Seperti yang dijanjikan, Fea baru sahaja selesai menghantar resumenya kepada beberapa buah perusahaan. Dia berharap sangat rezekinya ada pada salah satu kerja yang dipohonnya.
Fea sudah siap untuk ke kuliah.
"Aduh.. macam mana nak ke kuliah kalau macam ni" Fea mengeluh berat saat melihat skuternya yang rosak.
"Fea" dia menoleh saat namanya dipanggil.
Seorang lelaki berdiri tidak jauh darinya.
"Mari saya hantarkan Fea ke kuliah" dia menilik jam ditangan.
Fea tersenyum sumbing.
"Tak apalah Taylor, saya naik bas saja" tolak Fea lembut dan sopan.
"Err, tapi..Tuan Rey suruh saya hantarkan Fea ke kuliah hari ni"
"Tak perlu. Saya boleh pergi sendiri. Hah, saya dah lambat ni, bye" ucapnya lantas berlari anak menuju keluar pintu pagar besar mansion.
"Tolong jangan beritahu papa!" Laung Fea lantang sambil berlari.
Taylor mengeluh berat.
Rey merupakan pembantu peribadi Rey. Dia juga merupakan orang kepercayaan Rey.
Rey berpaling dan melangkah pergi. Namun, langkahnya seketika mati. Dia teringatkan pesan Rey kepadanya pagi tadi.
"Apapun yang berlaku, kamu harus hantar Fea sampai ke hadapan bangunan kuliah. Jika sesuatu berlaku pada Fea, anggap saja hari ini adalah hari terakhir awak bekerja sebagai pembantu saya disini."
Taylor berlari kearah kereta. Dia memecut laju keluar dari perkarangan mansion menghala ke arah perhentian bas.
Dari jauh dia dapat melihat ada sebuah bas berhenti disitu dan ada beberapa orang naik sebelum bas berjalan semula.
Dia sempat lalu di hadapan perhentian bas, Fea tiada disitu. Mungkin anak majikannya ini sudah berada didalam bas.
**
Fea memeluk tubuh, kesal. Sesekali matanya melirik tajam ke arah cermin pandang belakang yang berada tepat dihadapannya.
Tatapan matanya beradu lama dengan Taylor sebelum lelaki itu mengalihkan pandangannya tepat ke jalan.
"Balik nanti jangan tunggu saya. Biar saya balik naik bas je" suara Fea geram.
Dia malu dengan apa yang berlaku tadi.
Tadinya, dia baru saja dapat tempat duduk di dalam bas sebelum bas tersebut break mengejut sehingga membuatkan beberapa orang penumpang hampir jatuh.
Pemandu bas bertempik pada pemandu kereta dihadapannya.
Selang beberapa saat, muncul susuk seorang lelaki bersut hitam masuk ke dalam bas.
"Taylor" Fea ternyata terkejut dengan kemunculan Taylor. Fea menutup wajahnya.
"Maafkan saya. Maafkan saya." Taylor menundukkan tubuhnya beberapa kali sambil memohon maaf.
"Ada hal kecemasan. Fea, mari ikut saya" suaranya lagi. Ada beberapa suara yang nyatanya mengutuk perbuatan Taylor sehingga membahayakan nyawa penumpang di dalam bas.
Fea dengan wajah merah padam, terpaksa menurut apabila tangannya diseret keluar dari bas.
**
"Maaf Fea. Tuan suruh saya hantar dan ambil Fea dari kuliah." suaranya tanpa memandang ke belakang.
"Tak boleh ke awak rahsiakan hal ni dari papa?" Fea benar-benar kesal dengan tindakkan Taylor.
"Maaf Fea. Saya hanya menurut perintah" ujarnya sebelum menekan pedal minyak dan kereta memecut laju.
"Berhenti-berhenti" arah Fea pantas.
Taylor hanya mengabaikan arahan Fea. Apa yang dikatakan majikannya, harus dia turuti.
Kereta berhenti tepat di hadapan bangunan kuliah. Banyak mata yang memandang ke arah sebuah Bentley hitam yang masuk ke kawasan universiti. Rata-ratanya teruja dan mahu tahu siapakah pemilik kereta tersebut.
Sebelum turun,
"Awak betul-betul buat saya kesal, Taylor" luah Fea lantas membuka pintu dan melangkah turun.
Fea mengabaikan mata-mata yang memandang kearahnya. Dia melangkah laju menuju ke dewan kuliah.
"Fea!" Fiona dan Della mengejar Fea sambil memanggilnya beberapa kali.
"Fea, tunggu" tahan Della dengan nafas tercungap-cungap.
"Kau tak dengar ke kita orang panggil kau? Penat tau tak, pagi-pagi lagi kau dah buat kita orang lari pecut semata-mata nak kejar kau. Ilmu apa kau pakai hah, kita orang berlari sampai macam ni sedangkan kau berjalan je pun" bebel Fiona dengan nafas tercungap-cungap.
"Aku tak suruh pun korang kejar aku" bidas Fea.
Sebenarnya dia tak ada niat untuk berkata begitu kepada rakan-rakannya. Tapi hatinya masih sakit. Dia masih marahkan Taylor, pembantu papanya.
Lelaki muda ini diambil bekerja sebagai pembantu peribadi juga selaku pengawal peribadi Rey. Dan sekarang, kenapa lelaki itu perlu menjaganya pula? Fea mulai rimas.
"Fea, kau tak pernah cakap pun yang kau dari famili kaya. Aku tak sangka, kau ada kereta semewah tu, kan Dell" luah Fiona akan keterujaannya saat melihat rakannya sendiri melangkah keluar dari kereta mewah itu.
Fea memutarkan bola matanya.
"Perlu ke?" Fea mengorak langkah menghala ke dewan kuliah.
"Mestilah perlu. Baru semua orang dekat sini hormat kau" celah Della pula.
Sekali lagi langkah Fea terhenti.
"Aku tak perlukan semua tu untuk orang hormat aku. Yang kaya tu papa aku, bukan aku. Lepas ni, kau anggap je yang aku ni anak orang biasa-biasa je" putus Fea sebelum pintu dewan kuliah dibukanya. Dan saat itu juga, semua mata memandang tepat kearahnya.
Langkah Fea, Della dan Fiona terhenti di hadapan dewan kuliah.
Terdengar suara bisikkan yang datangnya dari para pelajar.
"Dah tak ada kerja ke, sibuk pasal hal orang lain" gerutu Fea geram sebelum melangkah ke meja belajarnya.
Sepanjang kelas bermula sehingga kuliahnya berakhir pada lewat petang, masih ada suara-suara yang bercerita tentang dirinya.
Inilah salah satu penyebab mengapa dia tidak mahu menunjukkan sisi sebenarnya. Biarlah orang tahu dia hanya anak kepada orang kelas biasa, bukan dari kelas atasan. Dia tidak suka dibanding-bandingkan.
Baru sahaja keluar dari bangunan dewan kuliah, seorang lelaki bertubuh tegap, bersut serba hitam sudah berdiri terpacak di sisi kereta Bentley hitam. Sesiapa yang melihatnya pasti terpesona dengan ketampanan yang dimilikinya.
Tapi tidak pada Fea. Saat dia melihat Taylor berada disitu, dia seperti mahu menembak lelaki itu dengan senapang gajah, biar bersepai tubuh lelaki itu menjadi kepingan kecil yang bertaburan ke tanah, baru puas hatinya.
Fea menjeling sekilas ke arah Taylor sebelum melangkah ke arah bertentangan, menuju ke pagar besar universiti.
"Fea" Della dan Fiona mengejar Fea lantas kedua tangannya dicengkam.
Fea mengeluh kesal.
"Hensemnya driver papa kau. Kau tak nak kenalkan kita orang dengan dia ke?" Ulat bulu sudah naik daun. Fiona pantang lihat lelaki tampan, semua hendak diganggunya.
Walhal, niatnya bukan hendak menggatal pun, tapi sekadar mahu mengusik.
"Fea...kau tak mahu tumpangkan kita orang naik kereta mewah kau tu ke? Aku teringin nak merasa naik kereta mewah, duduk kerusi belakang, ada pemandu. Nak feeling-feeling jadi anak orang kaya. Bak kata pepatah, berangan itu kan percuma" ujarnya sambil terkekeh.
Fea mengeluh berat.
Kereta Bentley hitam berhenti tepat di tepi mereka bertiga. Taylor melangkah turun dari kereta lalu membuka pintu dibahagian belakang.
"Fea..." serunya tegas.
Bukan Fea yang mendahului masuk ke dalam kereta, tapi Della dan Fiona.
Taylor kemudian mengulum senyum kearah Fea. Dia bersyukur kerana kawan-kawan Fea telah memudahkan kerjanya.
"Erghhhh!!!!" Fea menggenggam kedua tangannya menahan geram sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.
Dalam perjalanan,
"Bestkan Fea kalau hari-hari macam ni. Datang dan balik naik kereta mewah macam ni, tambah pula bila ada driver yang tampan kat depan ni" Fiona memandang cermin pandang belakang yang berada di hadapannya.
Dia dapat lihat pemandu itu memandang sekilas kearahnya sebelum menatap ke arah Fea dan tersenyum.
Tapi Fea, dia hanya bungkam tanpa sepatah kata. Dia berharap sangat, esok skuternya sudah dibaiki dan dia boleh ke kuliah hanya dengan menaiki skuternya.
Kereta berhenti tepat di kawasan perumahan Della dan Fiona. Untungnya, mereka tinggal di perumahan yang sama. Jadi, mudah kerja Taylor dan dia tidak perlu menghantar rakan Fea ke sana sini.
"Thank you abang hensem kerana tumpangkan kami. Bye Fea, jumpa esok" ucap Della dan Fiona gembira.
Bersambung..
Walaupun Fea datangnya dari keluarga mewah, tapi dia sendiri malu untuk tunjukkan siapa dirinya yang sebenar kepada dunia luar.
Share this novel