bab 36

Romance Series 423079

“Lepaslah! Kau nak apa daripada kitaorang!” meninggi suara Sya ingin dilepaskan. Ayriz yang berada di sebelah memandang mereka dengan merenung.

“Kau diamlah! Sebelum aku tutup mulut kau tu…”

“Mana bos kau? Pengecut.” sinis kata kata yang keluar daripada mulut Ayriz ketika itu. Sya disebelahnya memandang Ayriz, dia dapat merasakan sesuatu bakal terjadi. Sya mula ketakutan ketika itu.

“Kau memang tak sabar nak mati ke perempuan? Aku rasa dia dah gilalah….” Tertawa lelaki itu melihat Ayriz.

“Eh kau nak apa hah? Apa yang bos kau nak daripada kitaorang!” tanya Sya lagi. Setahunya dia tiada musuh. Mengapa dia terjebak dalam situasi ini.

“Kau ni memang memintakan.”

PANG!

Satu tamparan hinggap di pipi Sya dah membuatkan Sya menjerit kesakitan. Ayriz yang berada disebelahnya sudah menutupkan mata menahan amarahnya.

“Sakitlah bodoh!”

“Kau bunyi lagi memang mampus aku kerjakan. Dah jom kita keluar. Biar dua ekor ni dekat sini. Menyusahkan, aku tahu aku campak tepi laut perempuan ni.” bebel lelaki itu kepada kawannya dan mereka terus keluar. Sya sudah teresak manakala Ayriz sedang diam memikirkan sesuatu. Tangannya diikat mengumpal penumbuk menahan amarahnya.

“Mana Baby dengan Sya ni daripada tadi tak balik? Rasanya dah lama diaorang pergi.” tegur Ayie sejak tadi tidak nampak kelibat dua orang adik sepupunya.

“Haah kan dah nak sejam. Diaorang tak balik lagi.” Am turut memandang sekeliling. Air muka Fariz sudah berubah teringat akan kata kata Isac. Dia mencari kelibat lelaki itu namun turut tidak kelihatan.

“Isac mana?” soal Fariz kepada mereka semua.

“Eh haah Isac pon hilang. Dia pergi dekat baby ke?”

“Aku rasa tak sedap hatilah.” tegur Ami apabila dia tidak dapat mengesan adiknya. Sudahlah di tempat orang, hari pun malam.

“Kenapa semua diam je ni? Adik mana? Mama nak suruh dia tengok baju ni.” tegur mama apabila melihat wajah anak anak buahnya berubah.

“Be…belum balik ma.” jawab Ami serba salah. Wajah mama kian berubah.

“Belum balik? Daripada tadi? Mana pula diaorang pergi… Isac? Mana Isac? Mama tak nampak dia pun.” kali ini mama sedikit cuak dan memandang sekeliling… terbit rasa risau apabila tidak melihat kelibat anak anak nya.

“Tak tahu ma… takpe biar kitaorang pergi cari dulu. Mama jangan risau ye. Ami, Ayie, Andy dengan Fariz cari diaorang sekarang.”

“Biar aku call Isac.” beritahu Andy sambil mencari nama Isac. Namun tiada sahutan. Dia mencuba sekali lagi namun masih sama. Ayriz dan Sya juga tidak berangkat telefon. Suasana menjadi kecoh seketika.

“Dah jumpa belum?” soal Isac yang masih lagi melilau mencari Ayriz. Kali ini Isac janji dia tak akan lepaskan perempuan itu. Dia akan ajar secukupnya.

“Aku tengah cari jejak dia…. tapi aku tak jumpa.” beritahu Lim sambil masih lagi melihat di skrin laptop.

“Aku tahu apa-apa jadi dekat Ayriz… perempuan tu sentuh sikit je… semua aku bunuh!” amarah Isac tidak dapat dibedung lagi. Dia terus mengenggam kuat telefonnya. Matanya pula sudah merah menahan marah. Telefon yang berdering sejak tadi dibiarkan. Dia tahu itu pasti daripada keluarga Ayriz yang baru sedar kehilangan Ayriz.

“Ayriz, kita nak buat apa ni? Dia nak apa daripada kita?” soal Sya yang masih berusaha ingin membuka tali yang mengikat tangannya.

“Bukan kita tapi aku. Dia tak puas hati dengan aku.” beritahu Ayriz yang tidak memandang wajah Sya. Sya masih tidak faham dengan apa yang jadi.

“Apa maksud kau? Kau ada musuh ke Riz? Kau kenal siapa yang buat macam ni?”

“Orang bodoh je buat kerja ni mendadak macam ni. Dia memang tak puas sejak aku awal-awal kahwin lagi. Aku minta maaf, sebab aku kau pun dekat sini.” Sya seperti hilang kata. Dia masih tecari-cari jalan cerita and yang sebenar.

“Sya… kau jangan takut dengan aku tau.” pesan Ayriz kali ini memandang wajah Sya untuk mencari kepercayaannya. Sya sedikit dapat mengagak apa yang Ayriz cuba sampaikan lalu menggelengkan kepala. Dia pernah sekali melihat Ayriz membuat perangai demikian, dia tidak sanggup lagi.

“Please Riz… jangan aku tak nak kau terseksa lagi. Tolonglah…”

“Sampai bila aku nak buat aku ni nampak normal Sya… sebab aku macam ni lah ramai pijak kepala aku. Sya tolong aku, tenangkan aku bila semua ni dah settle.”

“Ayriz, aku….”

“Tolong aku Sya… hampir 6 jam kita dalam ni. Aku tak rasa orang tahu kita dekat mana. Kali ni je Sya ikut plan aku.” Sya menghembuskan nafas berat dan mengangguk.

“Apa plan kau?” Ayriz tersenyum….

“Bang patut ke kita buat report polis? Sya pun hilang sekali.”

“Mana diaarang pergi ni… call tak angkat. Mummy risau. Ami, Ami dah cari adik semua tempat ke?”

“Dah mummy… Ami dah cari tapi tak jumpa.”

“Kita report polis je lah…. kalau jadi dekat diaorang macam mana?” Mamanya semakin risau kerana hari sudah menganjak pukul 3 pagi namun mereka masih tidak dijumpai.

“Tapi ma… belum 24 jam.” balas Andy pula sambil menggaru kepala.

“Abis kamu nak tunggu pukul berapa? Adik- adik kamu hilang pukul 3 pagi ni.”

“Fariz rasa jangan report polis. Fariz tahu Ayriz dekat mana.” celah Fariz yang sejak tadi diam. Fariz menunjukkan telefon yang baru mendapat mesej.

“KALAU KAU NAK JUMPA EX WIFE KAU, DATANGLAH SINI SEBELUM AKU CAMPAK DUA DUA DALAM LAUT… KALAU AKU TAHU KAU BERANI REPORT POLIS, AKU SENDIRI AKAN BUNUH DIA!”

“Ya allah anak kita… bang macam mand ni?” Mereka semua terkedu dan mummy dan mama sudah terduduk. Seakan jantung direntap saat itu.

“Ma…mummy… jangan risau. Fariz akan bawa balik Ayriz dengan Sya.” pujuk Fariz ingin menengkan mereka.

“Aku ikut kau.” celah Ami. Fariz mengangguk, dia tahu Ami risau akan adiknya.

“Ami, Fariz hati-hati.” nasihat papa. Jelas orang tua itu juga risau akan kedua anak perempuannya namun dia mesti kuat untuk isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience