Series
5510
DELIMA berjalan melintasi ruang tamu dimana ada Puan Salina yang sedang melipat kain di situ.
Dia pandang kiri kanan. Tiada sesiapa selain dia dan wanita itu. Sudah seminggu Puan Salina keluar hospital. Keadaannya tampak lebih sihat.
"Delima, cari Bella ke? Bella ada kat dapur. Kalau adik-adik yang lain main rumah kawan agaknya." ujar Puan Salina tersenyum mekar tanpa ditanya.
Delima senyum serba salah. Hubungan dia dengan Bella tak berapa baik. Buat apa dia cari gadis itu? Dia cari Aniq sebenarnya.
"Aniq ada? Dari pagi tak nampak dia." meskipun malu tapi dia bertanya juga.
"Oh cari abang long. Abang long dia pergi ke bengkel dengan Muaz. Katanya mutor rusak." jawap Puan Salina yang tak lekang dari senyuman.
"Ohh. Begitu."
"Umi nak minta tolong boleh?"
Delima menghampiri wanita itu yang sedang duduk di sofa bersama beberapa lipatan pakaian yang siap dilipat.
"Boleh-boleh. Minta tolong apa, umi?" teruja Delima. Agaknya bosan sangat.
"Tolong letak baju ni dalam bilik Aniq. Bilik dia paling hujung. Tak larat umi nak pergi." kata Puan Salina sambil mengurut lututnya. Betul sakit ya, bukan pura-pura.
Delima semakin teruja mendengar bilik Aniq. Pakaian yang sudah dilipat diambil tanpa banyak soal.
Klak!
Perlahan pintu kamar dibuka. Delima melangkah masuk bersama senyuman lebar.
"Wah! Bersihnya bilik dia." dia pandang tak percaya ruangan sederhana bilik lelaki idamannya itu.
Tak sangka. Bilik ini tampak kemas dan teratur. Bersih saja seperti sering dibersihkan. Terdapat satu gitar dibucu katil. Pada dinding pula penuh poster-poster yang tertampal. Sepertinya poster penyanyi dan band rock.
Matanya bersinar. Tak lepas dari memandang. Sepertinya lelaki itu punya minat besar terhadap nyanyian.
"Macam mana kalau dia nyanyi ya? Mesti suara Aniq sedap." tersenyum-senyum sendiri Delima membayangkan angannya.
Baju yang dibawa diletak atas katil.
Tangannya naik menyentuh lembut katil bersaiz single.
"Jangan lama-lama dalam bilik lelaki. Keluar sebelum dia balik."
Terperanjat Delima dengan teguran tiba-tiba dari Bella. Pantas dia pusing ke belakang.
Entah kenapa, mulanya dia benci tapi berubah kepada takut. Wajah Bella buatnya gerun. Malah nak bertatap mata saja dia tak berani sejak pulang dari hutan. Siapa yang tahu? Mungkin hanya mereka berdua. Mungkin juga setelah 'pembicaraan itu' Bella dingin kepadanya.
"Ba-Baik. Delima keluar dulu. Ta-Tapi Bella sendiri buat apa kat sini? Ini kan bilik Aniq." walaupun cuak, Delima beranikan diri juga bertanya.
Bella mengambil powerbank dari laci. Lalu tunjuk kepada gadis itu.
"Dia pinjam aku punya. Lagipun apa masalahnya kalau aku masuk dalam bilik ni. Aku kan girlfriend Aniq. Kalau kau, pelik la. Tapi aku maafkan sebab kau nak hantar baju saja kan." tuntas Bella sinis terselit sindiran.
Delima tampak tersentak. Terlihat juga riak tak senang dengan perkataan 'girlfriend'. Masih tak percaya gadis didepannya bercinta dengan lelaki idamannya itu.
Delima merasa sakit hati pula melihat muka tak berperasaan gadis itu. Dia ingin keluar dari situ.
Ketika mereka berselisih bahu, langkah Delima terhenti seketika.
"Kau sakit hati?"
Soalan datar dari Bella membuatkan Delima terhenti namun tak berpaling. Mereka saling membelakangi.
"Aku bukan orang yang suka simpan dendam. Tapi, aku akan layan kau. Sepertimana kau layan aku. Bukan ke kau yang mula dulu? Aku tolong sambung je. Baru adil." sinis Bella perlahan dan perliannya cukup membuat Delima terkedu seketika.
Delima ketap bibir. Perasaan yang bercampur aduk. Malu, geram, sakit hati, takut. Semuanya tercampur.
"Apa apa sajalah." sengaja dia melanggar bahu Bella kasar.
Dum!
Pintu sengaja ditutup kasar oleh Delima. Bella masih berdiri tegak di tengah ruangan kamar. Senyuman sinisnya memudar. Wajahnya kian suram.
"Aku pun tak nak bermusuh dengan sesiapa. Hah... kenapa la aku tak boleh hidup dengan tenang." desis Bella perlahan.
Lepas satu... satu. Aku tak minta banyak. Aku cuma nak hidup dengan tenang. Detik hati kecilnya. Kesedihan muncul dari hatinya yang paling dalam. Apa lagi yang dia perlu buat supaya terlepas dari semua hal.
Keluhan kecil terbit dari bibirnya. Entah kenapa pembicaraannya dengan Delima muncul kembali. Ayat-ayat kejam Delima yang membuat dia bersikap dingin begini.
Salah dia juga. Padahal aku baru saja nak berbaik. Desis Bella turut keluar dari kamar Aniq.
IMBAS KEMBALI BEBERAPA HARI YANG LALU...
Usai makan Bella berniat hendak mandi dahulu. Tuala kuning dicapai. Baru saja dia hendak meloloskan diri kedalam kamar mandi. Delima muncul di muka pintu.
"Kau nak mandi juga ke? Kalau nak, ambil tuala putih kat pintu tu. Itu aku punya juga. Tapi kau pakai saja lah." kata Bella bernada biasa. Sempat beri senyum tipis. Dia bukanlah jenis suka tersenyum, tapi tak mahu kawan barunya itu anggap dia sombong pula.
Meskipun Delima guna cara kasar dan memaksa untuk datang kemari. Namun dia faham akan perasaan gadis itu. Gadis itu cuma mahu kehidupan baru dan berada dekat dengan orang yang ia cintai. Jadi, rasanya dia perlu perlakukan Delima dengan baik.
"Pftt!"
Bella berpaling semula. Bingung. Sepertinya dia dengar gadis itu tertawa.
"Kau baru saja bercinta dengan dia kan? Aku tahu niat kau berdua. Kekasih konon. Tak perlu tipu aku. Aku tahu kau pura-pura supaya Aniq tak dekat dengan aku. Kan?"
Bella menghampiri. Dia bingung sekarang. Wajah sinis dan penuh merendahkan itu menatapnya seperti memandang seekor kucing kurap.
"Aku tahu la kau tak sukakan aku. Tapi apa benda yang kau mengarut ni? Kau siapa nak baca hati orang?" balas Bella tegas. Tak terima dirinya direndahkan.
Namun, reaksi Delima semakin menyebalkan. Boleh dia tertawa mengejek?! Sh*t muka saja innocent! Tapi mulut minta penampar.
"Ini pertama kali aku jumpa manusia sebo**h kau, Bella. Aku dengar percakapan kau berdua. Aniq ajak bercinta semata untuk jadikan kau tembok antara aku dan dia? Takkan la kau tak sedar lagi. Apa jaminan dia takkan ganggu kau lagi kalau kau tolong dia?" bisik Delima perlahan. Hah macam bisikkan syaiton pulak! Naik bulu roma.
Bella kehilangan kata-kata. Dia mahu balas tapi dia tak mampu nafikan. Dia sedar saja Aniq cuma gunakan dia. Tapi bercinta bukan perkara besar. Mereka hanya mahukan status, bukan nya perlu bermesraan seperti pasangan yang lain. Hubungannya dengan Aniq tetap seperti biasa. Tapi setelah pulang dari hutan, Aniq melayannya sedikit lebih baik.
Tapi yang pasti sekarang ni yang dia tak boleh terima adalah dia dikatakan b**oh?! What the hell! Macam la kau cerdik sangat! Dia bukan b***h, dia cuma berbaik hati!
"Hah..." Bella meraup rambutnya ke belakang.
"Aku b***h ya? Macam mana nak cakap supaya kau faham ya? Aniq tu dari dulu sukakan aku, jadi-"
"Kesian."
"Hah?" Berkerut kening Bella bingung. Apa pula tiba-tiba kesian? Tak habis lagi nak ejek aku?
Seketika Bella bagai terdiam melihat air muka gadis itu. Senyumannya benar-benar sinis bersama muka tak bersalah.
"Dari dulu kau selalu dipergunakan, kan? Mula dari kawan, keluarga sendiri, sampailah setiap orang yang ada disekeliling kau. Kau orang terb***h yang sentiasa digunakan. Sebenarnya kau orang yang perlu dikasihankan. Aku nampak kau macam anak orang kaya. Mesti ibu kau lahirkan kau semata untuk jadikan kau alat yang namanya 'pewaris'. Kan? Selalunya tekaan aku betul."
Tuala dibahunya Bella genggam erat. Setiap bait kata pedas itu jelas menusuk pendengarannya hingga membuat jiwa bekunya benar-benar panas.
"Dari tadi kau membebel apa? Hah? Sabar aku pun ada had." tukas Bella menahan getaran suara.
Berkerut muka Delima tatkala pipinya dicengkam kasar hingga wajahnya agak dekat dengan wajah Bella. Gadis itu benar-benar marah meskipun masih ditutupi suara tenangnya.
Apa dia ungkit perkara yang sensitif? Dia cuma mahu sakitkan hati Bella. Tak sangka semarah ini.
"Diperguna? Keluarga? Kawan? Hey kau tahu apa pasal aku? Jangan bercakap seolah kau yang atur segala hidup aku! Dari tadi aku tahan sabar. Tapi lama-lama melampau pula mulut kau. Kalau tak tahu apa-apa, diam. Jangan banyak songeh kat tempat orang." ujar Bella keras. Sengaja melepaskan sedikit marahnya. Tangannya sampai menggigil manahan marah.
Sememangnya orang pendiam yang jarang marah ini, sekali marah memang seram. Huhu.
Suara Delima bagai tersekat di anak tekak. Suaranya seperti tak berani nak menjawap! Apa ini? Takkan la dia takut dengan Bella? Badannya gementar. Peluh dingin juga terasa.
Kali ini giliran Delima pula terkaku melihat riak Bella yang serupa perempuan psycho. Gila dia silap orang cari pasal!
"Apa kau kata tadi? B***h? Delima, sebenarnya di situasi sekarang. Kau yang tak cerdik. Kau dah keluar dari kampung kau tu. Kau jauh dari mak kau. Tiada pengawal yang jaga kau. Tapi kat sini? 'Kawasan' aku. Bila-bila masa saja pisau dapur tu boleh tembus kat leher kau. Jadi sekarang siapa b***h?" Bella menahan tawa sinisnya ketika melihat muka pucat gadis itu. Tadi cakap banyak. Sekarang tahu takut.
"Hidup ni jangan suka rendahkan orang lain. Jangan angkuh, rasa diri terpaling hebat. Ingat, di atas langit masih ada langit. Kau dengan aku sama-sama manusia." sambungnya lagi sengaja ingin menyadarkan Delima yang baginya sudah keterlaluan sifat sombongnya. Mungkin berpunca kerana Delima terlalu sering dimanja dan tak ingin kalah dari sesiapa.
Pipi Delima ditampar lembut beserta senyuman tipis diberi. Bella menjauh, namun sebelum masuk kedalam bilik air dia mengatakan sesuatu.
"Aku berkawan dengan semua orang kecuali manusia toxic dan sombong! Jadi kalau nak berkawan dengan aku, buang dulu sifat angkuh tu." ujarnya tenang. Hilang sudah riak psycho nya sebentar tadi. Kembali Bella yang waras.
Delima buang muka. "Siapa yang nak kawan dengan kau?!" gerutunya perlahan.
"Ah lagi satu! Delima..." sengih Bella. Lebih kepada sengih mengejek. "Jangan cuba-cuba nak goda boyfriend kesayangan aku tu. Walaupun annoying tapi dia tu milik aku. Kalau kau nak juga, cuba la. Good luck!"
Menyempat Bella beri semangat dalam masa yang sama memberi amaran.
Hilang saja sosok Bella kedalam kamar mandi. Delima yang sudah panas hati menggerutu seorang diri dipenjuru katil.
Tak pernah dia diperlaku buruk sebegini rupa. Perempuan tu memang gila!
"Macam mana Aniq boleh sukakan dia?! Apa yang bagus sangat perempuan gila tu? Nak dibandingkan aku? Aku lebih sempurna tanpa cacat cela!" getusnya melepas geram. Menumbuk numbuk bantal empuk di situ.
Berani dia kata aku sombong?!
Delima tekup mukanya pada bantal. Bibirnya mencebir gaya seperti menahan nangis.
"Tapi dia seram... aku takut..."
KEMBALI KE MASA SEKARANG...
********
Termenung kebosanan Aniq di kerusi luar bengkel. Sudah 40 minit dia menunggu gilirannya. Ramai pula pelanggan hari ni.
Muaz meninggalkannya kerana pergi membeli air katanya. Tapi sudah setengah jam tak datang-datang. Dasar! Beli air dalam hutan ke?
Telefon pintarnya di atas meja dipandang lama. Sepi saja handset itu. Masa bosan begini lah, tak ada yang whatsapp atau mesej. Masa dia sibuk, berdesup ramai yang mesej. Ceh!
Ting!
Ting!
Secepat kilat Aniq membuka telefonnya. Sepertinya ada mesej masuk. Makin melebar senyum tatkala pesan dari Bella. Kekasih tipu tipunya itu.
'Lama lagi ke?' - Manusia Kesayanganku
'Raf dah nak balik Japan. Dia kata nak jumpa kau dulu. Ke kau busy lagi?' - Manusia Kesayanganku
Ah, Rafael rupanya... ingatkan rindukan aku.
Aniq menggosok belakang lehernya. Seperti dapat agak pula apa yang hendak dibicarakan oleh Rafael si abang protective itu!
Sebelum membalas pesan dari Bella, dia melirik sesaat ke arah mutosikalnya yang sedang dibaiki.
"Bang, agak-agak berapa lama lagi? Teruk sangat ke?" soalnya sekadar ingin menentu masa.
Abang yang tengah membaiki itu angkat muka. "Nak siap dah, Niq. Tunggu kejap. Abang nak betulkan rantai. Longgar sangat ni. Kalau seluar longgar macam ni, agaknya dah londeh."
*********
Bella membantu memasukkan bag kecil kedalam bonet. Tak banyak beg abangnya bawa. Orang lelaki kan. Kalau boleh nak bawa baju sehelai saja. Bonet kereta ditutup.
Dia tersenyum kecil melihat keakraban Rafael yang sedang berpamitan dengan Puan Salina.
"Ada masa saya datang lagi, ya. Itupun kalau umi tak halau la." kata Rafael sekadar bergurau. Tertawa saja belakangnya ditampar geram oleh wanita yang ia sudah anggap ibu itu. Hah, dia memang mudah akrab dengan mana-mana wanita berusia.
"Halau apanya. Apa cakap macam tu. Nanti umi siap hampar karpet merah lagi. Datang ya jangan tak datang. Umi dah anggap Bella dan Raf macam anak umi sendiri dah. Jangan malu-malu." tukas Puan Salina menutupi sebak. Jiwa keibuannya jelas terasa.
Rafael yang mudah terharu itu tersenyum saja. "Terima kasih, umi. Izinkan saya menumpang di rumah. Terima kasih juga izinkan saya yang bukan sesiapa ni panggil umi sebagai 'umi'."
Puan Salina sudah bergenang air mata. Belakangnya diusap lembut oleh Bella disebelah.
Kesiannya dua orang anak ni Ya Allah. Mereka berdua perlukan kasih sayang ibu. Syukurlah hadirkan kedua anak bertuah ini kedalam keluargaku. Bisik hati Puan Salina sebak.
"Ehem, hem! Berkasih sayang tak ajak, ya. Karang jealous Ayu dengan Mariam." celah Bella tersengih sambil melirik dua anak perempuan Puan Salina di anak tangga.
Tertawa mereka. Ayu yang sedang memimpin tangan Mariam tersenyum.
"Jealous ya. Ada-ada saja La awak ni." seketika pandangan Ayu dan Rafael tak sengaja bertemu. Membuat mereka terhenti kejap.
Ayu melarikan wajah meronanya kerana mendapat senyuman manis dari lelaki itu.
Bella yang perasan keadaan itu tersengih diam-diam. Ai sejak bila ni? Takkan la Sahabatku Kakak Iparku. Hahaha!
"Kalau saya datang balik sebagai menantu, boleh ke umi?" sopan Rafael berseloroh. Walaupun gurauan namun dari raut wajahnya tampak serius ketika mengatakan ini.
Ayu sudah merah padam. Gila! Confess depan-depan! Depan umi pulak tu! Dah serupa minta restu.
Bella apa lagi. Tersengih pergi mengusik sahabatnya itu lah. Makin malu makin dia suka usik.
"Aiseymen. Dapat kakak ipar seumur. Nanti aku tidur tengah eh?" seloroh Bella disertai gelak mengekek.
"Haa sudah la. Malu la saya."
Puan Salina yang baru dapat tangkap itu baru faham. "Ohh, nak cop awal-awal la ni? Yang mana? Mariam ke Ayu?"
"Ayong, umi! Mariam kecil lagi!" laung Mariam yang sedang dikejar kakaknya. Bella turut dikejar berkeliling pokok mangga.
Puan Salina kembali tersengih kepada pemuda itu. "Ohh... ayong."
Rafael gosok belakang leher. Sengih kambing. "Boleh ke, umi?"
"Kalau tuan badan nak. Kenapa umi nak halang, kan. Tapi nampak gaya tuan badan tu nampak suka. Umi tak kisah. Sekarang Raf dengan Ayu masih belajar kan. Belajar dulu." ucap Puan Salina lembut beserta senyum yang tak pernah lekang. Senyum manisnya mirip Ayu.
"Eh ya! Saya faham. Saya pun belum bersedia lagi kalau sekarang." tukas Rafael kalut kejap. Malu sebenarnya namun entah datang dari mana keberanian ini membuatkan dia berani mengatakan hasratnya.
Melihat gelak tawa Ayu yang sedang tertawa bersama adiknya membuatnya tersenyum sendiri. Entah sikap sopan, bicara lembut atau senyum manis Ayu membuatnya jatuh cinta. Yang pasti dia terdetik niat untuk jadikan gadis itu isterinya nanti dewasa. Dia yakin gadis itu ada perasaan yang sama dengannya. Kalau tidak, dari awal Ayu sudah membantah.
"Umi dengar kamu ni atlet bola sepak. Antarabangsa pula tu. Betul ke? Itu ke sebab Raf tinggal di Jepun?" soal Puan Salina tampak tertarik.
Tersentak kejap Rafael yang ralit pandang anak dara orang itu. "Ah ya. Tapi umur saya baru 19. Umi doakan saya dapat jadi pemain bola yang lebih berjaya ya?"
Senyum Puan Salina. "Baiklah. Umi sentiasa doakan anak-anak umi. Ramai juga anak umi."
Tak lama kedengaran mutosikal Aniq dari belakang rumah. Muncul pemuda itu. Tak sempat tanggalkan helmet rasanya. Selamba datang dengan helmet di kepala.
"Niq! Seharian tak nampak. Nangis ke? Aku dah nak balik." selamba Rafael berkata dengan muka datarnya. Sempat bersalaman dengan pemuda itu.
"Yow! Pala h*tak kau nangis."
Kedua pemuda itu duduk di kerusi batu bawah pohon redup. Angin petang membuat suasana kampung menjadi tenang.
Rafael menjeling sesaat jam yang melekat pada pergelangan tangan. Rasanya dah tak sempat nak berbasa basi. Dia straight to the point sajalah. Dia pun kejar masa sebenarnya. Borak dengan umi jadi ralit.
"Aku rasa kau tahu apa aku nak pesan ni." dia memulai mukadimah.
Aniq senyum kecil. "Bella kan?"
"Jaga dia baik-baik selama aku tak ada. Entah macam mana, tapi aku percayakan kau. Jangan berani sakitkan hati dia, Niq. Rose dah banyak lalui perkara pahit. Dia satu-satunya adik yang aku ada. Walaupun kami bukan dari darah daging yang sama. Tapi aku sayang dia lebih dari nyawa aku sendiri. Ayu pun aku sayang." ayat terakhirnya Rafael perlahan. Termalu sendiri pula.
Aniq yang cepat menangkap itu pandang tajam. Aii berkenan dengan adik kita ke?
"Apa? Kau ambil adik aku. Aku ambil adik kau. Baru adil. Tak gitu, adik ipar?" bersahaja Rafael berkata.
Aniq senyum saja.
Dia... kahwin dengan Bella?
Panjangkah hubungan palsu mereka hingga mengharapkan sampai ke hubungan yang lebih serius?
Aniq melirik Bella yang sedang berbual bersama umi dan kedua adik perempuannya. Tak jauh dari situ.
"Raf."
"Hm?" sahut Rafael pantas.
"Aku tak tahu perasaan dia pada aku. Tapi yang pasti, aku serius dengan dia. Aku tahu kau geli nak dengar. Tapi aku serius dengan perasaan aku. Jadi kau jangan risau kalau aku sakitkan hati dia. Lagipun dia tak ada hati pada aku." kata Aniq bersama sebaris senyum. Namun disebalik itu seraut wajah mendung disembunyikan.
Terkedu juga Rafael mendengar luahan hati tiba-tiba itu.
Bahu Aniq ditepuk bagai memberi semangat.
"Kau nak tahu rahsia Rose? Rasanya dah ada pada kau. Yah, walaupun masih belum mampu kalahkan aku."
Terangkat kening Aniq. Penasaran jadinya. "Rahsia?"
"Ini antara kita berdua. Kalau Rose tahu, mati aku." awal-awal lagi Rafael beri peringatan.
"Ya ya apa?"
"Rose lemah dengan orang muka kacak. Tapi kacak tu ikut selera dia la. Macam aku ni, selera nombor 1 dia." bersahaja Rafael berkata.
Hampir tersedak tawa Aniq. Pandang tak percaya. Tapi si Raf ni kalau tak puji diri sendiri boleh sawan ke? Wajib ya disetiap dialog tu.
"Biar betul kau?"
"Betul la. Rose tu nampak saja datar, tak berperasaan. Tapi dia lembut sebenarnya."
Aniq pandang tak percaya. "Mana kau tahu?" sebenarnya lebih kepada teruja. Ada chance la dia nak ngorat Bella. Eh? Erk...
"Aku abang dia, aku tahu la." tukas Rafael masih selamba. Meninggi hidung ek bangga.
"Tapi asal tiap kali nampak aku saja, dia dah serupa singa betina. Ke dengan aku saja dia sombong?" Aniq mencebir bibir. Cih! Sampai hati kau Bella. Padahal selama ni effort aku kejar kau walaupun love language aku jahat sikit.
"Kau kurang handsome tu. Tak pun, perangai kau yang suka kacau dia. Dia kalau dah tak suka, kau handsome la selevel shah rukh khan pun. Dia takkan pandang. Ubah sikap kau dulu." kali ini bicara Rafael lebih serius.
Aniq garu kepala bersama muka bersalah. First time sedar kesalahan. Sebenarnya selama ni dia sedar saja sikapnya kekanakkan.
Tapi nak buat macam mana. Dah love language dia begini. Dia mahu Bella jatuh cinta dengannya meskipun dia terlihat jahat dimata orang lain.
"Nanti aku kurangkan. Hehe."
Share this novel