BAB 26

Humor Completed 78146

"ANDAI Adam dah tak boleh terima Aisyah.Pulangkan lah pada kami.Macam mana Adam ambil macam tu lah juga Adam pulangkan.Aisyah satu-satu nya amanat dari arwah.Abi bertanggungjawab memastikan kebajikan Aisyah terpelihara."

Terngiang-ngiang kata-kata Pak ngah Daud.Bukan satu ugutan tapi lebih keoada menasihati.Semua di Darul Sakinah sayangkan Aisyah.Pak ngah Daud tahu setiap gerak geri anak saudaranya itu.Sejak kecil lagi Aisyah membesar bersama anak-anaknya.Aisyah sakit ker sedih ker gembira ker,semua Pak ngah Daud tahu.

Macam sekarang pun dia tahu Aisyah hanya berpura-pura kuat depan semua orang.

Berkali-kali Adam mohon maaf dan berjanji akan menjaga Aisyah.Adam mengaku selama ini dia pentingkan diri tak fikirkan langsung perasaan Aisyah sebagai seorang isteri.Dari hari pertama mereka nikah hingga sekarang,Adam tak pernah layan Aisyah sebagi seorang isteri.

Melihat kesungguhan Adam,baru lah mereka percaya yang Adam dah berubah dan mahu menjadi suami yang bertanggungjawab.Sebab tu Habib berani buat rancangan untuk satukan kembali Aisyah dan Adam.Ramai yang berkomplot termasuk umi dan Najiha.

Kalau tak sampai sekarang Adam masih tak dapat jumpa Aisyah.Pada hal Aisyah dekat saja dengan dia.Dia pun tak perasaan langsung gadis berniqab yang tinggal di rumah abi adalah isterinya Aisyah.Pandai Aisyah sembunyi darinya.

Mana dia nak perasan yang itu Aisyah.Selama ini segala tentang Aisyah tak pernah dia ambil tahu.

"Aku nak tengok Aisyah bahagia.Bukan senang untuk aku bagi peluang pada kau,Adam.Aisyah tu sebahagian dari hati aku.Hati aku pun sakit kalau dia bersedih."

Itu apa yang Habib cakap.Habib tak berselindung tentang perasaannya pada Aisyah.Hubungan mereka bukan setakat sepupu bagi Habib juga pernah ada hati pada Aisyah.Cuma Aisyah saja yang tak mahu.Kalau Aisyah pun suka dah lama Habib halalkan Aisyah.

Betapa gembiranya Adam bila diberi peluang kedua.Bukan Aisyah yang bagi tapi keluarga Aisyah.Terus Adam peluk abi dan Habib.Berterima kasih kerana memberinya peluang untuk menjadi suami yang lebih bertanggungjawab pada Aisyah.

Habib dah bagi amaran.Andai Aisyah bersedih lagi dia tak kan teragak-agak untuk ambil balik Aisyah.Masa tu jangan Adam harap nak dapat balik.

Adam menadah tangan tanda syukur diberi peluang.Adam berjanji pada diri sendir tidak mensia-siakan luang yang diberi.Dia dah benar-benar bersedia menjadi seorang suami yang bertanggungjawab.

Walaupun sekarang Aisyah masih dengan sikap dingin.Cepat atau lambat Adam tetap akan sabar menawan hati Aisyah.Dia tahu Aisyah masih kecewa dan terluka dengan sikapnya yang dahulu.

Selepas bersolat Subuh berjemaah bersama anak-anak di Darul Sakinah,Adam terus balik ke rumah Aisyah.Nampak cahaya yang terbias dari celah bawah pintu tahulah Adam,Aisyah sudah bangun.Masa dia nak pergi tadi lampu tidur masih samar.

Baru nak menapak ke bilik sebelah,pintu bilik Aisyah sudah terbuka.Terjengul Aisyah yang masih bertelekung putih.

"Assalamualaikum"sapa Adam bersama senyuman manis.

"Waalaikumusalam.."jawab Aisyah perlahan.

Adam berbaju melayu berkain pelikat serta kopiah putih atas kepala.Adam sekarang dah lain.Tapi tak tahu lah lama mana perubahan tu.

"Aisyah dah solat?"

Aisyah angguk.

"Sekejap lagi kita sarapan sama ya."

"Tak apa Tuan Adam makan dulu.Saya belum lapar."

