BAB 6

Adventure Completed 1114

“Max! Max! Bangun, jangan tidur di meja begini,” kejut Newt. Aku bangun dan memandangnya. Aku tersenyum. Inilah dia orang yang kusangkakan cemburu terhadap aku ketika pertama kali berjumpa di dalam ISSOT tetapi rupanya aku telah salah sangka. Dia rupa-rupanya telah banyak membantuku selain Tody.

“Haih, kapten kita penat sangat nampaknya ni, pergi tidur atas katillah,” arah Tody.

“Bila masa aku jadi kapten? Ketua kumpulan sahaja,” balasku. Entah kenapa aku tergelak.

“Dah kenapa dengan ketua kita ni, Newt?” tanya Tody.

“Entah,” balas Newt.

“Tiba-tiba aku teringat kejadian di mana kau termuntah di dalam ISSOT,” kataku lalu tergelak lagi.

“Eh, kapten ke ketua ke, baik kau pergi tidur sekarang sebelum aku stapler mulut kau itu,” marah Tody. Newt hanya mampu ketawa lalu turut mengarahkan aku untuk tidur di atas katil. Aku baring di atas katil. Entah kenapa aku termimpikan hal itu. Aku teringat akan kedua orang tuaku. Itulah kali terakhir aku lihat mereka iaitu lima bulan yang lepas. ‘Haih, rindunya,’ kata hatiku. Entah berapa lama aku tersenyum sendirian sebelum aku tertidur.

Pukul 9 malam, para ketua setiap bahagian bersama ketua akademi lain dan Kapten Andrew bermesyuarat.

“Seperti yang anda ketahui, perang antara Planet Trizon dan Bumi mungkin berulang kembali. Jadi apa persediaan kita? Siapakah diantara peserta kita yang akan dipilih?” tanya kapten. Masing- masing diam.

“Saya yakin bahawa Max Alexander adalah orang yang paling layak,” tegas Ketua Heli.

“Saya tak setuju,” balas ketua akademi B.

“ Saya menyokong kenyataan Heli kerana di antara peserta yang lain, dia adalah yang paling cepat dan tangkas. IQ nya juga tinggi jika hendak dibandingkan dengan kita dan peserta lain,” balas ketua akademi C. Ramai terkejut dengan pengakuannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience