''Memang saya agak sibuk kebelakangan ni.Tapi minggu lepas saya ada bawa dia balik kampung sebab saya tahu,dia sangat suka bila saya bawa dia balik kampung.Cuma kebelakangan ini dia agak diam.Saya tak tahu nak buat apa doktor.''Mengeluh lagi.Aiman..Ibu tak tahu apa salah ibu sayang.Dan di sudut bilik yang menempatkan pelbagai mainan,Aiman masih termenung dan melihat saja mainan yang ada tanpa sebarang reaksi ceria melihat mainan yang bermacam-macam itu.
''Boleh saya tahu kenapa Aiman boleh jadi macam tu?Maksud saya,keadaan yang membuatkan dia berubah?''
''Berubah?Saya tak pasti doktor.''Lantas aku teringat mengenai kejadian bulan lepas dimana aku membawa Aiman menyelami hakikat sebenar dengan membawanya melawat pusara arwah.Adakah itu puncanya?Oh Aiman..
''Mungkin sebab arwah papa dia..''Lantas aku terangkan serba-sedikit cerita sebenarnya yang ku kira membawa punca kepada perubahan Aiman.
''Puan..Emosi kanak-kanak ni sentiasa berubah.Ini dipengaruhi bukan saja dari kalangan ahli keluarga malah pengaruh luaran.Pernah tak dia ceritakan tentang apa-apa saja yang berkaitan papanya ataupun ada kehendak yang puan tidak tunaikan?Setiap kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang menunjukkan mereka memberontak.
Ada beberapa cara yang kita boleh nilai disini.Ada sesetengah kanak-kanak menunjukkan mereka kecewa atau memberontak dengan melawan apa yang ibu bapa aturkan untuk dia.Tapi Aiman dia tidak begitu.Saya rasa dia cuba pendamkan kehendak yang tidak dapat ditunaikan.Mungkin sebab faktor sekeliling.Mungkin dia kecewa apabila melihat orang lain ada papa tetapi bagi Aiman dia tiada semua tu.''Aku terkedu sama sekali.Mungkinkah Aiman amat mengharapkan kehadiran 'papa' yang tidak mungkin ada untuk dia?
Baru aku sedar,selama ini sekurang-kurangnya abang adam ada untuk dia.Walaupun terpaksa berkongsi dengan Mira,dia masih mempunyai tempat untuk menumpang kasih.Aku mulai sedar,sejak abang adam berpindah ke Uk atas urusan kerja,Aiman tidak seceria dahulu.
''Terima kasih doktor.''Setelah serba-sedikit mendengar penerangan doktor Salwa tadi,aku sedar yang Aiman amat-amat memerlukan perhatian ku saat ini.
''Kita nak kemana ibu?''Setelah sekian lama,akhirnya Aiman bersuara walaupun hanya beberapa patah.Tak apalah,janji Aiman sudah pandai berbual dengan ku.Jika kebelakangan ini,kemana saja aku bawa belum tentu dia akan bertanya.Nampaknya Aiman ada perubahan positif.
''Aiman rasa?''Aku cuba untuk memancing dia untuk berbual lebih panjang.
Melihat Aiman yang kembali diam,aku sedikit hampa.Tapi tidak apa.Sekurang-kurangnya untuk hari ini dia sudah pandai memulakan perbualan walaupun dengan hanya beberapa patah perkataan.
Sampai ke tempat yang dituju,kereta aku berhentikan di petak parking.Seperti biasa Aiman akan memaut jemari ku erat bila kami jalan beriringan.
''Sorry lambat.Dah lama tunggu?''Zaakir tersenyum menyambut kedatangan kami.
''Tak apa.I pun baru saja sampai.Hai Aiman..''Tapi reaksi Aiman agak mengecewakan.Mungkin dia belum biasa barangkali.Aku cuba meyedapkan hati.
Akhirnya dengan hati yang berat,aku menunaikan permintaan Zaakir untuk keluar bersama.Mungkin sudah tiba masanya aku memberi peluang kepada diri ku dan Aiman sekali lagi.
Walau bukan untuk diri-sendiri,tapi sekurang-kurangnya aku lakukan ini untuk Aiman.Biarlah aku beralah untuk kali ini.
Tidak sanggup rasanya untuk terus melihat Aiman yang bertukar menjadi pendiam.Mama dan papa nampaknya agak senang bila melihat aku akhirnya sudi menerima pelawaan Zaakir untuk kali ini.
Aku agak Hampa bila Aiman langsung tidak mengendahkan Zaakir yang cuba untuk mengambil hatinya.
''Aiman tak nak!''Aku tersentak bila tiba-tiba Aiman meninggikan suaranya begitu.Marah bila dipaksa melantunkan bola yang dibaling oleh Zaakir untuk dia.
''Aiman!''Aku agak malu dengan situasi ini.Tidak sepatutnya Aiman bersikap kurang ajar begitu walaupun dia tidak menyukainya.Aiman telah ku didik secukupnya untuk menghormati orang yang lebih tua.Tapi hari ini.
''Aiman dah cakap tak nak.Uncle ni yang suka paksa Aiman.''Aiman sudah teresak kecil.Dan tiba-tiba aku menjadi rasa sangat bersalah kerana mengherdiknya begitu.
''It's ok Dania..I yang paksa dia.Jangan marahkan Aiman.Dia cuma tak biasa saja..''Zaakir nampaknya agak sabar melayan Aiman.
Share this novel