Terus Aisyah tutup kembali pintu biliknya.Adam tersentak.Bersama Aisyah dia perlu banyak bersabar.Sabar untuk menawan hati Aisyah.Kalau dulu Aisyah boleh bersabar dengannya tak akan sekarang dia tak boleh.

Aisyah sapu mukanya.Rasa bersalah sebenarnya terus tutup pintu macam tu.Aisyah tak mahu terus berharap takut terluka lagi.Tak tahu sampai bila perubahan Adam ni.Bukan boleh diramal.Nak tak nak Aisyah terpaksa benarkan Adam tinggal di rumahnya.Tu pun umi berkali-kali memujuk.Kata umi Adam masih suami Aisyah jadi tak salah Aisyah beri Adam peluang.

Selagi Adam masih suami Aisyah,selagi tu lah syurga Aisyah ada dekat Adam.Jadi jangan buat benda yang tak sepatutnya.Bukan senang umi dengan abi nak lepas Aisyah bulat-bulat pada Adam.Setelah tengok perubahan Adam yang nampak lebih matang dan bertanggungjawab baru mereka berani.

Adam sudah sedia menunggu Aisyah di meja makan.Pelbagai jenis masakan kampung terhidang atas meja bersama ulam-ulaman.Tadi lepas bersarapan seorang diri,terus Adam ke Darul Sakinah.Waktu makan tengahari baru dia balik ke rumah.

Aiyah mengambil tempat di depan Adam.Adam senyum suka.Pertama kali mereka makan bersama.Maksudnya berdua.

"Jemputlah makan.Bukan saya yang masak.Mak cik Limah yang masak.Saya takut Tuan Adam tuduh saya letak apa-apa dalam makanan."

Sedikit sebanyak Adam terasa juga.Salah dia juga menuduh Aisyah begitu dahulu.

"Maafkan abang.Jom kita makan.."kecur air liur Adam melihat udang masak tempoyak.

Terus Adam bacakan doa.

Aisyah hanya kerling saja melihat Adam makan udang masak tempoyak penuh selera.Siap tambah nasi lagi.Adam tak kekok makan.Sedap sangat ker.Kebetulan ada lebihan tempoyak dalam peti ais jadi Aisyah masakkan.Sengaja Aisyah cakap Mak cik Limah yang masakkan.

"Favourite abang ni.."kata Adam.Dah lama benar dia tak makan udang masak tempoyak.Baba pun suka tapi mummy tak suka akan bau tempoyak.

Aisyah hanya diam sambil meneruskan suapan sehingga habis.Pinggan mangkuk kotor Adam tolong angkat ke sinki.Aisyah basuh pinggan,Adam lap pinggan.Pendek kata Adam tak mahu lepaskan peluang mendekati Aisyah.

Dah habis kemas dapur,Aisyah segera naik ke bilik dan mahu menunaikan solat zohor.Baru selesai pakai telekung,pintu di ketuk dari luar.Terjengul Adam di depan pintu.

"Abang nak imamkan Aisyah."

"Hah!?"tercengang Aisyah dibuatnya.Nak kata tidak,Adam dah masuk dan bentangkan sejadahnya.Aisyah hanya ikut rentak Adam.Tak kan nak kata tak boleh pula.

Selesai membaca doa,Adam berpaling ke belakang menghadap Aisyah.Terkebil Aisyah dibuatnya bila Adam hulurkan tangan.Dalam kekeliruan Aisyah sambut juga.Perlahan Aisyah tunduk mencium tangan Adam walalupun tak kena.Saat Aisyah angkat kepala tanpa amaran Adam cium atas ubun-ubun yang berlapik telekung.

Terundur sedikit kepala Aisyah ke belakang.Adam tersenyum kecil.

"Abang tak akan sia kan Aisyah.Tolong bagi abang peluang."Entah bila tangan Aisyah berada dalam genggaman Adam.Anak mata Adam tepat memandang mata Aisyah.Terhasil rentak di dada keduanya.

Aisyah tolak perlahan tangan Adam.Dulu Adam jijik nak sentuh tangan Aisyah.Sekarang Adam pula yang lebih.Apa dah jadi ni.

Tangan Aisyah dicapainya kembali.Adam seluk ke dalam poket dan mengeluarkan kotak baldu biru berbentuk hati.Adam ambil dan sarungkan kembali ke jari manis Aishah.Terkedu Aisyah sebentar.

"Cincin ni hak Aisyah.Jangan tanggalkan lagi."Adam ukir senyuman manis.Aisyah pula yang serba salah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience