kertas di tempat duduk belakang dan mengeluarkan BigMac sebelum meletakkan beg kertas ke tempat duduk itu semula. “ Yang saya makan ni, namanya BigMac.”

Azalea menilik isi kotak kecil ditangan Syairi itu untuk melihat burger yang bernama BigMac.

“ Awak nak rasa tak?”

Azalea pantas menggeleng. “ Awak makan je lah.”

“ Alaa rasalah sikit. Sedap tau!” Syairi masih menyua burgernya dengan Azalea. “ Please??”

Dan akhirnya Azalea menggigit sedikit burger kepunyaan Syairi.

“ Sedap kan?”

Azalea mengangguk.

“ Lepas ni awak nak makan apa lagi?” Syairi jadi seronok melayan Azalea walaupun gadis itu tidak banyak cakap. Hanya banyak mengangguk dan menggeleng.

“ Kita akan jumpa lagi ke?”

“ Mestilah! Nanti saya bawak awak makan tempat yang sedap-sedap lagi, okey?” janjinya.

Azalea senyum pahit. “ Tapi saya tak ada duit.”

Syairi tertawa dengan kelurusan gadis itu. “ Tak apa, awak bayar dengan senyuman je. Boleh?”

“ Boleh ke?”

“ Senyum untuk sayalah. Bukan senyum dengan cashier tu nanti.”

“ Ohh...”

Syairi terus menjamu selera. Sesekali dia menjeling Azalea di tempat duduk sebelah yang sudah selesai menghabiskan burgernya. Syairi perasan yang gadis itu terus mendiamkan diri selepas telefon bimbitnya berbunyi sebentar tadi. Air minuman yang diletakkan di tempat meletak air yang berada di antara tempat duduk Syairi dan Azalea pun tidak disentuh. Syairi cepat-cepat menghabiskan burgernya.

“ Awak... kenapa tak minum?” Syairi menghulur Coke kepada Azalea.

Azalea menggeleng. “ Saya perlu balik.” dia sudah mendapat ‘panggilan pulang’ jadi dia perlu pulang segera.

“ Saya hantar.”

Syairi & Azalea

“ Tepilah!”

Pappp!

Tubuh Azalea dilanggar kuat sehingga menyebabkan dia terjatuh dan terhantuk pemegang tangga.

“ Tolak sikit pun jatuh. Lemah!” ejek Edina dan terus masuk ke dapur, untuk sarapan, seperti biasa.

“ Morning!” Eyrik menyapa adiknya yang mengambil tempat di kerusi sebelah. “ Buat apa tadi?” soal Eyrik yang mendengar suara Edina bercakap dengan Azalea sebelum masuk ke dapur.

“ Senaman pagi!” jawab Edina dengan sengih jahat. “ Mama dengan papa mana?”

“ Tengok jam la dik oi. We’re living with the most busiest business man and business woman. Awal pagi dah lesap.”

“ Bukan macam abang, pemalas.”

“ Kau tu rajin sangat lah??”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience