BAB 6

Drama Completed 291

Jelmaan itu dikaitkan dengan seorang jururawat yang bernama Mary Mon yang telah meninggal dunia kira-kira sepuluh tahun lepas.

Sepanjang hayatnya, dia dikenali dengan sikap berdedikasi terhadap tugasnya.

Dalam erti kata lain, dia mempunyai sikap penyayang terhadap kanak-kanak.

Mendiang menganggap semua pesakit kanak-kanak yang dijaga sebagai anaknya sendiri.

Mendiang sering bersama-sama di saat mereka bergembira dan juga berduka.

Atas komitmen dan sikap pengasihnya itu, pihak pengurusan wad mengabadikan nama dan potretnya di wad pediatrik berkenaan sebagai tanda penghargaan kepada mendiang Mary Mon.

Malahan aku sendiri dibawa melihat gambar Mary Mon.

Cantik juga orangnya.

Peristiwa itu tidak akan aku lupakan sampai bila-bila pun.

Sesungguhnya peristiwa itu banyak memberi pengajaran kepadaku agar lebih komited dalam kerjaku sebagai pustakawan.

Cuma kali ini aku lebih banyak dihantui wajah Lishanti yang tersenyum kepadaku sehingga kini.

Aku sentiasa mengharapkan agar dia cepat sembuh dari penyakitnya...juga buat Mary Mon, terima kasih kerana 'kau' hadir memberi satu erti dedikasi dalam tugas, walaupun jasad telah terpisah dari badan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience